Hari Yang Hilang...

Tuesday, June 15, 2010
Sudah dua hari aku pergi kerja dengan hidung sok sek sok sek, batuk-batuk. Nikmat sakit yang Tuhan kasi, alhamdulillah. Muni suruh aku ambil MC semalam, aku degil. Intan pula suruh aku makan ubat. Aku degil juga. Kononnya tak nak manjakan sangat diri ni. Afida ni kalau demam, jangan disuruh makan ubat atau berehat, nanti lagi parah demam dia. Dia kata..

Aku rasa ni demam kenduri sambut menantu kut....hehe. Maklumlah, cuaca kat bumi keropok lekor sewaktu aku balik kampung baru ni sangat panas. Sangat. Hari kenduri pula, aku agak sibuk berkejar ke sana ke mari memastikan lauk pauk mencukupi, layan tamu di khemah, basuh pinggan gelas periuk belanga, ermm boleh kata banyak benda yang aku buat... dan bila dahaga sikit, aku terus sambar air sirap berais, air jagung berais. Bergelas-gelas. Aku lupa yang aku ni agak alergik dengan ais. Ikut nafsu dahaga punya pasal, akhirnya diri sendiri yang merana.

Malam selepas kenduri tu, aku dah rasa lain macam. Tapi aku kuatkan semangat sebab besok aku terpaksa pulang ke KL. Hari Sabtu kenduri, hari Ahad dah nak kene balik bandar. Siapa yang tak penat kan? Yang harunya lagi co-driver aku takde, huhu. Eh aku memang tak pernah ada co-driver pun, haha. Yang ada hanya aku sendiri..berdikari..eceh..

Malam tu ayah offer nak hantar aku, sebab dia tau aku mesti penat drive sorang-sorang. Tapi aku tahu, ayah pasti lagi penat dari aku. Aku keraskan hati, tak kasi ayah hantar. Penat aku cuma sedikit berbanding penat ayah,insyaAllah... Allah selamatkan perjalanan pulang aku, pujuk aku pada orang tua. Pujuk dengan air mata! huh!

Usai solat isyak malam tu aku terus tumbang, penat yang amat, sungguh! Beria depan mak ayah cakap penat sikit je, hehe. Hakikatnya..Allah je Yang Tahu penat takat mana. Penat kedua orang tua aku, pasti berganda-ganda dari aku...aku tau tu.

Bila melibat orang tua, aku mudah nak mengalir air mata....dulu-dulu aku pernah cakap, aku mudah kalah pada kasihan, aku cepat tewas pada simpati. Berulang kali aku kata pada diri, aku anak tabah..dan aku memang tabah sebenarnya. Tapi kalau orang-orang yang aku sayang asyik mencurahkan simpati dan kasihan pada diri, aku jadi lemah. Tabah yang aku genggam kemas pun lerai entah ke mana....air mata pula cepat je nak bertahta...

.......jadi jangan simpati dan kasihan pada aku....please...erkk..

16 comments:

aZr|n said...

fida, jgn lupa makan ubat. biar cepat baik. take care :)

Abd Razak said...

Salam..

Moga dah sihat hendaknya. Ketabahan itu membuat sdri kuat..

Tirana said...

Kat Fida kena tunjuk simpati dan kesian cara lain kot..hehehe

Frodo Baggins said...

wa x simpati
wa x kasihan
tp ... wa sayang

wakakkakakkaka



>>___<<


cepat sembuh sis! woohaaa :)
semoga gngam tabah itu terus kukuh

Afida Anuar said...

Azrin-->tak nak makan ubat jugak...ekekeke

Abdul Razak-->Salam saudara... alhamdulillah sudah beransur.. benar..tabah tu..tapi bila berdepan dngn orang tua..entah macam mana tabah tu boleh hilang..huhu

Kak Tirana-->Cara lain yang macam mana tu kak tirana?hehehe

Frodo-->erkk... terima kasih sbb tak simpati or kasihan... dan sayang..ok ok,wa pun sayang semua orang jugak;)

thanks...moga2..

ain said...

get well soon!!! Fida mcm akak, mdh simpati dan mudah sgt nak menangis!

Afida Anuar said...

