Khas Untuk Baanu..

Friday, October 31, 2008
1.Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
Cinta Yang Maha Esa
Famili
Kawan-kawan
Mr.Lappy dengan Internet Connection sekali
Mr.Nighthawk Black
Tepon Nokia yang kurang mantap pemberian adinda.

2. Apakah benda terakhir yang anda beli dengan wang sendiri?
Air 100plus dari vending machine kat opis ni. Seringgit jek:D

3. Dimanakah tempat impian perkahwinan anda?
Kat rumah je la.

4. Berapa lama anda rasa hubungan anda akan berkekalan?
For future relationship, harapnya hingga ke syurga.Aminnn

5. Adakah anda sedang di lamun cinta?
Erkk..Yer..Cinta dalam hati:)

6. Dimanakah restoran terakhir anda makan malam?
Erk.. Deli Mas kut. Dengan Azeze dan Halimah. kan kan?

7. Namakan buku terakhir yang anda beli?
IMAN, tak ingat nama penulis arr.

8. Apakah nama penuh anda?
Nor Afida binti Anuar

9. Anda lebih senang dengan mak atau ayah?
Mak.

10. Namakan seseorang yang anda ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
Nabi Muhammad S.A.W

11. Christina atau Britney?
Dua-dua reject

12. Adakah anda mencuci pakaian anda sendiri?
Yup. Penat wooo...

13. Tempat yang paling seronok anda mahu pegi?
Balik kampung

14. Pelukan atau ciuman?
Ni tuk belum kawin ke lepas kawin? Kalau belum kawin, haram weh nak peluk cium. Kalau dah kawin, peluk cium dan apa saja lah untuk si dia.heeeeeeee. Nakal sket ari ni. Ngeh ngeh ngeh..

15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag anda
Kenal kt company ni
Satu team
Senyuman dia manis
Hari ni dia pakai baju kaler hitam.
Kat telinga selalu je sangkut earphone kaler putih.

16. 8 perkara yang amat saya gilai
Mr.NightHawk Black
Bintang
Internet
FlyFm
TomYam
Sup
DoubleCheeseburger
Kek Coklat

17. 8 perkataan yang sering di ucapkan
Ok ok ok
Owhh ek!
Habisss lar..
Biar benar!!
Poyo jek
Bior je la
No hal
Baek bunda
Baek ayahanda

18. 8 buah buku yang paling terbaru di baca (magazines also can?)
Power of Now
Excuse Me your Life is Waiting
Life Is An Open Secret, You, Me and We
Iman
Ayat-ayat cinta
Too soon old, too late smart
Majalah keluarga
Majalah wanita

19. 9 lagu yang boleh saya dengar berulang kali
Menanti Di Barzakh - FarEast
Disturbia - Rihanna
Me vs Everyone - Forever the sickest kid
This is Me - Demi Lovato & Joe Jonas
Fall For You - Secondhand Serenade
Crush - David Archulate
Ketika Semuanya Harus Berakhir -Naff
Sepasang Kurung Biru - Khairil Johar Johari

20. Perkara saya pelajari tahun lalu
Hidup ini sebenarnya indah

21. Mangsa tag seterusnya
Erk...Palie

Okay, tu je Baanu, Hope u puas hati dengan all the answers given. Heeee....

I'll be here again..
The same me..
Until next entry..

WaAllahualam
Wasalam..

Cerita Tentang Milo Panas...

Thursday, October 30, 2008
Air milo panas bercampur sedikit serbuk kopi yang diisi dalam mug bercap FedEx Express di sebelah inspironnya masih lagi tidak disentuh. Dibiarkan asap panas dari air separa manis itu tenggelam dalam dinginnya aircond opis. Yer, opisnya memang dingin. Dingin yang tahap mencengkam tulang-belulangnya. Kadang-kadang dia konpius dengan kedinginan yang begitu melampau yang sampai tahap beku. Dia ni berada di Malaysiakah? atau di Kutub Utara sebenarnya, hurmmm. Heh! Kutub Utara pun tak pernah dijejakinya. Masakan dia boleh tahu kedinginan itu tarafnya dingin Kutub Utara. Dia ada sixth sense kut!

