Kepayahan Itulah Kehidupan..

Thursday, May 28, 2009
Jemari aku menari lagi kali ni. Menari kerana mahu menghiasai laman serba naif ini. Cuba menari sebenarnya. Otak aku pula ligat mencari bait-bait perkataan yang patut aku letakkan di sini. Seakan buntu jadinya fikiran walaupun pada hakikatnya terlalu banyak perkara yang aku ingin kongsi dengan pembaca yang aku kasihi semua.

Owhh sebelum itu, diucapkan jutaan tahniah buat Khairi dan Isteri atas kelahiran cahaya mata mereka yang pertama, Muhammad Absyar. Aku doakan semoga Muhammad Absyar bisa menjadi pejuang yang berjuang menegakkan agama Allah di bumi tercinta ini suatu hari nanti. InsyaAllah. PS: Khairi, Ja moga berbahagia dengan kehadiran orang baru;).

Ok, berbalik kepada tujuan asal jemari aku menari pada kali ini. Tujuan? hurmmm.... tiada tujuan yang jitu sebenarnya, cuma aku ingin menyatakan sedikit kekecewaan di atas kekalahan pasukan bola sepak gergasi dunia Manchester United ke atas Barcelona. 2-0 pulak tuh!! Adehhh....

Apa pun hakikatnya, kegagalan sebenarnya merupakan tangga-tangga kejayaan. (Ayat kaber Man U kalah ni, kuikuikui) Kalau tak silap aku, zaman aku belajar dulu, tak kira la sewaktu di sekolah menengah ataupun di alam universiti, apa jua kegagalan atau kesalahan yang telah aku lakukan itulah yang banyak mengajar aku untuk memahami satu-satu perkara sehingga dapat lulus dengan cemerlang.errrrkk..

Begitu juga dengan hakikat kehidupan, tanpa kegagalan dan belajar dari kegagalan.... 'life is meaninglessness'. Kan?

p/s: Alamak..dah lambat!

Till then...

9 comments:

Tirana said...

Kita banyak belajar dari kegagalan sebenarnya... Sesuatu yang menyakitkan memang meninggalkan kesan yang mendalam..

Kay said...

sbb tu la keluar pepatah gagal sekali tak bererti gagal selamanya...

apa2 hal pun... Arsenal menang sokmo!

saizulhafiz said...

gergasi dunia???...barcelona yg power.hahahahhahaha...

syahza said...

kepayahan kadangkala menguji kesabaranku

=(

Khairi Mohd said...

kay. arsenal? huhu.

man u main lemah la. cian dak2 tu kalah. takpe barca memang pun kira mmg diorang deserve.

thanks fida atas ucapan itu. saya pun masih tak percaya dah bergelar abah huhu. :p

theblabber said...

life itself adalah lesson to be learned :)

faizalnizam said...

dare to fail - then we succeed :)

http://fyzals-territory.blogspot.com

Anonymous said...

kak no

ade satu kata hikmat yg slalu diingati;
"kecemerlangan sebenar adalah apabila kamu dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali"

suka atau tidak, kita perlu bangkit!

peace!

~PakKaramu~ said...

Pak karamu melawat anda

 

Browse