Pelangi Di Hati..

Thursday, July 02, 2009
Betul la apa yang aku coretkan sebelum ini. Mata yang memandang tidak akan pernah mengerti bahu yang memikul.

Hidup aku ini tidak selalu cerah. Aku tahu akan ketentuan dariNya itu. Ada masanya hujan pasti akan melanda. Kadang kala diselangi ribut petir. Namun aku kira,itu semua rahmat dari Yang Maha Kuasa. Rahmat buat hambaNya yang serba hina ini. Cuma, aku sedikit terkedu dan kelu, kenapa ada juga manusia yang bernama kawan sanggup mempertikaikan rahmat yang Dia kurniakan pada aku ini?

Tak faham aku... dan sampai sekarang aku masih tidak faham..owhhh..

Mungkin hidup dia tidak pernah sekali pun dilanda hujan. Apatah lagi ribut. Maka seperti nenek-nenek tua dia membelebel soal ketentuan 'hujan ribut' yang Dia turunkan untuk aku. Seolah-olah aku yang bersalah atas apa yang telah terjadi pada diri aku. Aku tersenyum sendiri mendengar belebelan dia melalui telefon di suatu petang yang indah itu. Sekadar senyum.... Aduhai kawan....

Mungkinkah sebenarnya dia risau akan ketentuan Dia buat aku ini. Aku cuba bersangka baik.

Tapi kawan usah dikau risau, aku dah biasa dengan hujan ribut ni, ia mengajar aku menjadi manusia yang tabah dan bersyukur....dan pastinya pada pengakhiran hujan ribut ini, aku akan jadi tersangat gembira. Sebab apa?

Sebab, lepas hujan ribut itu, InsyaAllah selalunya akan ada sinar pelangi yang sangat indah menghiasi ruang hidup aku....

dan aku bahagia... ;)

SubhanaAllah...

Mencari Kekuatan Dalam Kelemahan..

Wednesday, July 01, 2009
Ya Allah, ampunkan aku kerana terlalu banyak meminta-minta. Sedangkan dosaku menggunung tinggi. Ampunkan aku ya Allah.. Ampunkan aku..

Sambung..

Monday, June 29, 2009
Tengok sorang demi sorang kawan-kawan aku sambung master, PHD, terdetik juga di hati aku nak sambung belajar lagi.Tapi, bila fikir nak kene apply loan, nak kene kasi komitmen, nak kene berkorban masa apa bagai, campur sikit kemalasan, bla bla bla, akhirnya hasrat tu aku pendam kan aje. Sampai sekarang.

Dan sekarang. semakin bertambah pulak komitmen yang datang bertenggek di bahu sendiri. Semakin terpinggir pulak hasrat aku itu. Macam mana ni??....Alahaiii...

Dia: Ala, nak seribu daya, kalau tak nak sejuta dalih kan? hohoho...

Erkkkk...

Mata Yang Memandang Selalunya Takkan Pernah Mengerti Bahu Yang Memikul..

Friday, June 26, 2009
.......adakalanya ingin aku khabarkan semua rasa, tapi aku tak berdaya .......

erkkk..

PS: Macam haru jek bunyinya....hehehe..

Antara Takdir dan Harapan..

Tuesday, June 23, 2009
Semakin celaru dan keliru aku dibuatnya. Tidak aku sangka, akhirnya aku boleh terjebak dalam persimpangan hidup yang betul-betul menyesakkan dada, betul-betul membingungkan kepala. Apakah aku terlalu naif untuk membuat satu keputusan arah mana yang patut aku pilih? Atau aku takut untuk mengecewakan dan terkecewa?

".....Ya Allah, tunjukkanlah hambaMu yang lemah ini jalan yang sebenarnya, Amin ya RabbalA'laminn....."

