Dekat...

Tuesday, January 10, 2012
Ada ketikanya, bila hati tidak keru....
betapa aku mahu Kau di situ,
memelukku...
dan memimpinku...
memberitahuku apa yang harus aku laku...


Allah.... aku tahu Kau dekat...teramat dekat (al-Baqarah: 186)

Kita...

Saturday, January 07, 2012
Tak sampai sebulan, dah dua kali saya kena tangkap dengan selsema, demam, batuk. Dalam rumah ni selalunya, sayalah orang yang paling susah untuk dilihat sakit, demam. Tapi tahun baru ni, saya pula yang paling kerap. Ada la tu, Allah nak uji. Sihat sakit semuanya ujian iyer dak? Terima dengan redha.

Saya cakap kat dia, mungkin ini salah satu permulaan perubahan di tahun baru. Ye la, dari selalu sihat, kepada selalu sakit, errr.

Pulak! Ada ke perubahan lagu tu, isk isk isk..!

Habis tu?

Kurang-kurang, perubahan dari hidup seorang kepada hidup berdua ke... tu baru dipanggil perubahan!

Ye la ye la...

Habis tu..bila nak kahwin?...

eh, cuba tengok kat langit tu... UFO!...

hehe..


Dan kami telah jadikan sebahagian kamu cubaan terhadap yang lainnya. Mahukah kamu bersabar? Al-Furqan:20

Tasbihmu Membilang Rindu...

Wednesday, January 04, 2012
Berlagu bersama malam...
Menyanyi bersama bintang...
Dingin suara ditambah sumbang...
Siapa yang nak pandang?


Sebelum balik tadi, buat metadata analysis sikit untuk satu department client ni, ada data yang tak sama. Kerja rumit, kena teliti sungguh-sungguh. Berkerut habis dahi. Nak kena sambung besok pulak! Arghh!

Keluar aje dari opis, pak guard tegur... Seriusnya muka!

eh!

.. dan dan paksa bibir ni senyum. Senyum paksa. Tak terasa apa. Tak hilang kerut di dahi jua di jiwa.. ngaa.

Masuk kereta. Pasang ikim, depa duk sembang, kerut tak hilang. Tukar fly, tukar red. Lagi berkerut. Last-last masuk CD. Maher Al-Muaiqly. Surah Ar-A'Raf. Ada sedikit tenang. Senyum tiba-tiba bertandang.


(Dan apabila dibacakan Al-Quran, dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat. Al-A'Raf:204)


Sampai rumah, CD ditutup, enjin kereta di mati. Kerut kembali...

aa sudah!

Antara Kau Dan Aku, Kawan Biar Seribu, Kasih Biar Satu...

Monday, January 02, 2012
Tuhan temukan daku penawar
Terluka ditusuk duri cinta...

Malam sambutan tahun baru masihi, saya sambutnya dalam mimpi. Jenis kalau duk rumah memang tidur awal, nak buat macam mana kan? Orang bujang perempuan memang macam ni kot! err.

Semalam kami dapat jemputan Kenduri Kesyukuran memasuki rumah baru Fakhzan dan isteri di Shah Alam. Jemputan mengejut. Tu pun tak semua orang dia jemput katanya, ooo. Apa lagi, lepas solat isyak, kami pi serang rumah baru dia.

Alhamdulillah, makanan semua sedap-sedap. Sedap sampai rasa nak bertambah, tapi malu..hehe. (Astarfirullahalazimmm...nak bertambah Fida?)

Jarang sebenarnya saya makan malam-malam ni, maksud saya lewat malam, lepas magrib. Kononnya nak jaga badan tak nak kasi gemuk. Tapi sekali sekala makan. Belasah je la:p (Aduhh hari pertama di tahun baru Fida dah langgar peraturan makan lewat malam!)

Kawan-kawan yang datang semalam semua yang bujang-bujang. 3 lelaki, 3 perempuan. Kebetulan pula berpasang-pasang yer! tak plan ni, tak plan, hu hu. Yang dah kawin semua tak datang. Ada komitmen masing-masing kot!

Usai kenduri kesyukuran semalam, tiba-tiba dia tanya kat saya. Kenapa yer, kita tak cuba buka hati kat kawan-kawan yang di depan mata saja? Lagipun kita dah tahu dia tengah mencari, kita pun sama. Kita tahu dia macam mana, dah kenal lama. Dah tau baik buruk, lebih dan kurang.

