Tegar aku menghadap takdir menjadikan aku bisu...
Kuat aku meniup luka, menghilang seribu rasa haru...
Aku anak manis di hujung lagu berpangkal rindu...
Mencari warna terang dalam kelam suram lampu...
Diam, tawa dan tangis aku...ku pohon diutus semangat baru...
Semangat lama, ku lambung tinggi biar hilang dibawa angin lalu...
Pada getar yang pernah menyeksa kalbu, ku ucap selamat tinggal bertalu..
Genggam tanganku ibu, aku lemah tanpa kuat jiwamu..
Kata ibu aku anak tabah...jangan pernah sekali ragu..
Kuat lemah aku ibu simpan kemas dalam pelukan rindu..
Pada selaut nikmat yang bertamu..
Pada kasih sayang seluas langit biru..
Pada kesempatan agung yang lalu..
Alhamdulillah...syukur padaMu Tuhan tak pernah aku jemu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Salam sdri afida,
Moga sihat hendaknya..:)
Kekuatan, ketenangan, kebahagiaan, semuanya adalah daripada Allah. Allah yang memberikannya, Allah yang menariknya semula.
Cinta kepada Allah yang sejati akan melahirkan buah ketaqwaan dan kita akan sentiasa berhati-hati dalam amalan kita kerana kita percaya Allah sentiasa melihat kita walau hanya lintasan hati kita.
Moga tabah..
Salam saudara abdul razak,
Alhamdulillah...sihat2 di sini..moga saudara di sana pun begitu jua..
Terima kasih atas kata-kata .insyaAllah akan digenggam selalu..
Allah mendatangkan pelbagai ujian untuk menjadikan kita kuat. Berpautlah pada tali Allah..insyaAllah kita tak akan hanyut
مَا مِنْ نَفْسٍ تُبْدِيْهِ اِلَا وَلَهُ قَدَرٌ فِيْكَ يُمْضِيهِ - Tiada suatu nafas terlepas daripadamu, melainkan disitu pula ada takdir Allah yang berlaku di atas mu. (Sumber: Kitab Al-Hikam)
Tiap nafas kita di dalam empat perkara, taat, maksiat, nikmat atau bala. Hendaklah kita syukur bila taat & nikmat, taubat bila maksiat dan sabar dan reda bila diuji dengan bala.
Bila cukup dengan 4 ini maka jadilah insan yang diangkat darjat oleh Allah swt.
pasti ada hikmah yg tersirat disebalik hakikat yg tersurat
salam,
moga hatimu dikurniakan sifat mahmudah..
hmmm
tgh tak berapa baik ke?
auntie fida jaga diri baik baik.. aqila dah makin besar dah sekang...
abah demam... cian... itu lahh suka tinggal aqila ngn ummi...gi kursus jer..
Kak Tirana-->InsyaAllah Kak Tirana..terima kasih atas peringatan..
Rbain-->MasyaAllah, besar sungguh rahmat Tuhan..Rbain,thanks atas perkongsian..
Shameel-->Pasti ada..insyaAllah..
Penjejak Maya-->Salam...insyaAllah. Moga-moga...thanks
Aqila-->Apa pulak tak baiknye UJ.alhamdulillah..elok2 aje hidup ni..syukur....saje nak bermadah tadah.heheh..
wahh aqila dah besar...dah boleh berlari ka belum ni? hehe..kesian abah penat keluar hutan tak hilang lagi..jaga abah leklok tau qila...
Assalamualaikum wbt.
Apabila seseorang berperang dlm hati menandakan jiwanya resah gelisah. Beersabarlah, bukankah Allah SWT tempat segala2nya bai kita sebagaimana terdapat dlm Surah AsSyu`araa:78-84 Dialah Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dialah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku; (78) Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku makan dan memberi minum, (79) Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku; (80) Dan (Dialah) yang mematikan daku, kemudian Dia menghidupkan daku; (81) Dan (Dialah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat; (82) Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan agama dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh; (83) Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian; (84) Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naim;
Apa yg penting adalah hati sentiasa tenang sehingga bertemu dgnNya (Surah AsSyu`araa:89; إِلَّا مَنۡ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلۡبٍ۬ سَلِيمٍ۬
Wallahualam
Tajnur...
Waalaikumusalam wbt..Tajnur, mesti Tajnur tahu ada waktu dalam sebulan kami golongan wanita ni diberi cuti oleh Allah. Cuti dari solat, dari berpuasa, dari membaca Al-Quran... masa ni...saya akui, jiwa agak resah..rasa macam serba serbi tak kena..rasa macam agak jauh dari Pencipta... Cuba untuk berzikir, dengar ayat2 suci al-quran, tapi takkan sama rasa dalam hati tu sewaktu diri suci..
tu yang boleh terkeluar tajuk perang dalam hati tu.. ada nasihat lain untuk hadapi waktu-waktu sebegini tanpa perang dalam hati?
WaAllahualam..
Post a Comment