Pelangi Di Hati..

Thursday, July 02, 2009
Betul la apa yang aku coretkan sebelum ini. Mata yang memandang tidak akan pernah mengerti bahu yang memikul.

Hidup aku ini tidak selalu cerah. Aku tahu akan ketentuan dariNya itu. Ada masanya hujan pasti akan melanda. Kadang kala diselangi ribut petir. Namun aku kira,itu semua rahmat dari Yang Maha Kuasa. Rahmat buat hambaNya yang serba hina ini. Cuma, aku sedikit terkedu dan kelu, kenapa ada juga manusia yang bernama kawan sanggup mempertikaikan rahmat yang Dia kurniakan pada aku ini?

Tak faham aku... dan sampai sekarang aku masih tidak faham..owhhh..

Mungkin hidup dia tidak pernah sekali pun dilanda hujan. Apatah lagi ribut. Maka seperti nenek-nenek tua dia membelebel soal ketentuan 'hujan ribut' yang Dia turunkan untuk aku. Seolah-olah aku yang bersalah atas apa yang telah terjadi pada diri aku. Aku tersenyum sendiri mendengar belebelan dia melalui telefon di suatu petang yang indah itu. Sekadar senyum.... Aduhai kawan....

Mungkinkah sebenarnya dia risau akan ketentuan Dia buat aku ini. Aku cuba bersangka baik.

Tapi kawan usah dikau risau, aku dah biasa dengan hujan ribut ni, ia mengajar aku menjadi manusia yang tabah dan bersyukur....dan pastinya pada pengakhiran hujan ribut ini, aku akan jadi tersangat gembira. Sebab apa?

Sebab, lepas hujan ribut itu, InsyaAllah selalunya akan ada sinar pelangi yang sangat indah menghiasi ruang hidup aku....

dan aku bahagia... ;)

SubhanaAllah...

4 comments:

Tirana said...

Orang yang tak pernah menghadapi hujan ribut dalam hidupnya rugi tau sebab dia tak tahu macam mana hujan, dia tak tahu macam mana ribut..so ilmu dan pengalaman dia kurang..hehehe.. So bersyukurlah orang yang menghadapi hujan dan ribut kerana sesungguhnya mereka mempelajari sesuatu dari situ.

Afida Anuar said...

Kak Tirana...terima kasih atas kata-kata ni...

Kay said...

insyaAllah, ada hikmah yg tersembunyi, tunggu jek dia menjelma

Afida Anuar said...

Kay-->tunggu sapa menjelma kay??erkkkk

 

Browse