Menguap-nguap ngantuk aku mendengar v-share dari India ni. Dah la baru lepas lunch. Memang waktu yang amat sesuai untuk taking 10-15 minutes nap atau tidur sekejap. Tapi disebabkan ada 'bos' baru yang asyik ke hulu dan ke hilir menyuruh kitaorang melayan v-share petang ni. Maka nap atau tidur sekejap itu terpaksa aku abaikan .. whuaaarghhh ngantukkknya. (Rajinkan aku mendengar v-share,eheh).
Lunch time tadi aku berkesempatan pecut ke Alamanda untuk membeli sedikit hadiah untuk adik-adik kecik aku; Huda dan Nabilah dan juga anak mak sepupu aku, Auzai,Hariz dan Shahmi yang tinggal di belakang rumah. Adat jadi budak-budak. Dapat gula-gula sebiji pun sudah cukup gembira apatah lagi kalau benda-benda lain. So balik kampung kali ni, aku belikan kelima-lima budak kecik tu buku. Lama jugak aku bertapa dalam MPH Alamanda tadi untuk memilih buku-buku yang sesuai untuk depa. Naik kejang kaki dibuatnya. Namun tak mengapa, kegembiraan pada wajah mereka yang terbayang-bayang di ruangan mata sudah cukup untuk mengubati kekejangan itu. (Tokoh kakak mithali kan aku? Sapa sokong angkat tangan...eheh)
Namun bukanlah kerajinan atau kemithalian yang ingin aku highlightkan pada entry kali ni. Kerana itu hanyalah sekecil-kecil perkara dalam kehidupan seorang insan. Ada lagi perkara yang tersangat besar, yang patut kita semua ambil endah, tapi pada hakikatnya, rata-rata kita semua hanya memandang sebelah mata, termasuk aku. Walaupun aku dikurniakan dua mata. Mengapa yer?
Hari ni bukan lah kali pertama aku keluar waktu lunch time, atau lebih tepat lagi pada waktu orang lelaki bersolat Jumaat. Mungkin yang kebeberapa kali. Namun pemandangannya tetap sama, baik yang tua atau yang muda, masih ramai orang lelaki yang tidak menunaikan solat Jumaat. Keuzurankah? Adakah mereka mempunyai sebarang kemaslahatan? Atau... sememangnya mereka merupakan golongan yang tidak menunaikan solat Jumaat. Hurmm....
Nak kata uzur, mereka masih mampu meronda-ronda, membeli belah di dalam Alamanda tersebut. Ada yang mengiringi anak dan isteri membeli keperluan dapur. Ada yang baru keluar daripada pejabat, terus berjalan-jalan dan makan-makan bersama kawan-kawan di Alamanda itu. Tidak kurang juga pekerja-pekerja yang bekerja di restoran makanan segera, kedai-kedai buku, dan sebagainya yang terpaksa bekerja ketika solat Jumaat berlangsung.
Bukanlah aku nak bersangka buruk pada lelaki-lelaki itu. Mungkin ada yang musafir. Tapi yang selebihnya? Yang tidak bergelar musafir tu? Mereka tak tahu kut yang meninggalkan solat Jumaat tanpa sebarang sebab termasuk dalam salah satu dosa besar? Hurmm...mungkin...
Hadis :Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:"Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?" (Muslim)
p/s: Sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati. Mintak maaf yer bagi sesiapa yang terasa atau yang pergi solat Jumaat ikut mood. Tapi aku hanya menyatakan kebenaran. Hanya itu dan tidak lebih dari itu.
"Lepas ni jangan tinggal Jumaat lagi ek!"
Until next entry.
WaAllahualam
Wasalam.
5 comments:
aku pegi semayang jumaat :)
ade sesetengah amik pendapat yg semayang jumaat xleh x pegi 3kali berturut2.. so kalo minggu lepas dah pegi, minggu ni n minggu depan x pegi xpela.. aku xtau mana diorg amik pendapat xbetul nie..
pastu ade plak yg jenis mmg x mayang.. so kalo dah semayang 5 waktu pun xbuat, so kalo diorg xgi solat jumaat mmg no wonder la..
ade plak yg jenis semayang 5 waktu x buat.. tp semayang jumaat gi.. <-- ni kes org semayang sekali seminggu.. huhu.. lagi teruk yg kalo semayang raya haji / puasa jek.. 2 kali setahun.. nauzubillah min zalik..
mcm2 peel manusia nie.. huhuh
Palie 1st komen....wahhh dan dan tuh..eheh..
Palie 2nd komen. Itu la, aku pun de dengar gak pasal amik pendapat tak gi jumaat 3 kali berturut2 tu..tp tu kan klu de keuzuran...haihh.... ni sesaje jek tak gi...entah la...
dunia akhir zaman kot...
sib baik kuar2 jek alamanda, nampak golongan lelaki-lelaki yang baru balik dari menunaikan solat jumaat..Alhamdulillah...
p/s: Ku impikan seorang jejaka yang beriman dan tidak melalaikan solatnya... ~di manakah kamu wahai jejaka??~ eheh..
dah baca sampai kol 2 pagi
baca semua....keep on!
ayah auzaie....
Ayah auzai.. wooo..sampai kul 2 pagi? Biar benar!..sok ngntuk la time lapoh lembu... dok auuu..
heeeeeeee
Post a Comment