Ceritaku Yang Paling Sedih Fasal Duit...

Monday, April 19, 2010
Novel kedua Khairi iaitu Yuda Di Padang Maya tak best sebab seram sangat. Lebih baik buat cerita sedih macam ni...

Hujung bulan. Poket nipis macam biasa. Hari tu cuma tinggal nota 50 ringgit sekeping dalam dompet panjang cap Jazz yang dibeli 3 tahun lepas. Ada haru. Tapi dalam duk haru tu ada hati juga aku nak keluar ronggeng-ronggeng. Aku ni gak la... tak sedar diri...haihh..

Jalan-jalan pantau dunia, terjah suasana. Tema ronggeng-ronggeng aku untuk hari tu. Tapi aku ronggeng sorang-sorang je. Sorang-sorang ni kadang-kadang damai. Kadang-kadang sedih. It depends. Tapi hari tu..damai,alhamdulillah...

Habis satu gerai demi satu gerai aku kunjungi di sebuah tempat membeli belah di pinggir kota. Sekadar mengambil, membelek..dan meletaknya semula. Dari brooch kilat-kilat cantik hinggalah barang hiasan rumah. Semua sekadar belekan dan lirikan. Sengkek punya pasal. Alaa, lagipun semua tu bukannya keperluan yang maha mustahak pun.

Aku berjalan lagi. Kali ni mata terletak dekat satu gerai buku. Sudah!! Bab buku ni aku lemah sikit. Aku bukan hantu buku, tapi aku pantang kalau tengok buku yang kena dengan jiwa aku. Mesti nak beli. Hati aku dah jerit kuat-kuat jangan singgah, budget takde!! Tapi kaki aku degil. Dia pi juga melangkah ke gerai tu. Haaa terpacak la aku kat depan gerai tu sambil mata duk rambang lalok-lalok. Tengok-tengok, semua buku kena dengan jiwa!! Lagi parah!

Satu demi satu buku aku ambil. Aku letak. Belek lagi..aku letak.Hati dah rasa lain macam dah sambil duk kira-kira nak sambar satu buku tu harga 24 ringgit. 50 ringgit - 24 ringgit= 26ringgit lagi tinggal untuk belanja sebelum dapat gaji. Cukup..cukup...hati duk pujuk-pujuk.

Lalu buku ketiga tulisan Ustaz Hasrizal,Murabbi Cinta selamat menjadi hak milik. Aku berlalu puas sambil singgah dekat tempat permainan kanak-kanak yang terletak di dalam pusat membeli-belah tersebut. Sambil mata duk melirik-lirik kisah yang Ustaz Hasrizal kisahkan dalam buku tersebut, sempat juga aku melemparkan pandangan ke arah kanak-kanak yang seronok bermain macam tak ingat dunia tu. Kanak-kanak.... zaman suci dari dosa. Jeles! Apa pun zaman kanak-kanak aku sudah berakhir. Pandang hadapan fida, jangan pandang belakang! Relek je hati aku sound.

Tengah duk ralik memerhati, tiba-tiba bahu aku dicuit oleh seorang makcik tua yang separa bongkok.

"Anak tolonglah makcik beli keropok mentah ni, makcik betul-betul nak guna duit. Tolong nak yer"

Sudah!! aku bab orang merayu-rayu ni memang lemah sikit. Dalam hati teringat kat duit yang tinggal 26 ringgit je lagi tu, alahai macam mana ni.

"Berapa yer sebungkus ni makcik?"

"12 ringgit nak, beli ye nak. Tolong makcik", mak cik tu masih merayu-rayu.

Terkedu,tapi entah macam mana, tangan aku terus mengeluarkan dompet, ambil 12 ringgit kasi kat makcik tu. Tindakan aku yang baik hati itu seolah dikawal oleh otak luar kawal, erkk.

"Terima kasih nak..terima kasih, makcik syukur sangat-sangat anak beli", ujar makcik tua tu sambil peluk dan cium pipi kiri aku.erkk..

Makcik tua tu berlalu dengan gembira sambil meninggalkan keropok keping mentah sebungkus yang berharga 12 ringgit kat aku. Aku pula kembali memerhati budak-budak bermain sambil terbayang-bayang dalam dompet aku yang tinggal 14 ringgit je budget sebelum tiba hari gaji. Tak pernah-pernah aku sengkek sebegitu. Sedih sangat sampai meleleh air hidung,erkk (ok bab meleleh air hidung ni aku reka,hehe)...tapi dalam masa yang sama aku gembira sebab dapat tolong makcik tu. That is so you fida! (Alamak, angkat bakul sendiri nampak..erkk)

"You can have everything in life if you just help others to get what they want".

