Kerja...sekarang agak hectic. Serius! Sampai tak sempat nak buat apa-apa. Time makan pun dah macam tak rupa time makan. erkk..
Bila aku cakap kat mak,aku tak sabar nak pencen, mak gelak. Ye la, kerja tak sampai 4 tahun dah ada hati nak pencen. Mak aku kerja dekat 30 tahun baru pencen, selamba je. Bukannya aku tak suka dengan kerja, suka sebenarnya sebab kerja ni la yang aku duk kejar selama aku belajar bertahun-tahun.
Cuma... ada waktu-waktu yang buat aku rasa macam.... macam nak jadi perempuan biasa yang tempatnya di rumah semata-mata, bukan di luar. Naluri kut. Biasa la.
Dan yang pasti aku tak boleh banyak sangat mengadu kat mak pasal kerja. Nanti kene tahan telinga untuk 'i-told-you-so' speech, haha.
Mak...kagum dengan mak sebenarnya. Dalam duk sibuk memikul tanggungjawab sebagai guru, masih punyai waktu untuk didik kami adik beradik seramai 8 orang ni. Aku kelak,mampu ke nak jadi serupa macam mak? Allah je Yang Maha Tahu. Entah-entah...pergi dulu..
Bila aku cakap kat mak,aku tak sabar nak pencen, mak gelak. Ye la, kerja tak sampai 4 tahun dah ada hati nak pencen. Mak aku kerja dekat 30 tahun baru pencen, selamba je. Bukannya aku tak suka dengan kerja, suka sebenarnya sebab kerja ni la yang aku duk kejar selama aku belajar bertahun-tahun.
Cuma... ada waktu-waktu yang buat aku rasa macam.... macam nak jadi perempuan biasa yang tempatnya di rumah semata-mata, bukan di luar. Naluri kut. Biasa la.
Dan yang pasti aku tak boleh banyak sangat mengadu kat mak pasal kerja. Nanti kene tahan telinga untuk 'i-told-you-so' speech, haha.
Mak...kagum dengan mak sebenarnya. Dalam duk sibuk memikul tanggungjawab sebagai guru, masih punyai waktu untuk didik kami adik beradik seramai 8 orang ni. Aku kelak,mampu ke nak jadi serupa macam mak? Allah je Yang Maha Tahu. Entah-entah...pergi dulu..
17 comments:
Salam malam Afida.
Kita berkongsi impian yang sama;-) Hehe.
Erk, maksud saya, nak pencen awal. Ada banyak masa terluang. Untuk melamun, membaca buku, menulis, menonton, atau ke sana ke mari dan melakukan apa yang kita suka dan mahu... tanpa kekangan tempat, wang dan waktu.
..impian itu tidak mustahil, tetapi kena kumpul duit banyak banyak banyak dulu, oh;P
Ibu ibu kau lah ratu hatiku.
PS: Ibu saya sudah menghampiri usia 50, tetapi saya selalu risau dan terkilan kerana saya masih belum banyak memberi kepada ibu..:(
Salam dear..:):)
Dalam apa jua kita buat..kesabaran itu penting...cekal dalam hadapi kerenah dan bdg tugas..
Yang utama t/jwb yang diamanahkan dilaksana sebaiknya agar dilimpahi keberkatanNya ...
Namun dear...jangn pula kerja keterlaluan sampaikan terleka dgn kesihatan sendiri yaaa..:):)
Take care..:):)
agaknye kalau sy cakap tak sabar nk pencen kt mak kompom free2 kena babab..haha
sabar kak...yg pasti apa yg kita ada, itulah yg terbaik utk kita. dan segala payah yg kita rase, itulah seberat2 uji yg kita mampu galas...
doa yg terbaik utk akak :)
rindu sgt lak kat mak...hehe
Salam...
