Oleh AZMAN IBRAHIM dan NAZRUL AZIM SHARUDDIN
KUALA LUMPUR 11 Mei – Rakyat Malaysia dinasihatkan mengamalkan makan hanya segenggam nasi atau separuh pinggan setiap kali mengambil makanan itu demi menjaga kesihatan selain mengurangkan penggunaan beras.Jumlah pengambilan nasi yang ideal untuk seorang dewasa adalah pada kadar segenggam atau 20 peratus daripada mangkuk sukatan nasi yang biasa digunakan di restoran-restoran.
Penasihat pemakanan terkenal, Kevin Zahri berkata, langkah itu perlu memandangkan pengambilan nasi tidak boleh diberhentikan serta-merta sebaliknya ia menjadi makanan ruji pelbagai kaum di negara ini.Katanya, pengurangan pengambilan nasi setiap hari oleh setiap rakyat sekurang-kurangnya dapat mengatasi masalah kekurangan beras di negara ini.“Jika makan di kedai atau restoran, orang ramai perlu melatih diri dengan memesan nasi separuh pinggan.
Oleh itu, para peniaga juga perlu mengenakan separuh harga.“Ada sesetengah restoran didapati mengambil kesempatan dengan mengenakan harga penuh walaupun pelanggan mereka hanya memesan nasi separuh pinggan. Mereka memberi alasan harga beras sudah naik,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Ketika ditanya mengenai golongan yang bekerja kuat seperti buruh binaan, Kevin menasihatkan supaya golongan itu mengekalkan makan nasi pada kadar sederhana dan mengambilnya pada kadar yang lebih kerap.Jelasnya, ini kerana golongan tersebut memerlukan tenaga yang lebih tinggi dan ia perlu ditampung melalui kekerapan pengambilannya.
Kevin turut menggalakkan golongan itu mengambil makanan dari sumber lain seperti buah-buahan, roti, air yang bergula dan sebagainya bagi meningkatkan tenaga.Antara lain, beliau mendapati usaha mengurangkan jumlah nasi dalam setiap hidangan seperti itu dapat menggalakkan orang ramai meminimumkan pengambilan nasi dan seterusnya mengelakkan pembaziran.“Jika pengambilannya dihentikan serta-merta, ia akan memberi satu kesan psikologi kepada seseorang akibat kekurangan sumber tenaga yang berpunca karbohidrat walaupun ia boleh diperoleh dari roti,” jelasnya.
Menurut Kevin lagi, beliau tidak menafikan bahawa nasi boleh digantikan dengan makanan alternatif yang lain seperti roti, pasta, kentang dan buah-buahan.Namun, katanya, kalori yang dibekalkan oleh nasi dapat memberi lebih vitamin dan zat dalam membantu mengekalkan kesihatan.Beliau yang juga penulis buku Cergas 24/7 memberitahu, pengambilan makanan alternatif yang mempunyai kandungan fiber yang tinggi digalakkan tetapi bukan memberhentikan terus pengambilan nasi kerana ia akan menyekat kadar metabolisme badan.
Jelasnya, selain menjimatkan kos dan mengurangkan pembaziran, pengambilan nasi yang sedikit juga secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko penyakit seperti obesiti, osteoporosis dan juga barah.“Apa yang paling penting ialah setiap orang perlu mengamalkan gaya hidup yang seimbang dengan memilih makanan yang sihat dan berkualiti supaya kita dapat menikmati makanan kegemaran kita sepanjang hayat,” ujarnya.
Uishhh,makan segenggam jek?? aku tak cukupp!! perut aku perut nasi.. dan aku kene makan nasi lebih dari segenggam, kalau makan sikit je nasi musti aku pengsan!! pastu mesti sakit perut, pastu musti gastrik, pastu mesti tak boleh datang keje..hahahaha ngengada aku ni!! camne nak makan segenggam??...Apa kate si penasihat pemakanan tu cuba dulu untuk 3,4 bulan. Tengok jadi dak??
uish macang2 sekarang ni.. dengan harga barang naik la, pakar lak suh makan segenggam nasi la...Pemimpin pula suruh rakyat ubah cara hidup la.. apa kata pemimpin yang menyuruh rakyatnye mengubah cara hidup, mengubah dulu cara hidup dia, ni salahkan rakyat..hidup terlampau mewah!!Mane tak tumpah kuah kalau tidak ke nasi!!
Eh tapi hidup aku tak mewah. aku rakyat biasa yang amalkan kehidupan biasa..Makan nasi pun sekali sehari je!! Tu pun Alhamdulillah dapat makan sekali sehari. Tapi, takkan makan nasi sekali sehari pun nak kene ubah gak? Camne ni pemimpin negara?
Teringat saudara mara di negara-negara luar sana yang kebulur.. lagi la...apatah segenggam nasi..secubit roti pun belum tentu dapat mengisi perut mereka sehari2.. huhuhuhu. Sedeynye. Syukur atas segala nikmatMu Ya Allah..
"Aku takkan pernah jadi sempurna seperti engkau pinta,
aku takkan bisa, meski telah ku cuba.."
WaAllahualam
Wasalam
4 comments:
haaa..training xde rupanya.. kan aku kabo doh ke mung.. :) tapi tape la, cik city ingin sgt berehat kat basement GDC kan? bagi chance..huhu
pasal org pandang ko semacam dlm lif.. aku rs tu perasaan ko jer, ko yg rs diperhatikan sbb ko rasa not belong to GDC anymore.. walhal, org2 kat GDC tu bukannye kenal semua orang kat GDC tu.. even lots of vendor are coming to satyam gdc these few weeks, discussing on new building interior etc. so it is all about your feeling towards yourself not perception of others toward u..
well..kita takkan pernah jadi sempurna.. eheh
mung kabo ke aku pun takdok training pun, aku mne leh caye sebab takdok hitam putih biru kuning dr SLC. Itu la, kasi chance si dia berehat sebentar kt basement tu...
Hahaha, kan aku cakp aku ni memang perasan...tp muni, mmg de perasaan tak best dah la jejak kaki kt gdc.. huhuh, klu kt century square..sampai je, hati aku gumbira:D
Eh lupe, mung saloh anto komen kt entry lain daaa.. patut entry seblum ni..wakakakka
mane bole mkn segenggam je!! camne aku naikkan berat badan aku ni? rase cam papan bergerak je kalo aku berjalan.. huhu
Post a Comment