Nampak je jasad aku ni masih setia berada di sini, tapi sebenarnya hati aku dah lama berada di kampung. Masa balik kampung baru-baru ni, hati aku memang dah nekad tak nak ikut balik kl. Nak duk kampung terus katanya. Nak tak nak, balik la jasad aku sorang-sorang ke bandar, tanpa hati.
Hati aku pulak sekarang ni relek jek dia duk kat kampung, jasad pulak yang merana kat sini..huhuhu. Aduhh lambat lagi ke jasad ni nak bersatu dengan hati...tak sabar dah rasanya:(
Tanpa hati,apa lah ertinya jasad, kosong tanpa makna..eceh.. bermonolog merapu pulak dah aku nih..isk isk isk..
Hari Sabtu baru ni aku sempat berkunjung ke PKNS di Bandar Baru Bangi. Niat di hati mahu mencari baju kurung siap satu pasang untuk aku. Sepasang dah la. hehe. Maklumlah tahun ni memang tak sempat nak cari kain dan upah orang jahit. Nak jahit sendiri, aku pulak fail bab jahit-menjahit ni. Senang cerita, cari yang dah siap jek la.
Mak aiii, punya la payah nak cari sehelai baju kurung siap yang betul-betul berkenan di hati.Payah macam nak cari seorang suami yang betul-betul soleh, erkkk. Maka melilau la aku dari satu kedai ke satu kedai. Masih tiada yang berkenan. aduhhhhh, memang payah rupanya. Nanti kalau beli yang tak berkenan kang, tak pakai pulak. Buat membazir jek.
Akhirnya aku buat keputusan nak pakai baju yang sedia ada jek. Tak pe la takde baju baru pun raya tahun ni. Lagipun baju sempena perkahwinan adik aku baru-baru ni masih elok. Tengah kaki melangkah ingin keluar dari PKNS tu, terpandang la satu kedai kat hujung selekoh yang telah menarik perhatian mata aku. Berderet kurung kosong bergantungan dan sememangnya kurung kosong ini menjadi minat aku sejak dulu;)
Haduiii...kalau beli kang, sah sah mak aku membelebel lagi. Dah banyak helai dah kurung kosong menjadi koleksi aku. Takkan kurung kosong lagi tahun ni. Aku menghampiri kedai tersebut. Kenapa la masa lalu tadi tak perasan eh kurung-kurung kosong ni? (Berfikir sejenak).
Aku belek-belek. Keluarkan sehelai. Kaler oren cerah. Cantik. Aku belek lagi. Keluarkan sehelai lagi.Hijau gelap ada benang-benang emas halus memanjang. Cantik jugak. Aku tengok saiz. M. Cun, memang tersangat padan dengan aku. Hati dah berkenan kat si hijau ni. Memang tak pandang yang lain dah. Sejak gapai, memang tak lepas dah. Dah berkenan yang amat. Tunggu masa nak sambar jek.
Nak beli ke...tak nak. Rege pun boleh tahan. Haduiii tahan telinga jek la kalau balik kampung nanti mak aku pot pet pot pet aku beli kurung kosong lagi. Hehehehe. Dah taste aku yang kosong-kosong, bukan yang bunga-bunga, nak buat macam mana... eceh.
"Ok la dik, yang hijau ni la".
Aku balik dengan hati yang berbunga-bunga. Eh silap, balik dengan hati yang kosong sebab sambar kurung kosong. Kalau sambar kurung berbunga-bunga baru balik dengan hati yang berbunga-bunga kan?..ekekekeke.
Lega...akhirnya tak sia-sia usaha pencarian aku hari tu.
PS: Sah cikgu perli lagi ni. Semalam entry pasal duit raya. Hari ni pasal baju raya. Ampunnn cikgu, saje nak amik feel raya. Macam takde feel nak raya langsung sekarang ni..hohoho.. (alasan!)
Hati aku pulak sekarang ni relek jek dia duk kat kampung, jasad pulak yang merana kat sini..huhuhu. Aduhh lambat lagi ke jasad ni nak bersatu dengan hati...tak sabar dah rasanya:(
Tanpa hati,apa lah ertinya jasad, kosong tanpa makna..eceh.. bermonolog merapu pulak dah aku nih..isk isk isk..
Hari Sabtu baru ni aku sempat berkunjung ke PKNS di Bandar Baru Bangi. Niat di hati mahu mencari baju kurung siap satu pasang untuk aku. Sepasang dah la. hehe. Maklumlah tahun ni memang tak sempat nak cari kain dan upah orang jahit. Nak jahit sendiri, aku pulak fail bab jahit-menjahit ni. Senang cerita, cari yang dah siap jek la.
