Cucu Pertama,Bukan Anak Saya...

Friday, February 19, 2010
Senyum itu wajib ada dalam diari kehidupan saya pada setiap hari terutama sebaik saja bangun pagi. Alhamdulillah saya dah berjaya amalkan, bukan sehari dua ni, tapi sejak beberapa purnama yang lalu. Satu senaman pipi yang bagus sambil disertai dengan lafaz syukur atas nikmat hidup yang Dia masih kurniakan selepas dibangkitkan dari 'mati' yang sementara.

Bila mengenangkan diri yang bakal jadi makcik tidak lama lagi dan teringatkan anak menakan yang bakal lahir, tiba-tiba saya teringatkan cerita Muni, kisah seorang hambaAllah yang mahu menghantar anaknya untuk dididik oleh Imam Shafie. Bila ditanya berapakah umur anaknya itu, hambaAllah itu menjawab 2 tahun. Nak tahu apa Imam Shafie kata?

"Sudah terlalu lambat jika kamu menghantar anakmu yang berusia 2 tahun ni untuk aku didik", lebih kurang macam tu la jawab Imam Shafie.

Moral of the story?

Moral of the story yang saya dapat dari cerita Muni, nak didik anak, bukannya bermula sejurus anak dilahirkan ataupun dari dalam alam rahim itu sebenarnya, tapi dari bakal ibu dan bapa itu sendiri. Sebelum mulanya alam perkahwinan.WaAllahualam.

Semoga anak saudara saya yang bakal lahir nanti menjadi insan yang soleh/solehah dan sentiasa berbakti kepada agama,orang tuanya dan menjadi manusia yang berjaya di dunia dan akhirat, InsyaAllah.

Cucu pertama mak dan ayah, pastilah kami teruja!

PS: Linux..apa khabar Linux sekarang.

10 comments:

Araz said...

Selamat mendapat anak sedara baru...

Frodo Baggins said...

>>___<<


senyum awal pagi awet muda!
keh3x .... n yeah, persediaan kene
lengkap sebelum masuk alam rumah bertangga!


selamat dapat org baru!

Afida Anuar said...

Dr araz-->terima kasih...lambat lagi, insyaAllah bulan 10 ni kut. Tp teruja nya mcm besok nak dapat..hehe

Frodo-->br je amal..dah terlambat..hoho.. x leh jd awet muda gak sbb dah tua..eh matang..hahaha..mekasih frodo..

:.Yus.: said...

tahniah2..dh nk dpt anak sedara ye..mesti excited teramat kn?

tu br dpt anak sedara.nnt bl dpt anak sendiri lgla excited ye dak..hehe

Tirana said...

Semoga Fida menjadi ibu saudara yang baik dan sama-sama membantu dalam mendidik agar dia menjadi insan yang soleh/solehah..:)

tajnur said...

Salam!
Cerita mengenai Imam Syafie bagus utk jadi panduan tetapi bukan boleh jad pegangan hukum krn Rasulullah saw dan para sahabat r.anhum bermula menegakkan syiar Islam sekita umur 40ah kecuali Saidina Ali masih remaja ketika itu. Dlm Surah AdDhuha:7,`Maka Kami telah dapati ia tidak berpetunjuk, maka Allah telah memberi petunjuk` Yg penting, setiap masa, ada peluang jgn terhenti kita mempelajari Islam... Wallahualam

yoro okino said...

semoga dier menjadi orng yg beriman hendaknyer

Afida Anuar said...

Yus-->itu la rasanya yus..ni dah excited ni, anak sendiri sok bila waAllahualam la.

Kak tirana-->InsyaAllah..terima kasih kak tirana atas doa ..

Tajnur--> Salam! Terima kasih atas nasihat..sy bukan nak jadikan nasihat Imam Shafie tu sbg hukum..tp orang kata sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam rumah tangga seterusnya alam anak2:D..dalam menyiapkan diri menjadi hambaNya sebaik mungkin. Walaupun skrg serba serbi kurang, insyaAllah sy akan berusaha menambah baikkan... orang kata sbgai penguat semangat..hehe, Eh apa pulak sy melalut ke sini ni, ampunn..

Yoro-->insyaAllah..terima kasih yoro!

tajnur said...

Salam!
Baguslah kalau ada cita2 kearah itu demi kebaikan diri. Maknanya dr kata2 itu saya dpt membygkan Afida perlu pijak dibumi nyata barulah belajar erti penghidupan dan tahu erti dunia yg sebenar.
B/manapun perlu tahu, jgn salahfaham bahawa saya adalah penganut mazhab Syafie`yyah (Syafie)dan masih belajar Istinbat Hukum yg dipegangkannya. Wallahualam ...

Afida Anuar said...

Salam Tajnur!..InsyaAllah... Saya masih belajar...dunia dan kehidupan dalamnya... Ada yang saya sudah berpijak, dan ada yang sedang berusaha untuk berpijak...apa pun sedang berusaha..moga Dia permudahkan.. WaAllahualam.

 

Browse