Soalan paling kerap yang ditanya kat aku time kenduri sambut menantu adik lelaki aku pada hari Sabtu baru ni, bila pula giliran aku? dan bila aku nak gemuk..erkkk..
Maaf disebabkan kenduri sambut menantu tu, blog atau apa saja yang melibatkan aku di alam maya terabai. Maaf juga kerana aku tidak sempat meng'publish' satu entry untuk menjemput semua ke kenduri sambut menantu adik aku. Dah ada niat dah nak buat entry tu, tapi bila berada di kampung, ditambah dengan macam-macam nak kene buat, (kenduri kali ni, kami masak sendiri... memang terlalu banyak benda nak kene buat, sedia, bla bla bla) jadi masa untuk blog terpaksa aku korbankan.
Oleh itu, aku minta maaf sangat-sangat kerana tidak berpeluang untuk menjemput... kenduri aku nanti ,yang aku tak tahu bila, insyaAllah aku akan jemput semua. Doa-doakan....
Anyway, kenduri went well.. it was hot...it was tedious..erkk..tedious in terms of answering that little question..."Bila pula Kak Nor nak kawin"..hehe..WaAllahualam, that's the best answer that i could give.
Tadbir manusia langsung tidak dapat mengatasi takdir Tuhan...i keep that in mind. By the way... Alhamdulillah... mak dah ada 2 orang menantu perempuan yang 'comel lotte'. Serius comel. Ada orang kata, menantu-menantu mak, ada iras kami adik-beradik perempuan. Aku tengok pun macam tu, hehe. Itulah yang dikatakan jodoh. Moga jodoh mereka berpanjangan hingga ke alam syurga.
Jodoh aku? Hanya Dia yang Tahu...

13 comments:
salam kak Fida..
tadbir manusia memang xdapat melawan takdir Tuhan..
kalu dah menantu perempuan mcm adik beradik menantu lelaki pon nak same jugak la..hehe
Salam saudari Afida..
Moga sihat hendaknya..
Takper saudari, nanti jika sdri yang kahwin jemputlah kami ni..:)
Moga berbahagialah yang baru mengecapi alam perkahwinan dan berpanjangan hingga ke akhirat.
fida, lama tak singgah sini. urm, nanti ketemu la yang sesuai.
*nasihat utk diri sendiri jugak :)
Assalamualaikum wbt
Menantu adik lelaki? Yalah, apa2 pun layan jelah janji Fida faham, kita pun faham. Kalau dah semua sedondon, ni yang dikatakan `genetic pooling circulates around`. Apabila sebut takdir, tentunya kata org tua, (tak taulah org tua mana)jodoh manusia, jodoh mencari, jodoh haiwan, jodoh menanti. Tapi dari segi AlQuran, manusia diberi pemilihan hidup takdirnya. Surah AlBalad:10 وَهَدَيۡنَـٰهُ ٱلنَّجۡدَيۡنِ Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?
Sendiri2lah yg nak bertanggung jawab apa yg dipilihnya tanpa membabitkan org lain (Surah AlAn`aam164 وَلَا تَكۡسِبُ ڪُلُّ نَفۡسٍ إِلَّا عَلَيۡہَاۚ )Dan tidaklah seorang membuat sesuatu melainkan atat usahanya kembali kepada dirinya sendiri; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain.
Secara jujurnya cuba perhati disekeliling, apabila seseorang itu sudah berkeluarga, manalah ruangnya utk mempelajari Islam dgn sepenuhnya? Wallahualam
Tahniah Fida. wah masak sendiri? rugi tak dapat merasa huhu.
sekali lagi tahniah!
Soalan cepumas yang tak boleh dielak...hehehe..penat la sikit nak jawab.
Persoalan takdir suatu yang sangat rumit untuk difahami..
Saya suka akan pandangan Syaikh Ibnu Atho'illah الغافل اذااصبح ينظر ماذا يفعل، والعاقل ينظر ماذا يفعل الله به
Orang yang lalai dalam tauhidnya bahawa segala sesuatu itu berjalan menurut ketentuan takdir Allah, jika pagi hari ia bingung apakah yang harus dikerjakan, sedang seorang yang sempurna akal tauhidnya memikirkan apakah yang akan ditakdirkan oleh Allah baginya hari itu..