Gulpp... tergamam jap. Kelat-kelat saya senyum kat dia bila dengar dia utarakan persoalan tu. Apa yang menyebabkan dia boleh berfikir lagu tu? Tertanya-tanya saya sendiri. Dengan teragak-agak saya jawab.

Mungkin...mungkin sebab cinta dan rasa. Sebab tiada salah satu darinya, atau tiada keduanya. Mungkin sebab Allah dah tetap mereka bukan jodoh kita.

Tapi....

Kalau ada jodoh, insyaAllah...ada la. Allah kan tahu siapa yang terbaik yang akan Dia hadirkan dalam hidup kita. Tak kira la sahabat baik ke, sapa-sapa ke..

Ok...

Pendek je ok dia. Berpuas hati kot dengan jawapan saya.

Selepas tu dia sepi, saya pun sepi. Masing-masing sepi melayan bulan cantik di langit sunyi.


Hanya Dia
Cuma Dia
Yang kan mampu menyembuhnya.
Dan aku..terus berdoa.....dan berdoa.

Menyayangi dan Disayangi, Mencintai dan Dicintai...

Friday, December 30, 2011
Si isteri bertanya kepada suaminya, “Bang, apa yang abang fikirkan pada saya, jelaskan dalam ABCD ya?”

Lalu suaminya menjawab, “Hmmm… awak ABCDEFGHIJK!”

Isterinya terkejut dan bertanya, “Apa itu ABCDEFGHIJK?”

Suaminya menjawab, “Adorable, Beautiful, Cute, Delightful, Elegant, Foxy, Gorgeous & Hot!”

Isterinya tersipu-sipu malu namun ada sedikit kekeliruan. Kemudian dia bertanya lagi kepada suaminya..

“La… itukan baru ABCDEFGH, so .. IJK tu apa bang?”

Suami menjawab…..“I’m Just Kidding!!!

kehehehee..:p



PS: Entry terakhir tahun 2011, entry santai-santai. Saya copy paste dari sumber yang tidak diketahui, errr. InsyaAllah, ada usia, ada kesempatan, kita jumpa lagi tahun hadapan, atau sehari sebelum tahun hadapan! ^_^

Apa Yang Datang Dari Hati Akan Menyentuh Hati Nurani...

Wednesday, December 28, 2011
Manis senyummu,
Cantik pekertimu,
Dalam hati siapa aku?


Petang tadi, masa balik kerja. Dalam lif, ada pakcik yang bawa baki kuih muih yang tidak habis dijual, offer saya dan Mardhiah akan kuih-kuihnya. Sebenarnya dia offer kami keropok lekor!

"Ada bekas dak?", dia tanya.

Amboiii, cepat je saya keluarkan bekas kosong, bekas nasi goreng pagi tadi.

"Ada pakcik...ada!"

Mardhiah kata saya ni gelojoh.....dan sangat kalut! Aduhh bila diingat-ingat malu pula rasanya, tanpa segan silu terus je saya tadah bekas kosong tu. Dah la dalam lif tu juga ada seorang jejaka melayu terakhir yang malu-malu kucing tak nak terima keropok lekor pakcik tu. (oh!)

Saya kasi alasan kat Mardhiah, nak menolong permudahkan dan percepatkan pakcik tu buat kebaikan! Atau sebenarnya saya eksaited nampak keropok lekor? he he.

Dinner kami, keropok-lekor-sedekah-pakcik dan cempedak goreng! (Mardhiah bawa balik 1 biji cempedak dari Dungun). Alhamdulillah, dinner tuk orang-orang diet kononnya.


PS: Diet apanya cheq oii, semua makanan berminyak ni:P..

Menunggu Cinta Tuhan...

Monday, December 26, 2011
Tudiaa... dengan spek hitam Ustaz Don melangkah masuk Masjid An-Annur. Tak berkelip jap mata saya memandang... err

Kuliyah pada hari Ahad tu bermula lebih kurang 9.45 pagi. Ustaz Don lambat 15 minit. Tapi takpa, sebab Ustaz Don saya maafkan. Kalau Ustaz lain saya tak maafkan kot! (pulak!) he he.

