Sewaktu aku memenuhkan bonet kete dengan barang-barangku dan barang2 adik ku serta pelbagai jenis kopok yang teman-teman opis pesan, aku nampak raut wajah orang tua ku lain macam. Raut wajah yang selalu di paparkan sewaktu aku akan berangkat pulang ke kota... Arghh, aku tidak suka saat ini. Kalau la saat ini tidak pernah wujud dalam hidup aku, tak perlu aku susah payah menyaksikan manik2 jernih jatuh membasahi pipi orang tuaku, terutama ibuku. Ayahku hanya sepi seribu bahasa. Walaupun matanya seakan merah, tapi hati lelaki, keras seakan batu. Air mata tidak perlu dibazirkan untuk saat seperti ini. Aku mengerti ayah.. Ibuku pula, sampai mengambil MC semalam semata2 untuk melihat keberangkatan puteri kesayangannya ni. Aku terharu!!
Aku mendiamkan diri, tidak banyak kata-kata yang aku luahkan. Sebaknya hatiku,hanya Dia yang tahu... Aku buat2 kalut, naik ke atas memeriksa bilik ku sekali lagi in case de pe2 yang tertinggal. Walaupun dalam hati sebenarnya, ya Allah kenapa aku perlu pergi??
Seperti biasa juga, sebelum bertolak pulang,aku ke rumah tok sedaraku yang tinggal di belakang rumah ku, bersalam dan berpelukan,
"moga aku sempat lagi merangkul tubuh tua itu lagi." kata ku dalam hati.. Dia sudah ku anggap seperti nenek aku sendiri, walaupun aku sudah tidak punyai nenek lagi sejak lahir. Menitis air matanya di kala aku mengucupnya kedua pipinya.., arghh...aku tidak suke ini..cepat2 aku berlalu meninggalkan nya, tanpa aku menoleh lagi.. Aku tidak mahu lama-lama di situ. Aku takut, rumahnya akan banjir dengan air mataku..huhuhuhu.
Berlalu aku ke arah adik-adikku, Huda,yang dari tadi ingin bersalam denganku, dan Nabilah yang tertido di sofa panjang kerana demam. Ku peluk kedua2 nya. Saatnya dah tiba... aku menarik nafas panjang kemudian menerpa ke arah ibuku dan terus mengucup tangan ibuku, memeluknya, menciumnya. Dua beranak diam seribu bahasa. Kerana aku tahu, kalau ada yang berkata2, sudah pasti akan ada air mata yang mengalir laju....dan Ayahku, ku cium tangannya yang kasar, ku peluk tubuhnya yang sasa dan cium kedua pipinya yang panas... Kemudian,aku berlalu laju, masuk ke perut kereta. Aku mahu saat ini berlalu pantas.. Ku kesat air mata di pipi. Nampak ibu dan ayah memandangku jauh. Sempat aku melambai mereka, sambil mengukir senyuman yang aku buat2 dan aku berlalu meninggalkan mereka....
Kenapa saat perpisahan ini aku perlu sudahi dengan deraian air mata?? Argghh aku tidak suka itu. Dari dulu sampai sekarang!! Itu lah saat yang perlu aku tempuh, tatkala ingin berangkat pergi. Lemah sangat ke aku untuk hadiahkan senyuman dan bukannya air mata untuk keluargaku di saat aku ingin meninggalkan mereka? Kenape aku tidak setabah orang lain??
Dalam kereta aku diam seribu bahasa. Adik ku di sebelah seakan mengerti keengganan aku untuk berbicara pada waktu itu. Arghh, biarkan dia keseorangan. Aku mahu layan perasaan aku yang masih dirundum kesedihan ni.. Tapi perasaan sedih itu tidak lama menyelubungi aku... Seperti selalu, sampai kt simpang chabang 3, aku dh boleh menerima kenyataan yang aku perlu meninggalkan mereka. Walaupun pada hari ini hanya untuk sementara, tapi entah siapa yang tahu, suatu hari, satu ketika dan satu saat nanti, aku perlu meninggalkan mereka untuk selama-lamanya. Aku perlu lebih bersedia!
Apakah yang telah aku coretkan nih..huhuhu sayu je rasa,sedey lak... Owh, dah menitik air mata..Aku nihhh!!! Kate nk jadi orang yang tabah hadapi segala-galanya.
"Come on Fida!! I know u can be strong... and i know u'll always be. Out of sudden u wanna be in grief, why???.. forget it Fida. Dun put urself in grief...please. i'm begging u!.. u're stronger more than u think. So just let go of everything that make u sad.. this is life rite? and this is how it gonna work.. u've gone thru every sadness and happiness before..and i know this time u also can face them..just prove it!!!! FIDA WAKE UP!!!!... "
Hahaha, beginilah jadinya apabila aku merapu.
Moga berjumpa di lain entry
Till then.
Wallahualam
Wasalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
:sedey: nye cerita.. sob sob.. heheh.. be strong fida.. i know u can do it.. hehehe.. just do it.. eh ape aku merapu nie? hehe..
hahaha, aku pun tatau apa aku merapu, dan ape yg ko merapu...n aku akan jadi kuat dan sihat. Minum lah milo..!!
Cite ni menambahkan sedih la. Aku pun tgh bersedih ni. Ingat nak baca blog2 korang ni nak lupakan yg sedih tu. Makin sedih la pulak. Anyway, sekeras-keras hati lelaki, lelaki ttp ada perasaan. Kesedihan seorang lelaki hanya jelas pada pandangan insan terpilih. Apa aku merapu ni? Dah terikut ayat fida yg dah mcm baca novel la ni.
hahaha, baca novel? uhuk uhuk.alamak haedir, sori la kalu blog aku buat ko sedey. aku sje je meluahkn perasaan aku yg entah pe2 tuh...hikhikhik..
"Kesedihan seorang lelaki hanya jelas pada pandangan insan terpilih"...wah wah wah haedir, ayat nih?? aku insan terpilih kah???hahahhaa
Betul la tu ko kira insan terpilih la. Bila kita betul2 syg org tu, selalunya kita mesti bole nampak bila org tu sedih, cthnya parents ko la. Kalo ko jenis tak kisah, mesti tak perasan punya la diorang sedih. Anyway, ko terima je la ko meluahkan perasaan ko kat blog ni. Bagus la. Bukannya ko merapu.
Kalau aku sedih2 skrg ni, tak bole la nak tulis kat blog. Bukan salah blog ko buat sedih. Dah nak sedih kan nak buat camna.
~Monolog Sekeping hati~
Hikhikhik, gaya aku meluah perasaan ek haedir..huhu,yer la yer la aku luah perasaan kt cni..hikhikhik..alamak, ko sedih? nape? huhu, apa kate kalau ko luah kan sedey ko tu, baru hepy ckit:D
Post a Comment