Bagai mentari selepas hujan. Bagai ada sinar rembulan selepas kegelapan malam. Owhh apa yang aku cuba omongkan. Rasanya sudah berbulan-bulan aku tidak menjenguk ke blog aku sendiri. Walaupun sebenarnya tak sampai seminggu pun blog ini terbiar. Begitu banyak saat suka duka yang berlaku menyebabkan blog ini terpaksa ditinggalkan buat sementara. Kata aku, sayangkan kasut gilap-gilapkan, sayangkan blog,tinggal-tinggalkan. Huh! Gurau jek;)
Alhamdulillah, pada hari Sabtu yang lepas. Aku ditemani Mekdi ke Kg Dato Harun bagi memenuhi jemputan
Incik Khairi untuk berbuka bersamanya dan keluarga. Nasib baik ada peta hasil nukilan mantap Incik Khairi sendiri. So bab jalan ke sana Alhamdulillah, kami tidak mengalami sebarang masalah. Tidak ketinggalan
Kay dan penemannya Husna juga turut dijemput. Akhirnya bersua muka juga aku dengan penulis
kecek-kecek sendiri yakni Mohd Khairi dan penulis
kisah klasik untuk masa depan iaitu Kay. Selama ni kami hanya berhubung melalui blog,shout out dan YM je. Kay dan Khairi merupakan kawan baik ketika mereka masih di matrikulasi sampailah sekarang. Kalau tak silap aku, depa sekelas masa matrik. Kira aku sorang je la member depa dari planet asing. hehehe. Tapi layanan yang diberikan oleh Incik Khairi dan keluarga, dan juga Kay, menyebabkan aku rasa aku dah lama mengenali depa. Terharu sangat! Awal-awal tu memang agak segan, tapi lama-lama....dah kurang dah sikit keseganan tu. Hihihi.
Apa pun bagi aku, lauk-pauk yang ditunjuk oleh Zaujah Incik Khairi memang best, terutama daging masak merah dan ayam panggang tu. Sodapp..sampaikan aku tambah nasi 2 kali...erkk dengan muka tak malunya. hehehe. Apa pun, diucapkan jutaan terima kasih buat Incik Khairi dan keluarga atas layanan yang diberi, dan juga Kay. Aku harap persahabatan yang terjalin ni kekal hingga ke anak cucu cicit. Kata-kata yang dipetik dari seorang teman, sekali aku berkawan, dia tetap akan jadi kawan aku sampai bila-bila...insyaAllah.
Nampaknya rezeki berbuka puasa pada hujung minggu ni tidak berhenti setakat di rumah Incik Khairi saja. Pada hari Ahad tu pulak, pagi-pagi lagi kazen aku yang tinggal di Gombak telefon ajak berbuka sekali pada petang tu. Katanye, dijemput semua, sepupu-sepupu dan juga anak-anak saudaranya yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, adik-adik aku juga turut serta katanya. Wahh, kira macam perjumpaan famili besar-besaran la ni. Aku pun okay je, memandangkan hari Ahad petang tu pun aku free. Maka selepas asar aku pun bertolak la dari Putrajaya ni. Dah nampak awan mendung kelabu kat hujung sana. Siap ada kilat sambar menyambar. Terdetik di hati. Nak patah balik ke tidak. Masa tu baru je melepasi Hospital Serdang.
"Arghh, dah sampai suku jalan ni. Teruskan je la, dah alang-alang", hati berbisik lagi.
Hujan mulai turun. Renyai-renyai dan kadang-kadang rintik-rintik. Alhamdulillah, jalan pun, tidak la mengalami jam yang teruk di kawasan Bandar Tasik Selatan tu. Cuma disebabkan hujan, banyak kereta yang mengekalkan kelajuan pada kadar minima menyebabkan perjalanan pada petang tu mengambil masa yang agak lama jugak la bagi aku. Alhamdulillah, dalam pukul 7, aku dan 2 orang adik beradikku, tiba di rumahnya. Masa tu semua dah sampai. Kira kami la train paling last. Biasa la, VVIP..ngeh ngeh ngeh...
Alhamdulillah, selesai solat magrib dan berbuka puasa. Aku meminta izin untuk terus pulang tanpa solat terawih berjemaah bersama-sama. Perjalanan aku masih jauh. Aku tidak sanggup untuk pulang ke Putrajaya sorang-sorang pada lewat malam. Alhamdulillah mereka memahami, bertemankan hujan rintik-rintik aku memulakan perjalanan. Kalau jalan tidak berapa jem, dalam 40 minit dah boleh sampai Putrajaya. Rupanya jalan tidak se'clear' yang disangka. Tayar bergolek tak sampai 500meter dah kene berhenti. Bergolek lagi, berhenti lagi. Bergolek dan berhenti. Tapi nasib baik, jem yang jenis berjalan. Tak kisah la, asal jangan berhenti terus dah. Aku masih sabar menekan pedal minyak dan break. Tekan dan break. Melepasi exit ke Taman Shamelin, traffik dah mula lancar. Alhamdulillah. Aku mula menambah kelajuan. Tapi tidak la sampai melepasi 100km/j. Kereta dimaintainkan pada lorong tengah, kecuali ada kereta yang terlampau perlahan, terpaksa la di'overtake' jugak.