Dia begitu ralik dengan kerja-kerja di hadapan screen 12 inci ciptaan DELL itu. Satu demi satu tetingkap dibuka dan kadang-kadang ditutup. Nasib baik dia mendapat bantuan daripada processor cap INTEL yang mantap. Betul-betul membantunya bekerja lebih pantas dan tangkas. Katanya kembar dua processornya itu. Tapi tidak pula diberitahu kembar itu kembar siam atau kembar biasa-biasa. Nanti la, dia pastikan.

Kedua-dua belah tangannya begitu pantas dan ralik menari-nari di atas keyboard nipis kaler silver atau lebih tepat lagi kaler perak. Sungguh penat kata kedua-dua belah tangannya,tapi langsung tidak diendahkan. Dia perlu siapkan kerjanya itu. Pukul 5 petang wajib dihantar. Itu kata muktamad dari bosnya.

Tick tock, tick tock.... 10 minit sudah berlalu sejak air milo panas bercampur sedikit serbuk kopi itu diletakkan di sebelah inspironnya. Air milo panas bercampur sedikit serbuk kopi itu pun sudah tidak lagi boleh digelar panas. Sudah sejuk, tanpa disedarinya! Sesejuk jemari-jemarinya yang begitu asyik menari di atas keyboard. Sesejuk bulu matanya yang dari tadi menahan kesejukan aircond tahap beku itu. Kalau badan yang kesejukan boleh la dipakaikan baju tambahan, tapi kalau bulu mata yang kesejukan.... nak pakaikan ia dengan apa yer?

Akhirnya air milo yang disangka panas itu digapai juga dengan tangan kanannya.Perlahan-lahan dilekapkan mulut mug itu ke bibirnya. Bimbang air milo yang disangka panas itu akan mencederakan bibir mulutnya. Seteguk masuk ke kerongkongnya.

"Alah, dah sejukkk", rungutnya sendiri.

Dia bingkas bangun dari kerusi hampir empuk itu. Bergegas mahu keluar ke pantry bersama mug cap FedEx Express yang berisi air milo yang dicampur dengan sedikit serbuk kopi yang sudah sejuk itu.

"Eh kau nak buat apa dengan air tu Jafni", sapa Aiman teman seopis yang baru hendak singgah di cubicnya.

"Aku nak buang air ni Man, dah sejuk. Tak best dah", kali ni dia merungut di depan teman seopisnya pula.

"Kau ni Jafni, tak baik membazir! Tak luak lagi aku tengok air tu, kalau la air tu boleh berkata-kata, aku percaya dia pasti menangis bila dengar kau nak membuangnya", Aiman.

"Erkk....Abis tu kau nak? Kalau kau nak, ambiklah".

Aiman sengih nakal.

"Nak la tuh!"

MORAL OF THE STORY: Jangan membazir, membazir tu kan amalan syaitan.

"Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedangkan Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." (Surah al-Isra', ayat 27).

p/s: Air milo sejuk sapa pulak atas meja aku ni?? heee

I'll be here again. The same me...
Until next entry..

WaAllahualam
Wasalam.

This Crush Ain't Going Away...

Wednesday, October 29, 2008
Banyak benda yang aku nak coret-coretkan sebenarnya.Tapi bila aku mengadap inspiron biru gelap ni, semua jadi blur. Benda-benda yang aku nak coret tu pulak lari entah ke mana. Mungkin disebabkan inspiron ni kaler biru gelap kut. So apa-apa idea yang cuba menyinggah akan di gelapkan oleh kaler biru gelap inspiron ni. Erkk.... apa-apa je la. Arghh, nanti idea tu datang balik la kut (cuba menenangkan hati yang cuak sebab idea tak datang-datang, hahahahaha) Sambil-sambil menunggu idea yang tak singgah-singgah tu boleh la aku terus layan flirty@1030;)

Dulu aku dah niat, walaupun tema blog aku ni bebas, tapi buat masa sekarang aku nak terai stop kutuk-kutuk orang. Aku nak terai stop luah segala kemelut politik semasa atau masalah negara, atau apa-apa saja yang tak kekok untuk diluahkan di sini. Even harga minyak dunia jatuh merundum, tapi harga minyak Malaysia tak jatuh-jatuh pun aku tak complain kat sini. Aku tahu, Pak Lah ada banyak benda nak fikir tu. Aku cuba fahami Pak Lah.... sebab tu aku tak kutuk Pak Lah time ni. (Anak sapa la yang dah tak kutuk Pak Lah ni. baikkknyerr... eheh!)

