Walau Bulan Kelam, Bintang Tetap Terang...

Monday, June 07, 2010
So many things happen in life lately.... i just wish....

Pengalaman berada di Homestay di sebuah kampung di Tanjung Karang pada hari Jumaat yang lepas bersama sanak saudara merupakan satu anugerah. Kampung, sawah padi, segar, damai, tenang, anugarah tak ternilai......kecuali tandasnya sedikit 'horror'. Tandas kampung, di luar rumah, di tepi semak, sana sini lubang, tiada flush..erkk, anyway...

Budak-budak kecil, Razlan, Syahmi, Auzai, Hariz, Huda dan Nabilah sangat sukakan kolam renang. Siapa sangka, homestay di tengah-tengah sawah padi itu punyai sebiji kolam renang yang agak besar. Seronok mereka bermain air sampaikan kecut dan biru jari mereka tiap kali berendam. Kami-kami yang matang ni pun kadang-kadang tergugat juga rasa hati melihatkan mereka bermandi manda dari beranda rumah, sampaikan ada juga rasa ingin terjun sekali ke dalam kolam itu, tapi...hehe..

Alhamdulillah... pagi Sabtu yang hangat, dengan dua kali lafaz, adik lelaki aku, Afnan selamat menjadi suami kepada Hafizah. Seorang lagi 'kekasih' aku sudah 'diambil' orang, but that's ok. It's life right? Kasih sayang itu perlu dikongsi, bukan diletak di dalam 'laci'.

Part yang buat aku tergelak, ada yang ingat aku ni adik pengantin!! hehe. Tak kurang ada juga yang bertanyakan giliran aku. Cuma yang aku tak boleh lupa,babak sedih tok aku..aduhaiii ada juga!! Susahnya nak buat tok aku mengerti akan Takdir Tuhan itu sangat berkuasa dari tadbir aku.

Anyhow, i'm ok. Sungguh!

Allah Tahu akan lemah dan kuat aku..Allah tahu akan tangis dan senyum aku, dan pada doa yang aku pohon pada setiap waktu.... aku pohon moga Allah sentiasa kuatkan aku. Biar diri aku nangis, jangan hati aku sedih. Biar jasad aku nampak lemah tapi jiwa aku tabah. 'Cubitan' dari Sang Pencipta ini...aku syukuri...kerana aku tahu,ini tanda kasih sayangNya pada diri..

15 comments:

Abd Razak said...

Salam sdri Afida..

Moga sihat hendaknya..:)

Tahniah buat adik Sdri, maka terpikullah dibahunya satu tanggungjawab yg besar sebagai suami di dunia dan akhirat. Moga dia bisa menjalankan tugasnya sebagai suami dengan sempurna.

Untuk dirimu, usah bimbang, Allah mengetahui apa yang terbaik buat saudari..

Khairi Mohd said...

Best ceritanya fasal homestay tu. Kolam dia pakai mozek ke natural punya fida?

Anyway, tahniah dapat adik ipar baru! Tambah dua lagi tangan kat dapur time raya hehe.

uj said...

2 kali ekk? ok r ag... hehehe

hmmm dah dua bendul dilangkah kan...

apa apa pun tahniah... sebab makin betambah ahli keluarga...terbina lagi sebuah masjid... mdah mudahan berbahagia ke akhir hayat.... dan kita....? tumpang bahagia...

amin...

Muhammad Nazrin said...

salam kak Fida..

bile bace entry ni teringat lak zaman sy di kampung dulu2..samela keadaannya..tandas diluar..hihi..tapi xdela kolam renang tu..paya tuk berkubang tu adela..haha..

tahniah buat adik kak Fida yang selamat berumahtangga..seronok bila tgk masjid selamat didirikan dgn sah..moga berkekalan..

Tuhan itu maha Adil..

Sesumpah said...

suka tajuk2 entri kak fida^^

tahniah dpt adik ipar, wee^^


tak lama lagi kak fida lah :)

Tirana said...

Seronok ye Fida, dapat adik ipar baru..Kak tirana hanya mampu punya kakak ipar..Oh ye adik ipar sebelah suami ada tapi tak ngam..hehehe

Afida Anuar said...

Abdul Razak-->Salam saudara abdul razak..alhamdulillah sihat walafiat di sini..harap saudara pun begitu. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik..saya redha atas apa jua yang Dia tetapkan untuk saya.

Khairi-->Pakai mozek la khairi..siap ada air yang ala2 air terjun lagi..cantikkk!!!hehehe.. yeap,itu la..tunggu raya nnti..meriahnyaaaa...

