Sekadar Berkongsi Kata-Kata..

Monday, April 07, 2008
"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman."

"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membacakerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa"
"Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki."

"Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan."

"Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber teman.."

It's all about Testing..

Kehidupan ini, tidak akan dinamakan kehidupan, andainya tiada dugaan atau cabaran di
sepanjang perjalanan. Tidak akan terasa manisnya kehidupan, andai hidup tak pernah dihujani dengan beban atau kesusahan. Tapi untuk merasai manisnye kehidupan itu, hendaklah kita terus tabah menghadapi ujian yang datang. Bangun selepas tersungkur,bangkit selepas jatuh... pasti akan terasa betapa manisnya kehidupan ini..kan?

Ujian demi ujian, dugaan demi dugaan yang datang, bukanlah beerti Sang Pencipta tidak
kasihkan kepada hambaNya. Tapi ingin menguji keimanan hambaNya. Bagi yang mempunyai
iman, walau sekelumit... pasti tidak akan lari dari mengingati Pencipta di kala diri dihimpit kesusahan, lantas akan terus mendekatkan diri denganNya, n sekaligus dapat menenangkan hati yang dalam kegelisahan....

'Sesungguhnya hati yang tenang itu, adalah dengan mengingati Allah'

Dan bagi yang langsung tidak mempunya iman walau sebesar zarah, pasti akan terus hanyut dan terasa bahawa dirinya sudah tiada guna. Lantas terjadilah pembunuhan diri sendiri yang
dilakukan oleh mereka2 yang sudah kecewa dengan kehidupan. Oleh mereka-mereka yang merasakan ujian yang diberikan terlalu besar dan mereka tidak bisa untuk menanggungnya..

'Allah tidak akan menurunkan ujian ke atas hambaNya melainkan hambaNya itu mampu
melaluinya'

So ingatlah, sekiranya kita ditimpa dengan ujian dr Yang Maha Esa, jangan lah berasa sedih
atau kecewa, bukannye Allah tidak sayang kan kita, tapi dia amat sayangkan kita. Cuma dia
ingin menguji kita, menguji keimanan kita terhadapNya... InsyaAllah, di sebalik ujian atau
dugaan yang diberikan, pasti ader hikmah disebaliknya.. cuma kita sebagai hambaNya,
hendaklah sentiasa bersangka baik dengan Yang Maha Pencipta.. tak kira walau sebesar mana
dugaan yang mendatang.. ingatlah bahawa Dia amat kasihkan hambaNya...

'Apabila kita mengharapkan mentari, ribut pula dtg menjengah. Kita menangis kerana mahukan
mentari..rupa-rupanye Dia nak hadiahkan kita pelangi.'

Eh ape lak aku merepek ni?? hahahah..memandangkan aku berada lam testing team, so aku pn
cakap la sedikit bab2 testing secara general ni..hahahaha.. tapi bukannye software testing ..tapi life testing. haha memandai je.. sje tetiba je tangan ni menari2 atas keyboard taip semua tuh.. Well, that's part of it. banyak lagi nk tulis, tp idea takat tu je yang datang. huhuhu

Setat ari ni lak, selama tiga mggu.. kitaorg akan setat training.. huhuhuhu, tp kt Century
Square ni je.. huhuhu.. tetiba cam malas lak rasa nak attend training, kene dapat kekuatan dlu ni.... YaAllah, berilah aku kekuatan untuk aku menghadapi hari2 mendatang. Amin.

Ok rasanye,that's all..
nk gi lunch jap, perut dh berbunyi..
Till, then
WaAllahualam
Wasalam

Sambung balik..

Sunday, April 06, 2008
Huhu, smbung balik citer Kenduri Peruz.. dipendekkan cerita. Pas kitaorg berenti Rehat kt Genting Sempah tuh, cam biasa Juju bg idea nk main boling.. Ok la most daras tak kisah walaupun berbaju kurung, n ok la masing2 setuju nk gi OU. First time aku jejak kaki kt OU.

