Belaian Pagi..

Monday, August 11, 2008
Monday morning... arghh ada apa dengan Pagi Isnin ini? Yang ada hanyalah sedikit rasa malas untuk datang kerja. Sedikit ek Fida?? hahaha Sebenarnya banyak, tapi bila diterjemah ke alam nyata, sedikit pulak jadinya. Ngeh ngeh ngeh! Hari ni redup pagi mengintai malu dan sinar mentari pula tidak begitu galak menyinar. Kombinasi yang begitu ideal lantas berjaya menghasilkan suasana pagi yang begitu nyaman sekali membelai diri. Huh!

Hari Sabtu baru ni aku dan kawan-kawan sempat menghadirkan diri ke kenduri kahwin Wan dan Faheem. Tahniah diucapkan buat kalian. Moga perkahwinan kalian diberkati dan diredhai Allah sehingga ke akhir hayat. Nak cerita panjang lebar, Ajat dah citer lam blog dia, Yus dan Hid pun sama. Apa kata korang jenguk blog depa. hihi, siap ada gambar lagi tu. Aku bukannya tidak mahu mengepos gambar-gambar hari kejadian di sini, tapi jurugambar professional Satyam iaitu Ajis masih belum mengirimkan sebarang gambar lagi. So sabar je la..huhu. Cuma ni yang sempat aku cilok dari Ajatnye blog. Ampunn Ajatt...



Awal-awal pagi, kitaorang satu team dapat email dari kitaorangnye Reporting Manager asking us to attend training which is related to other domain; telecommunication. Ok la, kira macam semangat jugak la sebab lain dari bidang kitaorang. Sekali masuk, trainer yang diimport dari India tu cakap bab Software Testing jugak! Basic!! Whuaaa... Apa lagi layannn je la.... Ok la, boleh refresh balik...tapi dalam masa yang sama...mengantukkk maaa..

Luckily, Sujoy Kumar Khan..that guy had a lot of experience in many kinds of projects. Testing project basically. So somehow, it gives us a new dimension and new experience in the way of thinking and the way of seeing the world of software testing. Cheewah, kasi ayat manthopp sikit.

Ok jugak la, dari self study... hihihi... only 5% self study, the other 95% jumping from the other site to other site...Erkk 5% ke?? hahahahaha.

It seems almost there to the full stop. Got nothing to say anymore. Hurmm.. I guess so. Got many things to do afterwards. Until next entry then....

WaAllahualam
Wasalam.

Pergi...

Saturday, August 09, 2008
Hari ini.. dia seakan merajuk denganku.
Tatkala aku begitu memerlukannya,
Dia pergi begitu sahaja....

Dan bilamana dia pergi..
Aku pun terpaksa pergi...

Moga ketemu lagi bilamana dia sudah berada di sampingku..

WaAllahualam
Wasalam...

Kamu Yang Bawa Ku Terbang..

Friday, August 08, 2008
Aku tengok mata alien dekat board cubicle aku ni senget sedikit, tiba-tiba pulak.Heh!!Terkejutkah dia sampai senget matanya bilamana dia mengetahui yang aku mampu terbang?? Jangan tak percaya hari ni buat kali pertama aku terbang. Jauhhh aku terbang. Pergi mana pun aku tidak tahu. "Terbang pulak!!!"" Haishhhh

Sebelum ni, aku cuma tahu yang ada member jauh nun di Kulim sana yang selalu terbang. Mana-mana dah dia ni terbang. Utara la, selatan la, kejap balik KL pastu pi Kulim balik. Jangan marah noo orang Kulim, cuma nak menyatakan kebenarannn.. Ahaksss..

Hari ni baru aku rasa macam mana rasanye nikmat terbang tu. Macam mana rasanya berada di atas sambil melihat bumi di bawah yang langsung tidak dipijak. Semua manusia kelihatan seperti semut-semut kecil. Bangunan-bangunan kelihatan seperti kotak-kotak mancis yang tersusun. Kereta pula..kelihatan seperti apa ek??? erkk unexplainable..hihihi. Pokok-pokok yang menghijau langsung tidak kelihatan batangnya. Semuanya kelihatan hijauu... SubhanaAllah, betapa indahnya alam ketika berada di atas sana.

