Permatang Pauh dan Wakaf Mempelam...
Monday, August 25, 2008Walaupun sejak dua menjak ni, diri aku seolah menjauhi kampung, tapi itukan kampung aku. Masakan aku boleh lupakan tempat asal usul aku begitu saja. Tidak mungkin...tidak akan sekali-kali. Melainkan, tetiba ingatan aku suatu hari nanti ditakdirkan hilang, zapppppp..habis semua kenangan dan ingatan aku sepanjang hidup ini hilang, maka akan hilang lah juga ingatan aku kepada kampung aku itu.
Pulau Rusa. Dari namanya sendiri semestinya semua orang beranggapan di kampung aku itu ada banyak rusa. Itulah juga yang menjadi tanggapan aku suatu ketika dulu. Namun, anggapan aku itu tidak benar sama sekali. Jika diinterbiu orang-orang tua di kampung aku itu, asal nama Pulau Rusa di ambil kerana terdapat sebuah pulau di kampung itu yang hanya mempunyai sebatang pokok Rhu. Orang Terengganu pula kalau SATU dialeknya 'se'... So digabung jadilah rhuse. Untuk mencantikkan tulisan maka jadilah RUSA. So itu lah asal usul nama kampung aku yang aku ketahui.
Haha, bercerita pasal asal usul nama kampung aku pulak hari ni. Haha...it's ok then, ilmu sejarah ni!.Mana la nak tahu kan, tetiba je nanti ada orang tanya korang.. tahu dak dari mana nama pulau rusa tu diambil, then boleh la korang jawab. Ngeeee... Ceh, cam glemer kampung aku ni. Memang la, kalau di bandingkan dengan Permatang Pauh, alamat tenggelam la nama kampung aku tu tidak timbul-timbul sampai ke sudah. hahahaha
Opsss..tu parlimen daaa...hikhikhik. Silap nak buat perbandingan daa. Kalau parlimen kenalah disamakan dengan parlimen. Parlimen aku namanya Wakaf Mempelam. Parlimen yang nak mengundi besok Permatang Pauh. Pauh dan Mempelam..kira satu geng la tu..hahahahaha. Abaikan aku yang dah agak weng petang-petang cenggini.
Malam ni adalah malam terakhir bagi kempen pilihanraya di Permatang Pauh. Sebelum ni pelbagai jenis kempen sudah menjadi tatapan mata dan telinga. Dari sumpah muhabalah yang menjadi mainan orang UMNO sekarang, sehinggalah penurunan harga minyak sebanyak 15 sen. Huh!! Kempen punya pasal walaupun Pak Lah tetap berkeras kata ni bukan kempen pilihanraya, aku tetap berkeras kata ini semua adalah kempen untuk pilihanraya Permatang Pauh!!!
Apa pun, aku kira rakyat sudah matang untuk menilai mana kaca dan mana permata. Mana berlian asli dan mana berlian tiruan. Kepada seluruh rakyat di Parlimen Permatang Pauh, selamat mengundi!!
"Uiksss, ada ke pengundi di Permatang Pauh yang baca blog ko ni Fida?", dia
"Ada kut", aku.ngeeeeee;)
~JANGAN BICARA TENTANG PERJUANGAN JIKA TAKUT PADA RISIKO~
WaAllahualam
Wasalam.
Sesedap Rasa..
Thursday, August 21, 2008Erkk..Kene Tag Lagi :(
Wednesday, August 20, 20085 Tabiat Buruk Time Sekolah
* Melarikan diri dari doktor gigi.
Masa sekolah rendah pernah teman member aku, Naimah larikan diri dari doktor gigi. Siap menyorok kat masjid sebelah sekolah lagi time tengah hari tu. Dengan aku sekali ikut dia menyorok sampai la waktu balik. hahaha..bila diingat memang lawak. Tapi tu tabiat buruk ke?? erkk belasah je la..
*Senyap-senyap bawak walkman time revision period kat sekolah sebelum SPM. Dah la aku ni naqibah. Tau dek cikgu displin abis la..ngeee
*Tido waktu belajar sejarah..ngeeeeee.
*Ponteng kelas, sekali dua je seingat aku...gagagaaga..tapi tak ingat subjek apa yang aku ponteng. Time tu saja-saja malas masuk kelas,gi lepak-lepak kat library sorang-sorang. huhu.
*Erkkk..tak ingat dah. Nanti kalau aku ingat aku edit balik.