De pameran honda kt level bawah OU... huhu,tak sempat nk usha lebih dekat:D

Ok la layan , tp de yg tak dpt pi. Jenal, yoe, mekdi, Lan, Laili n Ida.. masing2 de hal masing2.So tinggalla kitaorg bersembilan menyerang OU petang tuh. Aku, im, muni, Sal, Haini, Juju, Pejal, Palie n Pian.


3 daras menanti terunas...

Sampai sana, mmg dh bersemangat dah nk main boling, sekali gile ramai lak orang petang tuh kt pusat boling . Kalau nk main mmg kene tunggu la. So memandangkan masing2 tamo tunggu n sbb dah nk mgrib sekali , kitaorg end up ngan tngok wayang.. huhuhu wayang lagi. Budget masa supaya magrib leh setel, so kitaorg tngok la citer thailand kul 8.00.. Deadly Ghost... Bunyi cm menakutkan. Maklumlah citer hantu Thailand. Sekali citer langsung tak best... buat pening kepala je tengok citer tuh.. huhuhu. Tapi layan la... sbb ni dh last tuk bulan ni kut kitaorg gather2 n layan2 wayang ni... minggu depan dh tak de sape2 buat kenduri kawin dah tuk kitaorg pi serang ...huhuhu
So pas tngok citer, cam biasa.. masing2 kelaparan. Memandangkan kawasan tu merupakan kawasan pejal, so dia ajak la kitaorang makan kat seri damansara. Kt warung biasa je. Tp nasi ayam dia best. Nasi Ayam Beragas. Sedaaaapppp...
Huhuhu, pas tu masing2 balik rumah masing2 la. Khalasssss..Sekian terima kasih
Wasalam

Hari Menyerang Kenduri Peruz..

Well, satu hari dibiarkan blog ini tidak terupdate. Terasa lain macam. Bukannye enggan mengapdetkan, atau pun malas untuk mengapdetkan.. tetapi sepanjang hari smlm, dihabiskan masa bersama teman2 seInfosys menyerang kenduri Peruz di Raub.

Seawal pukul 10 pagi, kami semua dh berkumpul di BHP stesen lps tol Gombak. Rupanya Lan and Yoe dah sampai ctu awal2 lagi bersama2 Laili, Ida, Jem, Pian. And aku berlima, ingtkan sampai agak awal, maklum lah kul 10 tepat dh berada di situ, tngok2 dh ramai rupanye berkumpul di situ. Bersemangat sungguh depa semua ni. hahahahaha.

And yang Palie, Pejal, Juju and Jenal lagi awl and lagi bersemangat waja sebb depa naik waja gamaknye, yer la janji kul 10 berkumpul dekat tol gombak, tapi 9.30 depa dh sampai kt genting sempah. So kitaorg plan next stop dekat Petronas tepi bukit kt highway, atas ckit dr Genting Sempah. So smpai sana lebey kurang kul 10.30, lepak2 jap ctu, smbil tunggu Haini n Haedir, and sambil2 tu tulis ucapan tuk Peruz. Sekali Haini sorang yang datang. Rupa2nya, Haedir demam, kesian lak kt Haedir.



Sementara menunggu kedatangan Haini, sempat lagi posing seh


Menyetelkan perkara yang tak setel.. hahaha

So, pas semua dh ade, kitaorg pn bertolak lah ke Raub. Memandangkan Pejal mmg biasa lalu jalan tu tuk dia balik KB, so dia la yang lead the way. n kitaorg semua folo la kete Jenal. Huhu, mmg jauh jugak la tempatnye. Felda Sungai Koyan, akhirnya lebey kurang 1.00, kitaorg smpai umah Peruz.

Rombongan menyerang rumah pengantin

Sampai je, rupanye pengantin tengah makan beradab. So kitaorg amik gambo2 pengantin makan. n ingt nk pi la mkn dekat tempat mkn kt sana, maklumlah perut dah berbunyi...Sekali family pengantin ajak kitaorg duduk sekali meja pengantin, makan beradab bersama pengantin.. wah wah wah.. segannye rasa.




