Semalam saya langsung tidak menulis. Tiada sebarang patah kata yang datang menyinggah untuk ditintakan. Saya cuma membaca. Dari selembar, demi selembar. Dari satu muka ke satu muka. Dari satu tetingkap ke satu tetingkap. Letih membaca, saya menyertai Muni menguyah kuaci di luar bilik.
Habis 5 biji kuaci, saya ceduk lagi beberapa biji. Muni hantu kuaci. Kadang-kadang tengah khusyuk membaca pun, mulut Muni boleh lagi sibuk menguyah kuaci. Saya kagum! Mungkin saya bukan hantu kuaci dan bukan hantu buku seperti Muni. Hantu, kenapa ye orang selalu mengaitkan malam Jumaat dengan hantu? eh..
Waktu saya kecil-kecil dulu, setiap kali malam Jumaat menjelang, ayah akan 'conquer' TV dengan rancangan Hal Ehwal Perdana Islam kalau tak silap saya. Waktu tu Ustaz Ismail Kamus, Ustaz Harun Din, dan beberapa orang pendakwah terkenal sedang rancak berada di pentas dakwah media perdana. Waktu tu..ya,saya masih ingat lagi suasananya. Tapi selepas mereka tidak lagi dibenarkan muncul di media, rumah kami beransur-ansur sepi dari rancangan Hal Ehwal Perdana Islam. Ayah tidak lagi meng'conquer' TV pada malam rancangan itu disiarkan. Itu kisah belasan tahun yang lalu.
Dan kisah pendakwah-pendakwah tertentu tidak dibenar keluar di kaca TV itu masih berterusan sehingga sekarang. Perasan dak?Mana ada alim ulama atau ustaz-ustaz berani berkata 'lantang' di media perdana. Kalau 'lantang' sedikit, sah lepas tu tak dibenarkan keluar TV lagi dah. Tapi kalau orang berjoget, melompat, macam kera,'bertelanjang' tu dibenar pula keluar TV. Berduyun-duyun pulak tu..Pening..pening.
Kaku, tak tahu nak tulis apa dah.
Till then...

12 comments:
Dunia akhir zaman...
Salam...
Zaman kita ini zaman fitnah dan semakin hari semakin maharajrela dengan fitnah. Seperti yang kita rasakan dewasa ini, ketika kemungkaran dianggap sebagai kemaarufan sebaliknya yang maaruf dianggap sebagai sebuah kemungkaran.
Orang berbuat mungkar tidak lagi bersembunyi bahkan dibanggakan sebagi kebaikan yang harus disebarluaskan
sebab tu pernah UJ komenkan di blog khairi kot... sampai ada yang buang Tv dalam perigi buta dan ada juga yang campak ke laut cina selatan.. time tu UJ bersekolah menengah lagi...
apa tah lagi .. kalau zaman sekrang... mereka yang bertindak seperti yang UJ katakan tadi, mungkin mengatakan TV adalah haram..
ntah la tak tahu nak ckp... tapi ..kalao kena caranya insyAllah terlalu banyak faedah lak yang kita dpt kan...?
nasib UJ ... nak kata ASTRO jauh ssekali...channel malaysia pun tak pernah elok.. yang pelik napa channel suria, channel 8 dan channel 5 .. yang semuanya singapora terang benderang ... dekat singapore ke aku sekarang ni..?
ehh still kat malaysia la...
ermmm...cudnt say more...takut la nk menulis secara lantang, nanti kena ban lak takleh blogging...ngeee :)
mgkn dh kna attacked by some sorta virus that can caused gigantic damages on value of humanity...dunia kna ambik semua, sbb hidup ni skjp je...rugi tak enjoy...akhirat sikit2 dah la, lmbt lg pun nk mati...
erkkk...nauzubillah...
'mereka' memilih mana yg sesuai dgn jiwa mereka shj. bahkan ada sesetengah dr 'mereka' hendak 'membangsakan'...Islam dari mengIslamkan 'bangsa & keturunan' mereka....wallahualam
Salam!
Kadangkala kita nampak je kaku tapi sebenarnya hati kita tetap berdetik dan berdebar. Seperti dalam Surah AnNaml:88,`Dan engkau lihat gunung2, engkau sangka ia kaku (jumud)ditempatnya, padahal ia bergerak sebagaimana bergeraknya awan...` Walaupun `nas` ini juga menunjukkan bahawa dari segi sains bumi pun bergerak tetapi nak fokuskan adalah hati manusia juga bergerak.....