Aku cuba jadi pemerhati, bukan pengutuk. Aku cuba ubah apa yang tak betul dengan blog ni. Biar orang yang baca coret-coret aku ni hanya membaca kisah kehidupan dunia. Membaca segala pengajaran dan iktibar yang boleh didapati dari hidup aku atau dari kehidupan watak-watak ciptaan aku yang sama sekali langsung tiada kaitan antara yang mereka yang hidup atau sudah meninggal dunia.

Aku tahu, kalau api yang kecil di tambah minyak tanah, maka akan jadi lagi besar api tu. Maka aku cuba hindarkan itu. Hindar segala kutukan yang boleh membesarkan lagi api-api yang cuma sebesar mancis. Aku cuba dan aku cuba.....dan aku akan terus mencuba.

p/s: Not self-explanatory entry. Erkk..noted.

I'll be here again. The same me...
Until next entry...

WaAllahualam
Wasalam.

Makhluk Asing Separa Normal

Tuesday, October 28, 2008
Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah syurga
Bersyukurlah pada yang Kuasa..
Cinta kita di dunia...

Berulang-ulang kali dia mendengar lagu Laskar Pelangi nyanyian Nidji tu. Kalau diikutkan dia memang tak berapa suka dengan lagu dari negara seberang ni, tapi lagu Laskar Pelangi ni..."boley la", katanya dalam hati.

Dia kembali menyandarkan belakangnya ke kerusi hampir empuk itu. Suhu di opis pula tidaklah sejuk tahap beku yang melampau yang biasa dia alami, cukup sekadar untuk menyejukkan darah panasnya. Terasa proses penyejukan darahnya yang suam-suam kuku jari tangan itu begitu aman sekali. Tiba-tiba pandangannya beralih kepada sekeping gambar mini hasil lukisan tangannya sendiri yang terpaku di board di sebelah ketupat bagai yang menjadi hiasan sementara sempena aidilfitri baru-baru ni.

Gambar itu hanyalah gambar kepala makhluk asing yang dilukis di atas sticky note segiempat sama yang kecil berwarna kuning. Lama ditenung muka makhluk asing itu. Kepala bulat tapi sedikit panjang. Mata bujur yang senget. Hidung tiga segi. Mulut panjang, dan hasil itu langsung tidak diwarnakan. Tersenyum sendiri dia melihatkan hasil lukisannya. Kalau diikutkan dia memang tiada bakat langsung dalam perihal lukis-melukis. Tapi setakat gambar makhluk asing separa normal ni.."boley la", katanya dalam hati.

Namun dia bukanlah Fox William Mulder yang percaya dengan kewujudan 'little green man' sehingga sanggup dia menghasilkan karya seekor/seorang makhluk asing yang separa normal itu. Dan lukisan itu juga, bukanlah bermaksud dia taksub atau percaya dengan makhluk dari angkasa lepas yang sentiasa melepas. Cuma sekadar lakaran-lakaran kosong yang dirasakannya patut dipakukan di board itu.

Dia berhenti merenung makhluk asing yang baru dirasa bukan separa normal, tapi separa cacat! Dia kemudian meretus sekeping sticky note lain. Pun berwarna kuning kecil segiempat tepat. Dia melakarkan seekor/seorang lagi makluk asing. Sama bentuk, sama style, tapi kali ni dilakarkan sekuntum bunga di kepala makluk asing itu. Heh! Kekononnya dia nak menggambarkan makhluk asing itu merupakan seekor/seorang betina/perempuan. huh!!... dipakukan betul-betul di sebelah makhluk asing yang asal dengan paku bulat kecil yang berkepala biru. Begitu ralik dia dengan karya tangannya.

Tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang. Tersentak dia dibuatnya. Betul-betul tersentak dan terkejut!

"Amir dah siap test report yang saya mintak", tanya team leader Amir, Incik Ramli.

"Erkkk, saya tengah siapkan la ni Incik Ram", jawab Amir kaber.

MORAL OF THE STORY: Jangan selalu membazir masa dengan melakukan perkara yang sia-sia. Maka akan jadi sia-sia lah hidup.

p/s: Aku yang pandai berkata-kata...lalalala, time aku sendiri yang membazir masa dengan perkara sia-sia tak sedar! Ceyt!!

Huh!!

Until next entry..

WaAllahualam
Wasalam..

Trauma..

Monday, October 27, 2008
Semalam 1st time aku drive sorang-sorang melalui jalan yang aku dilanggar orang pada bulan ramadhan yang lepas. Sebelum ni dah melalui jalan tu sekali time aku ambik kereta ari tu, tapi bertemankan Im. Walau ada sedikit rasa takut, tapi ada kawan di sebelah rasa takut tu sedikit sebanyak hilang. Ni sorang-sorang, macam-macam yang bermain di fikiran. Rupanya aku masih lagi dihantui kejadian malam tu.

Tepat je roda kereta berpijak di tempat kejadian, seolah ada flash back dalam minda, flash back tentang kejadian yang menimpa aku hampir 2 bulan yang lepas. Hati begitu kencang berdegup memikirkan kejadian tu. Aku juga dapat merasakan kaki aku seolah terketar-ketar menekan pedal minyak. Time tu, aku memang benar-benar bertawakkal pada Allah moga perjalanan aku di lindungi. Yer la, tiba-tiba hati rasa semacam mengingatkan kejadian di malam bulan ramadhan yang lepas tu.

Tak sangka, diri yang aku sangka tabah, gagah dan berani ni, rupanya masih lagi direlung dengan rasa getar, bimbang dan segala macam mak nenek yang seangkatan dengannya tentang kejadian tu. Macam mana nak suruh tabah, gagah dan berani tu berdamping dengan aku kembali ek?

Ada seorang sahabat karib aku, pernah accident suatu ketika dulu. Dia mengalami kecederaan yang begitu teruk sampaikan dia tak berani langsung untuk drive. Dia boleh dikatakan trauma nak drive kereta, sehingga lah doktor menasihati dia, kalau nak mengatasi rasa trauma tu, dia kene buat apa yang dia takut. So lepas tu dia beranikan diri bawak kereta, dan alhamdulillah dia berjaya atasi rasa trauma tu.

Once dia tahu tentang aku accident, dia tanya aku, aku ada alami trauma dak pasal kejadian tu? Mungkin time dia tanya tu, aku tak pernah fikirkan pasal ketakutan tu. Tapi petang semalam, ketakutan tu benar-benar aku rasa...nak je aku membelok jalan lain, tapi jalan mana lagi? Nak tak nak, kene lalu jalan tu jugak. Tapi aku memang takut. Tersangat takut. Traumakah aku? Atau itu sekadar mainan perasaan?

p/s: Kira semalam, dengan bawak kete melalui jalan tu seorang diri aku dah mengatasi rasa trauma aku la kan? kan? kan? erkkk... tanye orang pulak! Haihh aku nih!!!

Until next entry...

WaAllahualam
Wasalam..

Kisah Di Sebalik Ombak..

Sunday, October 26, 2008
Ombak sepi datang menghempas pantai hati. Sepikah jadinya pantai tatkala dihempas ombak sepi?atau hatikah yang sepi tatkala diri berjalan seorang diri di pantai? Mungkin juga ada kebisuan antara pantai dan ombak yang telah menyepikan sekeping hati yang cuba mencari ketenangan di antara hempasan ombak ke pantai.