Peruz n isteri yang sedang makan beradab.

Tp memandangkan kitaorang ingin meraikan keluarga pengantin yang dh siap2 amik kerusi2 semua untuk kitaorg, so dengan malu malu kucing kitaorg pn duduk la mengadap pengantin, sambil mkn makanan pengantin yang best2 tuh... Lan lagi best. Dari minggu lepas dia nak usha udang masa kenduri Mas, sekali semalam dia duk betul2 depan udang yg dihias cantik tuh. Apa lagi, mmg belasah udang la cik Lan kita. Tapi ader jugak yang segan nk join meja pengantin.. hahaha..

1st time mkn kt meja pengantin. Leh praktik ni..hahhaha


Lepas2 mkn, pengantin ajak amik gambar kt tempat pelamin.. huhu, tp sayang, camera aku dh lame n tak mntap, so zoom x cantik, n coverage agak hampeh. so tak semua yg masuk lam gambo.. Nnti la klu Haini dh send gambo2 dr camera dia, aku apdet balik ek. So sape2 yg tak termasuk lam gambo tuh..Ampunnn ya!! Pas bergambo2 dekat pelamin, lepak luar rumah lak, brgambo kt luar.. huhuhu. Well, kitaorg mmg gile bergambo.. hahhaha

Bergambo bersama pengantin. Ader yg tak masuk gambo ni. hahahah,nasib la.


Hepynye semua orang. Eh, Pian x abis2 ngn henset baru dia. Tahu la pian henset baru.. hihihi


Tengok Juju, dengki ati tutup muka aku. Tak pe2, ader ubi ader kayu.. hahhaha


Giliran Juju menutup muka sendiri. hahahahahahahaha

Ok pas kenduri, kitaorg singgah kt masjid kt kawasan tuh tuk solat jamak. N berlepas pulang ke KL. Next stop, kitaorg plan berenti kt Genting Sempah tuk elek2 sambail membelasah teh tarik, abc n apa2 yang sama waktu dengannya...


huhuhu..
Apa yang ko nk ckp Juju? Teh tarik ko pahit ek? hahaha


Pertandingan minum teh tarik ke yoe n pian? hahahah.Poyo seh depa berdua ni

Eh, cam kenal je... hahahhahaha

Huhuhu, post dlu la yang ni. nnti sambung lagi..nk gi mkn jap :D

De lagi smbungan ni. till then. caucincau

WaAllahualam

Wasalam .

Apabila Kenangan Menjelma... Cheeewahh tajuk cam gempak je, tp isi..hahahha

Friday, April 04, 2008
Kekosongan fikiran mula melanda. Dr pagi aku usha2 saifulislam.com. Best2 article n cerita2 yang dipaparkan. Dapat sedikit idea n ilmu yang insyaAllah akan dipraktikkan dalam kehidupan seharianku. Dalam kesibukan dan purak2 kebizian, dapat email dr team member hari ni ader project presentation sampai tngah hari. Layannn walaupun, kt dalam bilik conference dah sejuk sampai rasa, aku ni berada di kutub utarakah?? hahahaha,apakah yang aku merepek ni...

Ok la, frankly i'm telling u , i've no idea today or story or whatever things that i can do in order to make my blog updated. hahaha, Well, somehow... no idea is better. hihihi. Ok la without wasting anybody's time, here are some pictures that i manage to upload. Walaupun kejadian yang telah lama berlaku. but somehow .... ok la , enjoy the pics!!!


Rindunye kt tempat ni.

Dengan botol air aquafina memang tak dapat dipisahkan

Mysore City di kala kesibukan


Lupa lak nama tempat ni. Bkn luper, tp tak tahu pun. huhu


Kak Nass yang dirindui.. Muni..erkkk, rindu jugak... hahahah

Pekerja taman di sana. Begini lah rupa mereka.