Mengenai ilmu pula, terdapat hadis Rasulullah saw yg diriwayatkan oleh Imam Bukhari dlm bab Adab m/s 39,`Ia akan menghampiri suatu zaman bahawa ilmu2 itu digenggam (block) dan manusia dicampak kebakhilan dan fitnah2 terang-terangan dan manusia menzahirkan `alharaj`. Sahabat bertanya,`Apakah `alharaj`? Rasulullah saw menjawab, `pembunuhan` Apa yg nak sampaikan disini adalah wujudnya segolongan ulama dan pemerintah sendiri menghalang tersebarnya Islam pada org ramai. Wallahualam
Dari cerita kuaci merangkak pula ke forum perdana ehwal Islam..
Terkadang saya juga fikir, apa positifnya program seperti kera kena belacan itu?
Adakah jika saya katakan itu tidak boleh (baca: syariat) apakah itu dikira bersikap pesimis? Plezlaa. (Bukan kata kat tuan blog, sekadar luahan)
Azrin-->itulah, tapi ramai manusia tak sedar..
Abdul Razak-->salam..betul tu saudara. Sekarang kalau orang berbuat baik dianggap satu kepelikan. Berbuat jahat tu dianggap kebiasaan..astarfirullah..
UJ-->wahh best la UJ dapat channel singapore..erkk... hehe..masa kecik2 dulu ingat jugak, ayah fida hampir2 nak humban TV ke tanah..sbb anak2 dia asyik ngadap TV..bila dah besar ni baru lah tak tengok tv..huhu
Starsyeea-->nauzubillah starsyeea..tapi itu lah kan keadaan ummat islam sekarang? mcm takkan mati..
Nahmy-->ayat tu saya suka..yeap..mereka hendak membangsa kan islam dari mengislam kan bangsa..
Tajnur-->Salam! komen tajnur saya tunggu-tunggu sebab saya boleh buka tafsir rujuk dan automatik dapat Ilmu al-Quran. Al-Haraj.....Terima kasih atas perkongsian..
FaridRashidi-->sbb tu saya kata saya kaku..nak tulis cerita kuaci sebenarnya, tapi entah mengapa termelalut ke situ...
DUlu2 saya tengok ada positifnya jugak, zaman mereka2 tak kene halang keluar TV lagi. Tp skrang, mmg mcm dah kera kene belacan. Setuju tu.. BUkan rancangan tu saja, bahkan banyak lagi rancangan keagamaan yang lain.
WaAllahualam
umno-->apco
1malaysia==oneisrael
cheers
Boy, wowww..;)
Saya paling suka dua perenggan ini:
Waktu saya kecil-kecil dulu, setiap kali malam Jumaat menjelang, ayah akan 'conquer' TV dengan rancangan Hal Ehwal Perdana Islam kalau tak silap saya. Waktu tu Ustaz Ismail Kamus, Ustaz Harun Din, dan beberapa orang pendakwah terkenal sedang rancak berada di pentas dakwah media perdana. Waktu tu..ya,saya masih ingat lagi suasananya. Tapi selepas mereka tidak lagi dibenarkan muncul di media, rumah kami beransur-ansur sepi dari rancangan Hal Ehwal Perdana Islam. Ayah tidak lagi meng'conquer' TV pada malam rancangan itu disiarkan. Itu kisah belasan tahun yang lalu.
Dan kisah pendakwah-pendakwah tertentu tidak dibenar keluar di kaca TV itu masih berterusan sehingga sekarang. Perasan dak?Mana ada alim ulama atau ustaz-ustaz berani berkata 'lantang' di media perdana. Kalau 'lantang' sedikit, sah lepas tu tak dibenarkan keluar TV lagi dah. Tapi kalau orang berjoget, melompat, macam kera,'bertelanjang' tu dibenar pula keluar TV. Berduyun-duyun pulak tu..Pening..pening.
Itulah realitinya;-)
ustaz, terima kasih kerana suka.. tu pun rasanya tatabahasa sangatlah bercelaru..tp layan je la..hehehe
Post a Comment