Dia berjalan menyusuri pantai yang seolah tiada penghujung itu. Menahan setiap hembusan angin yang terkadang berhembus kuat menimpa diri. Namun dibiarkan saja angin pantai itu, bukan malas untuk dilayan. Tapi kerana dia tahu, dia takkan bisa menahan angin itu dari berhenti menimpa dirinya. Arghh, setakat angin pantai...

Sampai satu ketika dia berhenti melepaskan lelah perjalanan. Jauh dilontarkan pandangannya ke tengah laut. Tenang... tersangat damai. Cuma kekadang, ketenangan dan kedamaian itu digugat percikan air laut yang menghempas pantai dan terkena dirinya. Hampir basah keseluruhan jeans biru yang baru dibeli 3 minggu lepas. Arghh, setakat jeans yang basah....

Tiba-tiba telefon tangan yang terletak di poket kanan seluarnya berbunyi. ONE SMS RECEIVED. Melihatkan nama penghantar membuatkan hatinya sedikit resah. SMS itu dibuka. Ditatap dan dibaca bait demi bait yang dihantar. Matanya mula berkaca, namun ditahan.. Ya Allahh...!!

Dia berlalu lagi menyusuri pantai itu. Lambat kakinya melangkah seolah kekuatan melangkah itu telah dirampas oleh bait-bait ayat SMS yang baru dibacanya. Dia cuba mengumpul kembali kekuatan untuk melangkah lebih laju. Namun kali ni, dia tidak mampu. Malah tidak mampu untuk melangkah langsung. Dia berhenti di tengah-tengah sisir pantai tu. Manik jernih yang dari tadi cuba ditahan jatuh juga akhirnya dari kedua kelopak mata. Disekanya manik-manik jernih itu berulang kali dengan kudrat tangannya yang lemah itu.

Berita dari SMS
Shah, laporan perubatan isteri kau dah keluar. Tapi, ia tidak seperti yang aku sangka. Kanser isteri kau merebak terlalu pantas. Kau kene bersiap sedia dengan segala kemungkina-Dr Irfan-

p/s: Coret-coret kali ini tiada kaitan dengan berita yang dikhabarkan dari ombak, kerana berita ini dikhabarkan melalui SMS. Dan kisah di atas juga bukanlah kisah benar untuk diambil tindakan kerana kisah di atas adalah rekaan aku semata-mata.

Ucapan selamat menyambut hari dewali dan deepavali buat kawan-kawan yang menyambutnya. Have a nice day ahead, dan selamat bercuti buat semua yang bercuti.

WaAllahualam
Wasalam.

Budak Comot Bernama Alif

Thursday, October 23, 2008
Budak comot itu perlahan berjalan masuk ke kelas 3 Anggerik. Semua mata yang dari tadi khusyuk memandang papan hitam kini tertumpu kepada budak comot itu ,dari atas sampai ke bawah. Baju comot. Kasut comot. Rambut kusut. Beg lusuh. Cikgu Azam yang masa itu sedang menulis latihan matematik di papan hitam berhenti tatkala melihat kehadiran Alif, budak paling comot dalam kelas, juga budak yang selalu sampai lambat ke sekolah.

"Alif, kenapa kamu datang lambat lagi? Tengok jam sekarang sudah pukul 9 pagi, kamu ingat ini sekolah kamu? Suka hati kamu je nak datang pukul berape!", sergah Cikgu Azam.

Alif tunduk, sepi. Tiada kata yang dilafazkannya. Semua orang dalam kelas tergamam. Takut pun ada apabila mendengar sergahan Cikgu Azam.

"Apa pula alasan kamu kali ni?" sambung Cikgu Azam seolah sudah masak dengan kerenah Alif.

"Saya tanya kamu ni Alif!!", tinggi suara Cikgu Azam kali ni.

Alif tunduk membisu. Pelbagai alasan sudah diberi. Kini dia hanya mampu berdiam diri dan bersiap sedia menerima hukuman dari Cikgu Azam seperti biasa. Tangan kanan Cikgu Azam menghayunkan bulu ayam, laju...terus hinggap ke punggung Alif.

"Paaapppppp"
"Paaapppppp"
"Paaapppppp"

Hukuman selesai.

"Pergi duduk tempat kamu", arah Cikgu Azam kepada Alif.