Aku mahu ais krim... hahah, xder kaitan pn..

Aku, muni, nooril and Leen..hepynya mereka.
Aikk, ckit je rupanye gambo2.. hahaha, tak pe2.. Sok lak upload gambo time gi kenduri Peruz.
Till then,
WaAllahualam
Wasalam.

Bsok Besday Aku??

Thursday, April 03, 2008
Ishhh rasa x lena arr tido malam ni klu aku hanya apdet blog ngn satu entry je sehari... wakakakakaka..

Penat, letih, ngantuk, huhuhu tu je yg aku leh rasa tatkala kaki mnjejak lantai umah. Padahal kerja bukannye buruh binaan pun, bukannye jadi cikgu pun, yang kene menteriakkan suara mendidik anak bangsa, bukan juga driver lori atau bas, yang satu hari duk static atas kenderaan berkenaan sambil ke sana ke mari, bukan juga PM, yang sibuk bekerja keras membangunkan negara..ek? aku hanya keje biasa, masuk opis yg aircondnya sejuk sampai rasa cm kt Alaska.. duduk depan pc, buat2 bzi..hahaha, pdhal mmg bzi pn. yer ker?hahahaha keje duk lam tu je, tak susah-susah nak kene angkat barang-barang ke apa ke, tak susah-susah nak berkejar ke sana ke mari.

Duk opis, relek, maintain... tapi kenapakah kepenatan sebegini sering melanda?? Kadang2 lepas isyak rasa mata dah layu semacam.. tu yang duk pkir2, aku buat ape la hari ni yang penat sgt...nak kate drive, tak sampai 10 minit dh sampai opis. Apakah yang nak penatnye ngn drive tuh. ..huhuhu.

Ok la, mayb sebab sekarang dah tak exercise cam dulu kut. Tu yang badan tak cergas kan?kalau dulu, seminggu lam 2,3 kali main bdminton.. futsal... Ok la badan kuar peluh n cergas arr..skrang?? ni dh berape lame dh tak main pe2.. huhuhu. Patut arr penat semacam. huhuh. Ish ish ish, cik fida cik fida.. So teman2 sekalian, sape2 yg nk main bdminton ke, futsal ke, roger2 arr cik fida ek!! :D Ceh, wat advertisement kt cni plak.

Ok la, aku pun memang dah ngantuk n nak tido pun.

Besok besday aku?? hanyalah kisah seorang hambaAllah ni, dia ingatkan besok besday aku sbb aku ckp aku dapat tpon org free besok..& dang dang dia ingt besok adalah akunye besday, huhuh, siap wish lagi.. Mekasih 4 d wish in advance, terharu lak!! Tp aku suh dia wish aku balik la bulan 10 ni,br real, klu wish ari ni tak real la...hahahaha. Klu hambaAllah tu terbaca, sjer nk kongsi cerita ngan semua. Tak der niat apa2 pun..sekadar berkongsi kisah hidup aku untuk ketika ini :D

p/s: dang dang(bahasa ganu) ...... terus

Mari Belajar Bahasa Terengganu. :D

Thursday morning. Hahaha, again.. dunno what are the exact words to express every single things that reside inside me, huhuhu...i'm not good at this actually. But i'm trying.Today n everyday are just the same.. same song, same team members, same pc, same mug, same look... huhuhu, what else then. Again i just started. Hehe, sebenarnye nk cr idea jap nk meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak sangka, writing the simple simple thing is harder than doing programming or writing test case, or case scenario or watsoever yang sewaktu dengannya.. huhuhu..

Ok la, i made up my mind oredi...today i would like to share some of Terengganu words. sbb aku org Ganu. huhuhu. Cik Fadhil, yg cik fadhil kasi tu ckit sangat la.. hihi, ni lagi bnyk!! So anyone, lps ni kalau aku terkeluar bahasa trg lam blog ni, leh la phm noo.. hihihihi.