3 Subjek Kegemaran. Kenapa??
*Matematik biasa;)- Ada cikgu matematik time aku darjah 4 yang aku ingat sampai sekarang. Nama beliau Cikgu Sabiri. Setiap kali buat latihan atau ujian, kalau satu salah, tapak tangan aku akan dipukul dengan pembaris kayunya yang mantap. Sakittt wooo... Alhamdulillah, disebabkan pembaris kayunya itu, matematik jadi subjek peberet aku sampai sekarang.
*Matematik Moden- best2. Bab kira-kira ni memang aku suke. Ngeee..
*Matematik Tambahan- Subjek ni lagi bestt!! Aku pasti akan ralik buat latihan dia. Tiap-tiap hari tak sah hidup aku kalau tak buat latihan masa form 4 dan form 5 ari tu. Satu lagi sebab Mr.Burn.
3 Subjek anda tak suka. Kenapa?
*Sejarah..sebab aku tak suka baca buku teks sejarah. ngeeeee
Satu tu je kut subjek yang aku tak suka.
Menarik pada anda...
*Entah...
Kamu Paling Suka..
*TomYam
Kamu tidak boleh hidup tanpa?
*Dia
Setiap malam sebelum tidur siapa yg anda hubungi?
*No 1.
Mangsa Tag Kamu
1. Kawan-kawan semua yang sudah membaca tag ni dan mempunyai blog, dan ingin membuatnya ;)
2. Kawan-kawan semua yang suka buat tag
3. Kawan-kawan semua yang belum jadi mangsa tag.
Dipersilakan..ngeh33
p/s: Malam ni lepas magrib insyaAllah aku akan bertolak pulang dari Putrajaya ni ke kampung halaman di Kuala Terengganu kerana aku ingin turut sama meraikan majlis perkahwinan saudaraku yang akan diadakan besok. InsyaAllah aku akan balik semula ke sini pada hari Jumaat yakni lusa, kerana hari Sabtu tu nak kene pi majlis convocation adik aku kat UIA lak. So sape-sape yang nak ikut aku balik Ganu..jom lah. Cepat-cepat, paling lambat boleh tunggu kul 8pm...ngeeee...
Doakan aku selamat pergi dan selamat kembali yer! Ok, nak gi packing jap. Sampai ketemu lagi dengan entry versi kampung besok kalau aku tak 'tumbang' lepas kenduri la..hehehehe. InsyaAllah...
WaAllahualam
Wasalam...
He Makes Me Smile:-)
Tuesday, August 19, 2008Kisah Kami;)
Monday, August 18, 2008"Baek Abang Palie"kata adik Peja sambil mengangkat tangannya tanda hormat...ngeee
Posing maut 3 sahabat..
Erkkk.... no clear explanation about this picture. You define it by urself la...ngeh ngeh ngeh
Peja di kelilingi 4 daras...
Lagi daras di kiri dan kanan Peja.. aisehhhh!!
Cubaan yang mantap, tapi tidak berapa nak menjadi..Syabas inspektor sahab!
Palie nak tiru gaya aku cuba 'memegang' mentari senja...tp lagi la...tak berapa nak mantapp. hikhikhikhik
Magic tul!!! Peja sedaya upaya mengeluarkan air dari mulutnya...tengokk..banyaknye air yg keluar dr mulut dia..
Renungan masa hadapan 2 beradik..pandang ke hadapan, baru ada kemajuan... Fighting!!!
Bersantai di petang hari....
Ok, coret-coret untuk tengah malam ni selesai.. Moga berjumpa kita di lain entry.
Assalamualaikum.
Pulak!
"Opis kene ceroboh la", kata Mahesh.
Tiba-tiba pak guard tu mendekati aku.
"Cuba cek ada barang-barang yang hilang dak?" arahnya.
Aku bergegas ke tempat aku. Alhamdulillah, aku tengok semua barang-barang ada. Laci pun berkunci. Cuma agak selerak sikit cubic aku kali ni. Monitor tidak berada pada kedudukan biasa. Bunga yang biasa aku letak di tepi monitor tercabut melekat di meja. Selipar jepun yang selalu aku letak elok kat bawah, terpelanting sebelah kat cubic mekdi, dan sebelah lagi ada kat bawah meja. Aisehhh.. Sape pulak yang nak masuk opis ni. Nak kata ada jongkong emas berlambak, bukannya kampeni aku ni buat emas pun. Alhamdulillah, barang-barang opismate lain pun tiada yang hilang. Agak pelik, apa yang dicari penceroboh sebenarnya. Abaikan buat sementara kes pencerobohan itu kerana ada perkara lain yang ingin diungkaikan.