Alif tunduk menahan malu dan sakit sambil berjalan ke tempat duduknya, di sebelah Ida di tengah-tengah kelas. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggungnya, dan menyangkutkan beg lusuhnya di kerusi.

"Kau tolong mak kau menoreh getah lagi ke pagi ni Alif?", tegur Ida yang agak memahami masalah Alif.

Alif mengangguk.

"Mak aku sakit Ida, kalau aku tak tolong dia menoreh, kami nak makan apa hari ni?", terang Alif.

Ida tersentak. Timbul rasa simpati terhadap kesusahan hidup yang dialami Alif sejak kematian ayahnya.

Waktu rehat, Ida mengajak Alif ke kantin. Namun alasan kenyang diberikan.

"Aku tahu ko tak jamah apa-apa lagi sejak pagi tadi kan? Jom la, lagi pun aku dah suruh mak aku packkan mee goreng ni untuk 2 orang", pujuk Ida.

Alif memegang perutnya yang kempis itu. Dia pandang Ida, memang dia lapar. Tersangat lapar. Hendak membeli makanan di kantin, duit pula tidak pernah di bawanya. Dan dia tersangat malu dengan Ida yang sudah banyak kali berkongsi bekal makanan dengannya. Dia malu...

"Ala kau tak payah la nak malu dengan aku Alif, jom laa", pinta Ida..

20 TAHUN SUDAH BERLALU....
Dan Alif si budak miskin yang comot, yang sering berpakaian lusuh itu sekarang sudah bergelar Doktor Alif. Tiada lagi gelaran Si comot. Tiada lagi gelaran si miskin. Tiada lagi denda dari Cikgu Azam. Yang ada hanyalah Dr Alif bin Abdullah.

Ida?? owhh hurmm... anggaplah dia hidup bahagia bersama Dr Alif. Ehehehe...

p/s: Cerita di atas tiada kaitan antara mereka yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Sekian, terima kasih.

MORAL OF THE STORY: Sentiasa lah bantu membantu sesama manusia. Jika kita bawa bekal ke tempat kerja atau ke sekolah (bagi yang masih bersekolah) sudi-sudilah berkongsi bekalan itu dengan kawan-kawan yang lain yang tidak membawa bekal yer. InsyaAllah murah rezeki. Tambah-tambah lagi kalau kawan yang dioffer bekal itu mendoakan kesejahteraan hidup kawan yang mengoffer itu dunia akhirat. MasyaAllah...betapa besarnya rahmat Allah terhadap si pengoffer.

Okay, sapa nak share bekal dia dengan aku hari ni? Aku tak bawak bekal ni?heeeeee

Until next entry..

WaAllahualam
Wasalam.

Mesin Penimbang Berat..

Wednesday, October 22, 2008
Tidak pula aku ketahui sejak bila wujudnya mesin penimbang berat badan manusia yang terdapat di pantry di opis aku ni. Lepas balik raya hari tu, masuk aje pantry sedar-sedar mesin penimbang berat tersebut sudah terpacak berhampiran pintu masuk. Terkejut juga aku dengan kehadiran mesin penimbang berat badan manusia itu. Tapi at least dapat juga aku mengetahui perkembangan harian berat badan aku tanpa perlu membazir syiling 20sen untuk dimasukkan ke dalam mulut mesin penimbang berat badan manusia yang dipacakkan di pasaraya-pasaraya yang biasa aku kunjungi.

Arghh, tu pun kalau tangan terasa gatal nak keluarkan syiling 20sen untuk 'disedekahkan' kepada mesin itu, kalau tidak... aku akan biarkan aje berat badan aku ini tanpa diketahui untuk 3,4 bulan dan seterusnya sehinggal tangan ini terasa gatal kembali. Huh! Tapi ada juga sesetengah pasar raya yang aku kunjungi memacakkan mesin penimbang berat badan manusia tanpa perlu 'disedekahkan' syiling 20sen. Ianya free!! Hah, dah nama pun free, apa lagi...

