Fikir-Fikir & Renung-Renung...

Thursday, January 21, 2010
Buka tv channel cap x, citer pasal artis A. Buka channel cap y pulak citer pasal artis B. Buka channel z pula, kisah segelintir remaja nak jadi artis. Dunia..dunia.. Sejak dua menjak ni, media terlalu dihambat dengan pelbagai rancangan hiburan yang memekakkan jiwa, menyesakkan dada dan menyakitkan mata. Last-last tv ditutup. Itu yang sebaiknya.

Aku kurang arif bab hiburan di Malaysia. Bukan kurang arif, tapi aku memang tak pernah ambil tahu. Terlalu menjengkelkan bagi aku. Maaf kalau ada yang tidak bersetuju. Tapi itu pendapat ikhlas dari aku.

Bahkan kalau ada orang tanya aku tentang lagu melayu paling hangat sekarang,...aku tidak tahu dan aku tak dengar lagu melayu; AJL pun tak tengok. Kisah artis masa kini? Maaf, aku juga tak ambil tahu. Kebanyakan artis pun aku tak kenal..erkk. Itu aku; yang tidak tahu segala-galanya kisah hiburan di Malaysia.

Beristigfar panjang aku sebentar tadi selepas melihat iklan My Starz LG tak silap aku, yang menayangkan cara cikgu lelaki memegang perut perempuan tu, sambil menggoyang-goyangkannya. Kononnya nak mengajar perempuan tu menari. Alahaiiii..... nak jadi artis punya pasal, nak jadi terkenal kononnya. Maruah entah ke mana. Dosa pahala lagi la tidak dihirau.

Kenapa masyarakat kita terlalu mengambil enteng perkara-perkara seperti itu? Memandang hanya dengan sebelah mata. Media lagi la, memikirkan keuntungan semata-mata, tanpa menghiraukan kesannya kepada masyarakat dan generasi akan datang terutamanya.

Sekadar renungan buat yang suka merenung, generasi sekarang adalah generasi yang dilahirkan oleh hiburan 10 atau 20 tahun yang lepas. Agak-agaknya la, bagaimanakah rupanya generasi yang akan lahir 10 atau 20 tahun akan datang, hasil hiburan yang ada sekarang?

Fikir-fikir dan renung-renung..

PS: Suka dengar flyfm;)

15 comments:

LuVidA^^ said...

nice post.
mmg ramai sgt nk jd penyanyi skrg ni huhuu

AL-BIMA SAKTI said...

salam,
masyarakat hari ni lebih utamakan yg enteng2 drp yg lebih penting. itu pasal yg serius pun dianggap enteng. maka banyak huru hara drp yang elok2. terlibat dadah, dedah, rosak moral, cerai berai dan macam2 yg tak senonoh lagi.

kenapa? sebab tak reti nak bezakan mana yg elok dgn yg tak elok. bila utamakan yg enteng, ilmu pun tak lengkap di dada. Maka banyak yg tak elok diutamakan... kononnya kebebasan dan demokrasi...

yg penting, asas agama perlu ada walaupun tak seberapa mantap... insya-Allah selamat...

Tirana said...

Fida macam kak tirana juga rupanya..tak ambil pusing pasal artis dan hiburan samada yang di dalam atau di luar negara. Ada lagu best dengar tapi bila orang tanya sapa penyanyi lagu tu, mesti terkial-kial nak jawab sebab tak tahu..hehehe..Dengar lagu pun sekadar sambil lalu aje bukannya beria-ria sangat pun. Tapi kak tirana memang minat instrumental music spt piano, violin, guitar etc dan tahu sorang dua pemuzik yang famous macam Richard Clayderman (pianist), Kitaro, Secret Garden, Kevin Kern dll.

p/s kak tirana pun suka dengar fly fm. Dengar dalam kereta masa hantar dan amik anak-anak dari sekolah.

Afida Anuar said...

Luvida-->setakat luahan apa yang terbuku dalam hati..huhu.betul, ramai sangat! alahaii..

