Phobia kene ngorat dengan lelaki yang hampir baya dengan ayah aku membantutkan sedikit kata untuk dicoretkan di sini (konon). Eh kene ngorat ke? hehe..entah la, Dan aku pula, konon-kononnya lepas kejadian, terus jadi buntu untuk mencoret-coret di sini. Pandang aje kanvas putih ni, sepi. Nak taip satu patah pun kaku. Akhirnya bisu. Dibiarkan. Ditinggalkan. Tamat. Phobia jadi alasan..huhu.
Sejak kejadian tu, kawan-kawan rapat sudah pandai bergurau mengatakan aku punyai 'sugar-daddy'. Gurau, gurau la..... dalam hati aku tetap berdoa moga gurauan itu tidak bertukar jadi nyata. Nauzubillah... Minta jauh dari semua perkara yang boleh buat Allah murka.
Dan kes kene ngorat dengan pakcik tua bujang menjadikan aku sedikit takut untuk berinteraksi dengan lelaki tua. Pandangan aku pada mereka-mereka yang bergelar pakcik tua sudah berubah sedikit. Berubah 180 darjah mungkin. Bukan seperti sebelum ni, orang tua harus di hormati...sekarang bagi aku, orang tua juga harus ditakuti..maksud aku lelaki tua.. Pulak!!
Sebab nila setitik dah rosak susu seperiuk!
Hari Sabtu, pagi..pukul 7. Pagi yang masih sunyi. Aku sudah keluar rumah untuk ke pasar beli barang basah. (Orang bujang pun kene pergi pasar..huhu). Sampai je depan lif, aku tekan butang turun. Tidak berapa lama, pintu lif terbuka. Lif dari tingkat atas. Aku sedikit terkejut, seorang pakcik dengan pakaian serba kemas dengan briefcase di tangan sedang berada di dalam lif tersebut. Sekali lagi jantung berdegup kencang. Antara nak masuk dan tak nak. Phobia dengan lelaki tua la katakan.
Akhirnya aku masuk. Aku pandang pakcik tu, dia senyum. Manis. Tapi aku balas antara nak dan tak nak senyum. Seriau masih lagi tersisa. Aku kakukan diri betul-betul di tepi pintu lif, bersebelahan dengan pakcik tu. Aku tau pakcik tu takkan buat apa-apa, apatah lagi minta untuk berkenalan..errr. Cuma itu la..phobia, hehe.
Perjalanan dari tingkat 14 pagi tu pula terasa panjang dari biasa. Dalam hati, tak putus-putus doa minta Allah pelihara. Jangan ada lagi pisang tumbuh dua kali dah la. Tak nak dah walaupun pisang emas...huhu.
Alhamdulillah. Lif akhirnya tiba di tingkat paling bawah. Aku percepatkan langkah keluar tanpa memandang pakcik tu langsung. Pakcik tu nak kata aku sombong pun..sombong la. Sombong terpaksa. Eh ada ke sombong terpaksa?
Ampun ya pak cik-pakcik!

15 comments:
Salam k.fida
hehe.. kena ngorat ekk.. itulah kan.. maiza pun pernah kena lbh kurang mcm tue gak la.. tp kt fb.. bila on chat ja.. dia msuk.. mula2 ok lama2 ckp yg bkn2.. naik meremang bulu roma.. di sebabkn dia kita yg terkena nie.. pandang sinis ja....
p/s pak cik yg dlm life tue mesti hensem.. hehe
sexual harassment ke nih, fida?
Salam...
Moga saudari dikurniakan kesihatan yang berpanjangan hingga dapat sampai ke bulan Ramadhan yang bakal tiba...
Itu bukan sombong tapi akhlak seorang wanita supaya jangan mengangkat muka kepada lelaki agar tidak mendatangkan fitnah...
Salam:)
Sombong bertempat kutt..
namun masih ada kemesraan..sekurang2nya hanya senyuman tawar pun dah memadai..:):)
@Maiza-->Salam maiza.. eh cemane nak kasi istilah tu..kene ngorat la kut.. hantar2 nota nak kenal...
PS: ahaaa, nak kata hensem..waAllahualam..tapi putih la termasuk warna rambut sekali..hehe
@BroBayu-->eh bukan bro bayu.. bukan ke ctu..cuma, itu la..bersembang i you dengan fida..cakap pun lagak mcm orang muda...speaking speakang..hehe..bila difikir2..errr..itu la...seram pulak rasa...tu yg jadi phobia tuh! kononnya la
@ABdul Razak-->Salam saudara..insyaAllah, moga saudara pun sama... insyaAllah.. saya rasa salah saya juga at 1st place.. sebelum pakcik yg nak 'ngorat' tu hantar nota nak kenal, ada beberapa kali juga saya terserempak dengan beliau. Beliau senyum kat saya, ye la, orang dah senyum, saya balas la..tak sangka ada makna lain di balik senyuman tu...huhuh.. seram seram..