Boleh teka dak, yang mana aku.?? Ngeee.. Gambar ni aku curi dr flicker palie. Palie, nanti masuk buku 555 deh? ngeh33..
Okay la, ni je untuk hari ni. Tension punya pasal, membantutkan pertumbuhan idea yang ingin membesar tu!
Pulak!!
Hehehe...
MORAL OF THE STORY.. Jangan la tension tak tentu pasal. Kadang-kadang, benda yang kita tak suka itu adalah baik untuk kita, dan kadang-kadang perkara yang kita suka tu, mungkin tidak baik untuk kita. Allah Maha Mengetahui segala yang berlaku tu, sama ada baik atau buruk, pasti ada hikmah yang terselindung di sebaliknya.
Wasalam...
Forgive Me..Forgive Me..
Sunday, August 17, 2008On the way aku bertolak balik ke Putrajaya, Palie SMS bagitau dia dan Peja baru sampai Putrajaya. Dah alang-alang aku pun on the way balik ke sana, aku pun teruslah ke Alamanda bagi berjumpa tetamu dari jauh ni:p Yer la, sorang dari Kulim. Sorang dari Damansara. Jauh tuuu... Tengok-tengok, aku sorang je yang muncul, Yoe, Pian, Kak Zura dan lain-lain tidak dapat datang kerana ada maslahat. It's ok then.
Rupanya Peja bawak adik perempuan dia dan kawan adik dia datang shopping barang kat situ. Selain itu dia juga bawa bersama CPS WRGnya..Mantapp!!.. Berkilat beb! Erkk, berkilat ke?? hahaha. Lepas makan-makan, para tetamu suruh aku bawa diaorang pergi ke Masjid Putrajaya untuk solat asar. Lepas solat asar, kitaorang semua bergambar la dengan kamera terbaru Palie, SONY dslr.. ke apa, lupa dah aku nama kamera tu. Mahal wooo, beribu-ribu lemon.... memang mantap arr.
Ramai pulak orang kat Masjid Putrajaya kali ni. Baru la aku teringat rupanya dah masuk cuti sekolah. Dengan beberapa pasang pengantin yang ingin mengabadikan kenangan berlatar belakang Masjid Putrajaya pun ramai. Pelancong-pelancong asing pun ramai even warga tempatan pun ramai. Ralik kitaorang bergambar, tak sangka masa begitu cemburukan kitaorang. Dah dekat pukul 6.30pm. Diaorang terpaksa mengkanselkan plan untuk ke MAHA yang diadakan kat Serdang kerana masa telah suntuk.
Ingatkan diaorang dah nak terus balik coz plan ke MAHA kansel. Sekali adik Peja ajak tengok fireworks daaa... Malam ni team Chinanya show. Yang Malaysianye show aku dah miss. Aku terpikir gak, nak pergi ke idak. Ok la, sekali sekala, lagi pun malam minggu. Sementara tunggu fireworks setat kul 9.30mlm. Aku ajak la adik Peja dan kawannya datang bertandang ke rumah aku untuk solat magrib dan mandi manda. Peja dan Palie, depa magrib kat Masjid je sementara tunggu kitaorang siap-siap.
Sampai kat rumah, elok-elok orang dah azan. Rupanya Muni ada kat rumah. Aku ingtkan Muni balik umah abang dia. Tengok Muni bersiap-siap mengingatkan aku, malam ni malam Nisfu Syaaban. Ya Allah..alpanya hambaMu ini. Terlalu alpa dengan kehidupan dunia. Terlalu alpa dengan kesibukan dan perkara-perkara yang tidak membawa diri ini kemana-mana. Ya Allah...
Kealpaan itu aku sangat sesali. Namun kerana tamu-tamu yang berkunjung ke rumah, dan tamu-tamu yang masih menunggu di Masjid Putrajaya, penyesalan itu terpaksa aku sembunyikan buat sementara.
Lepas solat magrib dan mandi-mandi. Aku, adik Peja dan member dia sampai balik di Masjid Putrajaya untuk jumpa Palie dan Peja. Sekali tengok masyaAllah, lautan manusia makin ramai yang mengunjungi masjid tu. Kereta pulak bersesak-sesak. Lagi banyak dari petang tadi. Yang mengunjungi event yang diadakan di luar masjid, aku kira lagi ramai dari yang mengunjungi masjid untuk solat. Dalam hati aku sempat terdetik, malam-malam Nisfu Syaaban ni makin ramai pulak yang bersesak-sesak menghabiskan masa, dari duduk di rumah beramal ibadat. Dan aku sedar..aku juga salah seorang daripada manusia yang bersesak-sesak itu. Gelagat orang ramai yang aku perhatikan, dan aku tahu gelagat aku juga diperhatikan. Forgive me..