Usai patah terakhir doa itu dilafazkan, kedengaran daun pintu bilik aku dikuak. Aku berpaling. Ummi melangkah menghampiri sejadah tempat aku melabuhkan seribu pengharapan buat Yang Maha Kuasa. Lalu ummi duduk bersimpuh di sebelah aku. Ummi usap kepala aku yang masih berlapik telekung sembahyang yang belum aku tanggalkan. Aku jadi sebak.

"Nur, terima lah jodoh yang ummi dan ayah pilihkan untuk Nur ni. InsyaAllah, ummi yakin Adam dapat membahagiakan hidup Nur"

"Tapi ummi, macam mana dengan cita-cita Nur, Nur tak sanggup nak hancurkan cita-cita Nur ummi", aku cuba meyakinkan ummi buat terakhir kali.

"Nur, InsyaAllah suami Nur akan menyokong cita-cita Nur. Nur, ummi tidak pernah meminta apa-apa dari Nur, cuma kali ni ummi minta, Nur terimalah Adam untuk menjadi suami Nur. Terimalah Adam demi ummi. Ye nak?"

Mata ummi sudah bergenang dengan air. Lidah aku pula jadi kelu dan kaku. Aku tunduk membisu memandang tempat sujudku.

Ya Allah, apakah ini takdir yang telah Engkau tetapkan untukku? Jika ini takdirnya,aku pasrah ya Allah. Aku pasrah. Lantas tubuh tua ummi aku rangkul erat. Enggan aku lepas...

PS: Nur kasih punya pasal. Sekadar coretan merapu. hehe.. layannnn...

Bahagia..

Monday, June 22, 2009
Istilah bahagia itu tak semestinya kita dapat apa yang kita nak..Tapi belajar menghargai apa yang kita ada..

Kan?

'Kekasih' Yang Diambil Orang..

Wednesday, June 17, 2009
Hampir sebulan, lidah aku kelu dengan kata-kata. Hampir sebulan, jemari aku kaku untuk menari ria. Hampir sebulan, hati aku bisu untuk berbicara. Eh sebulan ke? Bukan 2 minggu jek ke? erkk...Aku boleh katakan ini semua gara-gara streamyx di rumah yang buat hal. Adehhh... sabar jek la.

Aku kembali, menggarap seribu cerita untuk diterjemah ke dalam sejuta kata. Aku tidak pasti sama ada jemari aku mampu untuk kembali 'menari' seperti selalu. Aku cuba. Maafkan aku kerana membiarkan sawang itu kembali bersarang. Bukan niat aku untuk mensawangkan satu-satunya blog aku ini, cuma...bilamana streamyx di rumah sewa kami buat hal ditambah dengan kesibukan di pejabat dan kesibukan persiapan perkahwinan adik lelaki aku, maka blog ni terpaksa aku korbankan...erkkk


Seminggu yang lepas, adik aku, Hilmi selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Aisyah di sebuah masjid di sebelah kediaman pengantin perempuan di Pusat Bandar Jengka, Pahang . Aku lega kerana selepas 3 kali lafaz akhirnya mereka selamat disatukan. Cerewet jugak tok kadi tu. Takde perkataan 'akan' pun, tak dikira sah lagi. Kesian adik aku..hehehe.


Kenduri belah kami pulak dibuat pada hari Selasa lepas di teratak buruk kami di Kampung Pulau Rusa,Kuala Terengganu. Cuma kenduri kesyukuran menyambut menantu yang dibuat secara kecil-kecilan. Maafkan aku kerana tidak menghebohkan jemputan di blog ini. Bukan niat tidak mahu menjemput semua teman-teman blog yang aku kasihi, akan tetapi..... nanti la, kenduri aku suatu hari nanti, aku jemput yer...InsyaAllah.


Aisyah, ahli baru dalam famili kami. Owh yer, ni adik laki aku yang no 3 kawin. Langkah bendul kakak dan abang dia. Kakak dan abang dia bile entah nak kawinnye..erkk


Bersama 'kekasih' yang sudah jadi milik orang.


