Walau Malu Melata, Tetap Meminta Syurga...

Wednesday, June 02, 2010
Sehelai tudung baru... untuk aku pakai ketika majlis akad nikah adik aku sabtu ni, masih belum ditemui. Ah nak ketemu macam mana kalau langsung tidak dicari. Apa pun aku mesti mencarinya sebelum tiba hari yang dinanti. Kalau tak, mana aku ada tudung yang boleh dipadankan dengan jubah putih yang aku beli kat Madinah tempoh hari? Takkan nak pakai tudung hitam kosong kan? Tahi cicak jadinya aku nanti..errk..

Kawan aku nasihat, jangan pakai tudung putih, nanti tertukar dengan pengantin..he.he.. Aku percaya, walaupun aku mengenakan pakaian serba putih pada hari berkenaan,aku pasti, pengantin dan aku jauh beza. Jauh sangat. Percaya lah. Takkan tertukarnya....pasti!

Seumur hidup, aku tidak pernah lagi mengenakan pakaian serba putih dari tudung hingga ke hujung kain kecuali telekung sembahyang, ingat nak terai juga pakai serba putih ni. Tengok la kalau jumpa tudung putih yang berkenan di hati..

Owh yer..besok lusa, atau bila-bila.
Tanpa perlu dicari atau dipinta.
Baju serba putih akan dipakaikan jua.
Buat menutup jasad kecil lagi hina.
Tiada lagi gema gelak dan tawa.
Apatah lagi seronok dunia yang penuh dusta.
Sama ada bersedia atau sebaliknya.
Kita semua pasti akan ke sana.

PS: Biarlah mati sentiasa hidup di hati..

Till then...bai.

11 comments:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Walaupun dunia ini penuh dgn kedustaan tetapi dunia ini jugalah jembatan ujian ( Surah AlMulk:2 ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلاً۬‌ۚ
kita ke alam akhirah yg menentukan syurga atau neraka. InsyaAllah, kalau kita tidak mensyirikkan Allah dari segi Tauhid Uluhiyyah, Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Asmaa dan Sifat2 Allah, Allah pasti tidak berlaku zalim walaupun sebesar zarah (Surah AnNisa:40 إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَظۡلِمُ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ۬‌ۖ وَإِن تَكُ حَسَنَةً۬ يُضَـٰعِفۡهَا وَيُؤۡتِ مِن لَّدُنۡهُ أَجۡرًا عَظِيمً۬ا
Begitu juga dalam Surah AliImran:195 فَٱسۡتَجَابَ لَهُمۡ رَبُّهُمۡ أَنِّى لَآ أُضِيعُ عَمَلَ عَـٰمِلٍ۬ مِّنكُم مِّن ذَكَرٍ أَوۡ أُنثَىٰ‌ۖ بَعۡضُكُم مِّنۢ بَعۡضٍ۬‌ۖ فَٱلَّذِينَ هَاجَرُواْ وَأُخۡرِجُواْ مِن دِيَـٰرِهِمۡ
Tak ada apa yg nak dimalukan apabila kita semua berhijrah dan tinggalkan unsur2 jahiliah, adat kehinduan dan maksiat2 yg masih membelenggukan hidup kita semua...
Wallahualam

Khairi Mohd said...

putih itu bersih. hehe. yg penting hati putih.

uj said...

kalo tudung hitam jubah putih belum tahi cicak la fida... tahi apa tak tahu la...hehehe tapi kalau jubah hitam tdung putih itu rasenye tahi cicak....erkkk cam perunding fesyen la plak...

bercakap pasal warna... kekadang mcm2 interpretasi psikologikali yang boleh kita konotasikan kan... namun .. kekadang ia ada aura tersendiri... boleh melibatkan kepada emosi... cara tindakan dsb... itu lah aura warna..khasnya pada pakaian... hehehe

so warna apa yang fida paling tak suka????? kekadang warna itu lah yang menyumbang kepada kebaikkan kita... sebagi heal yang silent... atau syifa' tersembunyi...dan kalau kena caranya.... penyakit pun boleh hilang dengan kuasa Allah SWT...

cuba lah.... saya mengalaminya... dan merasakan ada tenaga tersendiri dalam membuat sesuatu kerja...jika kena dngan warnanya.... namun kena ingat itu semua kuasa ALlah kan...

ingat aura warna...mungkin juga boleh menggoda...hihihi

Abd Razak said...