Ok kita setat ngn....

bising bango.....bising sgt
uduh sepang.....hodoh
uduh sepang ko'ong.......hodoh sgt2
tupul glebek.....tumpul(cm pisau ke)
patoh riok....patah(tangan)
pendek kettok.....pendek ah
gelak kattok......gelap gelita
kuning siyor......kuning
buruk leppok.....buruk giler
toho leppeh.....air yg cetek

Wohhulu ..... bahulu
tubek .......keluar
panah ketik........ panas yang teramat
tohor leppeh....air yg cetek
paik nepang.....pahit yg amat2
kuba balo....kerbau yg ada wana perang2
beng ikang......... van @lori yg jual ikan
patoh riok.....patah banyak
uduh sepang...hodoh sgt2

busuk kohong....busuk teramat
nebeng ngoh......ter over
pekat likat.....pekat ah
nganjing - mempermainkan
sepeng - contohnya, rambut yang di potong tak sekata

jauh sapok.....teramatlah jauhnye
panah sang (panah kettik).........panas yg teramat sgt
comel lote.........comel yg amat
ija naung..........hijau kehijauan
sejuk ketto........sejuk yg sgt2
itang lettung ( itang leggang)......tersangatlaa hitamnya
punoh jahnang......rosak
pughah hangik......hampeh gile
gugha bewok........gurauan yg menyebabkn pgaduhan
air geh tujuh yu - pi cak katung jogek-jogek...air 7UP(kole beghang)

taik ayang muna....tahi ayam yg masih hangat
kona lepe.........kona lipat
kelecak...........terpelanting
nakuk paik.......penakut yg amat
tinggi lonjong....tinggi sgt
tinggi nyayuk......sama cm diatas
masing pekkok.....teramat masin!
sekak netting.....singkat sgt (kain)
nipih nayyang.....sgt nipis
maknga............cuai

babei.............degil (taktau nak eja camane)
jabir/supek/plastik ghok-ghak.........plastic bag je padahal
koghok............tengkorak
kehek.............muntahkan semula
puahsang..........boring
meppeh............tak larat
kepeh blepeng.....kempis sgt(sampai mcm lempeng?)
lapo perut........lapar sangat2 :D
ngatuk mate.......ngantuk
rokok cap unta nabai... rokok camel koleberang's)

bodo oh lalu........bodoh yang amat sangat
koghok keghing goh....tengkorak yg sudah kering hahahaha (cm mengata/mengumpat)
kelecak baghak......terpelanting
kerek tlage......konkrit mengepung telage
tadok aghoh........habis ikhtiar
penuh poppok/rumbu.......penuh sampai melimpah
khhapppoh...........kerak (goreng posang etc)
penuh nembok......penuh sampai melimpah
gemuk debbok......gemuk sgt
kuruh kering.....sgt kurus

botok licing.......botak licin (rambut)
beso jereguk.....besar
kecok.............jln terhincut2
gege..............bising
suke glekek.......ketawe menggelekek
ketor geggor......terketar smpai bergegar..hehe
manih leting......sgt manis
dulli mung........tak ambik peduli
musing ketang ....tercari-cari
letihsang.........sgt letih
bapok gong........sgt besar

gong..............sombong
srupe tule/supatula.......serupe je
beghak nanang......sgt berat
ringang lepung.....sgt ringan
ketik nnyamuk......digigit nyamuk
makang kkucing.....dimakan kucing
kattok wong........katak (siap ade bunyi tuu)
dop tahu starang.....tak tahu pun
busuk kohong....busuk gile
agah...org yg sombong

soheh dok munggg??... ko ni biar betul!!
sewang......lbh kurang serabut jgk
membo nga bang......dok tahu nk explain
ape ke jadah ...... apa hal
apah nyor...... hampas kelapa
anguh letong...... sangat hangus
bata golek ..... boaster/bantal pelok
bronok ..... sejenis kuih yg diperbuat drpd sagu
bepang ....... sejenis kuih yg diperbuat drpd beras pulut