Dalam kita bekerja ni, niat itu amat penting. Andaikata niat bekerja itu semata-mata kerana Allah dan mencari rezeki yang halal, maka setiap tugas yg kita laksanakan itu menjadi ibadah dan berkatnya amat besar di sisi Allah SWT.
Pun begitu jagalah hak Allah dlm masa bertugas dan juga kesihatan saudari..
Assalamualaikum
setelah bekerja.. baru 4thn. Maiza pun kadang fikir macam tue.. sejak menjak nie.. memang busy sangat2 mana dengan projek, dah tue report maiza yg kena check (berkaitan dng hasil) hadoi dah la bkn celik akaun. meeting tak henti2 kat tempat maiza nie.. rasanya perlu ubah mcm2.. naik pening kepala nie.. di tambah pula kursus time kalut2 nie.. Mak ok ja kan. tak larat mcm mn pun sempat ja masak, maiza pl letih ja lps solat tdo.. nampak sangat tak kuat + malas..
nak pencen awal jg la.. hehe.. xabes study bkn main lg di bibir tak henti2 "lps study terus nk kerja.. now.. ehh!!"
Pada asalnya memang begitu, bukan Islam melarang wanita bekerja. Tetapi wanita hari ini banyak terjun ke dalam bidang pekerjaan sehingga melampaui batas-batas naluri kewanitaan itu sendiri.
Lalu akhirnya berlaku beberapa kesan negatif pada diri.
Saya lebih suka wanita bekerja mengikut kemampuannya. Bukan mengalahkan jantina berlawanan.
hehehehhe rasenye dah sampai masa speech tu untuk 'org lain' lak dengar kan, bukan mak fida jer...
laaa rupernyer keje coolie yang dicita-cita kan selama ni...coolie2 pun masyuk,... hhhihiih .. teringat lak citer filem philipine Anak... cita-cita nak jadi maid...TAPI kerja tu semua bukan hina..janji HAlal...
UJ gurau jer....
Ustaz Cahaya-->Salam ustaz..yeap..impian yang sama, dan tak mustahil juga. Kalau kahwin, berenti keje..jadi suri rumah sepenuh masa..bahagiaanyer...erkk.. berangan je, tapi boleh jadi nyata;)..hehe
Kak TInie-->InsyaAllah kak tinie..thanks for the words..
Starsyeea-->hehe..kalau cakap kat mak akak, mak takde la nak babab. Cuma..hehe.. insyaAllah.. thanks starsyeea for the du'a
Abdul Razak-->salam saudara, InsyaAllah niat kerja memang semata2 utk mencari rezeki yang halal. Moga setiap kerja yang dilakukan mendapat pahala ibadat di sisinya.Terima kasih saudara atas nasihat, alhamdulillah kesihatan masih terjaga dengan baik..
Maiza-->hehe..biasa la tuh. Dah nama pun kerja. Tapi sejak mak pencen awal ni, entah nape tetiba ada hati nak pencen jugak..hehehe... bukan maiza tak kuat/malas, cuma takde tanggungjawab kat sapa2 lagi kan, cuba nanti dah ada anak suami..mesti jadi kuat dan rajin macam mak maiza jugak..mcm mak akak..;)
FaridRashidi-->alhamdulillah ustaz farid,bidang saya sebagai kuli ni takde la melampaui batas sebagai wanita. Masih lagi di ruang lingkup kerja yang sesuai utk seorang wanita, saya rasa la,dan tiada niat utk berlawan dengan lelaki.
cuma time sibuk tu la, menuntut kesabaran sedikit. Sambil lunch,sambil ngadap pc..tu yang kata waktu lunch tak rupa mcm waktu lunch..hehe. Keje pun tak pernah meleret bawa ke rumah..
Waktu Solat alhamdulillah,masih di awal waktu dan masih dijaga walau sesibuk mana pun.