Unclejoe-->owhh UJ tatau eh, yeap ni kali kedua..tahun lepas adik laki no 3..tahun ni adik laki no 2...mmg ok agi..hahaha.. yeap, tumpang bahagia bila mereka bahagia..

Nazrin-->Salam nazrin..paya berkubang tu natural tu..tu yang best tu nazrin..hehe..terima kasih..alhmdulillah selamat semua..
Tuhan itu Maha Adil..

Sesumpah-->akak pun suka juga...ngeeee.. terima kasih sesumpah..insyaAllah...satu hari nnti

Kak TIrana-->Seronokkkk!! bertambah ahli keluarga... owhh nama adik ipar ni sama dengan nama arwah adik yang meninggal 20 tahun lalu...

aideeb said...

Ya Allah Fida, ko mmg dah lupakan aku..aku bukan budak law..aku bukan budak law...huhuhu..sadis...( I know i'm not a glam)...

Pn Kartini said...

Salam my dear dik Fida,..

Tahniah & Slmt Pengatin Baru utk adinda Fida..

Utk Fida..Moga menjadi kakak ipar terbaik lagi vogue gitu..hehehe..
Dan jgn sedih2 yaa....
Apa yg berlaku..semmgnya Dia yang Maha Mengetahui..& semmgNya tahu apa yg terbaik buat Fida...:):):)
Moga ketenangan di hati sentiasa ada..:):)Berserah padaNya selalu..:)

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
So, what do you wish when many things had happened lately? Ooo, just eager to know your story especially during the homestay. Kalau sebelah2 sini dari Kuala Selangor, Tanjong Karang Sekinchan, Sg.Burung, Sg Besar mmg kwsn Jelapang Padi dan adalah sedikit ladang koko dan kelapa sawit. Kalau nak real punya homestay, kenalah kenali kwsn2 majoritinya otg Jawa dan Banjar.
Mengenai bab nikah kahwin ni, masing2 punya pemilihan. Kalau kahwin cepat, main tangka muat tapi hati tak senang, nak buat apa! Bersabarlah, InsyaAllah jika ditakdirkan Allah SWT, akan datang jua jodoh itu. Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan kita selama2nya dlm keadaan begini sehinggalah Allah menyaringkan diri kita dgn yg lain melalui perkahwinan, penghirahan dsbnya supaya Bulan pun terang, Bintang pun terang. (Surah AliImran:179 مَّا كَانَ ٱللَّهُ لِيَذَرَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ عَلَىٰ مَآ أَنتُمۡ عَلَيۡهِ حَتَّىٰ يَمِيزَ ٱلۡخَبِيثَ مِنَ ٱلطَّيِّبِ‌ۗ Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini [4], sehingga Dia menyisihkan yang buruk [munafik] dari yang baik [mu’min]. Wallahualam

Afida Anuar said...

Aideeb-->alamakk..ampunn adeeb... ni mesti kes syndrome long term memory loss..huhu..tapi selama ni aku mati2 ingat ko dak law..huhu

Kak Tinie-->Salam kak tinie..terima kasih kak tinie..hehe..fida maintain 'vogue' akak... sungguh...kehkhekeh..owhh ye..fida gembira sebab famili semakin bertambah..seronokkk.. apa pun terima kasih kak tinie atas kata2 tu....insyaAllah. Fida yakin..

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt.. hurmmm...i wish..i could fly...north for the winter;)..heheh... Tajnur orang belah sana ke?Banyak pengetahuan Tajnur tentang kawasan sana...

InsyaAllah Tajnur..sabar itu masih saya genggam erat..eh macam pernah dengar kata2 ni..hehe.. anyhoo thanks for the words.. well said..really appreciate that..

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
You wish to fly? Hope be a good housewife not a housefly! Ooo tak, org Perak tapi byk merantau lebih2 lagi disepanjang pantai Barat dari Perlis sampai ke Johor! Sebelah pantai timur pun ada, tapi taklah semahir spt dikwsn sini...

Afida Anuar said...

Waalaikumusalam wbt..Tajnur.

hehe..berangan je nak terbang tu... yeap..itu lah cita2..nak jadi good housewife;)

Ooo..orang perak.Banyak merantau..banyak pengalaman..banyak pengetahuan. Tajnur dah round satu Malaysia! Pendakwah? InsyaAllah moga dakwah Islamiyah tersebar luas hasil perantauan ni.

Rbin said...

Tanjung Karang tu kampung my wife. Parit satu Sg Sireh..

Memang mendamaikan..

Afida Anuar said...

Rbain..owhhh...tak ingat la nama kg yang fida pi baru ni..

tapi serius ...damai!.. mcm kampung pulau rusa jugak!...hehe

 

Browse