Ada sebab tersendiri kenapa aku masih di sini, saat ini dan ketika ini. Ada sebab kenapa aku sukakan waktu ini untuk berbicara sendirian. Membiarkan hati mengomong sendirian, tanpa ada hati-hati lain yang bisa mengkucar-kacirkan hati yang telah sedia ada.huh! Apa yang aku cuba katakan ini? Aku pun tidak mengerti...
Sesungguhnya ketika ini aku tersangat buntu. Ditambah dengan lelah dan muak dengan permainan politik yang semakin hari semakin menggila. Nasib baik kemenangan rakyat pada pilihanraya di Parlimen Permatang Pauh semalam mengubat sedikit sebanyak kelelahan dan kemuakan itu. Menukar lembah kegilaan yang selama ini mengutuk dan mengeji seorang manusia kepada lembah kekecewaan yang tidak terkata. Padam muka!
Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas kemenangan yang sangat bermakna semalam. Baru lah ternganga golongan-golongan yang selama ni mengutuk, menghina dan mencaci Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim.Depa ingat tv depa punya, paper depa punya, saiFool depa punya, SPR depa punya, depa boleh kontrol semua, dan depa boleh menang la. Sori la beb. Ada kuasa yang lagi besar dari kuasa depa yang hanya 0.00000001% tu.
Terkumat-kamit mulut Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak nak jawab kat wartawan sebab musabab kekalahan umNO itu. Yang menyebabkan aku naik muak balik hari ni sebab baca utusan meloya tadi. Terus jadi loya kejap. Hahahaha..
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0827&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
Cuba baca part last apa Dato' Seri Najib Tun Razak kata. Kalau malas nak click kat link di atas meh aku tolong quote apa yang beliau kata.
"Mengenai isu liwat melibatkan Anwar, Timbalan Perdana Menteri berkata, ia mungkin relevan di peringkat nasional tetapi bukan di Permatang Pauh."
Relevan di peringkat nasional??? hahahahaha. Nak gelak guling-guling aku baca statement ni. Beliau ingat rakyat sekarang ni budus nak percaya sebijik-sebijik apa yang depa kata. Ditambah lagi dengan apa yang depa duk canang kat tv1,tv2,tv3 suku tu hari-hari yang memang meloyakan tekak rakyat. Depa nak kaber lagi hal ni. Relevan di peringkat nasional konon! Adeh, kesian pulak aku tengok kat golongan-golongan ini. Semakin hari semakin terdesak!!
Kalau rakyat kat kampung-kampung kat Parlimen Permatang Pauh pun dah pandai pikiaq yang mana betui dan yang mana tak betui, rakyat kat peringkat nasional lagi la Dato Seri Najibbbbb. Cuba buat bancian peringkat nasional kalau tak caye. Kebenaran akan terungkai. The truth is out there! Cheewahhh... Renung-renung dan fikir-fikirkan....
p/s: Utusan Meloya hari ni cakap, kerajaan mungkin akan menurunkan lagi harga minyak untuk mengurangkan beban rakyat. Alhamdulillah, kalau turun la. Kalau tak turun?? gagagaga..Gamak-gamaknya la kan, kalau hari tu Pak Lah turun harga minyak RM1.50 dan bukan 15 sen, ramai orang sayang Pak Lah dak??? Ngeeeeeeeeeeeee
Ok la, setakat ini saje coret-coret di petang hari yang mendung dan nak hujan ni. Moga ketemu kita di lain entry.
Wallahualam
Wasalam..
4 comments:
Rasa2 orang yang nak turunkan harga minyak seperti dalam utusan tu yang nak lompat ke Parti Rakyat kot. HUahahahahah
"Mengenai isu liwat melibatkan Anwar, Timbalan Perdana Menteri berkata, ia mungkin relevan di peringkat nasional tetapi bukan di Permatang Pauh." -Utusan Meloya
Kalau begitu apa kata adakan pilihan raya umum dan gunakan isu ini.. mungkin umNO bee end akan ber jaya!!
Selamat Berjaya Bee End!!
Tahniah DSAI!!!!!
da da isu politik..jom isu kemerdekaan pulak hehehe
Ajat-->Iyer la kut ajat..hiihi
Muni-->btul2, buat general election balik tengok... relevan konon..pak najib pak najibb..
Aro-->Isu kemerdekaan.. hurmm.. nanti akan ku pertimbangkan..
Post a Comment