Kudus Malam...

Wednesday, June 09, 2010
Hari itu bakal berlaku lagi. Hari yang pernah aku lalui setahun yang lalu. Hari yang bakal mencoret satu lagi tinggalan sejarah dalam hidup gadis yang aku anggap manis ini. Manis? erkk..

Yang aku dambakan dari Yang Esa hanya sedikit kuat. Kuat yang boleh buat aku tersenyum panjang. Tersenyum pada semua orang....tersenyum pada mata hati yang memandang... tersenyum pada bahagia yang mendatang juga pada takdir yang ku pegang.

Takdir yang ku pegang ini, takdir yang tiada sedikit pun cacat apatah lagi cela. Yang aku tahu, ianya amat agung untuk ku milik. Syukurku tiada henti buat Yang Maha Mengerti. Sesungguhnya Dia mengetahui impi suci yang tersirat dalam hati.

Aku bukan minta simpati, apatah lagi janji duniawi.
Sekadar berkongsi cerita hidup yang tiada tepi.

Cuma...

entah macam mana harus aku susun kata dan bahasa,
untuk aku khabarkan pada dunia,
walaupun aku ini orang yang tak punya,
tapi bahagia dan suka aku tiada tara,
bukan niat untuk mencantikkan kata apatah lagi tinta,
sekadar menuntun jiwa yang masih berkelana,
di alam fana tempat menimba segala,
moga di sana kelak bahagia kan menimpa.

fuh!.....karat.......karat..... hehehe.

14 comments:

Faridrashidi said...

Salam,

Karat kalau digilap bakal berkilat. :)

Tirana said...

Fida, harijadi ke? Umur makin meningkat, semakin dekat kita kepada kematian..

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Semakin lama hati gadis tu semakin puitis dan bunga2 bahasa. Byk yg tersirat dari yg tersurat. Namun, kita sebagai hamba Allah, apalah daya qudrat kita selain memohon sesuatu kpdNya ( Surah AlIsra`:57 يَبۡتَغُونَ إِلَىٰ رَبِّهِمُ ٱلۡوَسِيلَةَ أَيُّہُمۡ أَقۡرَبُ وَيَرۡجُونَ رَحۡمَتَهُ ۥ وَيَخَافُونَ عَذَابَهُ ... Mereka sendiri mencari jalan kepada Tuhan mereka [2] siapa di antara mereka yang lebih dekat [kepada Allah] dan mengharapkan rahmat-Nya dan takut akan azab-Nya
Walaupun Allah SWT lebih memahami isi hati dan lebih hampir dari kita sendiri. (Surah Qaf:16 وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ وَنَعۡلَمُ مَا تُوَسۡوِسُ بِهِۦ نَفۡسُهُ ۥ‌ۖ وَنَحۡنُ أَقۡرَبُ إِلَيۡهِ مِنۡ حَبۡلِ ٱلۡوَرِيدِ
Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,
Wallahualam

Abd Razak said...

Salam saudari Afida..

Moga sihat hendaknya..

Kalau hati yang karat lagi keras (dengan dosa-dosa yang dilakukan) hanya dapat digilap, dibersihkan melalui pembacaan al-Quran.

Afida Anuar said...

Farid-->Salam farid...hurmm..akan cuba.. moga2 berkilat betul;)

Kak Tirana-->Bukan harijadi kak tirana... yeap.. boleh ucap selamat pendek umur kat time ulangtahun hari lahir nanti..

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt..hurmmm...semakin yer.. insyaAllah, selama nafas bernyawa, takkan sekali pernah putus harap dariNya....thanks for the words.

Abdul Razak-->Salam saudara abd razak..benar, hati yang berkarat,insyaAllah boleh digilap dengan Al-quran...n perkara2 kebaikan.tapi kalau hati mati... mintalah dengan Allah hati yang baru..WaAllahualam..

DrSam said...

Salam ukhuwah. Nukilan berkarat tapi bunyinya sedap yang amat.

Anonymous said...

best best nukilan ko kali ini. mesti bapak mertua aku suka sebab dia cikgu bahasa melayu. segan betul aku bila aku tak mampu nk tulis bahasa indah macam ko ni kat blog aku :P

Afida Anuar said...

DrSam--> Salam ukhuwah juga drSam.. hehe..terima kasih kalau dari pandangan dr Sam sedap....pandangan saya...eh betul la...sedap..hehe

Edot-->Alamak edot...aku merapu2 je banyak..erkk maksud aku, menulis berdasar apa yang aku rasa.. kalau bapak mertua ko baca..mesti dia kasi C..ekekekek

Pn Kartini said...

Salam dear..

aduhai..k tinie baca ok jekk..
berkarat ke????..no laaa...
OK whatttttttt!!:):):)

Pe2 moga dik fida bahagia seadanya kita...kerana itu yang TERBAIK dariNya jua...

:):)

pecinta_Islam said...

hmm..lain macam je bunyinye..hehe

Frodo Baggins said...

weeeeee ... nak kawen ke?
ker tunang?? x dapat carik yg tersirat dowhh. hahahhahaha
bahasa tingkat tinggi!
take care n good luck


>>___<<

MaizaC'Joe said...

Salam akak..

sihat ka tue..? lama maiza tak singgah sini... windunya..
karat ka.. xda la.. best apa...
moga sihat n bahagia selalu ya.. :)

Sesumpah said...

Manis? kak fida sudah tentu manis orangnya berdasarkan hasil tintaan



:)

Afida Anuar said...

Kak Tinie-->Salam kak tinie..hehe.fida baca berkarat..anyway,takpe,sekali sekala rasa nak berjiwang-jiwang..thanks akak..

Syahbandar-->Bunyi yang macam mana tu syah? hehe

Frodo-->Thanks btw...takde kaitan antara kawin or tunang pun..adik kawin yer:D

Maiza-->Salam maiza..yeap..lama tak nampak maiza..faham maiza bizi..akak pun baru berkesempatan nak berblogging ni.huhu..anyway,thanks ya...berkarat sekali sekala..hehe

Sesumpah-->ada la sket2..terlebih makan gula kut dulu-dulu..heheh

^-^

 

Browse