Lebih kurang pukul 9, kitaorang sudah berada di kawasan PICC. Namun kerana lautan kereta yang membanjiri kawasan itu menyebabkan jam yang amat teruk. Tapi nasib baik ramai anggota RELA yang mengawal aliran traffic menyebabkan jem terkawal. Kira ok la..
Dengan malam tanpa sebutir bintang, kami semua meredah malam gelap bertemankan cahaya lampu untuk menyaksikan pertunjukan bunga api tu. Ramainya ummat manusia datang untuk melihat event ni. Bermacam-macam gelagat boleh dilihat. Bermacam karenah yang bisa diterjemahkan. Manusia..ohh manusia.. dan semustinya aku juga salah seorang daripada manusia-manusia yang punyai gelagat itu.
Lebih kurang setengah jam menunggu, akhirnya semua lampu-lampu jalan dipadamkan, dan pertunjukan bunga api pun bermula. Berlatarbelakangkan musik cina, bunga api-bunga api itu kelihatan bertaburan di langit dengan pelbagai bentuk dan warna. Betapa ciptaan manusia itu cantik, tapi lagi cantik bintang-bintang yang bertaburan di langit ciptaan yang Maha Agung. Aku lagi tenang melihat bintang berbanding bunga api itu. Aku lagi tenang mendengar music alam, berbanding music yang dimainkan sepanjang pertunjukan itu.
Namun, ini lah kali pertama dalam hidup aku menyaksikan pertunjukan bunga api. Pertama kali juga sampai di area PICC. Pertama kali jugak habiskan masa dengan depa di area Putrajaya ni. Pertama kali juga dapat usha WRG Peja, dan Sony Palie..ngeee.. Tapi kesian arr kat Palie tidak dapat mengambil best shot untuk bunga api itu. Nak berguru dengan Saizul, dia dah kat mane-mane dalam lautan manusia itu. Abaikan je la. Namun Palie dengan segala daya menggunakan segala ilmu kamera yang dia ada pada malam itu. Hasilnya, sama-sama kita nantikan tatkala shot-shot itu sudah berada dalam flickernya.
Mak aii, sudah panjang rupanya coret-coret pada petang Ahad yang mendung ini. Dan hasilnya, ini lah sedikit sebanyak kisah aku bersama kealpaan, kisah di hujung minggu, kisah sebuah persahabatan dan satu lagi sebuah kisah kehidupan tercatat dalam diari hidup. Aku...dan kisah itu. Dan kisah aku yang akan datang, even untuk sesaat lagi masih lagi dalam penantian. Aku akan sabar menanti kisah-kisah akan datang itu menjengah hidup ini jika aku masih punyai masa untuk kisah itu. Pandang ke hadapan baru ada kemajuan...
Have a good day! Today and tomorrow and next next next day onwards..
WaAllahualam
Wasalam...
Gagal Lagi???!!
Thursday, August 14, 2008
Dada aku sesak lagi hari ni. Owhh, jangan la sakit lagi. Pleasee pleasee... Tiba-tiba aku dapat rasa peluh sejuk yang mengalir ke segenap susuk badan aku. Aku tarik nafas panjang-panjang. Aku cuba tenangkan diri aku yang gelisah. Aku pejamkan kedua-dua mata bulat aku. Macam-macam gambaran yang terjah di fikiran. Rasa sakit itu sedikit demi sedikit hilang. Tiba-tiba.."Fida,bos panggil"
Aku cuak. Bos pulak panggil, alamak. Takkan nak lecture akunyer assessment yang lepas. Assessment yang lepas aku failed! Pagi tadi nyer assessment still unknown. Takkan fail lagi kut! Aku mengomong sendirian.
Aku berjalan lesu ke bilik bos yang jarak 5 kaki dari cubic aku. Arghh.. aku dah down. Sesak di dada yang terasa sebentar tadi seolah menyerang balik.
"Fida, please have a seat", kata bos dengan raut muka yang serius.
"Thank you", kataku perlahan. Aku cuba senyum tatkala mata kami bertentang, tapi tidak mampu. Lama aku tunggu dia memulakan bicara.
