Tercium Putera Raja.. Eh Putera Katak..hehe

Tuesday, December 29, 2009

Sekarang aku dah ada aktiviti baru yang menyihatkan badan selain berbadminton...Renang. Sejak aku beli baju renang muslimah beberapa bulan yang lalu, boleh dikatakan setiap minggu aku akan berkunjung ke pusat kejiranan di sebelah rumah aku ni untuk berenang. Kolam renangnya cantik bangat, ala-ala macam kat resort gitu. Besarrr...

Kadang-kadang aku pergi berenang 2 kali seminggu pada hujung minggu. Kadang-kadang malam kerja pun layan. Satu sesi rm2 je. Bukannya apa, at least boleh la aku memantapkan skill renang aku (eceh, macam pandai sangat berenang:P), di samping dapat menurunkan berat badan aku yang sudah sedia turun ni..haha perasan turun(^-^)

Pernah satu hari. Betul-betul selepas hujan. Kami berdegil jugak nak pergi berenang. Hasilnya, kami berenang bersama-sama seekor katak yang sesat kat dalam kolam tu..eewwww. Nasib baik tak ter'kiss' katak muda tu. Agak-agak boleh bertukar jadi putera raja dak kalau tersalah 'kiss' dia? hahaha (fida koya!!).

Hujung minggu agak ramai orang yang berkunjung terutama budak-budak. Tapi aku suka sebab meriah. Dan aku juga suka perhati, bila mana bapa-bapa dan pakcik-pakcik duk sibuk mengajar anak-anak mereka dan anak-anak buah mereka berenang. Mak-mak dan makcik-makcik tak nampak sangat duk berenang-renang. Ramai duk santai kat tepi jek. Yang ramai berenang-renangnya yang muda-muda macam kitaorang la...(mengaku muda tuhh...heh!). Aku suka tengok aksi budak-budak yang nak belajar berenang. Ada yang takut-takut. Yang menangis pun ada. Ada yang terus pandai. Macam-macam la keletah yang sangat kelakar dan seronok bila diperhati. 2,3 tahun pun dah diajar berenang. Caya lah budak-budak sekarang..

Aku rasa zaman dulu-dulu ada jugak ayah aku ajar anak-anak dia berenang. Tapi kat sungai la, bukan kat kolam renang camni. Kat kampung aku mana la nak jumpa kolam renang camni. Tapi ye la, dulu-dulu, umur pun kecik lagi. Berenang pulak kat tepi-tepi sungai je. Pi tempat dalam sikit dah ketar lutut, takut buaya la, apa la, haihh macam-macam. hehe..

Apa entah motif cerita pasal renang ni..erkk

PS: Jom berenang(^-^)

11 comments:

en_me said...

brenang renang ketepian tewww.. ahaks

btw, thanx singgah2 jenguk2 komen2 blog me yg ittewww.. salammm cek afidah

Afida Anuar said...

en me.. afida la..h takde kat belakang tu, hehehe...

sama2...mekasih jugak en_me sudi singgah kat sini..

Tirana said...

Fida, beli baju renang tu kat mana dan berapa harganya? Kak tirana pun teringin gak nak berenang..hehehe.. Tapi orang kata baju renang muslimah tu mahal. Kalau mahal sangat, tak mampula kak tirana nak beli.

putri_xue said...

Apa entah motif cerita pasal renang ni..erkk

cerita je lah pasal pak ngah tu...cute pe, hehehehhe

Afida Anuar said...

Fida beli kat sogo. Aritu tengah sale. 50% off. dari rm300 jadi rm150..jenama pn ok. Nak tunggu sale lagi tatau bila...tu yg fida rembat tuh,hehe...mmg dr dulu teringin nk beli swimming suit muslimah ni.tp tu la,mahal sangat.

Afida Anuar said...

Putri-xue--> takpe la, nnti mak ngah marah..hahaha,erkkk

Anonymous said...

kak no
baguslah da beli baju renang!
ingat.. ari kena marah nga jaga bangla
kui..kui..bikin malu kompni!

sama cam ami nga aris ke?
boleh la..naik puncak alam
skali lagi..tunjuk pada bangla tu
just say...
"dah beli da baju, baju mahal ni..
tapi ta mau mandi, takut baju kotor!"
till then..peace n have a nice day!
;B

syahza said...

cik pida, beshnya pandai berenang.. cik toin tingin tp x reti =(

Afida Anuar said...

Ayah Su-->haha,klu tak sebb kes ngan bangla tu, rasa kak no x beli lg kut baju renang ni...ekekkeke...

Cik Syahza-->jom la cik toin. Kalau lama2 praktik..nnti cik toin pandai jugak. Cik pida bole ajar.. basic stepnya terapung dulu. jom..

Khairi Mohd said...

uuhu... ektiviti yg menarik. Kalau pakai baju renang tu maknanya dah tutup aurat kan. bleh la kita lumba kuak rama-rama 100m lain kali hehehehe.

Afida Anuar said...

InsyaAllah. Baju dia ala2 kemeja labuh. Seluar pun longgar...siap ada tudung...hehe... cuma lepas kuar dr kolam tu kene perah2 sket la baju, kasi air turun supaya tak melekat kat body...

kuak rama2 100m jek khairi?ekekkee..apa barang,tak mencabar langsung...hahaha.. apa kata kuak katak 1KM?hehe..ada bran tak?erkk

 

Browse