Mengetuk Otak..

Thursday, January 29, 2009
Kadang-kadang aku pelik dan kagum dengan manusia-manusia yang hadir dalam hidup aku. Ada macam ragam, macam gaya dan perangai. Namun itu lah keunikan kehidupan. Pasti akan ada perbezaan. Kalau semuanya mempunyai ragam dan gaya yang sama jek, sudah pasti hidup ini akan membosankan. Kan?

Aku ada seorang kawan, suka menghebohkan perihal ulang tahun kelahirannya. Katakan ulangtahun bulan kelahirannya bulan 8. Dari bulan 6 lagi dia sudah sibuk memperkatakannya. Mengingatkan kami semua akan tarikh itu agar kami semua menyediakan something untuknya.

Bagus jugak dia buat begitu. At least aku akan ingat. Sebab aku, kalau perihal tarikh lahir ni agak pelupa sedikit orangnye. Memerlukan aku buat reminder apa bagai, baru aku ingat. Nasib baik ada pertolongan friendster, facebook atau bla bla bla yang kasi reminder secara automatik. At least.... kalau tidak, macam mana mahu diingat kesemua tarikh lahir kawan-kawan aku ek? huh.

Cuma yang aku pelik, ada seorang kawan aku ni, langsung tidak mahu mendedahkan tarikh lahirnya. Bila ada yang mengingati dan mengucap ucapan selamat ulang tahun hari lahir untuknya di mana-mana ruang yang bisa ditatap umum, pasti akan di'delete'nya. Tidak mahu 'dunia' mengetahui katanya. Mungkin aku faham tujuannya. Mungkin juga tidak..erkk, abaikan.

Apa pun, buat kawan yang tidak mahu 'dunia' mengetahui akan ulang tahun hari lahirnya itu, selamat ulang tahun hari lahir aku ucapkan. Aku doakan moga dia sentiasa berada dalam rahmatNya dan sentiasa dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

p/s: Gamaknya dia marah dak aku pi cerita sedikit perihal hari lahir dia kat blog aku nih? erkkk... ampunnn. Nak buat macam mana, dah idea ni yang mengetuk otak aku kali nih..eheh

Till then..

WaAllahualam
Wasalam..

7 comments:

It4Ch1 said...

hari lahir sepatutnya menyedarkan kita tentang apa yang kita dah buat sejak hari lahir sebelum.

setiap kali hari lahir akan mendekatkan kita dengan mati. setahun mungkin telah dibazirkan.

syahza said...

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
lalalalalalala... lalalalala...

Noli said...

uishh..

smlm baru ckp psl ulang tahun noli ngn pah kan..kalo xigt gak..akak p tgk no plat kete pah k..hehehe..

lalalallaa

Hafeeny said...

hehe..coming soon..lalalalala

Afida Anuar said...

Mus-->betul tu. Aku sukong!

Toin toin-->huh, bersayap? terbang? rama-rama ke? eheh

Noli-->kalau tengok plat kete tak ingat gak,cemane? erkkk..heeeee

Pah-->lalalalala..wish in advance la klu gitu..eekkekeke

agHoo said...

meh nk tolong ketuk sikit otak tuh..wakakka

Afida Anuar said...

bole2..mu duk tingkat 1 kan lening? okay aku naik tingkat 1 skrang..eheh..

 

Browse