"What's wrong with you Fida? I don't wanna talk about your last performance because it's already done. But i wanna talk about today's performance. Do you have any problem?", katanya tegas
Aku dah agak dah. Aku failed lagi la ni. Aku tunduk. Dalam hati aku menyusun kata-kata yang ingin diluahkan.
" Erkk actually, i've tried my best. But i have no idea where they went wrong", jujur aku berkata-kata.
Aku dah pasrah. Betul la, pagi tadi aku dah buat sebaik mungkin. Mungkin inilah cabarannya dalam hidup sebagai seorang manusia. Gagal itu tetap termaktub dalam kamus sebuah kehidupan seorang manusia normal. Aku memang dah pasrah dengan segala ketentuanNya. Ya Allah berilah aku kekuatan...
Tiba-tiba terdapat segaris senyuman di raut wajahnya. Aku pelik. Aku terkesima. Dia ni nak marah aku ke apa?
"Congratulation Fida. Actually you're among the best. I'm so proud you've improved, and i'm so impressed with your performance this time. Keep it up!"
Heh! Bos ni betul-betul buat aku sakit jantung jap. Sesak di dada yang dari tadi membelenggu diri tiba-tiba hilang dalam kata-kata pujian bos tadi. Aku melirik senyuman panjang. Dalam hati bersyukur alhamdulillah aku berjaya kali ni. Yeay!! Fida,keep it up!! Fida,boost it up!!
For my teammates who are in 'blue and green zone' right now, Congrates! We've made it!!
p/s: Aku terpaksa mengubah sedikit situasi disebabkan security purposes. Kalau nak tahu security purposes tu apa, PM me, or email me or whatsoever la personally.Okay? Anggapla ini kejadian di bilik konference ye! Ngeeeeee
MORAL OF THE STORY. Kegagalan itu bukan lah bererti pengakhiran bagi sesuatu kehidupan. Kegagalan itu merupakan tangga kepada sebuah kejayaan. Gagal sekali, dua kali, 3 kali atau berkali-kali bukan lah bererti gagal untuk selama-lamanya. Yang penting, kita usaha untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Perbaiki diri ke arah kejayaan. Tanya la pada manusia yang paling berjaya dalam dunia. Pasti ada kisah kegagalan di sebalik kejayaan itu. So, jangan sedih atau down sekiranya kegagalan menjengah. Senyum, dan hadapinya dengan tenang. It's part of life situation then.. Cheewah, pandai je aku berkata-kata. Time aku fail tu, sedih gak..ngeeee
Sekian coret-coret di petang hari. Until next entry.
WaAllahualam
Wasalam.
Kecoh Kecoh..
Prof Koh Kay Kim yang ditanya di Buletin Utama memberitahu,UITM sebenarnya dah buka kuota kepada bukan bumiputera ketika BN memerintah, tapi tiada respon dari mereka golongan bukan bumiputera. Tu pun, cepat-cepat TV3 suku potong kenyataan Prof Koh Kay Kim tu. Nak kaber beb. Kang kantoi lak! Nampak sangat isu ni dipolitikkan. Nampak sangat depa-depa ni nak menjatuhkan pemerintahan PKR. Masa pemerintah BN buka kuota ni, tiada pula yang aku dengar budak-budak UITM ni nak bangkit dari kubur membantah. Kenapa??? Sendiri boleh fikir...
Tapi apabila Tan Sri Khalid Ibrahim mengutarakan cadangan..mak aiii, sana sini kecoh. Menteri-menteri UMNO semua kecoh.... dari PM sampaikan MPP kecoh! Relek arr beb, dulu hangpa tak kecoh pun.
Aisehhh aku pulak yang kecoh. Ampunnn...ngeeeee...
Coret-coret di pagi hari..
Sekian, Wasalam..
Adik Tukang Cuci...
Wednesday, August 13, 2008
Aku garu kepala aku yang tidak gatal ni. Macam mana aku nak mulakan pun aku tak tahu. Lama aku renung platform putih depan mata. Lama juga aku tenung jari aku yang seolah sukar untuk digerak-gerakkan atas keyboard hitam ni. Kebuntuan seakan mahu mengalir dalam minda. Tapi aku tidak mahu membenarkan itu berlaku. Kerana, tatkala kebuntuan mengalir, maka cerita ini tidak akan ada permulaan dan kesudahannya.p/s: Kalau la, ramai budak-budak muda melayu yang tiada kerja yang sanggup buat kerja sebagai tukang cuci dan tukang sapu ni, tak payah la nak import pekerja-pekerja dari Indon, Bangla dan Philiphina semua. Negara kita pun takde la sesak sangat dengan pendatang-pendatang asing ni kan? Kadang-kadang terasa jugak, aku ni kat Malaysia ke kat negara mana ni??!! bilamana aku tengok ramainya pendatang-pendatang asing yang membanjiri negara kita yang tercinta ni.
