Terawih Terakhir...

Monday, September 29, 2008
Baru je sebentar tadi aku selesai melakukan ibadat solat terawih yang terahir bersama keluarga di masjid untuk bulan ramadhan kali ini, dan juga yang terakhir untuk tahun ni. Mungkin juga yang terakhir untuk kehidupan ini. Tahun depan, mana mungkin aku mengiakan yang bulan ramadhan yang penuh rahmah dan barakah ini bisa aku alami lagi. Even satu Syawal yang bakal menjelang ni pun, aku tidak tahu umurku sempat atau tidak untuk menyambutnya.

"Fida menulis seolah dia dah nak mati", dia

Berbicara pasal mati, mesti ada yang takut. Ada yang kecut perut. Dan ada juga yang mahu menitiskan air mata. Apatah lagi kalau amal masih kurang. Hati masih lagi perlu disuci. Jiwa masih lagi perlu dididik. Bagaimanakah keadaan kita ketika mengadapNya suatu ketika nanti? Bersediakah kita?

Hari ni, baju raya yang ditempah 4 bulan yang lalu baru siap dijahit. Alhamdulillah, siap jugak walaupun dah berkurun lama dihantar. Yang kelakarnya, kain kurung aku tu tidak mempunyai hook atau kancing. Heh! Ni musti tukang jahit kalut-kalut nak menjahit baju-baju kurung lain sampai hook kain pun boleh tertinggal. Last-last, suruh ayah pi cari hook, jahit je la sendiri hook tu no matter how it looks. Maklumlah, aku kalau bab jahit-menjahit ni, sangatlah tidak berseni. Nak menjahit tu boleh je, tapi orang kata, jahitan kasar. Tak halus, tak berseni, tak kreatif. Macam-macam la tak nya. Gagagagaga..

Hujan pulak di tengah-tengah malam akhir Ramadhan ni. Ni yang rasa tak sabar nak tido ni. Erkk...Until next entryyy. Selamat malam semua....

Ramadhan dirindui...Syawal dirai....

p/s: Kalau jahit baju kurung jangan lupa letak hook di kainnya. Sekian, terima kasih.

WaAllahualam
Wasalam.

5 comments:

Hafizzul Kamarudin said...

hook yg kt leher tu ke? hehehhe

Afida Anuar said...

Lol pijo...kan aku ckp kain kurung. Ni yang kat tepi pinggang tu la, bukan yang kat leher. Entah..mak aku panggil hook. Aku pun tulis je la hook...gagaggaga.. aku pun tatau gak panggilan sebenar benda itu...ngeee

fatal1ty said...

nasib baek fida pandai menjahit..dulu mase skoloh dia dpt A's utk Kemahiran hidup ERT.. HAHAH..

"Meh la dumoh beraya deh"

Afida Anuar said...

Hahahha..pandai la sangat menjahitnya.. jahit butang2 n hook camtu boleh la...klu nk jahit baju kantoi padil...ngeee buat malu jek..

n masa ERT dulu tu pun..kbtulan je kut dapat A...Ahakssss...

Afida Anuar said...

InsyaAllah, klu kenal rumoh, leh arr gi beraye.. jmput arr mai beraye dumoh jugok. doh kenal doh rumoh tu..

 

Browse