Bukan Kedekut...

Thursday, June 24, 2010
Dulu-dulu aku pernah cerita kut, yang aku ni bukan kedekut, bukan juga bakhil, bukan juga beralus. Tapi, selagi barang-barang yang aku punya tidak rosak, tidak rabak, tidak bernafas...selagi tu la aku takkan tukar baru.

Handbag contohnya. Selagi yang satu ni tak rabak, tak koyak. Selagi tu la aku akan pakai, sehinggalah dia dah koyak...rabak, baru aku akan beli baru. Sandal cap boya ni pun sama. Aku beli sandal ni tahun lepas, Alhamdulillah sampai sekarang sandal ni elok lagi. Sandal ni la yang aku pakai pi mana-mana. Even pi opis pun. And yes, aku ada satu ni je sandal. Bukan aku tak nak beli baru. Boleh je aku nak beli. Tapi aku dah tau dah, aku ni jenis yang setia pada satu benda je. Kalau aku ada 2,3 sandal atau handbag, buat apa? Nanti aku pakai satu yang aku berkenan tu je. Tak ke membazir.

Aku ni simple kan?erkk..

Dan aku ada sebiji telefon. Telefon lama. Klasik orang kata. Orang zaman sekarang dah tak pandang dah telefon yang aku pakai ni. Nak ambil gambar pun antara nampak tak nampak je gambar tu. Tiap kali balik kampung, Ayah Su aku pasti dan wajib kutuk telefon aku yang satu ni, "Drive Incik Hitam tapi guna telefon zaman kuno, buat malu kalau orang tengok!" Kata Ayah Su menyindir..hehe. Adik-adik aku pun pakai telefon lagi canggih dari kakak dia ni. Tapi takpe, aku tak kisah pun semua tu.

Anyhoo...itu lah aku, selagi boleh diguna untuk telefon dan sms...selagi telefon tu belum dikafankan. Aku akan guna biar tak canggih mana pun... opss tunggu. Aku bukan kedekut nak beli telefon baru tau...tapi....sayang woooo...telefon ni nanti nak campak mana? Lagipun elok lagi. Membazir je kan kalau aku beli telefon baru? erkk.

Sehinggalah 2,3 minggu akhir-akhir ni, telefon aku ni dah mula menunjukkan tahap keuzuran,kesakitan dan petanda bahawa dia takkan hidup lama. Ada problem dengan bateri, tak tahan lama. Aku pula, punya la malas nak ke kedai telefon tukar bateri. Bertahan dengan charger je. Isk Fida Anuar ni memang begini, abaikan kemalasan dia yang entah apa-apa itu.

Sehinggalah pada satu petang...hantar adik aku yang baru masuk Matrik UIA tu ke Nilai selepas 2 hari dia bermalam di rumah aku di Putrajaya. Sejurus peluk cium, dia kasi aku satu telefon beserta charger. "Gunalah", terus dia berlalu tinggalkan aku terpinga-pinga dengan telefon di tangan. Telefon baru! Aku assume dia kasi pinjam.

Semalam, bila telefon mak, barulah terbocor satu rahsia agung. Aduhh menitik air mata aku bila dapat tahu....kesian jugak eh adik aku kat aku; kakak yang tak kedekut tapi baik hati ni, erkk....rupanya mak aku cerita, adik aku yang belajar kat Nilai tu sengaja belikan aku telefon baru tu sebab dia kata kesian tengok aku, tiap kali ada orang telefon, putus. Cakap tak sampai 2 minit, putus... pastu kalut-kalut cari charger...huhu.

Ok dah, lepas ni kalau ada sapa-sapa telefon lagi...insyaAllah tak putus dah. Bai..

PS: Fida nak cakap dia ada telefon baru ler tu:P

24 comments:

Tirana said...

Kak Tirana pun serupa macam Fida, selagi hp tak hancur, memang tak tukar, beg tangan pun macam tu, kasut pun serupa.. Dah terbiasa dari kecik macam tu... Sayang nak buang.. Kalau rosak tu tak la ralat sangat kalau nak buang pun.

penjejak maya said...

salam,

taklah kedekut tapi terlebih penyayang tu..

best dapat adik camtu hehe..