Tajuk pada haritu umum, banyak juga yang Ustaz Don perkatakan; bab aurat wanita, bab tudung, bab Al-Quran, bab dajjal pun ada, bab minta maaf, senang cerita macam-macam la.

Tapi bab yang paling melekat di hati saya...adalah bab nak jadi mukminat. Salah satu ciri-ciri seorang mukminat adalah menjaga pandangan.

Allah.... rasanya kena mujahadah sungguh-sungguh nak jadi mukminat ni, mana tak nye... tengok Ustaz Don masuk dengan spek hitam pun mata dah tak berkelip...haihh!


PS: Buku kedua untuk hari ketiga, Menunggu Cinta Tuhan, checked!

Kepada Sekeping Hati Yang Sepi...

Saturday, December 24, 2011
Kak Sal balik kampung semalam. Mardhiah pula masih di kampung. Tinggallah saya seorang diri,bertemankan sunyi dan sepi, berkasih dengan buku dan lappy.. sepanjang hujung minggu ni.. ohh.

(Tv tak masuk senarai pasai Kak Sal dah rosakkan tv 2 minggu lepas, tak boleh nak on langsung. Pastu kami malas nak baiki, nasib la.. Haha, tetiba salahkan Kak Sal...ampunn Kak Sal!)

Sebelum balik semalam, Kak Sal sempat tanya kat saya, "Fida tak plan nak pi mana-mana ke wiken ni?"

Saya sengih.....

"Besok tak pi mana-mana kot, tapi hari Ahad Fida ada date.. he he. Date dengan Ustaz Don dekat Masjid An-Annur!!".

"Amboi-amboiii!!..."

Kuliyah Wanita, Masjid An-Annur, Bandar Baru Bangi. 9.30am.
Jom!


PS: Sendiri...tapi sentiasa ada Pemerhati....

Demi Dhuha...

Wednesday, December 21, 2011
Lapangan terbang, secara natijah adalah tempat di mana manusia bertemu dan berpisah. Tempat air mata dan senyum ketawa mencari arah. Tempat mencurah segala rasa yang bersarang dalam jiwa yang lelah... Ececece, tetiba pulak tempat mencurah rasa:P

Seawal 7.30am, pagi tadi, saya sudah menapak di balai ketibaan antarabangsa KLIA. Menunggu seseorang yang baru pulang dari Auckland. Seseorang yang lebih 4 tahun tidak saya sua, Kak Nass....

Alhamdulillah, Kak Nass sihat walafiat, cuma saya tengok Kak Nass kurus sedikit dari dulu. Tekun sangat belajar kut! InsyaAllah lepas ni Kak Nass dah boleh bergelar Doktor Falsafalah!

Selepas bertemu Kak Nass di ruang ketibaan, lepas sembang-sembang, Kak Nass ajak saya ke surau. Saya ingatkan Kak Nass nak solat subuh lagi sekali pasai tak yakin solat dalam kapal terbang, rupanya Kak Nass nak solat dhuha!

Ya Allah, tiba-tiba saya jadi malu kat diri sendiri. Malu kat Allah. Malu kat Kak Nass. Saya yang tak 'jet lag', yang tak pening-pening selepas penerbangan selama 11 jam boleh terfikir solat dhuha saya 'burn' sebab pi KLIA awal-awal pagi, tak sempat solat kononnya. Sebab tu je..Tapi Kak Nass yang baru tiba dari Auckland tetap istiqamah tuk tunaikan solat dhuha walau di mana saja, tak kira keadaan. Allahuakbar!

Selesai solat dhuha, Nooril dan Muni pun tiba. Depa lambat sedikit pasai depa dari Gombak. Kak Nass mati-mati ingat saya sorang je yang datang, he he. Kak Nass....surpriseee!

Alhamdulillah, pagi tadi Kak Nass belanja kami Big Breakfast Mcd! Kak Nass kata dah 4 tahun 3 bulan dia tak makan Mcd!. Selesai makan, cepat-cepat Kak Nass suruh kami pulang. Katanya bukan nak halau, tapi takut kami lambat masuk opis! Kak Nass, bos kami kata dia tak kisah kami masuk opis pukul berapa pun...asal kerja siap! Flexi hour kan;)

Senyumlah Dari Hati, Bukankah Dari Situ Cinta Kan Bersemi?...