Salam..:)

Kalau pakaian tu boleh mengingatkan kita kepada suatu keadaan yang bakal kita tempuhi, memberi peringatan agar amalnya ditingkatkan, maka itulah sebaiknya.

**Jangan gunakan pakaian untuk menunjuk-nunjuk yang melahirkan riak dalam hati..jauhkan wahai sahabat**

Afida Anuar said...

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt. Benar Tajnur..dalam dusta, ada juga benar.. ada juga lembut....Semoga Allah menetapkan Iman kita semua pada jalanNya sehingga akhir hayat kita. InsyaAllah.

Khairi--..hati saya merah kut khairi..bukan putih..hehe. Tapi baik bak hati putih itu masih,erkk..

UJ-->a'a ye la UJ..kalau tahi cicak tu bahagian putihnya sikit je..aduhaii..

Woww..UJ tahu serba serbi pasal warna ni. Kagum arr...warna boleh menggoda yer...hurmmm.... eh betul la..patut pun..hehe

Warna paling tak suka menyumbang kepada kebaikan? hurmmm... macam mana tu yer UJ.. kurang ngerti dong.. warna fida tak suka...kaler merah sebab apa entah.

Abdul Razak-->Salam;)
Terima kasih sahabat, atas peringatan..insyaAllah... akan sentiasa beringat akan itu. Terimas kasih sangat2..

Pn Kartini said...

Salam dear..:):)

Pasti kan ceria bila berjubah putih yaa...:):)
Setakat ni lum ada lagi jubah putih..sbb tak pandai nak jaga..aduhaii...:):)

Pe2...fida mesti berseri2 nanti:):)

shameel Iskandar said...

"Owh yer..besok lusa, atau bila-bila.
Tanpa perlu dicari atau dipinta.
Baju serba putih akan dipakaikan jua.
Buat menutup jasad kecil lagi hina.
Tiada lagi gema gelak dan tawa.
"

Sy tertarik dgn bait2 tu. Bagus kalau warna putih yg dipakai dpt mengingatkan kita kpd kematian. Masih sy ingat ceramah TG NIk Aziz( maaf ini bkn criter politik), katanya " seeloknya kalau menziarah kubur pakailah pakaian berwarna putih sbb ia akan mengingatkan kita kpd ssat kita mati nnt. Di mana kita juga akan dikafankan dgn kain berwarna putih"

Tirana said...

Fida..cari tudung putih bercorak untuk dipadankan dengan jubah putih kosong....hehehe..

p/s gagah menjengah blog Fida..sebenarnya kak tirana tak berapa sihat sehari dua ni, tak boleh duduk lama-lama. Asyik terbaring atas katil pun jemu jugak. Duduk sekejap2 boleh lah.. Tak dapat nak jengah blog kawan-kawan yang lain...tak terdaya.

Afida Anuar said...

Kak TInie-->Salam kak tinie...hehe..fida pun, ni jubah putih first, sebelum ni tak pernah ada..insyaAllah..eh tak leh seri2 sangat, nanti kalah pengantin..hehe

Shameel-->Terima kasih shameel..bait2 yang tak dirancang keluar... owhh, terima kasih atas perkongsian..

Kak TIrana-->betul gak kan.. tudung putih bercorak..hehe..tengok la akak..aduhh sempat ke idak ni..hoho..

PS: akak..jaga diri..take rest..get well soon...jangan lupa makan ubat...yer!

aideeb said...

teringat masa belajar budak law hari senin kene pakai hitam putih...aku panggil hari tahi cicak..marah diaorg kat aku..hahaha

Afida Anuar said...

Aideeb..heh..aku lupa ko budak law...
ye la..diaorang pakai hitam putih..mmg mcm tahi cicak..erkk

 

Browse