boloq woq ...... serabut
bahang ....... pukul/cam tumbuk la/debik
Bluahh ......comot
culah ...... malah
ceekiik....... cubit-cubitan
dokdang ....... tak sempat
glising ......merekah
iiising ....... gile
ikang aye ...... ikan tongkol
ikang kerah ekor ...... ikan cencaru

kheloqq ....... malu kot!
tunggu stor ....... tunggu sekejap
Kupik .........kedekut
Kembit ......mengada-ngada
gembik.....lebeh kurang bwh ah nk berdua2an je
ngerek...... selalu bwk awek kot? hahahaha
Lembek ..... tilam
Lambur ....... beranda/balkoni
meroh merang ........merah sangat

musing ligat ......... berpusing2
musing ketang ......... berpusing2
ngoyang ....... meroyan
nyekik ......... menyampah
nyakit nyamang ........ tidak bersangkutpaut
nyeh-nyeh ........ mengada-ngada
nisang .......gula melaka
skekk ..... sedikit
se`jek ...... masjid
sekut merri ......biskut merrie

se'eh ...... kenyang sangat
sorok....... drawer
robok....almari
tawor hebbe ....... tawar gile
tawor lembo....tawar(air)
tohok......buang
senyak tuppah ....senyap sunyi
tinggi sayuk....sgt2 tinggi
beso jallo.....sudah besar(org)
kecik tuik.....kecil sgt2
pucak lesi.......pucat

Hahaha, gile banyakkan? ni br ckittt daaa.. de bnyk lagi. Aku pun dh lenguh taip satu-satu ni.. Ahakssss:D
Ok la.. for d time being. Stop dlu la... kn dh de org complain aku apdet bnyk sgt entry lam satu hari..
wakakakakkaka.. arghh..x kira. nnti klu de idea, aku apdet lagi. Well, it's me then. hihihi

Apabila Pengurus menumpang kereta....

Wednesday, April 02, 2008
Huhuhu, wat i'm supposed to say about this.. waaaaa... Ampun, tamo, but have to...
but it's orite, he's just like my father rite?? Yerla, anak dia pompuan dh amik degree..

Ok la, citer bab tumpang kete... leh caye dak, akunyer manager yang aku ckp br smpai dr India 2 mggu lpas, tumpang kereta aku ke Putrajaya Central.

Tu la, semua org dah balik, aku duk melanggut kt Aizatnye laptop, mengapdet blog, dh senang kt ctu leh access tenet ngan mantapnye, so alang2 transfer ke thumbdrive, baik aku apdet terus kt laptop dia.. Tu pun Aizat yg suruh. Mekasih bnyk2 Aizat... so tngok jam dh kat 6.15 dah..huhu

Ok lah, kisah pengurus.. dh nmpak dia kuar dr bilik dia . So aku assume dia akan ke GDC... So aku pun kuar la lmbt ckit. Kununnye mls nk kasi pertembungn ngn bos. Nnti tatau nk sembang pe.. wakakakakakaka. Sekali ms kuar, smpai kt lif, tngok dia tunggu lif gak..
Alamak.. Ok la, say hi.. aku pn tanye la, dia nak ke GDC ke? sekali dia kate dia nk ke Putrajaya Central, and waiting for taxi...Tatau la nape aku leh kate, "that's good because i live in Putrajaya,so i can drop u there." huhuhu, yer la, lgpun hujan gile lebat kt luar...sekali tngok dia cm bersyukur la, sbb dia tak payah nak tunggu teksi..Hepynye dia.. aku lak.. ok la, kontrol..kaber... jwb je semua yg dia tnye.. n buat2 ramah.. wlupun sebenarnya aku mmg ramah.. hahahaha

