Mak aii!! Perempuan?? Bertudung??

Friday, August 01, 2008
Hari ni, sudah masuk hari kelima aku bekerja dalam minggu ni. Ini bermakna besok aku cuti. Besok dan lusa. Alahh, cam biasa la, cuti di hujung minggu.

Pagi-pagi hari ni, on the way nak gi keje, aku dikejutkan dengan satu phenomena yang bagi aku amat aneh. Ini bukan lah ada kaitan dengan 'phenomenal activity' or supernatural activity or terserempak dengan UFO ke apa. Tapi aku terserempak dengan 2 wanita yang merokok dalam satu masa.

Bayangkan, aku berhenti di traffic light di Jalan P11/berape entah...kelihatan, kt side mirror kereta di hadapan aku. Kereta wira aeroback kaler itam. Kelihatan seorang perempuan di tempat pemandu, tak bertudung, asap-asap rokok penuh keluar dari kereta. Dan dengan gaya seorang perokok professional sekali..Fuh!!

"Mak aii..perempuan pagi-pagi dah merokok! Kalah lelaki. Getus hati aku!"

Pastu, dalam masa menunggu lampu hijau ni, nampak la pula ada MyVi Hitam berhenti di belakang kereta aku. Perempuan. Cam mak orang. Tapi tak tahulah aku kalau bujang lagi..hahahah. Dia bertudung..cantik dia kenekan tudung dia... tetiba, dari rear mirror kereta aku, nampak dia menyumbat mulut dia dengan sesuatu. "Uishh, takkan rokok kut!" hati aku berkata-kata lagi...

Rupanya sangkaan aku tepat. Dia sedang menyalakan lighter...kelihatan dia menyedutnya. Dan asap berkepul-kepul keluar dari cermin kereta.

'SubhanaAllah... perokok jugak!!" terkejut aku.

Tak sangka. Serius aku tak sangka. Terkujat pun ada melihat gelagatnya. Sebab bagi aku, kalau perempuan yang tak pakai tudung, aku takde la hairan bin ajaib sangat kalau dia merokok. Sebab tu pemandangan yang biasa menjengah di pandangan mata. Ni perempuan yang pakai tudung. Cantik pulak tu. Perokok... Adussss.

Tak pernah-pernah singgah dek mata pandangan seperti itu. Dunia sekarang.. apa nak jadi pun aku tak tahu la. Bukan nak kata aku ni baik sebab tak hisap rokok. Tapi cam rokok dan perempuan itu, sesuatu yang.... ganjil, aneh dan pelik. Bagi aku la. Lagipun, nanti effect masa panjang tu banyak. Dengan barah paru-parunya, time pregnant pun effect, effect kat bayi dalam kandungan lagi. Uishhh.. tak sayang famili ke?

Kalau lelaki yang menghisap rokok, boleh diterima akal. Sebab... lelaki. Ni perempuan.. cam tak masuk akal daaa. Memang tak masuk akal.

Dan sebenarnya aku memang tidak suka dengan perokok. Lelaki yang merokok. Sorry la kalau korang ni seorang perokok. Tapi serius, deep from the bottom of my heart,cheewahh.. aku memang tak suka perokok. Sama ada hensem,macho or genius ke lelaki tu,baik hati yang amat ke, tapi kalau dia merokok...erkk.. aku cam dah tak saspek dah dengan semua keistimewaan yang dia ada. Entah. Aku tak tahu. Tapi tu akunye prinsipal la. Kira susah untuk aku jatuh hati dengan lelaki yang hisap rokok. Aci dak gitu? Tapi tak tahu la kalau ditakdirkan suatu hari nanti aku dijodohkan dengan seorang perokok....hurmmm...

Tapi setakat ni, alhamdulillah, sepanjang aku berkawan dengan kawan-kawan aku baik lelaki mahupun perempuan. Tiada sorang pun lagi yang hisap rokok depan-depan aku. Belakang aku tu...waAllahualam la. huhuhu..

Dunia oh Dunia.... Apa lelaki buat, perempuan nak buat jugak! Adehhh...

Tu je kut bebelan untuk hari ini. Apa yang tak elok tu moga dapat dijadikan iktibar buat semua. Until we meet next time.

WaAllahualam
Wasalam.

28 comments:

M@YaZ said...