Owh yer, ada orang kata adik ipar aku ni ada rupa Nurul Syuhada pengacara majalah tiga tu..hurmm...ye ke? Mungkin part lesung pipit tu kut..erkk..


Dan disebabkan adik dulu yang kawin berbanding kakak dan abangnya, maka agak teruk juga aku dan adik lelaki aku, Afnan kene sound dek segelintir hadirin yang hadir. Macam mana adik boleh kawin dulu daripada kakak dan abangnya. Dan semestinya aku la yang paling teruk kene sound memandangkan aku anak sulung.


Aku??...sengih je la.


Ada jugak hambaAllah yang tolong jawab. 'Coming soon!!'.. pandai-pandai dia jek.hehe

Kepayahan Itulah Kehidupan..

Thursday, May 28, 2009
Jemari aku menari lagi kali ni. Menari kerana mahu menghiasai laman serba naif ini. Cuba menari sebenarnya. Otak aku pula ligat mencari bait-bait perkataan yang patut aku letakkan di sini. Seakan buntu jadinya fikiran walaupun pada hakikatnya terlalu banyak perkara yang aku ingin kongsi dengan pembaca yang aku kasihi semua.

Owhh sebelum itu, diucapkan jutaan tahniah buat Khairi dan Isteri atas kelahiran cahaya mata mereka yang pertama, Muhammad Absyar. Aku doakan semoga Muhammad Absyar bisa menjadi pejuang yang berjuang menegakkan agama Allah di bumi tercinta ini suatu hari nanti. InsyaAllah. PS: Khairi, Ja moga berbahagia dengan kehadiran orang baru;).

Ok, berbalik kepada tujuan asal jemari aku menari pada kali ini. Tujuan? hurmmm.... tiada tujuan yang jitu sebenarnya, cuma aku ingin menyatakan sedikit kekecewaan di atas kekalahan pasukan bola sepak gergasi dunia Manchester United ke atas Barcelona. 2-0 pulak tuh!! Adehhh....

Apa pun hakikatnya, kegagalan sebenarnya merupakan tangga-tangga kejayaan. (Ayat kaber Man U kalah ni, kuikuikui) Kalau tak silap aku, zaman aku belajar dulu, tak kira la sewaktu di sekolah menengah ataupun di alam universiti, apa jua kegagalan atau kesalahan yang telah aku lakukan itulah yang banyak mengajar aku untuk memahami satu-satu perkara sehingga dapat lulus dengan cemerlang.errrrkk..

Begitu juga dengan hakikat kehidupan, tanpa kegagalan dan belajar dari kegagalan.... 'life is meaninglessness'. Kan?

p/s: Alamak..dah lambat!

Till then...

Mengintai Kedamaian..

Monday, May 25, 2009
Hujung minggu,Sabtu dan Ahad semalam dan malam semalam, streamyx kat rumah buat hal lagi, entah mengapa. 2,3 malam sebelum tu, ada jugak dia buat hal. Tapi sekejap jek. Ni sampai 2 hari 2 malam. Dah la kejadian itu berlaku di hujung minggu yang aku memang tiada plan untuk ke mana-mana melainkan sekadar melepak di rumah bertemankan tv, lappy, makanan-makanan, erkk.. owhh dan bayangkan lappy cap dell yang berwarna biru gelap itu tidak mampu dihubungkan ke alam maya!! Aku terasa seperti berada di alam gua. heh! hehehe...

Namun, ketiadaan streamyx tidak pernah mematahkan semangat juang aku untuk terus hidup mengharungi 2 hari cuti hujung minggu di rumah. Banyak benda yang bisa dilakukan. Tidur, makan, tidur, makan..bla bla bla..makan, tidur, makan, tidur....hehehe..nope la...just kidding;). My life is not about eating and sleeping and sleeping and eating. If i'll do only those, i'll be 'dead'..hohoho.