Pantry kosong sewaktu aku singgah pagi tadi untuk mengisi botol air yang kosong sejak petang semalam. Owhh yer, aku memang pelahap air kosong. Kebiasaannya ketika di opis aku akan ke pantry 2 kali sehari bagi mengisi botol air kosong yang berkemampuan mengisi 1.5 liter air pada satu-satu masa. Aku tahu pun sebab di botol tu terdapat sukatan-sukatan 0.5liter, 1 liter, 1.5 liter. Kalau tidak, jangan harap aku nak tahu berapa liter air yang memasuki badan aku dalam sehari. Ini bermakna sebelum malam menjelang, aku minum lebih kurang 3 liter air kosong dan bukannya 8 gelas air kosong seperti yang disarankan oleh pengamal kesihatan, itu belum masuk malam lagi. Dan seriously aku tidak tahu apakah implikasinya terhadap badan aku yang terlebih minum air kosong ni. Yang aku tahu, jika aku minum kurang dari 3 liter air kosong sehari, bahan-bahan kimia dalam badan aku akan bertindak balas lain sedikit dari yang sepatutnya. Lain yang lagu mana, biarlah aku sorang yang tahu. Cuma kelainan itu tidaklah sampai tahap menjadikan diri aku ni seorang mutant atau makhluk asing. Heh!

"Ok abaikan kisah mutant, makhluk asing dan air kosong tu, kerana tajuk besar pada hari ini adalah mesin penimbang berat dan bukannya air kosong atau mutant atau makhluk asing yer Fida...", dia

"Okay back on trackkk!!"

Sedang botol yang kapasiti penuhnya 1.5 liter itu diisi dengan air dari mesin air, datang seorang opismate perempuan masuk ke pantry, terus dia menaiki mesin penimbang berat badan itu. Dia turun, lantas membetulkan adjust bahagian depan mesin penimbang itu. Dia naik balik. Gayanya seakan tidak puas hati dengan nombor yang ditunjukkan. Gelagat dia aku perhatikan , ralik aku tengok sampai tidak sedar botol aku sudah hampir penuh. Kemudian dia keluar. Pantry kembali kosong. Sunyi.

Sebelum keluar aku letak botol air di atas meja berdekatan, aku buang selipar jepun yang memang dipakai ketika dalam opis, terus aku menaiki mesin penimbang berat itu. Aku sengih melihat nombor yang ditunjukkan mesin tersebut. Sama seperti semalam! Aku turun dari mesin penimbang berat itu dan terus berlalu dari pantry. Besok aku mungkin akan melakukan perkara yang sama.Heh!

Mesin penimbang itu tetap dinaiki setiap hari oleh opismate-opismate aku di sini ( kan?kan?) dan aku percaya kebanyakan yang menaiki mesin penimbang itu adalah opismate perempuan berbanding lelaki kerana sepanjang aku berada di pantry untuk ambil air atau bancuh kopi, tidak pernah terlintas di mata ini opismate lelaki menaiki mesin penimbang berat badan manusia itu . Lelaki mungkin tidak terlalu obsess dengan berat badan mereka, tapi aku percaya, ada juga sesetengah lelaki yang obsess.

Apa pun sayang seribu kali sayang, mesin penimbang berat badan manusia itu bukanlah cap elektronik yang mantap, tapi yang biasa. Yang tidak canggih, yang berkemungkinan terdapat kesilapan pada nombor-nombor yang ditunjukkan oleh jarum mesin itu setelah mesin penimbang itu dinaiki. Tapi masih, opismate-opismate aku tetap menaiki juga mesin penimbang berat itu. Dan aku juga;)

"Ala, berat aku naik sedikit dari semalam", sungut salah seorang opismate perempuan.

"Ni yang aku suka ni, berat aku turunnn..Yeayyy", salah seorang opismate perempuan yang lain.