PS: Alamak, sah tak menang ni, sebab ada unsur-unsur gembira, bukan sedih..hehe. Anyhoo, ini karangan untuk pertandingan yang aku sertai dari blog khairi. Boleh klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut. Khairi suruh tag 2 orang sahabat lain untuk sertai contest ni. Aku tag Sesumpah dan Kay la..erkk.

Till then..

23 comments:

Frodo Baggins said...

adoiiiii
baru wa nak emo feeling sedih bagai
tetiba ~ rekaan semata dowh!!
hahahahhaha


tacing gak wa td! cess~


>>_____<<



((mintak2 lu mng .. seyes))

Afida Anuar said...

Frodo...kisah benar ni...percaya lah..cuma situasi diubah sket2..erkk...

Aminn..insyaAllah kalau ada rezeki..

PS: rajin pulak tengah bizi dengan projek ni layan2 tag, contest2 sebegini..hehehe..layannn...

Sesumpah said...

rekaan ke? laa haha takpe masih ada niat ikhlas disini ;D

agak menyentuh jiwa ;D

Khairi Mohd said...

thanks fida sebab join. hehe. eh, tak tak sy tak gelak tu.

but, how thru it is, it is you, fida. it is all nice the girl that i knew from the world of capacitors.

with all heaven that you've got, insyaAllah, Allah blesses you always.

Nnt sy add ya. tgh nak amik mood taip novel ni.

nahmy said...

mesti sedap punya kupok tuh...sampai terleleh air telingaaaa..

Afida Anuar said...

Sesumpah-->reka sket2 takpe kut..tuan penganjur tak marah rasanya..erkk

Khairi-->terima kasih khairi...for that words... wahh dh mula mengaranggg utk novel ke 3.. caiyok2!!

Nahmy-->erkk hahaha...sedap..sedap sangat nahmy;)

Abd Razak said...

Salam...

Tak mengapa sekali pun ianya hanya karangan, andaikata hari ni rezeki kita tinggal sedikit kerana menolong orang, percayalah esok Allah akan tambahkan semula. Tidak semestinya ianya dalam bentuk wang, boleh jadi datangnya dlm bentuk kesihatan dan sebagainya...sekian..:)

Tirana said...

Ada jugak tinggal rm14..kak tirana pernah tinggal zero terus...hehehe..

UstazCahaya said...

Salam Afida.

Pandai awak menulis ya. Oh, nama Yuda itu mengingatkan saya dengan watak dalam filem Merantau Worrior- YUDA;-)

tajnur said...

Assalamualaikum
Ketika Rasulullah saw berada di Mekah dan menyaksikan sahabat2nya disiksa oleh kafir Quraisy, Rasulullah saw tidak menolong apa2 krn sistem tidak membantu malah memabhayakan gerakan Islam cuma mendoakan supaya banyak2 bersabar krn belum tiba masanya. Begitulah juga kita, dlm keadaan kita sekarang ini tidak semestinya kita tertekan dgn keperluan kita spt terdapat dlm Surah AlBaqarah:195 وَأَنفِقُواْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا تُلۡقُواْ بِأَيۡدِيكُمۡ إِلَى ٱلتَّہۡلُكَةِ‌ۛ
Begitu juga, ada benda2 kita perlu bakhilkan diri Surah AtTaghabun:16 فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ مَا ٱسۡتَطَعۡتُمۡ وَٱسۡمَعُواْ وَأَطِيعُواْ وَأَنفِقُواْ خَيۡرً۬ا لِّأَنفُسِڪُمۡ‌ۗ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفۡسِهِۦ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ
Tetapi bab ini perlu perbincangan rapi nanti disalahertikan pula. Kalau difikirkan semua orang nak kita tolong, tapi manakan mungkin lebih2 lagi bagi mrk yg tidak mahu membantu bersama2 membina masarakat dan Negara Islam. Wallahualam

Afida Anuar said...

Abdul Razak-->Salam..terima kasih saudara atas nasihat.. InsyaAllah kalau kita tolong orang, Allah akan tolong kita.