@Kak Tinie-->Salam.. ahaa..harap2 macam tu la..tapi bila fikir2...elok juga senyum tawar..atau tak senyum langsung!..heh
Macam-macam perangai orang sekarang, aduhai....
salam,
pakcik yang suka ngorat tu spesies terpencil jadi usah la disalahkan pakcik2 yang lain tu kesian dorang..
p/s: saya senyum gak kalau ada makcik tersenyum kat saya hehe..
memang kena hati-hati. Silap haribulan, jadi madu no. 2 @ 3.
dan krisis poligami ini akhirnya akan menyusahkan anak2.... Al-Islam Ogos 2010 melaporkan beribu-ribu kanak2 tidak dpt didaftarkan kelahiran mereka kerana kes ploigami.
:D
hehehehe itu phobia and trauma...erkkk
namun firasat UJ yang retro dan entah apa apa.... itu tanda2 makin cepat fida dapat jodoh ....erkkk
amin...
Assalamualaikum wbt
Sebut saja mengenai ombak, macam2 boleh berlaku. Ada ombak memecahkan pantai, ada ombak mengajak pulang, ada ombak tenang dilaut, mencengkam dipantai dan ada ombak mahu menemui pantai. Lumrah dunia mmg mcm tu, biarlah takdir beredar mengikut lingkarannya sebagaimana matahari dan bulan sehinggalah suatu tempoh masa....
ala, lepas die anta nota, saudari balas kan? kalo x masakan saudari bleh berjumpa dgn die.. hehehee..
jgn dipandang pada umur.. siti khatijah dulu pun lebih tua dr nabi..
huhuhu fida.. i might do the same kalo aku ada kat tempat ko!!
Fida, org kta lelaki mcm kelapa, makin tua, makin berminyak hehehehe.
apa salahnya kalau dha jodoh. mcm siti ngn datuk k, ok pe.
ala fida, org tu pun bujang.. bknnye dah kawen.. so, ape salahnye.. ape sugar daddy plak??
lgpun die baru nk kenal kan? bknnye die ckp ape2 lagi.. lain la tetibe die proposed ko "will u married me?".. mana tau die anggap ko mcm anak ke.. tp kalo nk jadi calon pun ape salahnye... cam x nampak pun kat mana silapnye..
x baik woo ko pandang len macam kat die or org2 tua sebaya die.. nape plak diorg harus ditakuti?.. iskk..
@Ibnu Jamaludin-->errr..itu la..perangai orang..perangai saya..perangai kita... aduhh macam2..
@Penjejak Maya-->Salam PM..aha...itu la mcm kesian pulak kat pakcik2 yang lain. kalau makcik senyum kat PM lain fitrahnya..hehe
@Naimisa-->ahaa Naim, jangan la doa macam tu, huhu...Mintak dijauhkan dari jadi madu orang... nauzubillah.. InsyaAllah..jika dipanjangkan umur..moga2 jodoh saya kelak masih bujang tra tang tang...dan muda! Aminn..
@UJ-->Aminn UJ..err..insyaAllah.. we'll see then.. eceh..
@Tajnur-->Waalaikumusalam wbt.. sehingga satu tempoh masa..ianya akan berakhir..begitu juga dengan pencarian..dengan kehidupan. waAllahualam..
@Anonymous-->macam boleh agak je sape anon ni.. jap lagi nak hantar offline message. Nak tembak anon.. tepat ke idak..we'll see then..hehe. kalau tak tepat, nasib ler..
ahaa, nak tau cerita dari A-Z macam mana saya boleh kenal dia sebagai pakcik?apa kata anon email saya. nabilah0710@yahoo.com. Nanti saya cerita panjang lebar ye. Kat cni saya cerita sket2 jah:D.. jadi apa yang anon teka tu tepat separuh;)
saudari/saudara anon... iyer,siti khadijah pun lebih tua dari Nabi Muhammad. Jadi ayat tu mcm nak suruh saya mencari yang lebih muda jer. Iyer dak?hehe;)
@DD-->iyer..itu la DD.. kalau aku cerita dari A ke Z...mesti ko lagi rasa seriau..konon..ni aku cite sket2 je ni..errr
@khairi-->err..no no no no no khairi..uishhh jangan la doa macam tu kat saya.. nauzubillah tak terpkir langsung nak jadi mcm CT dan dato K..huhu..minta Allah jauh dari tu semua...tak kira la makin berminyak ke..makin apa ke:P
@Anon2-->anon lagi..haihh sabo je la.. Anon, apa kata anon interview Mekdi yang berada di tempat kejadian ketika bertemu dengan pakcik tu. Bukan maksud nak mengaibkan orang2 tua..tapi hakikatnya... orang yang berada di tempat kejadian tu je yang boleh merasai ketakutannya.err..kan Mekdi kan? hehe..
iyer, bukannya dia ajak kawin pun. ajak kawan je..tapi itu la.. aduhh susahnya nak buat orang lain paham. Takpe la. bye.
Post a Comment