Biasa dah akak. Kat MAS ni, tak larat tgk pompuan isap rokok dah. Kuar je nampak. Nampak je kuar. :p

Anonymous said...

kak fida, prinsip kita sama la!
erm i dun hate all the smokers, tp cam tak suka la klau kena asap² tue..plus, its stinky!

and i alwyz wonder apa yg best sgt ngan smoking nie...dh la merosakkan diri sendiri,bazir duit n plg tak best, leh rosak kan org lain gak..esp kita yg kena hidu asap² rokok derang...
huhuhuuhuh...

sumtimes harap sgt yg gov akan naik kan harga rokok sampai belas² hingit ke...instead of naik kan harga minyak..at least certain people jer la yg kena effect..hahahaha..jahat tak =P

sib baik la most of kawan wa tak smoke..n if they do, derang akn smoke jauh² dr wa...bagus kan =)

Afida Anuar said...

Ajat--> huhu.Tak larat dah ek ajat? Itu la, akak br terdedah ni. Tu yang terkujat ckit tu.

Wawa-->Hihi, btul2. satu bau busuk la asap tu. Tak suke jugak! Itu la kan, baik naik harga rokok dr harga minyak. Kiranye..pikir dua kali gak nk isap rokok. Pastu tak isap. kan bagus tu..huhuhu.
Setuju2..meh nk gi cadang kt pak lah.ekekeke.

Kay said...

diorg isap rokok salem lite... yg ada rasa mentol2...

member laa ckp...

Khairi Mohd said...

huhu.. betul ke kay.. dunhill pun ok pe..

sy kalu nmpk pompuan isap rokok, rasa janggal..

tak kisah la pemakaian dia rock ke tak ke chinese ke sbb rokok sinonim ngn lelaki..

heeee.. bhy wooo

Afida Anuar said...

Huh? yeke?

Rasa mentol2? hurmmm....mkn chewing gum pun leh rasa mentol gak kan? ke tak?

nape la gi isap rokok. Dah tau bende tu bahaya..isk isk isk..
kesian arr kt depa2 ni.

Afida Anuar said...

Hahah, btul2 incik Kayree..

rokok=lelaki
kalau rokok = perempuan..rasa cam... entah..

yg pakai rock tu x leh kate la klu isap roko..tp ni yg bertudung litup.cantik.... ada tu pakai bju kurung..isap rokok! iskkk.

Terbaliknya dunia sekarangg...

Anonymous said...

bak kata dlm iklan:

"Zaman dah berubah,
Dunia dah maju."

aziz said...

ala yg hisap tu pakai tudung ke xpakai tudung ke same jer..pompuan gak kan.. xde beza nye.. ha cube ko tgk org2 tua yg pangkat nenek dh yg hisap rokok jugak.. lg selamber.. pompuan jugak kan diorang..

Afida Anuar said...

Im--> huhu..dunia zaman skrang im..

Ajis-->Memang la pompuan..tp rasa pelik la.
bukannye apa..cam tak seswai pompuan merokok..

Jangan ko cuba2 isap rokok depan aku dah. ngeh33.. klau isap gak. out!!! hahahahaha

AL-BIMA SAKTI said...

DUNIA DAH BERUBAH DIK OOIII...
KEKADANG YG BERTUDUNG LINGKUP ITU YG 'TERLINGKUP'. DOK GITU..?

PUN SEKARANG NI, NAK NILAI BUKU TAKLEH TENGOK PADA KULIT DAH. NAK KENA BELEK SELAI-SELAI...HAH...

Khairi Mohd said...

ok lagi sap kok

aku jumpa akak pakai baju kebaya labuh, pakai tudung mmg tutup aurat abes tp perati kat perut dia nmpak pusat..

ada tingkap 4 segi sengaja buat punya kat pusat dia kasi masuk angin.. ni apa punye spesis plak ni hehehehehhe

lalu aku blurr langsung tak paham ngn objektif dan dimensi pemikiran dia...

saizulhafiz said...

merokok tu kan haram...tp org xbising plak.tp kalo minum arak org bising haram..hurm tgk skrg pun dh tau..so kalo org hisap rokok kira okey.gurl nk hisap pn okeyla..apa salahnye???? org yg merokok xsemestinye jahat.dan org yg xmerokok xsemestinye baik.kdg2 perempuan yg merokok ni lagi baik dr yg xmerokok tau..life is wide.open your mind and make friends.t korang taula realiti skrg..aku x hisap rokok tp aku byk kwn dgn yg hisap rokok.diorg bukan mcm yg kita sangkakan..dh kalo rokok tu haram tp org diam je so gurl or laki hisap rokok diam jela.hahahahah...

agHoo said...

apizz-ada 2 fatwa tntang rokok,,satu haram satu makruh.so terpulangla nk amek yg mana kata ustaz huhu..

fida~aku pon ada nmpk awek bertudung isap rokok kt esso equenn..muke punyala cun,bila tgk dkt tgh merokok rupenya,isap dunhill lagi huhu..tu ler 1st time yg aku tgk dak bertudung smoking:p

isk isk isk aku benci betol ngn org yg merokok nih.busuk n mnjengkelkan.!!
hehehehe....