Meeting dengan pihak atasan 'projek pecah penjara' pada petang Jumaat yang lalu agak mengejutkan. Projek ini di 'extend' lagi sehingga akhir bulan 7. Bermakna aku akan berada di dalam 'penjara' sehingga waktu itu. huh! Lamanyaaaaa!!!

Apa yang menyedihkan, ada sebahagian daripada team member kami yang terpaksa berpindah ke 'client site' di Subang bagi meneruskan 'projek penerbangan'. Semakin sunyi jadinya ODC kami. Semakin pilu dibuatnya erkk. Namun apakan daya, kerja punya pasal....nanti kang tak pasai-pasai kene buang..huhuhu

p/s: Kedamaian itu masih setia aku intai...entah bila dia nak membalas intaian aku..erkk;)

Bintang Yang Satu Itu Sedang Ditemani Sang Rembulan. Aku Bahagia…..

Friday, May 22, 2009
Dulu aku suka merenung bintang. Entah mengapa aku terlalu suka duduk sendirian di tengah malam gelap sambil merenung ke dada langit.. mengintai bintang. Duduk melangguk di tepi tingkap hanya sekadar mengintai, owhh, kalau la ada sesiapa yang nampak, pasti akan kata aku ni kelihatan seolah pungguk yang rindukan bulan. Padahal waktu tu, aku bukanlah 'pungguk' dan aku tiada 'bulan' untuk dirindu, hehehe..

Masih ingat lagi, sewaktu aku menjadi guru sementara di Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam beberapa tahun yang lalu. Aku merupakan salah seorang guru yang ditugaskan untuk mengiringi pelajar memasuki sebuah hutan di Hulu Terengganu. Sewaktu aktiviti kembara malam dijalankan, aku ditugaskan untuk menjaga ‘check point’ bersama beberapa orang guru lain di dalam hutan! Gelap! Tiada satu cahaya pun yang menerangi tempat kami kecuali…cahaya bintang dan cahaya bulan.

SubhanaAllah, waktu di dalam hutan ni, rupanya kerdipan bintang-bintang itu lagi indah dari yang biasa aku lihat. Sinarannya lagi memukau kalbu, kerdipannya begitu merantai jiwa sehinggakan seorang guru menegur keralikan aku merenung langit sampai aku tidak sedar seorang murid sedang termangu di depan aku menunggu tandatangan dari aku.huh! Bintang punya pasal!

Subuh tadi, agak awal aku bangkit dari tidur. Sebelum azan Dia sudah membangunkan aku. Mana taknya, semalam terlalu awal aku menidurkan diri akibat stimik yang kebengongan tahap gaban. Sebaik menyelak comforter tebal yang menyaluti badan, aku melangkah malas ke tingkap. Membukanya agar angin subuh bisa mendinginkan segenap ruang rumah.

Sebaik tingkap dibuka, kelihatan sebutir bintang yang begitu indah kerdipnya bertahta indah di dada langit. Bulan sabit pun ada sama seolah setia menemani sang bintang. Sedang ralik menemani sama sang bintang dan sang bulan buat beberapa ketika, azan subuh kedengaran membangunkan hamba-hambaNya yang sedang enak dibuai mimpi.Aku menunggu sehingga azan habis dilaungkan sambil melontar pandangan terakhir buat sang bintang dan sang bulan sebelum berlalu menyuci diri.

Aku tahu, bintang yang satu itu sudah lama ditemani sang rembulan. Aku bahagia. Sungguh!

Bicara Untukmu..

Wednesday, May 20, 2009
Maaf..maaf kerana membiarkan online jurnal ini sedikit terabai. Bukan niat untuk membiarkannya terabai, cuma masa dan keadaan tidak begitu mengizinkan aku untuk berada di alam maya ni untuk jangka masa yang lama sejak beberapa hari yang lepas. Anggaplah aku terlalu dihimpit kesibukan kerja. erkk..
Alamak..idea sudah terhenti...

Bicara sudah menjadi kelu..

Jemari menjadi kaku..

Nampaknya...
Till then;)
 

Browse