Sedang aku khusyuk dan leka terbang di atas awan sana, sebuah kapal terbang Boeing 747 datang menghampiriku. Kelajuannya terbang dan jaraknya yang terlalu dekat denganku membuatkan aku hilang imbangan. Tetiba.. gedebukkkkkkkkkkk... Jatuh aku ke bumi....... Adussssss sakitnyaaaa...

Dan akhirnya..tersedar aku dari mimpi jadi superwoman.. Owhh aku bermimpi rupanya. Bermimpi terbang! Aku kesat kedua-dua biji soket mata yang kabur-kabur akibat mimpi itu. Aku masih di surau lagi rupanya. Bukan di atas awan,hihi. Kelihatan Fiza dan Intan sedang melipat-lipat kain sembahyang. Aku tengok jam tangan. Pukul 2.15pm. Baru 15minit aku tidur
rupanya. Boleh bermimpi pulak! Nasib baik bermimpi yang best-best! Haihhh..

MORAL OF THE STORY. Kalau mengantuk tu, take 5 or 10 or 15. Baru segar sikit. Jangan duk tahan sangat mengantuk tuu! Sampai mata jadi merah menyala akibat tahan ngantuk! Takut nanti member-member tengok! Cam mata naga! Silap hari bulan boleh mengeluarkan api! Heh!!!

p/s: Mata aku selalu merah sebab tak tahan dengan air cond. Bukan sebab tahan ngantuk noo.. lalalalalalalalala.

WaAllahualam
Wasalam..

Aku dan Doktor Yang Hensem

Thursday, August 07, 2008
Sejak masuk bulan 8 ni, aku rasa something weird. Seperti aku miss something. Besday member baik aku ke? Besday dia 18/8 ni. Lambat lagi. Habis tu apa yang aku miss?? ..still unknown. For past few days ago I keep pushing my brain to think and think that thing. But still...no result. What the thing in the world that i missed??? Remained unexplained....until just now.

Aku....baru saja teringat, 6 bulan 6 hari yang lalu aku telah membuat temujanji dengan doktor Cina yang sangat hensem untuk follow up akunye condition. Dan 1hb August,means seminggu yang lepas ..aku sepatutnya berjumpa dengan doktor tu untuk apdet perkembangan semasa penyakit yang tidak sakit ni. Tapi aku lupa.. dan of course la aku tak pergi pun hospital tu.

Tu la, sape suruh buat follow up selepas 6 bulan. Kalau 3 bulan aku ingat lagi kut. Ni 6 bulan selepas itu, dah bermacam-macam mak nenek masuk dalam kepala ni, sampai kan hal check up aku yang simple tu pun aku boleh lupa.
"Fida..Fida..pasal UFO, makhluk asing, dan benda yang entah apa-apa tu boleh lak dia ingat!", suara itu bersuara tiba-tiba.

Masalahnya bukan aku lupa. Cuma aku tidak ingat dengan jelas exact event yang patut aku buat. Sebenarnya baru 2,3 hari lepas benda ni bermain di fikiran aku. Tapi itu la, it's already late. Haihh!!

Yer.. yer.. salah aku.
Aku tak buat reminder.
Aku tak tick kat kalendar
Aku tak letak sticky note kat akunye PC dan board.


"Ala, check up tu bila-bila masa pun boleh pergi. Rilek la weh"

Fida nak sedapkan hati la tuh!

Heh!

p/s: Ni musti kes kehenseman doktor cina tu tak berbekas di hati aku. Kalau berbekas, semustinya setiap hari aku membilang hari dan tidak sabar-sabar untuk berjumpa dengannya... Pulak!!

Kes kehenseman doktor cina yang tak berbekas di hati pulak di persalahkan. Adehhhh!!!

Moral of the story--> Kehenseman itu penting, tp kalau kehenseman itu tidak tercalit walau sekelumit di hati ini, tiada guna jugak.
FIDAAAAAAAAAAAAAAA.. MUNG KOYA NIIII ??!!!!