Monday, December 19, 2011
Sudah tahu perut alah dengan makanan yang terlalu pedas, tapi masih berdegil mahu makan juga si pedas itu. Kan perut sudah masuk angin! Padan muka! Sendiri cari nahas!

Habis, kalau tak dimakan, siapa yang akan habiskan? Tak ke syaitan-syaitan akan bertepuk tangan kegembiraan.... "Yeayy, aku ada saudara baru!!...aku ada saudara baru!!". Ishh takkan nak biarkan syaitan kegembiraan pulak.

Tapi perut yang jadi mangsa....

Takpe jika perut yang jadi mangsa. Jangan syaitan yang gembira. Sumjhe?

Kami adik beradik berkampung di Shah Alam wiken baru ni pasai adik bongsu saya Huda mai sini tuk habiskan cuti sekolahnya. Plan adik beradik saat-saat akhir, macam ni la. Sebagai kakak sulung, saya layankan aje. Walaupun mak ayah tak ikut sekali, tapi kehadiran adik-adik sudah cukup tuk mengurangkan rindu pada keluarga yang sudah lama menghuni hati.

Orang yang paling seronok saya tengok adalah anak menakan saya, Umar Khaalish. Ramai mak menakan dia yang duk layan kerenah dia sepanjang wiken tu. Tak pasai-pasai time kami nak balik, Umar menangis nak ikut kami! Comel sungguh Umar menangis. Budak-budak menangis memang comel.

Mak menakan Umar yang sorang tu pula menangis sebab Huda dah nak balik Terengganu (menangis pasai nak berpisah...sedih). Tapi mak menakan Umar menangis mestilah sangat tak comel, ha ha.


PS: Asbab perancangan adik beradik ni, tak dapat lah saya join gathering blogger yang diadakan di kediaman LF di Bandar Baru Bangi tu. Pohon ampun dan maaf LF, aral muncul di saat-saat akhir. Kita merancang, Allah juga merancang, namun Allah jualah sebaik-baik perancang. Harap LF tak serik tuk jemput saya lagi jika ada next gathering. Wasalam;-)


Dia Mertuaku...

Thursday, December 15, 2011
Yang jauh, mahu tapi tak sungguh.
Yang depan mata, buat tak endah saja...isk

Saya amat bersyukur kerana mak sangat positif dengan percaturan jodoh anak gadis sulungnya ni. Balik kampung baru ni kami berbicara pendek soal yang saban hari orang duk tanya-tanya. Senyum panjang saya mendengar bisik semangat dan kata-kata tabah mak. Lega pun ada dalam hati. Syukur ya Allah....Kau anugerahkan daku seorang ibu sepertinya.

Petang tu, sedang duk silau-silau buah durian belanda depan laman, entah mengapa tiba-tiba saya cakap kat mak.. best kan mak, Aisyah dengan Fizah dapat mak mertua macam mak. Mak senyum je. Kembang kot kena puji dengan anak gadis sendiri, he he. Mak kata, kalau nak mak mertua yang macam mak, doa la banyak-banyak, mintak kat Allah sebab semuanya Allah yang bagi. Saya angguk. Ok mak..

Tak dinafikan, saya agak cemburu dengan adik-adik ipar saya kerana mendapat mak mertua yang sangat baik. Setakat cemburu je la. Cemburu dari jauh orang kata. (Aisyah, Fizah..jangan risau, ni cemburu yang membina..hehe).

Dalam hati, saya tak putus berdoa, bukan doa nak dapat mak mertua macam mak mertua adik-adik ipar saya, tapi doa tuk dapat mertua yang lagi bestttttt dari mak mertua mereka..heh~! InsyaAllah jika diberi kesempatan usia dan jodoh. Robbana Wataqobbal Du'aa.


PS1: Mak, jangan marah!
PS2: Siapa pun mak mertua yang Allah dah anugerahkan atau akan anugerahkan kat kita, dia tu la yang paling bestttt!
PS3: Amboii advance ni, terus bab mertua!



Bercerita dengan mu,
Berkongsi denganmu,
Mendengar celoteh jiwa,
Aku rindu semua rasa yang ada...

 

Browse