Kak Ain..thanks... jiwa perempuan..halus, biasa la tu.. kadang2 rasa kuat amat..kadang2 rasa lemah sungguh..

aideeb said...

xpe air mata juga berfungsi untuk mencuci habuk2 di mata seterusnya menyihatkan mata kita...xcaya google la fungsi2 air mata...

menangis juga bermanfaat...

bspotgurl said...

skrg ni agaknya musin org sakit selsema & batuk. kat office I nih, boleh dikatakan semua yang sok sek sok sek & batuk.. I pun harini mcm dah sakit tekak ler pulak.. adoiiii

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Selsema! Ini tentu buat kerja kenduri sampai berembun + terdedah lama dgn air-con. Secara fitrahnya, badan kita mampu utk membina antibodi melawan segala pykt terutamanya `viral infection`. Ubat yg kita mkn tu, bknnya nak hapuskan kuman tetapi hanya meransang sel bdn spy gunakan tenaga yg sedia ada dgn bina antibodi dari mknn pencernaan. Sebaliknya, badan akan membataskan pgerakan dgn menjadi demam selsema dan kurangkan kecergasan. Bdn perlukan keseimbangan air dlm badan (homeostasis) spy berlaku t/balas dgn aktif. Dalam keadaan ini `urine` mesti kuning, dan perlu minum air yg byk sehingga aras penunjuknya `urine` menjadi putih. Can you do it! (Wah! mcm doktor pula). Wallahualam

Afida Anuar said...

Aideeb-->hehe..yer deeb, aku tau... kadang2 air mata ni..mendamaikan..erkk

Bspotgurl-->mebe..tadi pun kat surau jumpa dua lagi opismate yang sama-sama sakit..huhuhu

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt..takde la sampai berembun Tajnur..dan rumah saya takde aircond..rumah kampung je..teratak.. ahaa..mesti Tajnur tak tahu yang saya ni memang pelahap air kosong. Dalam sehari rasanya dalam 3-4 liter air kosong saya telan. Macam mana saya tahu? sebab saya minum guna botol hijau yang satu liter..dalam sehari kadang2 4 kali saya top up botol tu.. Alhamdulillah..urine saya tak pernah kuning,mmg putih erkk.. kecuali kalau puasa.

Mmg macam doktor pun!!!..eh ke Tajnur ni mmg seorang doktor? hurmmmmmmmmm...;)

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
AlHamdulillah, baguslah kalau mcmtu rutinnya, InsyaAllah semoga cepat sembuh w/pun tanpa makan ubat. Sebenarnya, saya nak sentuh tajuk `Hari yang Hilang`. Biasanya bila Hari kita Hilang diganti pula dgn Hari2 Allah bermakna sudah hilang ikhtiar dan kekuatan sebagai manusia. Tau tak, selama ini Allah beri kita pemilihan dan kebebasan selagi mana manusia itu ada kuasa/kekuatan utk buat sesuatu. Apabila kita sudah hilang daya kekuatan, maka tibalah pula `Hari Allah` Surah Ibrahim:5 وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا مُوسَىٰ بِـَٔايَـٰتِنَآ أَنۡ أَخۡرِجۡ قَوۡمَكَ مِنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ وَذَڪِّرۡهُم بِأَيَّٮٰمِ ٱللَّهِ‌ۚ Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa (pada masa yang lalu) dengan membawa tanda2 Kami sambil Kami berfirman: Hendaklah engkau mengeluarkan kaummu dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman dan ingatkanlah mereka dengan Hari-hari Allah.
Wallahualam

Afida Anuar said...

Walaaikumusalam wbt... Alhamdulillah..dah beransur-ansur sembuh, walaupun tak telan sebarang ubat....

yer..memang kita ada kebebasan dan pemilihan utk buat sesuatu..dari pemahaman saya atas penerangan Tajnur berkaitan hari-hari Allah ni,hari-hari Allah bermakna hari itu Allah yang berkuasa Menetapkan ketentuanNya ke atas hidup kita. Atau adakah ia bermaksud hari pembalasan? WaAllahualam..

Pn Kartini said...

Salam my dear..:)

Moga sembuh ....
Jangan sedih2 ekk...
Semmgnya fida anak yang tabah..cekal dan solehah serta taat pada orgtuanya..:)

Pe2 take care...
Pe2 andai ,msh tk sht..cubalah makan ubat yaa..:):)

tajnur said...

Assalamualaikum
Bahawasnya, bermula Hari2 Allah, Allah SWT menentukan dan menunjukkan takdir kita ketika sakratulmaut, Alam Barzakh (Kubur) dan Alam Akhirah. Wallahualam

Afida Anuar said...

Kak Tinie-->Salam kak..alhamdulillah..sudah beransur sihat. Malu fida akak terlebih puji tu..apa pun, insyaAllah..fida tabah... berusaha menjadi solehah walaupun masih banyak lagi tangga yang nak kene daki..dan taat mak ayah tu pasti..

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt..
Ya Allah,kurniakanlah kesudahan kehidupan kami dalam keadaan yang baik, ameen.... waAllahualam.....

 

Browse