Semua Yang Di Atas Tanah Akan Kembali Menjadi Tanah...

Monday, January 11, 2010


It was a nice weekend indeed. Dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat yang sudah lama tidak jumpa dan juga dapat bersama dengan sahabat-sahabat yang memang sentiasa ada di depan mata, cukup untuk menghadirkan satu perasaan yang 'unexplainable'...eceh..


Hari Sabtu tu kami ramai-ramai berkunjung ke kenduri perkahwinan Ikram, ex-Infocion merangkap junior aku di UIA, bertempat di Kampung Tunku Petaling Jaya. Kami sampai agak lewat, sesat punya pasal. Maklumlah kalau jalan di Petaling Jaya aku agak kurang arif; walaupun aku pernah menjadi warga PJ selama setahun setengah ketika menuntut di Matrik UIA PJ, tapi aku tiada masa untuk mengkaji semua jalan yang ada. Tau pun area-area matrik tu je la. Syukur, berbekalkan peta lisan dari 'Tuan' Sufian, kami akhirnya selamat sampai ke tempat yang dituju. phewww...


Sahabat-sahabat kami dari Singapore Eija, Nooril, Wan King dan Aiza sanggup bertolak dari Singapore pagi-pagi hari semata-mata nak datang kenduri Ikram. Ye la, waktu kat Infosys dulu, Ikram boleh tahan jugak baik dan loyar buruk dia. Kaya tapi tidak menunjuk. Pandai cakap dan pandai juga kelentong...hehe. Anyhoo(spt kata Mas). He's a nice guy. No wonder ramai kawan yang sanggup datang walaupun jauh. Hidangan pun best-best. Budu, tempoyak, belacan cencaluk semua ada. Marbeles betul...

Kebiasaannya kalau ada gathering disebabkan kenduri kawan-kawan Infy, selepas kenduri tu pasti ada-ada je plan. Plan nak tengok wayang sama-sama la, main boling la dan macam-macam lagi la. Alhamdulillah hari tu tiada sebarang plan pun yang seumpama itu, plan kami berubah. Disebabkan tahun baru mungkin. Selepas kenduri, kami ramai-ramai berjemaah asar di Masjid kampung Tunku. Sesuatu yang belum pernah kami buat sebelum ni.

Biasa kami solat sendiri-sendiri kat surau di mana-mana tempat kami berhenti...Petang tu betul-betul buat aku rasa something...wowww.... apa pun, bagus kan kami? erkk... (ye la, sapa yang nak puji diri sendiri melainkan diri sendiri kan?, hehehe). Selepas asar berjemaah kami pulang ke rumah masing-masing.

Tapi aktiviti kami tidak berhenti setakat itu. Sahabat-sahabat singapore yang kononnya sudah lama tidak menjejakkan kaki ke Malaysia mengidam nak makan sate Haji Samuri Kajang. Selepas Isyak, kami beramai-ramai keluar ke Kajang. Sampai sana, mak aiii ramainya orang. Ni sah memang tak leh nak lepak-lepak ni. Masa tu pun dah agak lambat. Perut masing-masing pun aku percaya pasti bergendang dengan hebat. Ke perut aku je yang bergendang? hehe..


Plan kami bertukar sekelip mata. Kami terus menuju ke Village View yang terletak berhampiran UKM Bangi. Alhamdulillah, kami menunggu tidak lama sebelum dihidangkan dengan lauk pauk yang dipilih khas oleh tetamu dari Singapore. Memang sedap. Kerapu masak tiga rasa, sayur kailan dan ikan masin, telur bistik, tom yam pun ada. Owhh yer, memandangkan aku ni kaki kuah tomyam, kuahnya yang berlambak kat dalam mangkuk tu aku yang habiskan. Sekian, terima kasih. hehe.


Keesokannya, pagi-pagi hari, tengah aku khyusuk memasak mee goreng untuk tetamu dari Singapore, Nooril tiba-tiba kasi cadangan ajak berkelah kat tepi tasik sambil makan-makan pagi. Ad hoc punya plan. Kami bergegas ke Taman Botani sejurus mee goreng masak, 1st time aku jejak kaki walaupun jarak dari rumah tak sampai 10km pun. Berkelah kat tepi tasik Putrajaya pagi-pagi hari tu sambil menguyah mee goreng buatan aku yang tak berapa nak sedap, di samping nasi lemak makcik yang terlebih pedas memang layan orang kata. Apatah lagi dapat mencuci mata memandang hijau...erk.



Sebelum mereka bertolak pulang ke Singapore, kami membawa mereka jalan-jalan ke Masjid Besi. 1st time jugak aku sampai kat sini. Nama je duduk di Putrajaya, alahai...


PS: Wiken yang agak memenatkan, tapi seronok. Seronok sampai tak ingat tanah yang akan jadi tempat kembali suatu hari nanti:(

Lagi gambar menarik di sini

10 comments:

masz14 said...

tepat la ko nye discription pasal ikram tu. loyar buruk n kelentong. hahaha.. aku lupa dah tu..

oh and, unexplainable indeed. :P

Pn Kartini said...

salam dear:)
Mesti seronok bila jumpa teman2 lama kan..:):)
Meriahh gituu..:)

Afida Anuar said...

Mas-->kalau sebut ikram, tu je la sifat2 yang terbayang depan mata...hahahha....

Kak Tinie-->Salam kak tinie, seronok sangat...mmg meriah kalau dapat gather ramai2..

aideeb said...

wah fida..dtg pj xkontek aku..kg tunku tu tempat lalu aku hari2..huhu...

Khairi Mohd said...

fida, best gile tasik putrajaya tengok nye. sy pagi ahad lepas pergi tasik kat bukan putrajaya tapi kat petaling jaya. pergkh, takbest.

banyk nyamuk, sedh betol! pastu absyar menangis sbb tak tahan degr bunyi motobot remote yg diorang main.

tensen sbb nyamuk byk giler. lenkali tak pergi dah.

putri_xue said...

ikram yang sengal..

Afida Anuar said...

Aideeb-->lar..aku seyes tatau ko duk ctu..kalau tak aku kontek jek...hehe.. eh mai putrajya jangan lupe roger aku eh;)

Khairi-->mmg best pn khairi..lain kali meh ler berkelah kat cni pulak. Kalau tatau jalan sy kan ada..hehehe..gerenti takde nyamuk..erkk

Putrixue-->mmg sengal!

miSs dee 4 dino said...

ikram mmg best kan fida..
loyar buruk dia buat kita gembira..
hahahaha..

apepun..please take note: part berkelah n makan2 tuh aku jeles! sampai hati xajak*sob*sob*

Afida Anuar said...

Alamak...ida..takde niat langsung tak ajak..cuma kitaorang mmg mati2 ingt sapa2 yg tak join petang tu tak pat join malam tu...
pastu berkelah pulak mmg ad hoc punya plan. Ampunnn ida..

miSs dee 4 dino said...

nak majuk juga..hahahaha

 

Browse