Hihih, gurau je la.. Ok, moral lain dari entry ni, kehenseman itu penting, tapi ada lagi part yang lagi penting iaitu hati. Hensem rupa saja tiada guna, kalau hati tidak hensem. Tidak mengapa kalau tidak hensem rupa, tapi make sure hati tu hensem. kan kan? Baru boleh membuat hati itu tercalit! Ngeh ngeh ngeh. Haih..aku merapu lagi part moral of the story ni!!

Ok ok, we go for moral of the story yang sebenar. Wajib buat reminder kalau kita jenis yang pelupa. Lupa tentang apa saja, tarikh penting ke, event ke, number ke... Conteng la kalendar ke apa ke, or put sticky note kt PC ke, kt board ke, agar dapat ditatap tarikh-tarikh penting or apa-apa saja yang event penting yang bakal berlaku setiap hari. Baru tidak lupa! Bagitau orang terdekat agar dia pun dapat remind kita sama, dan kalau sakit, wajib pergi jumpa doktor. Jangan dipandang enteng rasa sakit itu!

Aku yang pandai menasihati orang..lalalalalalalalalala...

Sekian coret-coret di petang hari. Pandang ke hadapan, baru ada kemajuan! Semoga bertemu di entry yang lain pula..

Wasalam

UFO Mendarat!!! Heh?!!

Wednesday, August 06, 2008
Sesuatu kejadian luar biasa telah berlaku hari ini sewaktu aku hampir sampai ke bangunan opis. Saat aku melewati bulatan Century Square ni kelihatan berderet-deret kereta park di kiri kanan bahu jalan. Uishh biar benar. Kenapa hari ni tiba-tiba banyak kereta ni. Saat kereta aku menuju ke tempat parking di Arena pula, kelihatan 2 orang pengawal berjaga di laluan masuk. Depa tamo kasi kereta masuk. Siap letak penghadang lagi!! Whuaaaaa

Aiyoo..tutup pulak parking tu. Patut pun banyak kereta parking di bahu jalan. Ada function apa lak ni?? Aku pun mengarahkan kereta aku supaya mengikut rentak pengawal tu. Kansel masuk kawasan Arena. Pi naik atas sikit, cari parking kat bahu jalan gak.huhuhu. Alhamdulillah nasib baik ada kosong. Di celah-celah sebuah kancil putih dan sebuah waja hitam terselit dengan mantapnya kereta aku. Huh!!

"Kalau kene saman, habissss lah!!!!!", aku ngomong sorang diri dalam hati di pagi hari..

Akibat dari penutupan kawasan parking arena, aku terpaksa berjalan jauh sedikit hari ni menuju ke opis. Takpa la, exercise pagi-pagi. No halnye. Aku berjalan melalui pengawal yang berjaga tadi. Kereta-kereta masih lagi berpusu-pusu masuk kawasan Century Square, dan kebanyakannya meluru masuk ke kawasan SME. "Depa pekerja SME tu. Senang la", getus hatiku lagi.

Sampai di tempat pengawal yang berjaga tadi, nampaklah notis penutupan. Sampai 12hb parking tu kene tutup.. Whuaaa lamanya, ada function apa ni?? Aku baca lagi part bawah. Sebab musabab parking arena ini ditutup. Part ni memang buat mata aku terkebil-kebil jap. Biar benar apa yang aku baca nii!!!!

'Penutupan parking area ini bertujuan untuk memberi laluan kepada sebuah UFO dari planet Nexus supaya dapat mendarat di kawasan arena ini dengan selamatnya. Menurut jurucakap makhluk asing yang menghubungi MDEC semalam berkata, UFO mereka mungkin berada di bumi arena sehingga 12hb ni. Sekian Terima kasih'

"Heh!!"

"Nak jalan-jalan kenal manusia ke apa makhluk asing ni?? ke nak bercuti di bumi??" hatiku bersungut lagi.

"Hahahaha! Boleh la aku berkenal-kenalan dengan makhluk asing pas ni",sambung hatiku lagi..huh!
Sampai kat opis, aku tegur Intan;orang pertama yang aku nampak, menanyakan mana dia park kereta dia.

"Bangunan SME", katanya simple.