Afida Anuar said...

Al-Bima Sakti--> Nak belek selai2 tu camne pulak yer? huhuhu. Adeh macang-macang skrang.

Khairi-->Cam penah terbaca je citer awk ni.hihi. Itu la, kdg2 tengok orang cmni buat sy terpikir..apa sbnarnye ada lam kepala depa ni.huhu

Saizul-->Spt kata Aro, de 2 fatwa isap rokok. Pandai2 mana nk amik.

Mmg patut la dibisingkan kalau org islam minum arak. Sebab tu kan larangan Allah yang terang lagi bersuluh. Allah dah berfirman dalam Quran arak tu haram. Tapi rokok ni, takde larangan secara langsung dariNya. Sebab tu ada fatwa.

Aku bukan lah kate orang hisap rokok ni berdosa, or tak baik. Or haram. Aku tak kisah kalau nak merokok pun. Sebab ni hak masing-masing. Tp pasal rokok ni semua orang boleh fikir kesan2 nya. Cuma yang aku luahkan kalau perempuan perokok, tu yang janggal ckit. Lagi-lagi kalau dia bertudung. Cam pemandangan tu, lain macam... huhuhuhu.

Pastu...kita tak leh nak kata, prempuan yang hisap rokok tu lebih baik dr orang tak hisap rokok. Memang la, it depends on the person itself. Bukan semua.. tp lagi bagus kalau dia tak hisap rokok.. kan ada ciri-ciri perempuan. Ni kalau merokok...ishh..tatau nak kata lah aku..

Aro--> aku semalam la kut 1st time tengok pompuan bertudung isap rokok. Ke ada sebelum ni? lupe dah..huhu

Btul2,busuk bau asap rokok ni. Kadang-kadang kalau naik lif sekali ngn perokok, smpai kt baju kita pun leh lekat bau tu..huhuhu

Anonymous said...

Perempuan merokok....?

tak ayu la beb merokok... lebih-lebih lagi yang bertudung... haiyaa kalau tertekan pun watpe la pi merokok.. pi bungee jump ke lagi bagus.

Afida Anuar said...

Incik Mat Burn--> Betul2. Pi wat bungee jump lagi bagus.. menurut puteri hati Incik pula, depa ni ada gak yang nak kuruskan badan. Sebab tu depa merokok. huhuhu.

agHoo said...

memang da termaktub dalam nas dan hadis yakni arak itu HARAM..
sesape yg minum,membawa,membeli,menjual,memberi wang dan sesape sahaja yg terlibat dengan arak secara langsung atau tidak langsung adalah berdosa besar n xperlu ditakwil2 lagi...sekian

noor munirah said...

adeih.. betul la.. zaman dah berubah.. dunia dah maju.. tapi kalau nak tau perempuan dolu2 lagi ramai yang merokok.. isap rokok daun.. zaman skang dah jadi pelik lak kalau pompuan isap.. tapi memang pelik pun..dulu kini dan selamanya eheh.. memang xsemestinya pompuan isap rokok lebih teruk dr pompuan xisap rokok.. mungkin sebaliknya, tapi atleast dia dh xisap rokok, yg lain2 tu pelan2 ubah lah.. nobody is perfect.. bab hukum plak, aku rs yg xisap rokok akan berpegang pada dalil yg rokok haram! yang isap lak mesti kata makruh.. kalau x cane dia nak isap?huhu

[Palie] said...

fida, aku rasa sbb ko jarang tgk, tu jadi perempuan? bertudung? merokok? tp bila dah2 ramai jd cam biasa cam skang nie la.. tp aku sokong gak ape ko ckp.. cume bg aku.. perempuan? bertudung? berkepit ngn laki bukan muhrim? berpegang2 tgn? berpeluk2kan? bermanja-manjaan tuuuu lagi la besar dosanya.. cumenye kite dah biasa nmpak.. so benda tu dh jadi cam x kisah.. just my 2 cent..

Afida Anuar said...

Aro--> Mekasih 4 d further xplaination.

Muni-->btul2.. bg orang yang isap rokok musti amik dalil makruh. Moyang aku dulu penah isap rokok daun.

Palie-->btul2.. kadang2 bila sesuatu yang haram (contoh palie: perempuan? bertudung? berkepit ngn laki bukan muhrim? berpegang2 tgn? berpeluk2kan? bermanja-manjaan tuuuu )dah biasa jd tatapan mata,kita seakan buat tak kisah. Walaupun kisah gak, tp dalam hati je la...aku la sbb hanya mampu cegah lam hati je...huhuhu.

