Teman Dalam Kubur..

Thursday, January 28, 2010
Sudah masuk 2 tahun Incik Hitam menemani aku ke mana saja aku pergi. Sebagaimana setianya dia bersama aku, begitulah juga telitinya aku menjaga dia. Alhamdulillah, sepanjang 2 tahun bersama, Incik Hitam tak pernah meragam walau sekali. Kondisinya memang tip top dari dalaman hinggalah luaran. Eceh, saje je nak puji lebih-lebih ni. Ye la, sapa lagi yang nak puji kalau bukan tuan dia sendiri kan? hehe..

Isnin lepas, aku bawa Incik Hitam untuk major servis di pusat servisnya di Serdang Raya. Kalau ikutkan jadual major servis kali ni sudah mencecah 40000km. Pukul 8 pagi aku dah sampai di pusat servis tersebut yang baru didatangi oleh 3 pelanggan termasuk aku. Memandangkan major service,maka aku dikehendaki menunggu selama 2 jam lebih menurut kata service advisor tu. Wooww lama jugak tu..Nasib baik aku ada membawa bersama "Bila Allah Menduga Kita". At least dapat juga aku mengisi waktu yang terluang di situ.

Biasanya kalau ke pusat servis, aku akan bekalkan bersama aku sebiji atau dua biji buku. Bukan aku tidak mengharapkan majalah-majalah atau surat khabar yang disediakan, tapi at least kebosanan menunggu itu tidak terlalu merenggut jiwa dengan adanya buku sendiri;).

Tambahan pula, pengunjung ke pusat servis itu seolah 'bisu' termasuk lah aku. Nak tak nak, kene ada jugak la bahan bacaan untuk mengisi masa yang ada. Kalau ada teman nak bersembang, lain cerita la pulak kan? hehe.

Hampir 2 jam setengah Incik Hitam siap diperiksa dan diganti alat mana yang patut diganti. Sabar betul aku menunggu. Dan sila lah percaya kos untuk major servis itu cuma RM5.77 sen. Wahh nak citer jugak kat orang ni..hehe. Rm 5.77 sen tu kos untuk retainer yang tiada dalam pakej free service. Waktu awal-awal aku membeli Incik Hitam yakni dua tahun yang lalu, alhamdulillah aku dihadiahkan pakej service free sampai 40000Km atau 2 tahun. Menarik kan?erkk.

Tu kira last free service la tu. Nampak gayanya next service ni takde dah la nak dapat kos-kos yang kecil sebegitu atau tiada langsung kos:(. Apa motif entah aku cerita pasal servis kereta ni...hurmm...

Apa pun, Incik Hitam merupakan benda yang tidak bernyawa yang dipinjamkanNya kepada aku di atas dunia ni buat sementara, dan walau hensem mana sekali pun dia pada pandangan mata aku, eceh, dia tetap benda. Ya.. dan manusia lagi penting dari benda-benda yang kita miliki.

PS: Banyak mana harta yang kita miliki , atau mendalamnya kecintaan kita kepada orang yang kita sayang, mereka takkan menemani kita di dalam kubur kelak melainkan amal soleh.

Sekadar peringatan buat diri sendiri...
WaAllahualam..

Till then..

15 comments:

Tirana said...

Hitam-hitam sitampuk manggis..sungguh pun hitam ku pandang manis..hehehe

bspotgurl said...

Hitam itu menawan :)

aZr|n said...

Wow, best sungguh servis keta kena 5.77 je. :)

at least merasa jugak utk 2 thn. i srvc keta tak pernah pun kena bawah 10 hengget. hehe.

pepun, mesti ensem en. itam tsbt.

uj said...

yang ending tu tersentuh ....

hidayati yahya said...

isk isk isk, org lelaki zaman skrg layan kereta lebih dari layan bini. pasang skirt lah, bagi spek itam lah... huhu. aku pon turut insaf part ending tu -__-

nahmy said...

ee'- ee'...untungnya Incik Hitam tu kan? jadi peneman setia

Afida Anuar said...

Kak Tirana-->hehe...hitam legam pun tetap ku pandang manis dan indah..haha

bspotgurl-->sbb tu saya pilih dia;)

Azrin-->mmg best..lepas ni takde dah la best kut..hehe..musti la hensem. jangan terpndang dia azrin jatuh hati dah ler..heheh

Unclejoe-->itu la..bila saya baca2 balik..part ending tu rasa something pulak..huhu

Edot-->aku pun tersentuh edot..erkk

Nahmy-->insyaAllah, setakat ni dia setia lagi..tatau la lepas ni mcm mana..harap2nya masih setia la, sebagaimana setianya tuan dia..hehe

Khairi Mohd said...

walopon hitam. dalam dia sejuk ;)

tajuk seram tuh. cite pasal kete huhuhu

Einaz Shah Rizal Thomas said...

alala funny jer n3 ni..comel.;)

AL-BIMA SAKTI said...

bersetialah pd yg berjasa.
hidup dan mati itu berbeza. yg mati akan pergi, yg hidup tinggal lagi.

cari amalan dunia seolah2 hidup beribu2 tahun lagi. kumpul amalan akhirat seolah2 esok kita akat berangkat. (p/s: tentu pernah dengar kan..??)

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

cintailah allah lebih dari segala2nya.. janganlah cintakan dunia kerana ia x kan berkekalan..

psst: Miliki buku2 ilmiaah karangan ikon2 terkenal seperti Dr. Fadzilah Kamsah, Ustaz Ismail Kamus, Ustazah Siti Norbahyah, Dr. Irfan Khairi dan lain2 lagi di http://www.stormreaders.net/zulfadhli sekarang!

tajnur said...

Salam!
Mmg betullah Afida, satu perniagaan yg dpt selamatkan kita dr azab neraka adalah beriman dgn Allah, Rasul dan berjihad (bersungguh2)kejalan Allah dgn harta dan diri kita (S61:11). Dlm ayat ni tubuh bdn kita pun adalah pinjaman dari Allah yg mesti kita gunakan sebaik mungkin. Segala benda2 dan rezeki yg baik2 tu mmg dr Allah dn kit gunakan utk keredhaan Allah. Wallahualam

Afida Anuar said...

Khairi-->alamak..kete sy tak seram..hehe

Bunga-->hehe mekasih bunga..

Al-Bima-->yeap pernah dengar. Terima kasih kerana mengingatkan kembali..

Zul-->insyaAllah...

Tajnur-->betul..dari Allah semuanya, sampai masa Dia akan ambil balik...terima kasih atas nasihat.

Anonymous said...

itam tu keter apa yer..

Afida Anuar said...

Zunaidi, kete ikan puyu:D

 

Browse