"Uishh...boleh masuk ek sana??" soalku lagi inginkan kepastian.

"Dah dia tulis besar-besar FREE PARKING, siap pengawal tu suruh masuk dalam lagi, Intan masuk je la dalam", Intan bersuara jelas..

Aisehh.. ni musti kes makhluk asing tu, menjadikan aku koya. Sampai tak nampak FREE PARKING tu. Fida.. Fida... aku berkata sendirian..ngeh ngeh ngeh

Akibatnya, lunch time aku pi la alih kereta dan park kat bangunan SME tu. Kang tak pasai-pasai kene saman nanti. Dah la kat line oren. huhu

Pengawal yang berjaga kat pintu masuk tu tegur aku. Dia nampak kut aku park kt tepi jalan tu pagi tadi.

"Kenapa tak masuk dalam je tadi?" tanya pengawal yang baya-baya ayahku.

"Saya tak tahu pun boleh masuk parking dalam ni pakcik", jawabku sambil tersengih.

"Mak aii, punye la besar signboard FREE PARKING tu tak nampak? Tu siap ada pengawal lagi suruh masuk?" katanya padaku sambil tangannya menunjukkan seorang pengawal yang sedang mengarahkan kereta masuk ke dalam bangunan SME tu.

"Huhu,pagi tadi saya tak nampak lak signboard tu pakcik. Sekarang baru nampak", aku sengih lagi kat pakcik tu. Dalam hati kecil ku berkata-kata, pagi tadi aku koya pasal UFO, pasai tu tak nampak. Tengahari ni, tak koya dah. Heh!

p/s: Citer pasal UFO nak mendarat tu adalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan antara yang masih hidup ataupun yang dah meninggal dunia. Akibat penutupan parking kat arena, aku terpaksa park kereta kat bangunan SME sampai 12hb ni. Huh! Jauhnyer nak jalan ke opissss....

MORAL OF THE STORY. Berkhayal pada benda yang tiada faedah tiada untungnya. Merugikan masa dan diri. Berkhayallah kepada benda yang berfaedah! Pandang ke hadapan, baru lah ada kemajuan.
Jangan asyik nak khayal je yer Fida!! Gambatte!
Sekian cerita untuk hari ini.
WaAllahualam
Wasalam.

Random and Weird Facts About Me:-)

Tuesday, August 05, 2008
Nasib baik tag ni simple..hikhikhik. Boleh arr nak jawab sikit-sikit. Kalau panjang agak-agak konsider gak la nak jawab ke idak.huhuhu. Okay,Cik Kay dan sape-sape yang sudi singgah, dengarnye jawapan tag ni:-

7 random and weird facts about me.

1. Semua jam-jam yang aku ada, aku akan cepatkan 10 minit dari waktu sebenar. Tak kisah la jam tangan ke, jam henset ke, jam dalam kereta ke. Kononnya nak kasi ontime la sikit. Tapi bila aku nak baca waktu, aku akan tolak jugak sepuluh minit tu. huhuhu.

Macam aku dah set nak bangun tidur pukul 6. Tapi bila aku tengok jam henset aku walaupun dah menunjukkan pukul 6, tapi aku tahu baru pukul 5.50. Hasilnya, aku akan sambung tidur balik 10 minit lagi. hahahaha.

2. Aku suka sup. Suka sangat-sangat. Tak kira apa jenis sup. Kira makanan yang berkuah la tapi bukan berkuah santan. Contoh seperti tomyam. Kalau makan tomyam, tak makan isi dalaman dia pun aku tak kisah.Asalkan dapat makan kuah dia. Sebab tu kalau buat tomyam ke, ikan singgang ke or sup nasi ayam or apa-apa yang ada sup la, aku akan lebihkan kuah dia. Sebab nanti nak 'ratah' kuahnya pulak banyak-banyak. huhu.

