Salam.
Isnin sebelum selasa,
Monday blues awal-awal pagi sudah biasa.
Rasa tak nak jejak kaki ke pejabat pun ada.
Tapi terpaksa, aku kuatkan jiwa,layankan aja,
fitrah hidup ini yang kala ada suka, kala ada duka;)
Pesan aku pada diri yang kerdil ini supaya tidak lupa,
Untuk bersyukur atas segala nikmat kurniaan dariNya.
Maaf Kak Tirana, UJ dan semua, lama tidak berkisah tentang cerita di sini, lama juga tidak menjejakkan kaki ke kamar tulis kalian di sana. Alhamdulillah Fida sihat-sihat ja. Cuma, weekend baru ni famili dari kampung datang menghantar adik, Nadirah yang masuk Matrik UIA di Petaling Jaya. Jadi sejak Sabtu lagi Fida berkampung bersama mereka di rumah adik lelaki di Shah Alam, sehinggalah pagi tadi, kami berpisah kerana fitrah alam. Fida meluru ke tempat kerja di Cyberjaya, mereka pula pulang ke Pulau Rusa di Terengganu sana.
Jadi sepanjang waktu bersama mereka-mereka yang amat aku sayangi, Mr.Lappy terpaksa aku ketepikan sementara, alahaii. Di opis pula faham-faham aje la, semua kene block. Sebab tu bila dapat berada betul-betul di hadapan Mr Lappy malam ni, aku rasa bersyukur tidak terkira. Seolah sebulan rasanya tidak bersua muka.. rindu..huh pulak!~
Matrik UIA Petaling Jaya, tidak banyak yang berubah sejak aku tinggalkan dia beberapa tahun yang lalu. Bangunan masih kekal sama cuma mungkin ada yang berubah warna. Suasana, bau, kasih sayang...semua masih yang dulu. Fida terkenangkan kisah lalu yer? Ada la sikit-sikit..he..he
Ok, abaikan kisah lalu, kisah yang tiada dalam lagu itu.
Yang jelas sekarang kisah semalam, kisah hari Ahad yang terang.
Aku kuat dapat rasakan, kereta yang berjujuk-jujuk memasuki pagar tidak mampu sama sekali melawan bondol-bondol harapan ibu bapa pada si anak yang mendaftar pada hari kejadian. Sangat tinggi dan sangat suci harapan yang satu itu. Dan semuanya bergantung pada si anak manis.... sama ada mahu membalas bondolan harapan ibu bapa dengan kejayaan atau kehampaan. Anak-anak manis, suka tengok raut wajah mereka termasuk adik aku semalam. Raut yang pernah aku pamerkan suatu masa dulu. Raut bangga, puas, gembira.... ah siapa yang tak gembira dapat masuk U kan?
Cuma aku harap mereka tidak terlalu dibuai dengan kegembiraan, kepuasan, kebanggaan sebab dapat masuk U. Masih banyak lagi benda yang harus dihiasi bagi mendapat kegembiraan, kepuasan dan kebanggaan yang sejati. Masuk U bukanlah tiket untuk berjaya di dunia, apatah lagi di akhirat. Masih ramai insan di luar sana yang tidak masuk U tapi dapat mengecap kejayaan dunia lebih dari dari kita yang masuk U ni, percaya dak?Kejayaan di akhirat apatah lagi...waAllahualam.
Cerita masuk U..cerita biasa. Jadi untuk menjadikannya sedikit luar biasa, terpulang atas diri mereka untuk menghalusi cerita tersebut. Bagaimanakah kesudahannya nanti. Adakah masih kekal biasa? Luar biasa? Atau akan adakah manis yang tidak terkira. Harapan aku, biarlah manis yang tiada taranya. Sampai semut pun tak berani nak mara? Mustahil? naaaaaa
Kisah aku dulu? erkk, aku rasa masam-masam manis kut ..he..he
Kehidupan di tengah kota sememangnya menggugat jiwa yang suci
bagi anak kampung yang baru mengenal duniawi di tengah kota ini.
Kuatkan iman di hati, insyaAllah semua akan dapat dilepasi;)
Salam sayang dari kakakmu yang satu ini..
PS: Rasa pening dan kacau sedikit baca kisah kali ni, ayat terabur? alahaii..layankan aje la..erkk

13 comments:
Salam..:)
Benar, kejayaan di dunia belum pasti boleh menempatkan diri layak utk ke syurga Allah seandainya suruhan Allah tidak ditunaikan dgn sempurna.
salam my dear..:)
Sesekali bertemu ayah bonda...
semmgnya berat utk melepaskan pergi..
bisa menggamit kerinduan di hati...
Pe2 pun...masam msam manis..itulah ia kenangan yang akan diabadikan selamanya..kan..:)
Take care dear!:):)
salam,
masuk U tu memang best kenangan terindah yang selalu diingati..
Tak bersiaran selama 3 hari...entry malam ni agak panjang..maklumlah nak cover 3 hari punya..Glad you are back.
hmmm owhhh patut r... mesti best r la ekk... adik masuk U... owhhh kat PJ tu... kalau fida time matrik situ... hmm UJ lagi boleh imbau time bangunan kayu tuh... smawip lagi... heheheh otai betul UJ ni kan.. masjid tu plak... kolej islam malaya tuh... yg kemudian jadi KIK... heheh owhh sekolah ku... masjid tu la for the 1st time i heard the jumaat khutbah read in other than Bahasa...impressived...
