I love you...Fida.

Saturday, April 17, 2010
Adik saya yang sorang tu dah mula meng'upload' gambar-gambar kami zaman dulu-dulu kat facebook. Alahaii... muka zaman kecil-kecil tu memang mulus betul,erkk dan yang penting ada ciri-ciri kakak sulung! hehe. Tu zaman kecil-kecil dulu la.

Tapi sejak saya menginjak dewasa ni, bagi yang tidak mengenali asal usul keluarga saya, tak ramai yang kata saya ni anak sulung. Biasa diaorang ingat adik lelaki saya nombor dua, atau adik lelaki nombor tiga tu yang sulung..huhu, Entah macam mana saya boleh kehilangan 'raut' anak sulung yang saya miliki zaman dulu-dulu tu, hurm.

Apa pun saya bersyukur dilahirkan sebagai anak sulung, dilahirkan sebagai saya. Walaupun tidak mudah untuk menjadi anak sulung, untuk menjadi saya dan hidup sebagai saya, but i love of being me. Love everything about me. Itu memang pasti!

Kredibiliti sebagai kakak sulung tu memang jelas terserlah, eceh, cuma gambar je yang tak berapa jelas..Yer, yang tudung biru tu..erkk.

Till then..

13 comments:

Pn Kartini said...

Salam dear..,
I Love You Tooooooo....:):):)

Anonymous said...

fida sori aku tergelak kecil mase tgk gambo ko ni kat fesbuk :P

tapi mmg terserlah raut wajah kakak sulung dlm gambar ni, ape org kate? matang~

ps: ssh ek jadi kakak sulung?

MaizaC'Joe said...

Salam

Ilove u to.... hehe.. ehh sama la kita dua.. maiza anak sulung juga. sebagai anak sulung menjadikan maiza lebih bertanggungjawab.. InsyaAllah.. Alhamdulillah atas didikan maiza tak akan lupa.. dan akan dahulukan apa2 saja.. sebab itu sampai sekarang maiza tak boleh jauh dr family.. (padahal manja yg bagai...) hehe.. Adik maiza yg kedua Alhamdulillah dah bekerja.. cuma yg bongsu.. aduh!! finin maiza di buatnya.. time gaji antara dialong adk pada kakak2 nie "kak adoi.. mcm mn nie nak mkn pun tak ada duit" hah!! mcm mn tue.. kakak berkorban la.. tapi xmelampaui batas.. nti melampau pula.. Apa2 pun di lahirkan sebagai ank sulung memang best... memang mulus la pic dulu2 kan... sekarang nie.. aduh.. mengeluh (maiza la tue)

nahmy said...

orraaiiitt tuuu... klu tak kita yg mula seronok menjadi dan mencintai kita sendiri then sapa lagi? dan ia tak jadi 'masuk bakul angkat sendiri' jika kita tak citer pd org lain betapa kita cinta diri kita sendiri...

Abd Razak said...

Salam..

Sebagai anak sulung maknanya high expectation, tol tak? Kena tunjuk contoh terbaik buat adik, kena set satu benchmark tinggi dalam famili, dan kena buat semua benda “baik”.

Tirana said...

Anak sulong lawan anak bongsu, sapa menang? hehehe..kak tirana anak bongsu. Memang betul anak sulong selalu dijadikan contoh. Kak tirana anak bongsu, selalu memerhati abang-abang dan kakak. Tengok abang dpt belajar di oversea, kak tirana pun berazam nak pergi jugak..hehehe..Alhamdulillah, dapat jugak pergi.. Orang kata didik anak sulong biar betul-betul, nanti anak-anak seterusnya akan mengikut. Sejauh mana keberkesanannya teori ini tak tahu lah..hehehe

Afida Anuar said...

Kak Tinie-->salam akak...love you tooo;)

Edot-->bukan ko aje yg gelak..aku pun gelak, muni pun gelak...hahaa..aku tau apa yang korang gelakkan, aku dulu2 pakai tudung pastu letak brooch yg ala2 cincin tu kat depan.pastu simpul2 jd mcm tu.kan?kan?kan? hehehe...

Maiza-->salam maiza,oh kita serupa..hee. Yeap,bertuah sebab jadikan kita,kita. Jadi contoh kat adik2 itu yang penting. Tapi kene kasi contoh yang terbaik...Kakak dapat masuk U, adik pun nak masuk U..

Nahmy-->..masuk bakul angkat sndiri eh..hehe..

Abdul Razak-->Salam..itulah hakikatnya. Jadi anak sulung kene jadi role model utk adik-adik. Sebab kebanyakan apa yang kita buat adik-adik akan ikut. InsyaAllah..harap2nya dah buat yang terbaik utk diikuti..

Kak Tirana-->alaa..anak bongsu la yang menang..hehe. Anak sulung kene selalu mengalah kat adik-adik,terutama yang bongsu..ekekek...

rasanya ada juga betulnya kut kak tirana. Alhamdulillah adik-adik semua ikut jejak langkah fida...masuk UIA.. yg sorang lagi lepas habis SPM tu pun dia nak masuk UIA...erkk. moga-moga cita2nya berjaya.. keluarga UIA...hehe..

Sesumpah said...

sesumpah anak sulung juga, besar tgjawab kite en


tp best!


;D

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Tiap2 orang mempunyai tanggungjawab yg mrk mesti pikul samada mahu atau tidak setelah sumpah setia (bai`ah) diAlam Ruh bahawa mrk akan turun kedalam rahim ibu dgn membawa amanah (Surah AlAhzab:72). Tetapi yg paling penting ialah petunjuk utk diri kita dahulu dgn menjadikan AlQuran sebagai panduan hidup kita Surah AlIsra`:13-14). Sebelum kita meninggalkan bumi ini, Allah SWT berfirman dlm Surah AliImran:102 bahawa jangan sekali2 kita mati melainkan kita pasti betul2 sedia menyerahkan diri (sebagai Islam) w/pun mati itu adalah pasti! Kemudian dlm Surah AtTahrim:6 dimana kita mesti selamatkan diri kita dan keluarga kita dari siksaan api Neraka dimana bahan bakar adalah batu dan manusa itu sendiri. Sehinggakan kalau hendak mendirikan rumahtangga pun mesti kedua2nya dapat menegakkan hulum Allah (Surah AlBaqarah:230 أَن يَتَرَاجَعَآ إِن ظَنَّآ أَن يُقِيمَا حُدُودَ ٱللَّهِ
Wallahualam

r.o.l. said...

Anak sulung: bahan ujikaji para ibubapa serata dunia, sejak zaman Adam A.S. lagi. :-)

Afida Anuar said...

Sesumpah: ooo kita serupa!..yeap, tanggungjawab besar dan mencabar...tapi bestt!!cik fida tau dah apa yang best tu!hehe

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt. InsyaAllah tanggungjawab itu akan dijalankan sebaik mungkin. Terima kasih tajnur...

r.o.l-->bahan ujikaji?hurmmm... 1st time dengar ni..hehe

aideeb said...

aku ingat lagi masa kat uia dulu...muka ko ngan adik ko mmg sama..huhu

Afida Anuar said...

hehehe...ko tau kan deeb, member2 adik aku kata, kalau nak tengok afnan pakai tudung, tengok aku...

n mmber2 aku pulak kata, kalau nak tengok aku tak pakai tdung, tengok adik aku...ada ker...hahaha..tp lawak2..

 

Browse