Kak Tirana-->hehe...tak nak masuk kontest khairi tu ke kak tirana? masuk la, boleh kitaorang tau mcm mana boleh tinggal zero tu;)

Ustaz Cahaya-->tulis sekadarnya boleh la ustaz..hehe. Oooo..tapi yuda ni nama novel kedua karya khairi..besttt ustaz..buat kita mcm berada di alam jin..erkk

Tajnur-->Waalaikumusalam.. saya menolong orang sekadarnya. InsyaAllah takkan mendatangkan mudarat kepada saya.. terima kasih atas perkongsian...

PS: kalau tok jib datang minta derma tuk parti biru..saya tak kasi..erkk..hehe

MaizaC'Joe said...

salam akak...

nding awal2 terharu gak.. tapi yg akhir tue.. pesanan.. hehehe... itu ja maiza gelak.. yg atas ok.. ada can menang.. maiza tingin gak nak join.. tapi alamak.. org susah nk sedih2 nih.. tengah fikir.. hehe.. ish.. bnyk contest join kali nie.. padahal.. busy xsmpat pun....

Afida Anuar said...

Salam maiza..

yang atas je ke ok?hehehe.. tak harap pun menang, saja join suka-suka...ada rezeki insyaAllah...

tu pun akak tengah hectic bzi jugak skrang..ada masa kejap2 je celah mana yang patut

uj said...

hehehe Good Luck fida... ada pertandingan... join boleh asah bakat ...

ahaaa baru just across mymind.. ahaa pasal blog ni ada word 'miracle' dan hari tu ade kat shout box fida pasal yang miracle ekk... budak mane ntah sebut...jangan harap miracle.. kan?

hmm UJ nak ckp apa tadi ekk .. pasal miracle ni.. lupa lak..nanti r sambung semula...

Afida Anuar said...

UJ.. jom la join sekali.. ahaa, kalau UJ join, sah fida kalah..hehe..

yeap, hari tu ada sapa entah, dia punya moto never give up, never give in..apa entah lagi...yeap,dia tegur..tapi UJ, salah ke? bagi fida tu pun anugerah dari Allah jugak kan? bukan gitu?

uj said...

ahaaa baru ingat sekang ok.. UJ sambung balik....tak de lah lah... UJ tak kata silap.. just word miracle tu mengingatkan UJ tentang satu novel dan filem dulu... novel tu UJ kena ajar students2 UJ yang adalah ... satu subjk yang berkaitan di tempat UJ kerja dulu... mesti Fida pernah tonton filem tuh.. tp UJ ajar guna novel.... alaa A WALK TO REMEMBER... does it about miracle... doesn't it?

heheh tu jer...

UJ masuk?.... kalo sah fida kalah tapi lum tentu UJ menang...hhihihi

Afida Anuar said...

A Walk to remember...yeap..fida tau! wahh kreatifnya UJ ajar student guna novel dr filem..

ada satu lagi filem ala2 tu, citer korea yang fida tengok dulu2. a moment to remember, best! erkk..maksud fida cite tu sedih sangat. Pasal muda-muda dia dah kene penyakit yang hilang ingatan macam orang tua tu.

PS: UJ, belum cuba belum tahu! cepat UJ!! minggu depan dah due.

Faridrashidi said...

Kenapa tiba-tiba muncul watak makcik nak beli keropok? Macam pelik aja.

Yerlah pelik juga saya. Biasa orang minta derma duit. Ini keropok.

Afida Anuar said...

kenapa pelik ustaz Farid? tapi itulah kejadiannya...

entah la, dia cuma minta saya tolong beli keropok dia. macam memerlukan sangat duit dari hasil keropok tu. Mungkin dia rasa itu lagi elok bagi dia dari meminta-minta...waAllahualam..

uj said...

kalau Korea yang pasal hilang ingatan tu...hmm kalao tk silap...the last dance for me kan..huhuhu jiwang tol r ngn korea korea ni kan..tp ade sebab UJ kena layan mende2 gitu semua..

Afida Anuar said...

Bukan last dance..a moment to remember la UJ..tp sedih2..

haaa..UJ ada sebab? sebab nak jadi jiwang eh? hikhikhik

uj said...

hmmm a'a dah google tol la.. tp lum tgk lagi ...hmmm abaikan je la... segan plak..

Afida Anuar said...

lar..tengok je la UJ..jangan nangis dah arr..hikhikhik

 

Browse