UJ bukan budak UIA.... tp kerana nak jadi nya students UIA... itu lah tempat UJ squatting time kerja electcom... banyak kenangan jugak kat matrik PJ jalan universiti depan FN yang busuk tuh...
hmmm tak pe r panjang skit... fida lama sangat off...so tajuk entry ni plak ... camne ekk? ke fida la yg dimaksudkan? semut pun tak berani nak gigit fida ekkk? ke camne... wat masa ni itu lah UJ faham huhuhuhu.... semuat apa? semut api? semut gatal?ke kota sarang semut?....erkk
Abdul Razak-->Salam saudara...benar... kejayaan di dunia bukanlah kejayaan yang hakiki. Tapi jika mencapainya..diserta dengan iman yang suci untuk mencapai kejayaan di akhirat sana pula?bukankah lebih baik?;)
Kak Tinie-->Salam kak tinie!! Memang tak puas pun akak. 2 hari je. Masam manis, kenangan abadi yang tak luput dalam hati;)
Penjejak Maya-->Salam..setujuu!!Takkan lupa sampai bila-bila.
Kak Tirana-->terima kasih akak..hehe, 3 hari dalam 1 hari..heheh
UJ-->Smawip..fida tau!! Dulu masa matrik kelas banyak kat sana la...bangunan papan. Seronokk! even sek men dan sek rendah pun bangunan batu:D
hehe..yer matrik tu..depan f&n yang busuk..kenapa time fida tak busuk pun..hehehe
hahahah tajuk tu takde apa2 maksud la UJ.fida ambil kononnya sebab kejayaan terlalu manis...pastu semut pun confuse la, eh ni betul gula ke apa? hahaha... takde kaitan ngn fida pun UJ:p
salam...
masuk u mmg best. saya dulu pun pernah Allah beri kesempatan merasainya tapi ianya bukanlah penamat kpd 'pembelajaran'. selagi hidup selagi tulah kena belajar...lebih2 ilmu yg boleh menyelamatkan kita esok di alam yg satu lagi.
zaman masa study kat adalh paling best, bila dh masuk alam kerja..suasana sangat2 berbeza..hargailah masa study dgn rakan2..
fuhh. bagus betul nasihat ni :)
Assalamualaikum wbt
Perjuangan hidup mencari petunjuk dan ilmu perlu dibuat dgn usaha kesungguhan. Oleh kerana, ujian hidup di dunia hanya sekali, kita perlu membuat persediaan yang rapi samada dalam keadaan ringan atau berat (Surah AtTaubah:41 ٱنفِرُواْ خِفَافً۬ا وَثِقَالاً۬ وَجَـٰهِدُواْ بِأَمۡوَٲلِڪُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِۚ .
Di IPTA inilah kesempatan utk kita mencari petunjuk disamping kita menimba ilmu mencerahkan utk masa depan kita. Walaupun diasak dgn pelbagai assignment dan peperiksaan mengikut sistem yg berasak2 dan bertompok2 mcm mulanya pendaftaran ke IPTYA ( Surah AlAnfaal:37 وَيَجۡعَلَ ٱلۡخَبِيثَ بَعۡضَهُ ۥ عَلَىٰ بَعۡضٍ۬ فَيَرۡڪُمَهُ ۥ جَمِيعً۬ا ) tetapi disinilah peluang terbaik utk kita mulakan penghidupan ke alam yg lebih baik jika dibandingkan zaman persekolahan. Mmglah diakui, segala2nya memenatkan tetapi apa jua kebaikan utk dicapai perlu pengorbanan dan rintangan sebab kalaulah pencapaian sebegitu mudah nescaya ramailah mrk akan mengikutinya. Sebaliknya hanya mrk yg tidak ada kesungguhan membuat pelbagai alasan dan menjauhkan diri utk mendapat petunjuk krn merasa terlalu sukar. (Surah AtTaubah:42
لَوۡ كَانَ عَرَضً۬ا قَرِيبً۬ا وَسَفَرً۬ا قَاصِدً۬ا لَّٱتَّبَعُوكَ وَلَـٰكِنۢ بَعُدَتۡ عَلَيۡہِمُ ٱلشُّقَّةُۚ
Wallahualam
Terkenang zaman belajar kt USM bila baca entry ni. Serba serbi indah dan ceria, itulah kehidupan saya di alam kampus. walaupun dh bertahun berlalu, namun ia tetap mekar mewangi di taman ingatan.
bau,kasih sayang semua still the same yea
I wish to gack to my old time when I was in PJ..really miss all those moment
Nahmy-->Yeap, pengalaman paling best setakat ni..bila dah kerja ni, rindukan waktu U tu Allah je la Yang Tahu..belajar sampai ke liang lahad..insyaAllah takkan pernah putus..
Ummi Aisyah-->Ummi..betul!!! bila dah kerja ni terasa sangat...eh tapi best kerja lain pula, best belajar lain..hehehe
Aben-->fuh!..terima kasih, nasihat untuk adik2 semua;)
Tajnur-->Waalaikumusalam wbt. Benar Tajnur..bak kata pepatah, nak seribu daya, tak nak seribu dalih..
Shameel-->Wahh shameel, terkenang kisah lalu juga nampaknya..hehe
Yus-->erkk..hehe..yer yus..still the same;)
me too...wish i can go back.
Post a Comment