Abd Razak said...

Salam sdri Afida...

Semoga sihat hendaknya di sana..:)

Pentingnya kita berhati-hati dalam segenap perkara dan meninggalkan keinginan yang terlampau. Yang paling utama adalah bersederhana dalam berbelanja iaitu tidak boros dan tidak pula kedekut sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Furqan, ayat 67 yang bermaksud: “Dan orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak (pula) kikir dan adalah (perbelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian.”

Khairi Mohd said...

alangkah bestnye mempunyai adik yang memahami dan mampu hehe.

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Eh! Mcm sinonim pula ceritanya. 2-3 minggu baru2 ni h/phone saya yg dah kokia mula meragam! Ingatkan masalah bateri atau charger, belilah yg baru sbb murah je. Ingatkan masalah selesai, tapi `the problem still persist`. Ingatkan dah sampai `lifespan` h/phone tersebut tapi bila pakai bateri yg lama, ok pula! Pakai baliklah yg lama, janji boleh terima / panggil `call` dan SMSes. Sayang benda2 lama ni krn byk jasanya....

Sesumpah said...

samalah dgn sesumpah

handbag pun satu jeh dr dulu
hp guna bak 4 tahun, kalau tak kena curi still guna lagi
jam pun guna dr fom 1.


takpeh ni tunjuk kak fida setia orangnya.

yoro okino said...

"cermat" kata2 yg sesuai ngn ko kot..=P

UJ said...

hmmm kalo pakai kete mahal.. kena pakai hp mahal ke? kalao pakai saga je.. hp apa la ekk sesuai... kalo pakai honda lak cm fida apa la plak hp yng sesuai ek...

hmmm satu lagi kena ingat gak.. kalau pakai prepaid... hp mahal kedit tak best gak... kan?

best lagi sekang tepon boleh masuk 2 sim.. 2-2 on.. satu prepaid satu postpaid...amacam?

Pn Kartini said...

Salam my dear..:):)

Bagus adik akak sorang ni..:)
yelah kan..membazir amalan syaitan kan..ermm...
Moga fida happy dgn tepon baru !!Baik adik fida...tanda sayangnya pada kakak!

Take care dear!

Afida Anuar said...

Kak Tirana-->hehe..benar kak, kalau dah rosak tu takde la sayang sangat nak buang..kita serupa;)

Penjejak maya-->Salam..hehe..ahaaa penyayang... yeap, terharu bila dapat tau..rasa nak pi peluk cium dia time tu jugak.huhu

Abdul Razak-->salam saudara...alhamdulillah..sihat2 disini..moga saudara pun begitu..InsyaAllah..tidak akan berlebih-lebih, mahupun kedekut.Terima kasih saudara atas nasihat...

Khairi-->hehe..dia memang memahami...dan alhamdulillah, dia mampu...best2..jangan jeles eh khairi:D

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt..ohh..kebetulan ya!.. tapi memang benda-benda lama ni...ada nilai dia yang tersendiri di hati kita..susah nak terang, tapi Tajnur faham kut...

Sesumpah-->ahaa..jam..dari zaman belajar! alhamdulillah masih elok.. setia. yeap..that's me sesumpah..eceh..

Yoro-->Cermat...betui gak. Mak pun cakap macam tu...jaga barang-barang tu lagi cermat berbanding adik-adik lain;)

UJ-->fida pakai kete kembang la UJ...kembang tembam hitam, dan ada rupa puyu sket2..huhu..rasa sesuai la pakai telefon lama tu dengan kete fida;)

ahaa..UJ mesti guna yang 2 simkad tu kan?kan?Canggihhh!! hehehe..

