Semangat..

Wednesday, January 14, 2009
Tahun 2009, baru jek dua minggu menyapa diri, tapi disebabkan begitu banyak perkara dan kejadian yang berlaku dalam dua minggu di tahun baru ni, membuatkan aku tertanya sendiri "sudah berada di akhir tahun 2009 kah aku ni?" huh!

Abaikan hal akhir tahun 2009, kerana realitinya hanya Dia yang tahu sama ada kita masih punyai umur untuk sampai ke waktu itu atau tidak. Manusia hanya mampu merancang. Namun segala-galanya Dia yang tentukan.

Begitu juga dengan kisah saudara seagama kita di Palestine. Segala yang berlaku, semuanya dalam pengetahuanNya. Dia Maha Tahu apa yang tidak kita ketahui. Dia yang Maha Tahu hikmah di sebalik kesengsaraan dan penderitaan yang ditanggung mereka. Cuba baca entry ni, entry dari Incik Khairi. (khairi, kasi promote sket eh? eheh). Sesuatu yang patut kita fikirkan bersama. Dan ada sesuatu yang patut kita ubah! Iaitu diri kita! Masyarakat kita!

Anyhoo( spt kata Mas) , malam ni aku akan pulang ke kampung. Pulang untuk menunaikan kewajipan aku sebagai seorang pengundi pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu pada hari Sabtu ni. Walaupun ada kedengaran suara yang mengatakan pilihanraya kecil ni tidak penting, tak payah la bersusah payah ambil cuti apa bagai untuk balik kampung, tapi tidak bagi aku!

Selagi aku diberi keizinanNya untuk pulang, aku tetap akan pulang. Walaupun tidak penting bagi mereka, walaupun kecil bagi mereka, tapi bagi aku, yang kecil itu lah penentu kepada yang besar. Satu lagi, dah nama pun perjuangan, mana ada istilah tidak penting! Mana ada istilah kecil! Uhuh.... semangat kan aku? Jangan semangat 46 dah! heh!

Harap-harap, jangan la ada apa-apa masalah dalam perjalanan aku nanti. Ada member aku kat sana bagitau, polis kat merata-rata tempat duk buat road block. Tapi bukannya aku buat salah apa kan? Buat apa aku nak takut. Dan bukannya aku pengundi hantu pun. Jangan polis-polis tu ingat aku ni pengundi hantu dah la..eheh..

"Tumpang lalu yer pak polisi, mau pulang ke kampung ini. Mau buat itu pangkah dekat itu bulan."

heh!

p/s: Doakan aku selamat pergi dan pulang eh. InsyaAllah, kalau ada apa-apa apdet menarik tentang pilihanraya 'tiny' ni, aku akan apdet.

Till then...

WaAllahualam
Wasalam..

15 comments:

It4Ch1 said...

Undi jangan tak undi

:.Yus.: said...

wah semangat tul akak kita nih..hehehe..

pangkah jgn xpangkah kak..huhuhu

diana abdullah said...

undi adalah rahsia la..isk3

Afida Anuar said...

Mus--> Undi..mmg undi..wajib ni weh..

Yus--> Hee, biasa arr Yus, bab2 ni memang kene semangat sket..eheh. Ye ye, pangkah..pangkah seblah bulan aci? ekekekeke

Afida Anuar said...

diey-->Alamak diey..rahsia ke? eheh! ..ok ok..pasni aku tak bagitau orang dah perihal undi aku..ekekekeke.

Nuar said...

jgn lupa letak bendera bulan besa2 kt kete. takut kna tahan lak nnt.. igt pengundi antoo.... ahaha.. hati2 drive nnt..

Tirana said...

Selamat mengundi...pangkah betul-betul tau..

Anonymous said...

thanks fida promot.

juga nk ucap selamat menunaikan tanggungjawab. selamat balik, dan selamat dtg kl kembali. :)

Afida Anuar said...

Nuar-->insyaAllah, drive leklok. Itu lah, ingt nk letak gak bendera..biar sampai trg sok pagi orang tau, aku baru turun dari bulan..ekekekeke..

Kak Tirana-->insyaAllah, Fida pangkah betul2...klu tak, sayang woo undi rosak..huhuhuh

Khairi-->Sama;) InsyaAllah moga semuanya selamat..

kerusipusing said...

undi anda memang bukan rahsia lagi .. haha

agHoo said...

kem salam kt tok mun ek..aahahha

Noli said...

ati ati akak..kem slm kat org kg..waahh

Afida Anuar said...

Kerusi pusing-->erkk...

Arif-->InsyaAllah kalau jumpa..heeeee... meriah woo arif kat KT skrang..rugi arr mung dok balik..eheh

Noli-->alhamdulillah, slmt sampai dah noli.. kt orang kg? adehh ramainye nk kene oyak noli kim slm ni..eheh

natni said...

aikk
da tkr template blk kah..
y
y
y
y
hihihihi

samat mbuang (undi) kak fida
>_<

Afida Anuar said...

heee..sehari jek aritu terai test template lain..cam tak kene ngn jiwa aku jek intan...mlm tu, balik terus tukar...heeee...

samat2. tan..:D

 

Browse