Sekali dia tnye, x mnyusahkan aku ke..sbb takut aku x lalu jalan tu.. Aku ckp la dun wori, sbb same je jalan nk ke Central tuh n balik umah aku... huhuhu. bla bla bla la lam kete smpai slow kan radio.. huhuhu.. aku cm dh cuak..maklumlah bos kt seblah.
Dh la tanye mcm2. Aku pn de gak tnye dia mcm2 psl India..sbb aku ckp, aku penah duk sana 4 bulan.. Terkejut dia, dia ckp nape x bgtau dia.. hahahahaha..dh dia tak tnye.. kikikikikki.
Pastu dia cm kagum ngn org Msia, meaning associate kt Msia sbb open minded berbanding associate kt India . Kt sini, x kisah la bos ke, big bos ke, apa bos ke, kuli ke, semua dipanggil associate :D

So kt Msia dia kate, associate x kisah klu kene travel. Kt sana,kt india cm diaorang ni specific, meaning nk keje kt Bangalore, nk duk cni, nk duk ctu.. kt Malaysia ni dia observe la, associate x kisah kene anto mane2 pn..huhu, pastu leh dia tnye aku lak cmne klu kne anto mne2...ayat kaber aku.. "i've told my mum oredi bout this, and she doesn't mind if i'll be sending anywhere" .. Chewahhhh.. pdhal lam hati..

Pastu dia tnye psl training java, x pening ke? Masa kitaorg training phase2 dlu la.. so ayat kaber aku lagi.. aku mmg minat java..huhu, sbb trainer kitaorg Bala.. Leh aku ckp, "i luv java bcoz of Bala"... huhuh..Sekali hamik ko, dia ckp dia akn try cari projek java kt India n kasi aku.. i dun know whether he meant it or not.. but dun care la,sbb mmg niat di hati aku tamo gi mne2 dah.. nk duk cni je, cyberjaya ni je..tp yer la kan, skrg ni anything can happen, aku redha dengan segalanya kerana aku tahu, Dia sedang merancang yang terbaik untuk aku..

Aku ingt nk keje kt Ganu je la.. Klau la kampeni ni de project kt Ganu.. huhu Alhamdulillahhh..

p/s: Im, i asked oredi bout ISTQB, he said that u can take the exam. If u have time, u can email him or meet him personally :D

Ok la.. ni spesel update, sbb aku ingt, yg apdet terakhir ari ni yg mood x best..tp terjadi lak peristiwa ni, so aku belasah je la skali apdet..baru org nengok mntap ckit blog...
3 entry sehari??? hahah, rasanye dh leh lawan blog palie kut n blog2 yang sewaktu dengannya..
Till then.

WaAllahualam
Wasalam.

Mood yang tak best..huhuhu

Ari ni mood aku cam x best ckit.. huhu, tak tau nape. Rasa cam serba tak kena. Rasa rindu kt mak ayah, adik2, kwn2 semua..Rindu kt famili tu ok la, tp ni..apakahhhh?? Arghhhhh, aku x suke perasaan niiiiiiiiiii. Ker dh nk sampai masa ni?? huhuhuhu.. Aku dh setat mengarut dah ni. Ok la,ekceli, same like yesterday...i'm lost oredi. Dunno wat to express.. Anyhoo (ayat mas), like what i'm telling before, i was not to born to be a blogger or journalist or watsoever. i was born to be me... that's me then..hehhehehe.So somehow, stuck is everywhere..

Our pengurus lak, smlm je masuk jap. Ari ni tatau arr dia akan masuk ke idak. Kalau masuk pun,masuk arr, klu tak pun, yuhuu la..hahahah..aku tau dia bzi kt GDC ngn project..watsoever la... Forgot to mention, one of our team has just came back from India.. May May..So Welcome back May May. Tp rugi lak May May pi sana x borong sari banyak2. Bukan tak borong banyak2. Tapi x beli langsung.. huhuhu ruginya...Dia kate kt Hyderabad tu xder sari yang murah. Semua ribu2.. Sib baik la kitaorg pi Mysore tu,bnyk yg murah2 n cantik2..yg lam sepuluh ringgit mesia pn de. Cantik n kain dia pn OK. Besttt la kt sana. Kan kan?? No wander la klu sorang leh borong sampai berpuluh2 sari, termasuk aku.. huhuhu. Pastu some of us stuck kt airport Bangalore masa nak balik sbb terlebih muatan. Bukan stuck la, tp kene charge.. huhuhu. Well, i was not one of them then..hehehehe