Semuga Allah membukakan hati kita untuk memahaminya...
Salam my dear..:)
Lumrahlah tu sis..
diasak pertanyaan sebegitu..
Namun sabar dan menerima ketentuan ilahi itu pasti buat kita tenang kembali..:)
Take care dear!
memang adat lah soalan2 yg begitu. klu yg belum kawin ditanya bila nak kawin, dah kawin ditanya pulak bila nak beranak, dah beranak, ditanya pulak bila nak tambah anak.hihihi
sabo aje lahhhhh!!!!
salam
Afida.. tak sabar nak tengok afida berhias pengantin.. hehe. Tentu manis sekali..
Nazrin-->Salam nazrin..hehe... alamak, takkan nak kene cari yang ada iras jugak..hehe
Abdul Razak-->Salam saudara abdul Razak..alhamdulillah,Dia kasi rasa nikmat sakit skit ni..InsyaAllah, saya takkan lupa jemput semua..terutama teman-teman blogger saya;).. mana la tau kan,saudara Abdul Razak sudi terbang dari Sarawak ke Terengganu utk datang ke kenduri saya.. satu hari nanti..insyaAllah..
Azrin-->Yeap..saya yakin tu..moga azrin pun sama... jaga diri yer!
Tajnur-->Waalaikumusalam wbt..hehe... Kenduri sambut menantu... adik lelaki punya kenduri..tu maksud saya, maaf atas kekeliruan. Kalau kat terengganu panggilan kenduri sambut menantu, dipanggil sambut nattu..hehe
`genetic pooling circulates around`, wowwww 1st time dengar ni.. saya kurang setuju dengan pendapat Tajnur.. benar, ada sesetengah orang, kalau dah berkeluarga nak mendalami tentang Islam tiada masa. Tapi itu atas diri masing-masing. ada juga yang disebabkan perkahwinan, pengetahuannya dalam Islam makin bertambah...makin mendalam. Sama-sama belajar, sama-sama melengkapkan diri...tapi semuanya atas diri masing-masing la... hendak seribu daya, tak nak seribu dalih... bahkan saya perhati..orang bujang sendiri,mungkin saya juga termasuk dalam golongan orang bujang ni,pun tiada masa nak mempelajari Islam sepenuhnya... kelemahan di situ. Sebab tu kita perlukan bimbingan dari teman yang boleh membimbing dan melengkapi...InsyaAllah..moga Allah kurniakan teman sebegitu.. WaAllahualam.
Khairi-->Terima kasih khairi..itu la, rugi... sedappp hehe...
Kak Tirana-->Penat akak..aduiii..Tuhan je la yang tahu..hehe
Rbain-->Thanks Rbain, for the word..yeap.. mata saya terbuka membacanya..
Kak Tinie-->Salam kak tinie..yeap..memang lumrah..dah faham sangat.. it's ok anyway..terima dengan senyuman..thanks kak..
Ain-->Kak ain..benar..ada je soalan... sabo aje la..
Cikgu Rashid-->Salam cikgu rashid..itu la..fida pun tak sabar nak tengok..manis?erkk... iyer kut..hikhikhik
Assalamualaikum wbt
Amboi pjg komen! Maksud saya Afida, bila dah berumahtangga ruang masa utk terhad dgn kerja2 lain w/pun kemahuan belajar tu kuat.Likewise say, the grass is always greener on the other side .Nanti pijak dibumi nyata baru boleh cakap. Bab kain je, kumpul kain, basuh kain, jemur kain, kutip kain, gosok kain, lipat kain. Masak? Kerja? Berkemas? Tu belum lagi kerenah suami dan anak berderet mcm buah rambai, hehehe. Apa2 pun kalau dah ada asas tidak menjadi masalah, cuma kesungguhan saja. Wallahualam
Waalaikumusalam wbt..
hehe..terkomen panjang..Ampunn.. yeap,saya belum berpijak di bumi nyata lagi..cuma nampak yang di pandangan mata je.pasai tu komen apa yang nampak di mata.. wahh bab kain lengkap!..kalau ada kerjasama menguruskan kain,masak,kemas.. dan ada kesungguhan untuk belajar, insyaAllah..lagi mendalam, lagi manis ilmu yang nak ditimba...
WaAllahualam..
Post a Comment