Kak Tinie-->Salam my dear kak tinie...hehe..malu kene puji dgn akak:D baik-baik nakal macam tu la akak..hehe..
.
yeap...tu la, sayang jugak dia kat fida..bertuah ada adik mcm dia.. kak tinie pun sama..take care..dan selamat berhujung minggu yang bakal tiba;)

natni said...

kfid org bkn nk ckp kfid kedek tau~ sy tharu la dgr cter adik kfis tu.. adik bkorban tuk kakak nih, ehehehhe

ain said...

salam fida...bagusnya fida ni kan. sungguh berjimat cermat. berbeza ngan akak, satu tahun ganti hp 2 kali, handbag melambak2, kasut pun byk. ni pun tgh dok kecek2 ngan hubby nak tukar kereta pulak. buruk betul perangai. kena muhasabah diri nmpaknya pas ni.

Anonymous said...

wah fida dapat tepon baru~ baiknya hati adik hang belikan henpon baru noo?

fida henpon baru tu padan tak dgn kereta? huhuhu

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Mungkin faham kot!. Bersedeqah itu baik tapi apa yg nak saya jelas disini adalah kedekut /bakhil pun merupakan salah satu fitrah manusia tetapi mengikut perintah Allah SWT. Islam merupakan agama fitrah. Ada perkara2 kita perlu kedekut dlm ertikata menderma pada sasaran yg betul, tidak membeli benda2 yg membazir atau membataskan keperluan berlebihan. Surah Taghabun:16 وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفۡسِهِۦ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (١٦) Dan barangsiapa yang dipelihara kebakhilan dirinya maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.
Wallahualam

Rbin said...

Yang penting berbelanja perlu sederhana, tidak kedekut tidak boros. وَالَّذِينَ إِذَا أَنْفَقُوا لَمْ يُسْرِفُوا وَلَمْ يَقْتُرُوا وَكَانَ بَيْنَ ذَٰلِكَ قَوَامًا (Al-Furqan : 67). Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.

nahmy said...

alhamdulillah...wamai yattaqillah, rezeki dtg dr sumber yg tidak disangka-sangka...jgn lepas ni adik tulun bayarkan bil pulak dahle...hehehe..heh

Afida Anuar said...

Intan-->ye ye intan..orang tau bukan intan yang cakap kedeks tu..hehe..

Kak Ain-->err..fida takde la bagus sangat kak ain, cuma orang kata natural beauty memang mcm tu..hehe. setia pada yang satu..eceh..

Edot-->hehe..itu la. bertuah kakak dia. HUrmm..padan ke tak padan...rasanya tepon klasik aku ni pun padan gak..haha

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt..InsyaAllah Tajnur..akan sentiasa beringat. Tak kdekut, tak berlebih2..

Rbain-->InsyaAllah Rbain..thanks for the words btw..

Nahmy-->hehe..kalau adik tolong bayarkan pun tak salah rasanya..errr.. Takde la Nahmy, malu la saya.. tepon adik dah tolong beli, takkan kredit pun adik nak kene beli jugak!..saya yang belanja adik saya kredit selalu la:P

boy said...

sesungguh nya hp dan kereta honda itu hanyalah hiasan dunia sematat-mata

cheers,
pemilik iphone2gs

Faridrashidi said...

Salam,

Bersyukur dengan apa yang ada, bagus.

Apapun, selamat menggunakan telefon dengan baik ya!

Afida Anuar said...

Boy-> memang hiasan dunia semata-mata..owhh btw,bukan kereta honda pun..kereta kembang...kereta honda mana ada yang kembang..

~cheers.. bukan pemilik honda dan tiada telefon iphone2gs-

FaridRashidi-->Salam..yeap.. terima kasih farid...

Anonymous said...

cik pu..aku nok gelok...!!.hahahahahahahwakakakakawakakakka

Afida Anuar said...

Mekbu..gelok la...aku dok heranggg:p

yahaya said...

bagus lah..dpt adik..yg prihatin

Afida Anuar said...

Alhamdulillah...saya suka!.. nak dapat adik yang prihatin, kakak dan abangnya kene jadi prihatin dulu, iyer dak?hehe

 

Browse