Pastu kan, aku selalu kene tegur dengan mak kalau masak ikan singgang. Sebab lepas makan kuahnya habis licin, tapi ikannya tak luak seekor pun. Bergolek-golek dalam periuk dalam periuk tanpa setitik kuah. huhuh. Kesian kat ikan-ikan tu tak leh berenang.huhu

3. Aku tak pandai nak jalan dengan betul kalau pakai high heel. Sebab tu aku tak pernah ada kasut high heel ni sebab tak pernah beli pun sebenarnya. Kasut aku tapaknye leper jek. huhuhu. Aku rasa, bab kasut ni aku cam Cik Kay la. Kalau dah pakai kasut tu, pakai kasut tu je la sampai buruk. Kira selagi boleh pakai, aku pakai. Well, it's me then..huhu. Handbag pun camtu. huhu. Takde koleksi cam orang lain:(

4. Kalau aku sembang dengan adik perempuan aku yang darjah 2 tu dengan telefon, aku tak pernah menggunakan bahasa Ganu. Semua bahasa yang digunakan adalah bahasa 'Keyeel', dan dia pun akan bercakap ikut dialek 'Keyeel', tapi dengan cara nya yang tersendiri. Boleh dah la kalau dia nak jadi orang Keyeel pun. hahaha

5. Aku cepat bosan kalau mengadap tv. Tengok tv sejam pun dah bosan. Tapi kalau mengadap pc, walaupun 5 jam terasa amat sekejap. Sib baik kerja 'mengadap' pc.hikhikhik. Tengok wayang lain cerita la;)

6. Aku suka kalau time hujan, dan aku suka hujan. Tak dapat diterangkan sebab musabab aku suka. Tapi aku memang suka hujan. Bukan Hujan band tu yer. Ni air hujan yang turun dari langit...huhuhu

7. Aku suka sangat makan durian. Aku juga suka makan lepat durian. Tapi aku tak makan tempoyak. Tak pernah pun terai nak makan tempoyak, sampai ke hari ni, tak tahu macam mana rasa tempoyak tu. Tapi lauk-lauk yang berasaskan tempoyak aku suka jek, cam gulai tempoyak tu, singgang tempoyak, ke apa.. huhu.

Dan banyak lagi sebenarnya random facts about me ni. Tapi Cik Kay nak 7. Aku kasi 7 je la. hhihihi.

Nampaknye bab tag ni, cam kene tag orang lain pulak.
Okay la, sape-sapa nak buat tag ni, dipersilakan. Sapa-sape je la....

Ok tu je tuk hari ni kut. Sampai kita ketemu next entry pula InsyaAllah.

WaAllahualam
Wasalam

Ampunnn Pak Polisi....

Monday, August 04, 2008
Alhamdulillah, setel pun masalah. Ok aku sambung taip blog ler pulak... Semalam, hampir berapa jam entah terbuang begitu saja gara-gara terperangkap dalam jem dekat MRR2. Memang gile jam la. Ada pulak la kereta yang rosak tersadai kat tengah-tengah jalan tu, kesian. tapi hal tu menambahkan lagi kerumitan jem. Kalau la aku tau MRR2 tu tutup, takde la aku setuju dengan jalan yang adik aku ambil tu. Tapi masalahnya kitaorang tak tahu.. huhu. Nasibb-nasibb. Patutnya kitaorang sampai kat Gombak dalam pukul 5pm. Ni pukul 6.30 lebih baru sampai.

Alhamdulillah sempat menunaikan fardhu asar. Tu pun dah kira asar gajah dah tu. huhuhu.. Teringat kat mak aku zaman kitaorang kecik-kecik dulu, kalau kitaorang adik beradik sembahyang subuh pukul 6.30 tu, dia kata dah subuh gajah. Kira dah lambat dah la. So lepas tu, aku pepandai lak letak sendiri. Kalau lambat sikit 6.45 ke, aku panggil subuh dinosour. huhuhu...

