Kosong...

Wednesday, December 17, 2008
Jam 5.25 petang. Suasana opis sudah mula terasa sedikit tenang. Mungkin teman-teman sudah mula untuk khusyuk menyiapkan kerja masing-masing memandangkan waktu untuk pulang sudah hampir. Yang jelas kedengaran sekarang hanyalah ketukan-ketukan lembut dan keras ke atas keyboard computer di sana sini, dan sekali sekala kedengaran suara sembangan teman-teman seopis yang kurang jelas diproses dek telinga.

Walaupun begitu, ada juga yang sudah mengangkat punggung untuk berlalu pulang. Tapi aku… aku masih setia di hadapan screen HP L1706 berwarna silver ni. Nak kata aku pun sama khusyuk menyiapkan kerja yang hampir berlambak tu, bole la jugak, walaupun sebenarnya tak, eheh. … Cuma time-time hampir pulang begini, aku lebih suka membiarkan fikiran aku kosong. Kosong buat sementara. Kosong agar selepas pulang nanti, ia bakal terisi dengan benda lain pulak, dan bukannya asyik terisi dengan kerja dan kerja dan kerja je. Jadi aku biarkan ia kosong sekosong-kosongnya. huh!

Aku juga suka pakai baju kurung kosong. Kalau ke kedai nak pilih kain untuk dibuat baju kurung, aku pasti ke bahagian yang menjual kain kosong. Pastu beli kain kosong untuk dibuat kurung. Nampak simple, tapi aku suka. Pernah suatu hari,aku ke kedai kain, mak aku tegur aku suruh cari kain yang berbunga-bunga pulak. Dia kata tak nak tengok dah aku cari kain kosong untuk dibuat baju. Katanya dah banyak kurung kosong yang aku ada. Aku bukannya apa, aku tak pandai sangat la pilih kain yang berbunga-bunga untuk dibuat baju kurung ni. Nanti dah siap jadi baju mesti tak cantik! heh!

p/s: Hari ni aku ke pejabat menyarung salah satu daripada koleksi kurung kosong aku. Kosong lagiii.. haihhh...

Jika makan di kedai pulak,aku suka order air kosong atau lebih tepat lagi air suam kosong. Kosong tanpa sebarang pewarna atau perasa. Kosong tanpa sebarang bau atau isi. Kosong. Murah pun murah. Bukan kerana aku kedekut atau nak berjimat. Tapi kerana aku menyahut seruan untuk jadi sihat,jadi kene banyak minum air kosong. Cheewah, kekononnya la nak kasi ayat mantap sikit, tapi sebenarnya aku memang pelahap air kosong pun. Tanya arr member-member baik aku betapa aku minum air kosong yang banyak untuk mengisi ruang badan ini dalam satu hari. Lagi satu, air kosong adalah air yang paling murah dan paling bagus untuk kesihatan badan..uhuh.

"Fresh Orange satu dik", kawan A

"Jus tembikai satu", kawan B

"Ice Lemon Tea satu", kawan C

"Air suam kosong satu dik", aku.

"Air suam kosong jek kak?", adik tukang ambik order.

Huh!

Apa lagi perihal kosong ek? Hurmmmmmmmmmm ... ummmmmmm... erkkkkk...

p/s: Kan best kalau gaji aku ditambah dengan satu lagi angka kosong kat sebelah kosong yang paling last tu...kan?kan? eheh.

Keep reading my entry. I'll be here. Again, the same me. Until then.
(Tenet kat rumah masih k.o lagi..dah repot dah..dia kata amik masa 2 hari untuk fix. Whuaaaaaaaaa)

WaAllahualam
Wasalam.

9 comments:

Tirana said...

Hati yang kosong tu bila nak terisi? hehehe

Anonymous said...

0 akan jadi 1
1 akan jadi 2
2 akan jadi 3
dan seterusnya..

NHY said...

sy setuju dgn mak kamu ~ lain kali g beli bj yg ada corak2 sket (kat kain je x kira ok, haha. .)

Kamu suka bj kosong (and most of the colors you wear are of earthy tones, huhu. .) jadinya, menunjukkn kamu ini seorg yg suka kestabilan dan ringkas ~ ya ek?

LeLs said...

ofis CS pun makin 'KOSONG'..

erk?

LeLs said...

ofis CS pun makin 'KOSONG'..

erk?

Khairi Mohd said...

ahaa.. kak tirana punya soal tu saya sukeee.. hehehehe..

p/s: betul ke masih kosong tu kak hehehe..

Noli said...

akak..tempat akak kosong arini..huhu =(

Adam. said...

Sekali agi saya bertnya,

hati yang kosong tu,bila nak terisi?Ke dah berisi?

;P

Afida Anuar said...

Kak Tirana--> erkk .. gagaga .. hehehu ..dah cuba untuk mengisi dah akak, tp makin dicuba makin takleh diisi..skrg ni, biar lah dulu.. insyaAllah suatu hari nanti terisi la tuh..heeeeeeee

Anon-->3 akan jadi 4,
4 akan jadi 5,
5 akan jadi 6. heeeeeee

Nisah-->huh,kamu tau sy ni org yg bagaimana melalui jenis corak baju? kagumnya sy sama kamu cikgu..heeeeeeee

Lels-->jom arr lels ramai2 kita pakat btapa kt gdc lak:D

Khairi-->hahaha, sakat sy lagi ek.. klu kak tirana kata kosong, kosong arr tu..hehehehe

Noli-->yer la..akak kan MC ari ni..miahahahah..

Hafeez N-->huh..dah cuba untuk mengisi..tapi kuar balik...cemane tu apitto?

alhamdulillah, hari ni gi wat medical checkup, doktor kata, hati ini dalam keadaan yang sihat dan bagus..uhuh..

 

Browse