Adik Tukang Cuci...

Wednesday, August 13, 2008
Aku garu kepala aku yang tidak gatal ni. Macam mana aku nak mulakan pun aku tak tahu. Lama aku renung platform putih depan mata. Lama juga aku tenung jari aku yang seolah sukar untuk digerak-gerakkan atas keyboard hitam ni. Kebuntuan seakan mahu mengalir dalam minda. Tapi aku tidak mahu membenarkan itu berlaku. Kerana, tatkala kebuntuan mengalir, maka cerita ini tidak akan ada permulaan dan kesudahannya.

"Assalamualaikum kak", dari jauh kedengaran suara yang biasa aku dengar.
Aku mengangkat pandangan yang dari tadi ditundukkan bagi melalui longkang sederhana besar tu.

"Owhh adik, Waalaikumusalam. Awal datang kerja hari ni ek!" kataku memulakan bicara, sambil memandang gumpalan sampah-sarap yang disapunya.

Dia berhenti dari menyapu daun-daun kering yang berlambak di tepi jalan. Dia pandang aku sambil tersenyum.

"Biasa la akak, masuk kerja pukul 8", terangnya lagi sambil tersengih.
"Owhhh", kataku mengerti.

Budak yang sebaya adik aku tu meneruskan tugasnya menyapu sampah sarap di sekitar bangunan. Aku pula meneruskan perjalanan ke bangunan opis.

Dalam hati aku berkata-kata sendirian. Jarang ada budak muda yang sanggup kerja sebagai tukang sapu, tukang cuci tandas. Tapi budak tu sanggup. Yer la, kalau diikutkan tukang sapu dan tukang cuci tandas di bangunan aku tu, kebanyakannya sudah berumur. Tak silap hanya dua tiga orang aje budak-budak muda, tu pun orang Indon.

Tapi jarang aku tengok budak melayu muda yang sanggup buat kerja tukang cuci ni. Jatuh standard la, malu la. Padahal kerja tu halal. Daripada mencuri, merompak, melacur diri, kan lebih baik jadi tukang cuci.

Time aku nak turun solat zohor, aku bertembung lagi dengannya dalam lif. Kelihatan terbongkok-bongkok badannya menggilapkan dinding-dinding lif itu.
"Solat akak?", sapanya seperti biasa melihatkan tangan aku membawa beg kertas yang berisi baju sembahyang.

"A'aa, turun solat jap, adik dah solat?", balasku

"Alhamdulillah, baru je lepas", terangnya sambil tersenyum.

Aku lega mendengar jawapannya. Moga Allah berkati kerjanya itu, dan kerja aku jua. Aminn

p/s: Kalau la, ramai budak-budak muda melayu yang tiada kerja yang sanggup buat kerja sebagai tukang cuci dan tukang sapu ni, tak payah la nak import pekerja-pekerja dari Indon, Bangla dan Philiphina semua. Negara kita pun takde la sesak sangat dengan pendatang-pendatang asing ni kan? Kadang-kadang terasa jugak, aku ni kat Malaysia ke kat negara mana ni??!! bilamana aku tengok ramainya pendatang-pendatang asing yang membanjiri negara kita yang tercinta ni.
Huh!!

Sekian, conteng-conteng untuk hari ini.

WaAllahualam
Wasalam

5 comments:

natni said...

yeayy
nk conteng2 kt sni jugakkk
ok da
sekiannn mekasehhh=)

agHoo said...

"The difference between a successful person and others is not a lack of strength, not a lack of knowledge, but rather a lack of will."

Afida Anuar said...

Intan--> same same=))

Aro--> Morning:D

[Palie] said...

tpt aku pun ade sorang mamat ni.. muda gak la.. kire baya2 aku la.. wat keje cleaning.. bagusla.. cume muka die ni masam jek.. huhuhu.. kalo ngn makcik2 ngn pakcik2 lain ade gak aku senyum2 or kasik salam.. tp nk die nie aku tgk pun takut nk kasik salam..huhuh.. brutal sioott..

tp ape2 pun aku salute gak la coz die cam rajin jek cuci sana sini..

Afida Anuar said...

Ala palie..bg jek salam.
Aku kes baik ngn budak ni asalnya jumpa, pastu senyum. Pastu setat borak2..ngeee

Aku bukannya apa, aku cuma respek arr kat diorang ni. sanggup buat kerja yang anak melayu muda tak sanggup buat. Padahal halal. Banyaknye minah-minah indon la..huhhuhu

 

Browse