Kesian Sama Itu Melayu..

Friday, October 30, 2009
Petang semalam, kami diberi taklimat akhir mengenai cut-over projek kami ni di Kelana Jaya. InsyaAllah semoga segalanya berjalan lancar pada hujung minggu ni. Walaupun kami sedar,mematikan system lama yang sudah berusia 25 tahun dan menghidupkan system baru sememangnya banyak halangan yang terpaksa ditempuh,kami berharap kami semua mampu mengatasinya. Macam system ni kami yang punya pulak..lalalalalala;)

Apa pun, let's bring it on (tiru ayat intan,hehehe)

Cuma satu yang aku terkilan dengan satu adegan video yang dimainkan semalam, mengenai sejarah kejayaan mereka(baca:client kampeni kami) dengan pelbagai projek mega. Disambutnya dengan acara membuka botol 'air kencing syaitan'. Cina, India, Orang Putih atau lebih senang cakap orang kafir yang melakukannya aku boleh terima...tapi bila ada muka melayu yang siap mengangkat gelas yang berisi 'air kencing syaitan', aku mula rasa lain macam. 'Siottt'... Itu yang terpancul dalam hati aku.

Kesian melayu atau lebih tepat lagi, kesian melayu islam. Terlalu mengikut cara orang kafir. Setakat dibuka botol 'air kencing syaitan' tu, tuang dan minum....apa yang hebat sampai melayu islam pun boleh terikut???Aku rasa kalau dari awal dulu, mereka(baca: orang Islam yang berkuasa) berkeras dan punyai pendirian bahawa ini tidak boleh dilakukan. Aku rasa mereka(baca: orang kafir) tiada masalah dalam menghormati agama Islam.Ini.... dah diberi lampu hijau dari awal. Salah siapa?

Kesian betul sama itu melayu...

Kalau ada yang nak terasa, silakan terasa... sungguh aku tiada niat nak menyakitkan hati sesiapa. Aku cuma menyatakan pandangan aku yang terpendam.

Nak kata aku kolot ke...tak dapat terima adat orang zaman sekarang ke. Kata lah..tapi kalau sesuatu perkara tu sudah membelakangkan larangan Tuhan, yang salah tu tetap salah!

Apa pun,aku tidak punyai sebarang kuasa untuk membetulkan apa yang telah berlaku, kerana kuasa aku terlalu sedikit. Aku tak mampu. Sungguh! Aku cuma boleh menyatakan hakikat kejadian yang berlaku di hadapan mata. Hakikat kejadian pada akhir zaman. Supaya semua boleh berfikir. Bagi yang tidak pernah bertembung dengan perkara sebegini, alhamdulillah. Tapi bagi yang sudah biasa dan mempunyai kuasa untuk menghentikan, fikir-fikirkan apa yang mampu anda buat. Mendiamkan diri dan membiarkan...atau... tepuk dada tanya imam.

Teringat aku pada satu kisah benar yang diceritakan oleh pensyarah aku sewaktu di matrik PJ. Beliau mengenali seorang CEO sebuah syarikat. Muslim. Melayu. Rakan-rakan kongsinya(baca:orang kafir) pasti menghormati beliau dan tidak menghidangkan 'air kencing syaitan' atau menyambut sebarang kejayaan dengan tuangan 'air kencing syaitan' kerana beliau sudah berkeras dari awal. Tu time depa kat luar negara tuh. Waktu masuknya solat fardhu, sebarang mesyuarat akan ditangguhkan. Alhamdulillah, rakan-rakan kongsi(baca: orang kafir) boleh terima, bahkan mereka lebih menghormati pendirian beliau(baca: CEO muslim tu). Hebat kan?

Owhh teringat juga kisah sewaktu aku berada dalam projek pecah penjara yang lalu. Walaupun kami berada dalam syarikat bukan Islam yang bukan berasal dari Malaysia, dan client projek pecah penjara juga bukan berasal dari Malaysia dan mereka sudah semestinya orang kafir, sewaktu meraikan kejayaan fasa pertama projek pecah penjara, ada juga desas desus kedengaran mereka ingin meraikannya dengan tuangan 'air kencing syaitan', Alhamdulillah, itu tidak berlaku kerana mereka menghormati kami yang kebanyakannya muslim yang berada dalam projek pecah penjara tersebut. Pada hari kejadian, kami dijamu dengan pelbagai jenis kek. Ok kan?

PS: Disebabkan cut-over projek ni, kemungkinan besar aku terpaksa jadi 'kelawar' selama seminggu. In case something wrong somewhere. Demmm!

8 comments:

Tirana said...

Kononnya nak 'berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah' dengan puak-puak non muslim sampai sanggup menggadaikan agama sendiri. Orang yang macam tu tak perlu dihormati.

M@YaZ said...

sparkling kot ..

Afida Anuar said...

Kak Tirana-->mmg pandang rendah abes la wlupun mereka mereka ni orang 'tinggi'..erkk..

Ajat-->kalau dah sebut champagne2 tu.. 'air kencing syaitan' la kan..takkan sparkling pulak....erkkk

ammat grimlock said...

cerita ini boleh mengundang kontroversi..

tp benda ni dah mmg byk berlaku dikeliling kita.apa pun itu lah kehidupan.tunggang terbalik laluan mereka...mkita berdoa jer laa yg baik2 sajer

Kay said...

cth kay kan, kerja kat kampeni org putih... kalu majlis biasa2 mmg takde la menda2 mcm tuh... cuma bila annual dinner, mmg ada laa...

yg jadi persoalannya, orang putih ni tak jadi ajk pun, yg tukang organize org2 melayu kita jugak... tp serve jugak semua air2 kencing tuh... kononya, mmg itu budaya diorg, so kena hormat... aduish!

arituh sekali mmg dh suarakan pendapat la pd org2 lama kat sini kan, kenapa kita kena ikut budaya diorg, diorg la kena ikut fahaman dan anutan agama kita...

tp, yer la... suaraku suara yg kecil saja...

wan said...

ape yg kita sbg rakyat marhaen ni boleh lakukan ialah:

lets change federal gov in the upcoming PRU13

cheers

tinta kasturi said...

me'layu' lalu mati..

hati,

moga satu hari nanti,
me'layu; itu hidup kembali..

hatinya!
menjadi terbaik dari yg baik

Amin

Afida Anuar said...

Ammat-->kontrobersi?hurmmm tp itulah kebenarannya..

Kay-->itu la masalahnya..orang kita pulak yang lebih2..dioarang takde apa pun masalah klu tak buat cenggitu.....alahaii melayu..melayu..

Wanz-->InsyaAllah....marilah sama2 kita doakan ke arah perubahan itu..

Tinta Kasturi-->Amin...

 

Browse