Masa pas lunch tadi...smbang2 ngn Wan n Yus n Ajis, sambil2 baca Berita Hairan..terkejut lak aku bc kisah Sufiah. Yang sanggup menggadaikan diri di sana untuk menyara kehidupan dia.. huhuhu. apa nak jadi ni?? so sape2 yg tatau leh arr belek2 berita harian. huhuhu.Malas la aku nk citer. Aci dak?? Cuma terkejut je, dh lame x kuar citer pasal dia, tup tup kuar kisah yang tak best lak. AstarfirullahalAzimm..

Ok la..that's all for now.
Need to go now.
Ok la..till then..

WaAllahualam
Wasalam

.:: Lafaz Yang Tersimpan ::.

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih ku zahirkan lagu
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya
Raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin ku temu iras sentuhanmu
Biarpun ku redah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yangmelindungkan kalimah rahsia
Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia
Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan atur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan

Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan



*sayu je dengo lagu ni... eh bukan lagu, nasyid.. tapi sama gak kan?? Nasyid pun lagu gak kan..huhuhu. Mai opis pagi2 dh dengo lagu ni. Mayb aku x pasan lagu ni de lam list song aku. Lafaz yang Tersimpan...Aku double click je, sj nk dengo...Tp bila dengo lame2, cm best. So aku duk ulang2 je dengo lagu ni hari ni. Well, it's me then. So sje nk share lirik dia, coz pagi2 ni tak tau pe nk coret n expresskan.. huhuhu. N satu lagi lirik dia cm apa ek? sbb dia perihal org tua kita. .. yer la, klu bab orang tu ni.. huhu,mau menitis air mata klu teringat kan depa..huhuhu, aku rindukan depa. Rindu sangat2. Ni yang tak sabo nk balik kampung nih..

Al-Fatihah..

Tuesday, April 01, 2008
Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk aku menerima ujian dariMu. Memandangkan sudah beberape hari aku tidak bertanye khabar dr kampung, maka smlm aku tpon mak aku...
bla bla bla, dapat gak melepaskan kerinduan kt bonda tercinta...
Sekali pas dh lame sembang tetiba mak aku tanye, "Kak No dh tahu blum?"
dah tahu? tahu apa ni..huhu,tiba2 hati aku berdebar. ya Allah tahu apa pulak ni.

"Kak Ha dah tak ader????"..... tercengang jap aku. Sepupu aku dah meninggal. Jumaat baru ni. Tapi tak de sape2 kol aku bgtau aku psl ni. Alasan mak aku, sbb dia pkir sabtu tu aku nk gi Raub. So takut aku sedey n dia tak nak aku sedey ms aku nk gi Raub. Padahal yg pi Raub tu Sabtu depan laa.. pastu depa ingt nk bgtau aku sbtu mlm tu.. Sekali takde sape2 yang kol..huhuhu

Last2 br smlm aku tahu.. waaaaaaaa... sedeynye.. Mmg gile sedey. Tak terkata apa pas mak aku bgtau.. huhuhuh... Innalillahiwainna Ilaihi Rajiunn...

Wlupun dia dh berkeluarga, tp kami agak rapat la.. Dh la masa Makcik aku meninggal, which is mak Kak Ha ni.. aku pn x smpt tngok sbb masa tu aku berada di India.
Ya Allah, Kau cucurkan rahmat ke atas roh beliau. Al-Fatihah.

dan aku...
Ya Allah tabahkan lah aku dalam menghadapi ujianMu ini.
 

Browse