Eh sambung bab MRR2. Gara-gara MRR2 tutup, adik lelaki aku tak habis-habis mengutuk pak polisi trafik yang menjaga di tempat penutupan tu. Kata pak polisi takde kerja la, apa la. Menambahkan jalan jem la. Suka tengok kete banyak la, dan macam-macam lagi lah. Hah! tak pasai-pasai dapat dosa free. Aku paham, dia nak tepati waktu untuk sampai ke tempat yang dituju. Tapi nak buat camne kan? Huhuhu. Aku pulak tak habis-habis nak cool kan dia. Yer la, pak polisi trafic tu pun hanya menjalankan tugas dia. Kalau takde hal apa-apa takkan MRR2 tu tutup. Tapi masa tengah gila jem tu aku fikir. Ni musti ada kerosakan lagi kut. Takkan saje-saje je dia nak tutup. Tapi aku tengok laluan arah bertentangan ok lak, tak tutup. huhuh

Tak sempat pulak aku nak tengok buletin utama semalam pasai apa MRR2 ni ditutup sebab aku sampai umah, berita dah pun habis. huhu. Tup tup hari ni ada terbaca dalam paper pasal kisah penutupan MRR2 ni. Boleh baca lebih lanjut bagi sapa-sapa yang tak baca lagi. Headline yang tertulis ~MRR2 retak lagi Tiga batang prategasan putus secara tiba-tiba di rasuk jejambat~

Tapi bukanlah perihal MRR2 yang aku nak fokuskan. Cuma aku kesian kat pak-pak polisi yang menjaga lalulintas ada dekat 2 tempat kut. Dah la hari Ahad kene kerja, di tengah-tengah panas, dengan kesibukan kereta. Motor pulak yang dibawa macam pelesit kat tengah-tengah sesak tu. Cam bahaya kepada pak-pak polisi traffic yang menjaga tu. huh! Pastu kene kutuk pulak dengan adik aku yang tidak dapat menempatkan diri di tempat pak polisi tu. Ampun yer pak polisi.

Betul la, pak polisi trafik hanya menjalankan tugas dia. Kalau takde pak polisi trafik yang buat road block tu, amacam? kereta berduyun-duyun guna MRR2. Sekali runtuh MRR2. Nauzubillah. Alamak!! lain pula gambaran yang datang di minda ini. Abaikan hal ehwal runtuh tu.

Moral of the story. Jangan lah cepat kutuk pak polisi kalau nampak dia buat road block. Bukan dia nak buat sangat road block tu, cuba tanya dia kalau tak caya. Musti dia kata nak duk rumah relek-relek, nak gi jenjalan cam korang. Tapi tu kan tugas dia sebagai pak polisi trafik, dia dah menjalankan tanggungjawab dia. Dan kita as orang awam, patut beri tabik hormat pada pak polisi trafik tu. Kira kalau nampak pak polisi trafik angkat la tangan. Pak polisi tengok pun, cam ringankan sikit beban dia menjaga arus traffik yang semakin hari semakin menggila. Bagi aku la.

Tapi jangan la pulak kasi tabik hormat kat pak polisi trafik sampai kene kasi bunga, kene tunduk, bertafakur seperti apa yang Pak Lah buat dekat tugu negara bebaru ni. Takut boleh bawa kepada syirik. Mufti pun dah keluar kata haram. Tahun lepas aku dah dengar berita ni, tahun ni ada lagi. Pak Lah oo Pak Lah. Mufti Perlis dah gesa Pak Lah bertaubat. Pak Lah segera la bertaubat, dan sapa-sapa lagi yang buat upacara tu. Jangan lepas ni Kak Mashitah Ibrahim kita keluar fatwa dah la, kata upacara tu harus. Hahaha, awal-awal aku dah warning Kak Mashitah. Boleh click di link ni nak baca berita lebih lanjut. Penghormatan Tugu Negara : Mufti Perlis gesa PM bertaubat.

Ok, kepada semua pak polisi trafik, selamat menjalankan tugas! Kepada Pak Lah, segera lah bertaubat dan kembali kepada aqidah Islam yang sebenar. Moga Allah memberi petunjuk kepada Pak Lah dan kita semua.

WaAllahualam
Wasalam

Sesungguhnya..