UJ-->Uj coolie tak masyuk la..serius.. UJ ke nak dengar speech mak fida tu?hehehe
Jadi perempuan biasa macam kak tirana..ada ketikanya ingin dan teringin pulak nak kerja..hehehe..kadang2 jeles tengok orang sibuk pagi2 pi kerja sedangkan kita relax kat rumah (relax ke? tak jugak..hehehe..)
Assalamualaikum wbt
Dalam keadaan sistem sekarang, memang tidak mengizinkan kita mempelajari Islam sepenuhnya dgn menyibukkan kita membuat pelabagi kerja. Namun begitu, apabila kita dihimpit oleh sistem lain, terpaksalah kita pandai2 mencari masa dgn membuat kerja2 yg penting dahulu dan menangguhkan apa yg boleh ditangguhkan. Keperluan hidup dan bekerja mesti diteruskan seperti biasa. Disinilah terletaknya pengorbanan masa, peluang kerja, kehidupan mewah dsbnya kerana matlamat hidup kita adalah mencapai keredhaan Allah dgn membuat kerja2 Islam lebih2 lagi utk diri kita. Tak sanggup rasanya menemui Allah SWT dengan wajah masam dan berkerut spt terdapat dalam Surah AlInsaan:10 فَوَقَٮٰهُمُ ٱللَّهُ شَرَّ ذَٲلِكَ ٱلۡيَوۡمِ وَلَقَّٮٰهُمۡ نَضۡرَةً۬ وَسُرُورً۬ا
Kami sebenarnya takutkan pertemuan dgn Tuhan kami, takut Dia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah dlm keadaan masam berkerut-kerut.
Wallahualam
Kak Tirana-->Fida yang jeles dengan akak... cita-cita fida sok-sok bila nak jadi suri rumah sepenuh masa!!erkk... masa hanya untuk suami dan anak-anak..wahh bahagianya..
Tajnur-->Waalaikumusalam wbt.. masa utk mempelajari Islam tu tetap ada insyaAllah.. moga Allah redha dengan kerja saya,dan kita semua..terima kasih tajnur atas peringatan..
Tadi rasa nak komen. Bila baca komen2. Dah tak tahu nak komen apa hehe.
Fida, awak boleh!!
hehe...ye khairi Fida boleh!!erkk..
hehe. adake dah terlintas nak pencen.. teruk sangatke keje tu..
CIkgu Rashid... hehe.. keje takde la teruk cikgu,cuma bila saya tengok mak pencen awal..teringin juga nak pencen...erkk...besttnyer kalau keje jadi suri rumah jer...hehehe
Pencen awal dan jalankan bisnes sendiri dari rumah.
Pencen awal dan tulis buku.
Pencen awal dan jadi trainer IT bebas.
Hanya tiga daripada pelbagai kemungkinan. Tak salah nak jadi pesara muda. Sememangnya ia laluan yang berbeza daripada kebanyakkan orang, namun ada kelebihan dan tarikan yang tersendiri. Antaranya jadi bos sendiri.
Teringat saya kepada cerita seorang freelancer yang bekerja dari rumah. Semasa sibuk bekerja adakala anak-anak datang minta perhatian. Jadi beliau mencipta satu sistem "faks", ketika ayah sedang di dalam bilik dan bekerja, sila "fakskan" pesanan melalui celah bawah pintu. Sistem ini nampaknya berkesan, hinggakan kata beliau kadang-kadang apabila beliau di dalam tandas, ada juga "faks" yang masuk. :-)
ROL,satu list tu ada terkandung dalam cita-cita saya di masa depan tu.. pencen awal dan jadi penulis;) insyaAllah..cuba dulu menulis sikit-sikit sekarang walaupun bakat menulis tu tak ketara sangat..huhu..
menarik cerita freelancer tu:D rasanya kalau betul-betul diizinkan Allah saya bekerja kat rumah suatu hari nanti, takde la sampai nak berkomunikasi pun, anak-anak nak kene faks..heheh
Post a Comment