Hebatnya.

Thursday, January 01, 2009
Hebat rupanya ujian Allah pada aku tatkala hidup melangkah ke tahun 2009 ni. Hebat kerana Dia membenarkan diri ini bernafas lagi. Hebat kerana Dia mengizinkan jantung ini berdegup seperti biasa lagi, dan hebat kerana Dialah juga yang menyebabkan hati ini 'bernyawa' kembali. Maha Kuasa Allah... hidup dan matiku hanya keranaMu..

Malam tahun baru 2009, seperti tahun-tahun sudah, aku hanya stay kat rumah. Kadang-kadang layan tv, kadang-kadang layan lappy, kadang-kadang layan buku., erkk, it depends.

Entah kenapa rancangan tv sebentar tadi langsung tidak memukau minat untuk menonton lebih lama. Konsert..konsert..konsert.. Aku benci tengok konsert. Bosan. Entah kenapa tradisi di Malaysia, asal nak sambut je tahun baru, pasti dengan konsert. Asal nak sambut jek merdeka ke apa ke, mesti berkonsert. Seolah konsert itu sudah sinonim dengan apa jua acara. Tiada konsert, maka tidak sah jadinya acara itu. Kan?

Dengan saudara seislam kita di Palestin menyambut tahun baru bermandi darah dan air mata. Kita di sini beriang ria bersorak gempita dengan konsert dan hiburan. Jika difikir-fikirkan seolah negara kita tidak ada tempias langsung dengan apa yang telah berlaku di sana. Betapa bahagianya kita di sini. Betapa bahagianya... (membebel lak dia ni memalam, haihhh)


Whatever..Owhh ye, tahun baru sudah hampir 2 jam menyapa diri. But my new year resolution for 2009, still undefined. Bile entah nak define. Let it be then.

Apa pun, salam 1430H, salam 2009 untuk semua. Moga kita semua menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan, dan juga menjadi hambaNya yang tabah dalam menghadapi segala ujian dan dugaan dalam kehidupan yang sementara ini.

Semoga Allah sentiasa membantu umat Islam di Palestin.

"Allahu man'sur mujahiddin fii palestin.."
"Allahu man'sur mujahiddin fii palestin.."
"Allahu man'sur mujahiddin fii palestin.."

Until then.

WaAllahualam
Wasalam.

5 comments:

Kay said...

dlu ada 1 thn malaysia tak wat konsert...

dlu maybe rakyat malaysia yg pi konsert...

tp skrg... yg ramainya org asing...

ke mana rakyat maalysia?? cuba tgk kat kelab2, disco2...

peratusan kecil hny duduk kat umah tgk rancangan lain... mcm Fida dan kay... :)

theblabber said...

selamat tahun baru cik (puan??) afida :)
doa byk2 utk kesejahteraan bersama. cewaahhhh.

Afida Anuar said...

Kay-->ada satu tahun takde konsert? bile tu? seingat fida tak pernah lagi kt mesia ni tak wat konsert..huhuhu..
entah la kay... nama pn malaysia boleh...

Miezi-->Selamat tahun baru Incik( Dato??) Miezi:)
InsyaAllah...untuk kesejahteraan semua..Aminn..

unicorn said...

aku insaf...

Afida Anuar said...

Alhamdulillah, insaf doh member aku..erkk..

 

Browse