Aku bakal menjadi mak cik!! Alhamdulillah...Nak suruh dia panggil aku apa eh nanti?..Mak Long? Mak Long Nor? Makcik Nor? Owhh tuaaaanya panggilan...hehe.Panggilan je tua, orangnya masih maintain muda..erkk perasan!!!..
Besok dah nak kene balik bandar. Rasa macam tak puas lagi berada kat kampung...alahaii. Nak tak nak pun, memang kene balik. Ini jalan yang aku pilih dulu, untuk bekerja di luar kampung. Seharusnya tiada rasa kesal atau merungut atas kejauhan aku dari kampung tercinta.
Bila diingat balik coretan yang terdapat dalam buku 'Bila Allah Menduga Kita', penulis ada menekankan bahawa,sebagai manusia, kita tidak seharusnya menggunakan perkataan kalau atau seandainya atau apa jua perkataan yang mempunyai makna yang sama dengan 'kalau' atau 'seandainya', kerana seolah-olah menggambarkan kita punyai alternatif lain yang lebih bagus membatasi ketetapan yang telah Allah tetapkan untuk kita.
Rupanya dalam tak sedar dan tidak tahu, banyak betul silap aku dulu. Suka benar 'berkalau-kalau'... kalau itu la..kalau ini la..kalau dapat bekerja kat kampung la... Ya Allah ampunkan dosa-dosa hambaMu yang jahil ini.
PS: Mencari..

11 comments:
mereka kata elok guna perkataan 'bila'..menandakan usaha yg berterusan...dan pengharapan pada-Nya.
sy pon suke berkalau-kalau ni..
fida: i pun sama. Byk sgt kalau-kalau. Mcm xbersyukur je kan.
Ps: fida penah dtg kpla batas ke?
Banyak yang negatifnya bila selalu guna perkataan kalau..
Salam!
Jgn risau aida, kalau dah jadi mak long, bagitau dkt anak buah nanti disini lagi ramai pangkat tok/nek long, tok/nek ngah, pak/mak lang, pak/mak andak dan akci/makcik. Semua org akan meniti usia tua dan menghadapi saat2 kematian. Nak kata perkataan `kalau` tak boleh, sepatutnya penulis tsbt kena beri nas dari AlQuran, kerana dlm AlQuran sendiri terdpt byk juga perkataan `kalau` (lau kana ). Wallahualam
panggil Cik Nor..kekal muda gitu :-P
kalau .. tak bagus guna kalau perkara yang TELAH berlaku... tapi kalau perkara AKAN berlaku tak ada masalah sbg persediaan untuk menerima apa apa jua yang bakal berlaku ... dengan itu kita bersedia menerima qada' dan qadar Nya...
kalau aku tak ikut engkau tadi .. tak adalah jadi camni.... tak bagus lah camtu kan...
TAPI
kalau diamalkan selalu zikir ni baru la kita nampak hasil nya..baru lah diri lebih dekat dengan Allah...
hehehehe sekadar sama sama mengingati...
to fida... panggil bu'eh ok gak....
Nahmy-->maksud saya tu berandaian terhadap sesuatu yang telah berlaku. Cuba baca komen uncle joe. Itu lah yang saya maksudkan. Mungkin penerangan saya dalam entry kurang jelas.
KakNa-->kita semua mmg tak lari dari berkalau2...erkk.. kita boleh ubah dengan redha atas segala ketetapan yang telah dia tetapkan.
Azrin-->mcm tak bersyukur pun ye, mcm nak bitau yang andaian kita tu lagi baik dari ketetapan Allah pun ye. Penah datang, tahun lepas. PI kg paya n kota aur:D
Kak Tirana-->betul tu akak..
Tajnur-->Salam! Tajnur ni pangkat datuk dah ke?hehe..
Tajnur, cuba baca komen uncle joe,itu lah yang saya maksudkan tak boleh guna perkataan kalau/berandaian tentang sesuatu yang telah berlaku. Kerana Rasulullah saw sendiri ada melarang sikap berandaian yang juga merupakan pintu masuk bagi tipu daya syaitan. WaAllahualam.
Putrixue-->cik nor pn ok jugak tuh...hehe..klu panggil ciknor, mmg sampai bila2 la panggilan tu tak tua walaupun orangnya dh tua..hahaha
UncleJoe-->lamanya menyepi!!..hehe. Itu la maksud saya tak boleh guna perkataan kalau, tapi silap saya tak lebih menerangkan secara details..huhu.. terima kasih uncle joe..
bu'eh, macam orang indon sih....takmo lah:P
Salam!
Betullah kata Uncle Joe tu, sesuatu perkara yg telah berlaku jgnlah kita kesali dan berkata `kalau` seolah2 kita tak redha berlakunya takdir (Surah AlHadid:22). InsyaAllah kita akan cuba ikhtiarkan jalan lain supaya tidak terpijak dua kali dlm lubang yg sama. Sebaliknya, jgn pula kita berckp sesuatu yg belum berlaku tanpa `InsyaAllah` spt yg disebutkan dalam Surah AlKahfi:69 Wallahualam
Tajnur...Salam! Terima kasih atas penerangan yg disertakan dengan dalil dari al-quran. Moga mendapat manfaat bersama.
Post a Comment