Sunday, August 03, 2008
Saat dunia berhenti berputar
Saat manusia tak sanggup lagi berharap
Ketika mentari tak sanggup lagi berjanji
Menyinari dunia yang tak kau singgahi

Mampukah kau untuk berbagi
Tanpa hasrat ingin diberi
Dihadapannya,
Dihadapanmu ya Allah

Sesungguhnya manusia
Takkan bisa menikmati surga
Tanpa ikhlas di hatinya

Sesungguhnya manusia
Takkan bisa menyentuh nikmatnya
Tanpa tulus di hatinya

Sapa-sapa yang nak dengar lagu ni boleh click play kat video sebelah. Okay, tu je untuk kali ni. Selamat malam semua. Sampai ketemu kita di hari esok jika diizinkanNya.

WaAllahualam

Mak aii!! Perempuan?? Bertudung??

Friday, August 01, 2008
Hari ni, sudah masuk hari kelima aku bekerja dalam minggu ni. Ini bermakna besok aku cuti. Besok dan lusa. Alahh, cam biasa la, cuti di hujung minggu.

Pagi-pagi hari ni, on the way nak gi keje, aku dikejutkan dengan satu phenomena yang bagi aku amat aneh. Ini bukan lah ada kaitan dengan 'phenomenal activity' or supernatural activity or terserempak dengan UFO ke apa. Tapi aku terserempak dengan 2 wanita yang merokok dalam satu masa.

Bayangkan, aku berhenti di traffic light di Jalan P11/berape entah...kelihatan, kt side mirror kereta di hadapan aku. Kereta wira aeroback kaler itam. Kelihatan seorang perempuan di tempat pemandu, tak bertudung, asap-asap rokok penuh keluar dari kereta. Dan dengan gaya seorang perokok professional sekali..Fuh!!

"Mak aii..perempuan pagi-pagi dah merokok! Kalah lelaki. Getus hati aku!"

Pastu, dalam masa menunggu lampu hijau ni, nampak la pula ada MyVi Hitam berhenti di belakang kereta aku. Perempuan. Cam mak orang. Tapi tak tahulah aku kalau bujang lagi..hahahah. Dia bertudung..cantik dia kenekan tudung dia... tetiba, dari rear mirror kereta aku, nampak dia menyumbat mulut dia dengan sesuatu. "Uishh, takkan rokok kut!" hati aku berkata-kata lagi...

Rupanya sangkaan aku tepat. Dia sedang menyalakan lighter...kelihatan dia menyedutnya. Dan asap berkepul-kepul keluar dari cermin kereta.

'SubhanaAllah... perokok jugak!!" terkejut aku.

Tak sangka. Serius aku tak sangka. Terkujat pun ada melihat gelagatnya. Sebab bagi aku, kalau perempuan yang tak pakai tudung, aku takde la hairan bin ajaib sangat kalau dia merokok. Sebab tu pemandangan yang biasa menjengah di pandangan mata. Ni perempuan yang pakai tudung. Cantik pulak tu. Perokok... Adussss.

Tak pernah-pernah singgah dek mata pandangan seperti itu. Dunia sekarang.. apa nak jadi pun aku tak tahu la. Bukan nak kata aku ni baik sebab tak hisap rokok. Tapi cam rokok dan perempuan itu, sesuatu yang.... ganjil, aneh dan pelik. Bagi aku la. Lagipun, nanti effect masa panjang tu banyak. Dengan barah paru-parunya, time pregnant pun effect, effect kat bayi dalam kandungan lagi. Uishhh.. tak sayang famili ke?

Kalau lelaki yang menghisap rokok, boleh diterima akal. Sebab... lelaki. Ni perempuan.. cam tak masuk akal daaa. Memang tak masuk akal.

Dan sebenarnya aku memang tidak suka dengan perokok. Lelaki yang merokok. Sorry la kalau korang ni seorang perokok. Tapi serius, deep from the bottom of my heart,cheewahh.. aku memang tak suka perokok. Sama ada hensem,macho or genius ke lelaki tu,baik hati yang amat ke, tapi kalau dia merokok...erkk.. aku cam dah tak saspek dah dengan semua keistimewaan yang dia ada. Entah. Aku tak tahu. Tapi tu akunye prinsipal la. Kira susah untuk aku jatuh hati dengan lelaki yang hisap rokok. Aci dak gitu? Tapi tak tahu la kalau ditakdirkan suatu hari nanti aku dijodohkan dengan seorang perokok....hurmmm...

