Bazar Ramadhan lagi...

Monday, September 01, 2008
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Cepat kan masa itu berlalu? Baru je terasa berkunjung ke bazar ramadhan di Putrajaya tahun lepas, hari ini bazar itu aku kunjungi lagi untuk ramadhan pada tahun ni pula. Masa itu seolah disingkatkan. Jam seolah telah bertukar menjadi minit. Minit seolah menjadi saat dan saat jadi milisaat... huh!

Sangkaan aku, disebabkan ramai orang pulang ke kampung pada wiken kali ni, maka bazar ramadhan pun takde la bersesak-sesak sangat dengan orang. Aku ajak Mekdi pi sana dalam pukul 6 untuk membeli juadah berbuka. Sekali, hampir sampai ke sana, sangkaan aku sama sekali meleset. Kalau gi awal sikit lagi okay kut. Pukul 6 lebih tu dah berduyun-duyun kereta menuju ke bazar. Jalan ke sana penuh sesak. Parking di kiri dan kanan bazar full. Kelihatan seorang polis traffic menjaga lalu lintas. Dia mengarahkan kereta aku dan kereta-kereta yang seangkatan dengan aku masuk ke kawasan padang yang berumput.

"Parking lot baru ni..tahun lepas mana leh parking sini", sempat aku memberitahu Mekdi yang kelihatan dari awal perjalanan tadi asyik memikirkan juadah yang bakal dibelinya...

Dengan hujan renyai-renyai kami berdua meredah jalan yang berliku untuk sampai ke bazar. Agak jauh rupanya parking lot baru tu dengan gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis juadah itu. Nasib la...hujan pun, sesedap rasa jek. Tapi still, kalau tanpa payung tu, alamat lencun jugak la sikit sebanyak.

Walaupun agak ramai orang yang mengunjungi bazar pada hari pertama ni, proses pembelian juadah berbuka tidak menjadi masalah sama sekali kerana kami mencari gerai yang agak lengang dengan lautan manusia. Tak sampai 15 minit kami di bazar, kami sudah mendapat juadah masing-masing. Mekdi dengan nasi kerabu dan aku dengan nasi ayam. Kuih pemanis hari ni, cukup sekadar sira pisang yang aku buat sebelum ke bazar. Pisang nangka hasil pemberian pakcik Mekdi semalam. Mekasih pakcik.....

Ok, dengan ucapan penghargaan kepada pakcik mekdi, maka aku kira ianya sebagai kisah penutup buat entry pada 1 ramadhan ni. Sekadar itu coret-coret kisah hidup pada kali ini. Moga sama-sama kita dapat bangun awal untuk bersahur besok. InsyaAllah.

P/S: Roti John versi Taman Warisan tu masih lagi mendapat sambutan hangat di bazar ramadhan tadi. Barisan yang beratur bagi membeli roti john itu masih lagi panjang, sama seperti tahun lepas. Nasib baik dah merasa roti john tu minggu lepas. Ngeeeee....
Selamat Malam semua....

WaAllahualam
Wasalam..

6 comments:

LeLs said...

mahu pegi bazaaarrr ramadhan..

mahu..

hehe..

selamat berpose kak fida yang comel..~

Afida Anuar said...

Jom jom..petang ni cam biasa bazaar tu jugak yang di serbu...

Selamat berbuka lels..

natni said...

smlm bazar dpn umh org cm besh tp boleh plak ujan lebat..hlg mood nk mbeli :S

Afida Anuar said...

Semalam pun hujan. Tapi redah je la. Kalau idak nanti berbuka nak makan pe.:((

natni said...

lor lupe plak gumah kak fid gumah bujang kan...hehehe org pny gumah gumah kawen...hehehe

Afida Anuar said...

Hahaha intan2. ingat lagi dia kt kisah tu..ggagagga

 

Browse