Mak aiii, punya la payah nak cari sehelai baju kurung siap yang betul-betul berkenan di hati.
Akhirnya aku buat keputusan nak pakai baju yang sedia ada jek. Tak pe la takde baju baru pun raya tahun ni. Lagipun baju sempena perkahwinan adik aku baru-baru ni masih elok. Tengah kaki melangkah ingin keluar dari PKNS tu, terpandang la satu kedai kat hujung selekoh yang telah menarik perhatian mata aku. Berderet kurung kosong bergantungan dan sememangnya kurung kosong ini menjadi minat aku sejak dulu;)
Haduiii...kalau beli kang, sah sah mak aku membelebel lagi. Dah banyak helai dah kurung kosong menjadi koleksi aku. Takkan kurung kosong lagi tahun ni. Aku menghampiri kedai tersebut. Kenapa la masa lalu tadi tak perasan eh kurung-kurung kosong ni? (Berfikir sejenak).
Aku belek-belek. Keluarkan sehelai. Kaler oren cerah. Cantik. Aku belek lagi. Keluarkan sehelai lagi.Hijau gelap ada benang-benang emas halus memanjang. Cantik jugak. Aku tengok saiz. M. Cun, memang tersangat padan dengan aku. Hati dah berkenan kat si hijau ni. Memang tak pandang yang lain dah. Sejak gapai, memang tak lepas dah. Dah berkenan yang amat. Tunggu masa nak sambar jek.
Nak beli ke...tak nak. Rege pun boleh tahan. Haduiii tahan telinga jek la kalau balik kampung nanti mak aku pot pet pot pet aku beli kurung kosong lagi. Hehehehe. Dah taste aku yang kosong-kosong, bukan yang bunga-bunga, nak buat macam mana... eceh.
"Ok la dik, yang hijau ni la".
Aku balik dengan hati yang berbunga-bunga. Eh silap, balik dengan hati yang kosong sebab sambar kurung kosong. Kalau sambar kurung berbunga-bunga baru balik dengan hati yang berbunga-bunga kan?..ekekekeke.
Lega...akhirnya tak sia-sia usaha pencarian aku hari tu.
PS: Sah cikgu perli lagi ni. Semalam entry pasal duit raya. Hari ni pasal baju raya. Ampunnn cikgu, saje nak amik feel raya. Macam takde feel nak raya langsung sekarang ni..hohoho.. (alasan!)
8 comments:
fidaaa.. aku tau gerai mana yg ko cakap tu.. aku pon berkenan kat baju2 kurung kosong thai silk dia tu fida oiii.. mmg cantik2... aku mmg nak beli dah haritu tapi pk2 aku ada lagi selai baju yg aku dah tempah lama dlu tapi belum pakai.. so tak jadi beli.. klo la aku beli nnt bole sedondon kita... ngahahaha...
kosong itu mungkin lambang bhw awk neutral justeru adil.
atau melambangkan status? eceh ... hehe
Salam Akhir Ramadhan.. mohon maaf atas salah dan silap.. salam aidilfitri yg akan tiba..
- Khairul & Murni
Mas-->hehehe...nasib baik ko tak beli, klu tak ditakdirkan ko datang umah aku, tengok baju kita sedondon..abess la...ekekekee
Khairi-->erkk, sy prefer yg neutral justeru adil tu...n status sy bukan kosong la khairi:P
Keon-->Salam akhir Ramadhan dan salam aidilfitri yang bakal menjelang. Kalau ditakdirkan berkunjung ke KT tu, jemputlah datang rumah.
btol3. :)
bila nak balik kg nih?
seronok baca kisah-kisah afida dlm blog ni.ha! raya ni tentu meriah.. tapi jgn pula dilupa org2 yg miskin dan terpinggir. Slm idilfitri 1430H.
kekadang kekosongan membawa kpd kedamaian...hanya perspektif masing-masing yg membezakannya...wallahualam.
Khairi-->dah balik bandr ni..ari tu balik kg pas berbuka hari jumaat. JEm wooo kat highway karak, gara2 lorong nk gi kelantan pas tol bentong tu diaorang tutup. Rasanya jem sbb orang kelantan ramai sangat la kat KL ni..hehehe...lps jek susur ke kelantan tu..smoooth jek jalan.
Damai suria-->mekasihh... kisah tak seberapa jek. slm aidilfitri juga untuk damai suria sekeluarga.
Nahmy-->tu la pasal...kosong yang damai..sungguh!
Post a Comment