Tapi setakat ni, alhamdulillah, sepanjang aku berkawan dengan kawan-kawan aku baik lelaki mahupun perempuan. Tiada sorang pun lagi yang hisap rokok depan-depan aku. Belakang aku tu...waAllahualam la. huhuhu..

Dunia oh Dunia.... Apa lelaki buat, perempuan nak buat jugak! Adehhh...

Tu je kut bebelan untuk hari ini. Apa yang tak elok tu moga dapat dijadikan iktibar buat semua. Until we meet next time.

WaAllahualam
Wasalam.

Aku Keliruuuuu.....

Thursday, July 31, 2008
Hari ini bertebaran segala macam mak nenek 'buhsan' menyelubungi segenap ruang-ruang udara di sekelilingku. Sesekali, terasa kelemasan yang menjerut hati dan jiwa. Betapa banyaknya atom-atom 'buhsan' itu, sehingga menyebabkan sukar untuk aku melihat dunia di sebelah sana. Kalau la ada alat atau mesin yang boleh menyebabkan semua atom-atom 'buhsan' ini disedut dari udara di sekeliling aku ni.. kan best!!! Semua hilang. So takde la rasa 'buhsan' yang amat sangat. Aduhai... buhsan oh buhsan. Kenapa la asyik duk bertempet kat aku nih! Pi la singgah kat orang lain lak.Hahahaha...

Alien tu pulak dari tadi asyik pandang je. Bukan dari tadi aje..dari pagi tadi sebenarnya. Setat dari saat aku mendudukkan diri di atas kerusi empuk kat work station aku ni, sampai sekarang ni. Tengok....ni pun tengah duk pandang aku lagi. Aduhh.. aku rimas!! Aku lemas!! Hehehehehe. Fida koya! Heh?

Tiada guna cipta sebuah cerita...
Kalau kisah kita sementara..
Rasa hati dan langkahmu
Membuat aku keliru..

Tiada guna kita menderita
Sungguh semua tidur pun tak lena
Rasa hati dan katamu
Tak lagi seperti dulu

Aku keliruu..
Aku keliruuuuuuuuuuuuu....uuuuuuuuu


Enjoyy the dayy!! And the song... hihi

WaAllahualam
Wasalam...

Buta dan Bisu...

Wednesday, July 30, 2008
Deras je hati ni bergetar. Tanpa bahasa, tanpa kata. Entah apa yang hati ini omongkan, kadang-kadang aku sendiri pun keliru. Antara mahu percaya atau tidak. Antara mahu menerima atau menolak. Itu lah kehidupan. Itu lah kenyataan. Bukan fantasi, tapi realiti. Itu lah yang diomongkannya.

Aku percaya, segala yang berlaku ada sebab. Dengan lintasan habuk di depan mata ini pun bersebab apatah lagi dengan renungan itu, aku percaya ada sebabnya juga. Manakan Dia menjadikan sesuatu itu sia-sia. Manakan Dia menjadikan sesuatu itu tiada makna.

Cuma satu yang aku harapkan, dalam semua perkara yang aku lakukan dan dalam semua perkara yang telah berlaku, redha Ilahi itu sentiasa mengiringi semuanya. Kerana dengan redha dariNya lah, kesusahan itu menyenangkan. Tangisan itu menggembirakan. Kemiskinan itu melegakan dan keresahan itu menyenangkan. Semua kerana sekelumit redha itu.

Kini aku sudah berpijak di batasan ini, dan hanya batasan-batasan yang di hadapan sedang menanti. Perlukah aku mengundurkan diri untuk berpijak di batasan belakang? Owhh... sememangnya aku manusia yang sedang keliru buat masa ini... antara batasan di hadapan atau di belakang..... hurmmm. Okay..abaikan hal batasan itu. Tidak penting untuk dibicarakan lebih lanjut.

Ada sahabat menulis...

"Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan..cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan..cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.."

Orang seringkali mengatakan Cinta itu BUTA. Tapi mengapa aku merasakan cinta itu BISU? Bisukah cinta? Atau akukah yang tidak mendengarnya berkata-kata?

Till next time..

WaAllahualam
Wasalam
 

Browse