Rumah Bujang!!??
Tuesday, August 12, 2008
Aku jalan, dia pun jalan.Aku mempercepatkan langkahku, dia pun mempercepatkan langkahnya.
Hati aku terasa lain macam.
"Tak boleh jadi ni", kataku sendirian
Aku berhenti. Mak aii, dia pun berhenti!
Aku memberanikan diri memandang dia yang kelihatan berada di sebelahku.
Ceh, bayang aku rupanya! Haihhh, kacau daun betul la. Buat malu je kalau ada orang tengok gelagat aku! Heh!
Aku mempercepatkan langkah ke food court arena, kelihatan ramai pulak orang yang lepak kat food court tu petang ni. Tanpa memandang manusia-manusia di dalam food court tu, aku meluru ke kedai yang biasa aku pergi tu.
"Pakcik, nak nasi putih, tomyam dan telur dadar satu. Bungkus ye!", pesan aku.
Pakcik merangkap tokei kedai tu memandang aku yang kelihatan kalut-kalut ni sambil tersenyum. Aku senyum je la balik. Mungkin dia sudah biasa memandang muka aku setiap hari. Maklum lah,time lunch aje, memang kedai dia la yang aku serbu. Dia mencatatkan pesananku di atas sebuah buku. Aku tengok, tulisan dia lagi cantik dari tulisan aku. Heh! Tak boleh jadi ni. hahaha
"Ok dik, duduk dulu yer, nanti siap pakcik panggil", aku dah agak itu jawapannya.
Aku mencari tempat paling strategik. Depan tv. Masa tu depa tengah pasang tv9. Cerita Indonesia. Soleha. Cerita peberet adik-adik aku yang kat rumah tu. Ye la, setiap kali telefon depa petang-petang, musti diaorang cakap tengah tengok 'Soleha'. Aisehhh...tengah layan cerita Soleha tak sampai sepuluh minit, Pakcik tokei kedai tu panggil.
"Adik dah siap!", panggilnya.
Aku meluru ke arah panggilan itu. Cerita Soleha yang baru aku tatap itu tergantung di minda aku kesudahannya. Pakcik tokei kedai tu dah tersenyum melihat aku meluru sambil memasukkan bungkusan tomyam yang aku pesan ke dalam plastik.
"Berapa Pakcik?"
" Rm5.50 dik. Nanti senang la yer, balik rumah tak payah la masak", tegur pakcik tokei kedai tu cuba beramah mesra.
"Erkk, bukan untuk saya ni pakcik, ni untuk orang rumah saya, dia teringin nak makan tomyam sini untuk berbuka puasa", terangku.
"Owhh untuk orang rumah ke? Adik dah kahwin la ni?" tanya pakcik tu lagi.
"Erkk, maksud saya untuk member rumah saya pakcik,saya tak kahwin lagi la", aku sudah pening dengan jawapan 'orang rumah' itu.
"Rumah bujang la ni!!" pakcik tokei kedai tu lagi.
"A'aa, rumah bujang," kataku mengiyakan aje pernyataan pakcik tu.
Dalam hati aku mengomong sendirian, apa kaitan rumah bujang lak ni. Cakap je la bujang kan senang. Ni rumah bujang pulak!! Haiyaaaa...
p/s: Gamak-gamaknya, rumah kahwin ada dak??? Ngeeeee
Moral of the story: Kalau dah kahwin nanti, adalah disarankan untuk para isteri agar selalu masak untuk suami mereka. Kerana air tangan isteri itu sendiri akan mengukuhkan kasih sayang dalam rumah tangga. Kalau sekali sekala nak makan luar tu, no hal la. Tapi kalau tiap-tiap hari asyik ajak suami makan luar jek, bimbang-bimbang kasih sayang antara suami isteri itu tidak terpateri kukuh..Huh!! gagagagagaga..
Peringatan untuk diri aku dan untuk semua... Moga dapat dilaksanakan kelak dengan jayanya. InsyaAllah.
WaAllahualam
Wasalam..