Al-Bima Sakti--> Tambah lagi mak ayah yang terlalu ambil mudah soal anak-anak.Tak kasi didikan agama yang cukup, sbb apa pun mesti datang dari keluarga. Anak-anak pakai apa pun tak kisah. Nak jadi penyanyi pun tak kisah. Tengok anak-anak mereka menyanyi, berjoget kat atas pentas boleh tersenyum.. siap menangis tuhh kalau anak-anak tak dapat masuk...aduhhhhh.

Kak Tirana-->Hee..fida minat jugak instrumental, tapi tau kitaro jek. yang lain2 tu tatau..hehehe. Penyanyi2 dan artis luar negara pun fida tak ambil tau, cuma layan lagu2 mereka je:D.

PS:fida dengar fly pun time drive je. N kadang2 bukak online kat rumah kalau streaming mantap.

aideeb said...

ko pun sedar iklan tuh??mmg mcm hampeh...

Kehelan said...

mmg iklan tu ampeh... dlm sepuluh minit ada la 3x kuar iklan sama... malu menengoknya...

tak paham kenapa rancangan carik penyanyi2 baru byk sgt... tp AJL kay tgk...

hidayati yahya said...

samalah kite Fida, xske aku tgk iklan mystarz tu yg part cikgu pegang perot tu. laki bini pon tak tayang bende camtu kat tv.. huhu.

nahmy said...

saya dah camtulah...malas nak tgk TV lebih2 citer nyanyi2. kalau asian food channel tu...mmg selalulah gak atau yg 'learning channel' dr stesen swasta cap X tu.

Khairi Mohd said...

Budak2 sekarang malas mengaji dan belajar sbb diorang ckp tak pandai pun boleh jadi artis. Bodoh2 pun boleh jadi artis. Maka ramailah anak muda kita paras bagus tapi bodoh.

mereka dah tak hiraukan pelajaran. Bab hiburan no 1.

How to change this?

To think of it wholly, it can crash you brain off.

See where you can reach, try to physically do and involve.

Sapa2 ada bakat boleh masuk AF8 dan tunjukkan pada masyarakat bagaimana cara menjadi artis yang terbaik. Dapat build up pengaruh, dari situ, boleh mula educate people efficiently.

daun kesum said...

pasal iklan mystarz lg tuh,cikti pon mngucap pjg jgk,.
terkedu sketika,.
xtahu agama,xtahu maruah yg dlelong sana sini,.

tu yg kita nmpk,yg siar kat tv,
yg xnmpak,,x tahula,.

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

entahlah.. nak tunggu bala datang baru diorang nak sedar kot.. nielah masalahnya biler kite terus menyokong dan mengundi golongan sekular di dalam pilihanraya.. undang2 Allah x dapat ditegakkan.. maka maksiat pun bermaharajalela..

Afida Anuar said...

Aideeb.-->mmg nampak terang2an deeb. Tu yang nampak depan mata. yang tak nampak..erkk

Kay-->dunia akhir zaman kut.. penyanyi diagung2 dan diramai2kan....ulama dicaci dan dihina dan disekat2...haihh..

Edot-->itu la edot,tatau la nak kata apa.

Nahmy-->saya suka gak tengok AFC, tp time balik kg la..kat cni takde astro..huhuhu...

Khairi-->paras bagus tapi bodoh..setuju2!!..nk masuk af8 tu pn banyak dugaan tu khairi...niat nk masuk ctu sbb nk ubah n dakwah orang,takut nnti diri sndiri yang terjerat..toksah masuk la..erkkk

CikTI-->akhir zaman dah tu kut cikti..cik pida pun mengucap panjang tengok..isk isk isk..x malu betul depa buat lagu tu...

Zul-->sokong!!! so bila nak bertindak ni? pru 13? insyaAllah... skrang perlu menyiapkan diri dengan ilmu yg secukupnya..

Afida Anuar said...
This comment has been removed by the author.
wan said...

idup umno

erkk..

Afida Anuar said...

Wan... semua yang hidup pasti akan mati:D

 

Browse