"Arghh naik 3 kilo!", aku la tuh, hikhikhik, gurau jek;)

Aku rasa memang strategik la mesin penimbang berat badan tu diletakkan di pintu masuk pantry. Boleh tengok perbezaan berat, sebelum dan selepas masuk pantry. Heeee

p/s: Kalau perempuan obsess dengan kenaikan berat badan, agak-agak kalau aku kata lelaki obsess dengan perut mereka yang buncit boleh dak? ... ampun lelaki-lelaki, aku kata begini berdasarkan pengalaman aku. Bukan main taip. Adik lelaki aku kadang-kadang diet sebab nak jaga perut. Ada sesetengah kawan lelaki aku pun sama. So boleh la kan aku kata kaum adam ni obsess dengan perut mereka..gagagagagaga...

Until next entry...

WaAllahualam
Wasalam..

Malu..

Tuesday, October 21, 2008
Sudah lama aku ingin bertanyakan hal ini pada dia. Tapi aku diamkan, aku maluuu. Betul aku malu, aku tak tipu! Hari berganti hari,bulan berganti bulan. Dan rasa itu tetap datang walau tidak selalu, dan apabila rasa itu datang, semakin kuat azam aku untuk bertanyakan pada dia, akan tetapi malu itu sentiasa menghalang langkah aku untuk mendekati dia. Nak mendekati dia pun susah, apatah lagi untuk bertanyakannya soal itu. Aduhhh...macam mana aku bisa menghilangkan rasa malu itu?

"Pandai-pandai sendiri la nak hilangkan macam mana", dia

Aku termangu sendiri. Ligat otak memikirkan cara untuk menghilangkan rasa malu yang memang sudah sebati dengan diri. Aku buka botol air kosong yang memang setia berada di atas meja separa bulat dan segiempat ini. Aku basahkan tekak yang dari tadi sedikit kering dan perit.

Alhamdulillah. Segar rasanya bilamana air kosong itu mengalir melalui celah anak tekak masuk ke dalam segenap ruang badan yang berusia suku abad lebih ini. Aku kembali termenung. Kembali memikirkan rasa-rasa yang kadang-kadang datang menyinggah. Rasa-rasa yang seakan perit dan sakit. Rasa-rasa yang sekali sekala buat diri ini getar memikirkan hari esok. Rasa-rasa yang menyebabkan diri ini tersangat ingin mendekati dan bertanya padanya.

Tapi sampai bilakah harus aku menunggu? Menunggu untuk bertanya tentang rasa perit dan sakit ini. Sehingga rasa malu ini hilangkah? atau sehingga rasa sakit dan perit itu menjadi semakin parah? Fikir-fikirkan lah Fida..

MORAL OF THE STORY: Malu bertanya sesat jalan. Rajin bertanya insyaAllah akan ketemu jalan pulang:)

p/s: Kalau malu tu, biar lah bertempat.Huh!

Until next entry.

WaAllahualam
Wasalam.

Missing..

Aku mencari, mencari dan terus mencari. Sampai satu ketika, sampai satu tahap, aku terduduk sendiri memikirkan di manakah lagi tempat yang patut aku cari. Sudah puas aku menyelongkar minda ini, merata-rata tempat, merata-rata penjuru dan ruang sudah diselongkari, tapi masih... buntu...

Owhh idea untuk mencoret-coret, di manakah kamu??

p/s: Semalam aku dengar ceramah dari Ustaz Azhar Idrus. Best woo..sampai ralik dengar tak perasan blog tak apdet. Last-last aku buat alasan takde idea.Heh!

Until next enrty..

WaAllahualam
Wasalam.

Photo-Photo Rumah Tertutup..

Sunday, October 19, 2008
2 orang teruna yang tidak sabar untuk makan. bla bla bla bla....and..











....last but not least, sukenye Mekdi orang amik gambar dier:D

Ini lah entry aku paling malas setakat ni. Paling malas dari segi nak buat karangan. Aku rasa la. Maklumlah banyak sangat pi jemputan rumah terbuka, sampaikan perut pun penuh semacam, nak ngadap pc pun rasa malas, apatah lagi nak fikirkan ayat-ayat untuk memulakan sebuah karangan. haihhhh.. Apa pun, enjoy the pics. Nanti kalau dapat lagi gambar-gambar daripada camera palie n uyul yang mantap tu aku update lagi. Selamat malam semua.

Wasalam.

 

Browse