Adam. said...

haha..
Perokok tegar.Aku perokok tegar.Korang try asap rokok Winston Light.sies tak busuk.haha..

p/s:jgn prejudis.Pilihan kt tgn masing2..=P

Unknown said...

encik hafeez perokok tegar?..hmm..kata nk berhenti..aduh..

tp to tell u the truth..kenapa mesti merokok?buat benda lain tkle?..kalo tensen..pegila bersenam..amik udara yg nyaman..lg elok dr merokok..kalo ngantuk..jgnla tido lewat..cukupkn 8jam..hmm..nthla..

tp kak fida..dulu sy pun benci org yg merokok..tp..setelah masuk dlm geng org merokok ni..kita da jadi lali ngn asap rokok..sian kan kita yg tk rokok ni..huhu..sedut jela asapnye..biar dia pk sndr..kesihatan siapa yg patut dia utamakn..kalo dia syg diri sndr n diri kita ni..automatik dia akan berhenti rokok..seisly..da jadi pada sy pun..hehe..tp kekdg tkle jugak..dia mintak kebenaran utk rokok..huhuu...aduhai..kalo da ketagih mmg ssh nk berhenti...

tp..pasal pompuan merokok..mmg tk elok/tk sopan..tk elok sbb nnt nk ngandung mcmmana kan..sianla kat baby..kalo tk kesian pada diri sndr..pk2knla baby yg bakal dlm kandungan..tk sopan..yela..kita ni org melayu,org islam..jagala tata susila n tertib seorg perempuan..betol tak?..hmm

Afida Anuar said...

Apitto--> hahah aku lupe member aku yang sorang ni seorang perokok.. eh ko perokok tegar ek?
uishh bawak2 la berenti weh. Sian kt Mira hari2 sedup asap rokok tu. Bahaya wooo tuk kesihatan dia. Nnti dah kawin, bahaya tuk baby lak..bawk2 berenti la apit. Kalau tak leh berenti terus pun, kurangkan batang tu. Kalau hari ni ko isap 20, apa kata sok ko isap 15 je ke..pastu sok lusa kurangkan lagi.. seyes weh. Datuk sedare aku meninggal sebab barah paru-paru, dan dia seorang perokok tegar. dari muda sampai ke tua, rokok tak pernah lekang. kan ke salah satu penyebab barah paru-paru tu rokok.
Aku just kasi nasihat je apit. Mmg la pilihan di tangan masing-masing. Tapi kita tengok pulak pilihan di tangan kita tu, elok tuk kita n orang tersayang ke idak, kalau tak elok, boleh buat pilihan lain. kan? kan?
ngeh33..

Mira-->takpe mira slow slow.. nanti dia sedar la tuh. Lein kali kalau dia mintak kebenaran nk merokok depan mira, jangan kasi dia merokok. ekekekekekekeke.. sbb sayang la tak kasi kan mira? hiihi..
Apitto,bc dan fahamilah lah luahan hati mira tu..

Adam. said...

haha..ni dah jadi sessi luahan perasaan la plak.

yela2.aku tryla kurangkan..=P

Nur Amira said...

moyang ak pompuan..smoke kuat sgt..dunhill gtu..dy meninggal umo dh 120..
secara natural ak ska tgok laki merokok...haha...nmpak macho...kah3x...tp dunia ni kan penuh ajaib..psgn ak xsmoke..dlm sejarah ak bercinta semua xmerokok..tatau napa..
ak teringin nk merokok...tp disebabkan dpt psgn xsmoke..maka cek pon xsmoke....

Anonymous said...

Bini aku merokok gak. Prwatakan die lemah lembut je, slalu pakai baju kurung n mmg org yg brtudung. Tp kuat merokok smpi nk habis 2 kotak sehari. Hisap marlboro plak tuh. Aku yg laki ni pun tak merokok. Tp aku still can get along with her. Aku faham jiwa perokok mcm mane. Dh 10 tahun kot die merokok. Kategori perokok tegar la bini aku ni. Skang die umo 25. Adik pompuan die umo 20 pun merokok gak. Pakai tudung gak lemah lembut mcm die. Tp taktau la bape batang sehari. Family die jenis tak kisah

Anonymous said...

Steady lah brader...memahami jiwa smoker camane..laki pmpuan same jer klau dah perokok tegar tu memang susah benti la..bukan sbb die jahat kan...kite tak boleh pandang serong kat pmpuan perokok ni even pakai tudung

 

Browse