Permatang Pauh dan Wakaf Mempelam...

Monday, August 25, 2008
Suasana opis kembali menerjah anak mata setelah 4 hari bercuti. Mood cuti itu masih lagi meninggalkan sedikit sisa kenangan di kampung. Arghh...aku akan sentiasa rindukan kampung aku itu walau di mana aku berada. Suka duka dan pahit manis kehidupan aku separuhnya telah dilalui di kampung itu.

Walaupun sejak dua menjak ni, diri aku seolah menjauhi kampung, tapi itukan kampung aku. Masakan aku boleh lupakan tempat asal usul aku begitu saja. Tidak mungkin...tidak akan sekali-kali. Melainkan, tetiba ingatan aku suatu hari nanti ditakdirkan hilang, zapppppp..habis semua kenangan dan ingatan aku sepanjang hidup ini hilang, maka akan hilang lah juga ingatan aku kepada kampung aku itu.

Pulau Rusa. Dari namanya sendiri semestinya semua orang beranggapan di kampung aku itu ada banyak rusa. Itulah juga yang menjadi tanggapan aku suatu ketika dulu. Namun, anggapan aku itu tidak benar sama sekali. Jika diinterbiu orang-orang tua di kampung aku itu, asal nama Pulau Rusa di ambil kerana terdapat sebuah pulau di kampung itu yang hanya mempunyai sebatang pokok Rhu. Orang Terengganu pula kalau SATU dialeknya 'se'... So digabung jadilah rhuse. Untuk mencantikkan tulisan maka jadilah RUSA. So itu lah asal usul nama kampung aku yang aku ketahui.

Haha, bercerita pasal asal usul nama kampung aku pulak hari ni. Haha...it's ok then, ilmu sejarah ni!.Mana la nak tahu kan, tetiba je nanti ada orang tanya korang.. tahu dak dari mana nama pulau rusa tu diambil, then boleh la korang jawab. Ngeeee... Ceh, cam glemer kampung aku ni. Memang la, kalau di bandingkan dengan Permatang Pauh, alamat tenggelam la nama kampung aku tu tidak timbul-timbul sampai ke sudah. hahahaha

Opsss..tu parlimen daaa...hikhikhik. Silap nak buat perbandingan daa. Kalau parlimen kenalah disamakan dengan parlimen. Parlimen aku namanya Wakaf Mempelam. Parlimen yang nak mengundi besok Permatang Pauh. Pauh dan Mempelam..kira satu geng la tu..hahahahaha. Abaikan aku yang dah agak weng petang-petang cenggini.

Malam ni adalah malam terakhir bagi kempen pilihanraya di Permatang Pauh. Sebelum ni pelbagai jenis kempen sudah menjadi tatapan mata dan telinga. Dari sumpah muhabalah yang menjadi mainan orang UMNO sekarang, sehinggalah penurunan harga minyak sebanyak 15 sen. Huh!! Kempen punya pasal walaupun Pak Lah tetap berkeras kata ni bukan kempen pilihanraya, aku tetap berkeras kata ini semua adalah kempen untuk pilihanraya Permatang Pauh!!!

Apa pun, aku kira rakyat sudah matang untuk menilai mana kaca dan mana permata. Mana berlian asli dan mana berlian tiruan. Kepada seluruh rakyat di Parlimen Permatang Pauh, selamat mengundi!!

"Uiksss, ada ke pengundi di Permatang Pauh yang baca blog ko ni Fida?", dia

"Ada kut", aku.ngeeeeee;)

~JANGAN BICARA TENTANG PERJUANGAN JIKA TAKUT PADA RISIKO~

WaAllahualam
Wasalam.

8 comments:

agHoo said...

ayat last plg best n mantap...
~JANGAN BICARA TENTANG PERJUANGAN JIKA TAKUT PADA RISIKO~

betol2 hehehehe...

Afida Anuar said...

Mudahan2 DSAI menang malam ni... Aminnn...

agHoo said...

pasni tolong carik sejarah psl panji alam ngn chendering lak ek..teringin jugak nk tau hehehe..

Afida Anuar said...

Hahahah...klu rajin la...
uiksss..ptutnye penduduk asal kg tu la yang cr:p

agHoo said...

hahahahhaha..panji alam tu nama baru,dulu situ nama pengadang akar. amek dari nama megat panji alam kot..?????

chendering lg la xtau br pindah huhu..

Afida Anuar said...

Megat Panji Alam?? siapah gerangan itu??

owhh pengadang akar, ala aro, klu nok tau gi la terbiu warga tua kt cendering tu...sure tau sejarah silam kawasan tu..ngeee

agHoo said...

lor..xpnah dgr ke nama megat panji alam?isk2 ni bukan org ganu nih hehe..megat panji alam ni adalah pahlawan terulung ganu dulu merangkap tunang kepada tun teja yg dilarikan oleh hang tuah tuk dikawinkan ngn sultan mahmud melaka..megat panji alam ni telah dibunoh oleh hang2 berlima tuh akhirnya..begitulah alkisahnya huhu..

Afida Anuar said...

Erkk..cam penoh dengo.tappi dok ingat angat...gagagagga.

Mantap unggung arr sejaroh Incik Aro ni..kagum dibuatnye

 

Browse