Masih hujan rintik-rintik kecil pada ketika itu. Kereta aku masih maintain di lorong tengah. Tiba- tiba,
"GUNGGGGGGGGGGG", bunyi akibat perlanggaran. Erkk camtu ke bunyi dia, lebey kurang la.
" YA ALLAHHHHHH", hanya itu yang mampu keluar dari mulut aku pada ketika itu.
Kereta aku berhenti di tengah-tengah lorong tengah itu sejurus perlanggaran gara-gara tayar depan belah pemandu pecah akibat rempuhan. Jantung berdegup kencang. Sakit dada sedikit terasa akibat perlanggaran itu. Ya Allah mimpi apa pulak aku ni. Uishh, aku bukan bermimpi. Aku memang accident. Sebuah avanza merah dari lorong kanan masuk ke lorong tengah tanpa kasi sebarang signal lalu merempuh kereta aku. Aku tengok side mirror, Avanza merah tersebut berpusing ke belakang. YaAllah... aku nyalakan emergency signal. Aku matikan engine. Dengan tangan terketar-ketar aku ambil henpon yang jatuh ke depan seat sebelah penumpang. Terketar-ketar aku cari nombor adik aku, dan terketar-ketar aku cakap dengan dia.
"Badin, tolong Kak Nor, ada orang langgar kereta Kak Nor. Kak Nor takut Badin", kata aku dengan nada mahu teriak.
"Ya Allah Kak Nor, kat mana ni?", tanya adik aku dengan nada terkejut.
"Ni dekat Bandar Tasik Selatan, atas sikit dari jirat cina", aku masih boleh meneruskan kata-kata.
"Okay, Kak Nor tunggu situ, kejap lagi Badin sampai", adik aku
"Cepat Badin, Kak Nor tak tahu nak buat apa dah ni. Kak Nor takuttttt".
"Kak Nor telefon Cik Neng dulu buat sementara", arah adik aku untuk aku kontek makcik aku yang tinggal di Cheras.
Owhh baru aku teringatkan Makcik aku. Cepat-cepat aku telefon dia. Sekali, tidak berangkat. Dua kali, pun tidak berangkat. YaAllah...
Tiba-tiba, ada 3 orang Cine datang. Salah seorang darinya mengetuk-ngetuk tingkap kereta aku. Dengan walkie talkie di tangan masing-masing, mereka menanyakan keadaan aku. Aku cakap aku ok. Rupanye depa ni geng-geng towing. Diaorang tanya lagi aku, sape langgar aku. Aku cakap ada Avanza merah dekat belakang.
"Owhh Avanza merah tu hah?? Sudah lari maaa? Sempat amik plat no dia??" tanya Cina itu lagi
"Dah lari? Mana sempat tengok nombor plat dia" Aku tengok melalui side mirror. Memang tiada. Aku tak percaye. Aku memalingkan pula kepala ke belakang. Yang aku nampak cuma aliran traffic yang semakin sesak. Sah Avanza tu dah lari.. PENGECUTT!!!
Aku mati akal. Tidak tahu nak buat apa. Masih aku tidak menjenguk ke luar melihat keadaan kereta aku. Aku takutt!! Tiba-tiba, Makcik aku telefon. Menenangkan keadaan aku, dan mengarahkan aku supaya tidak sign apa-apa document dengan cina-cina tu. Dia akan sampai tak lama lagi dengan towing kepunyaan kawannya. Mungkin adik aku memberitahunya juga.
Cina tu tak habis-habis menyoal aku. Menunggu sape lagi? katanye tow carnya dah nak sampai. Cepat-cepat aku cakap. Mak cik aku on the way dengan tow car. Pepandai pulak dia cine tu. Masa bile plak la aku suh tow car dia datang.
Korang bayang la, aku rasa ade dekat 8 orang orang Cine yang berkeliaran di sekitar kereta aku. Ada yang ambil gambar. Ada yang cakap dengan walkie talkie. Ada yang sembang sesame sendiri. Ingatkan ni pesta kemalangan ke hape! Aku hanya duduk maintain je dekat tempat pemandu tu. Aku jadi kebingungan di kala itu. Membiarkan waktu berlalu. Tengah dalam kekalutan tu, ada la seorang melayu melintas dari arah sana, meluru ke kereta aku. Alhamdulillah, tengok je ada seorang orang melayu yang datang menanyakan keadaan,membuat aku sedikit lega.
"Adik tak apa2, betul takde cedera mana-mana ni?" tanya dia.
Aku hanya mampu menggelengkan kepala. Terasa lemah seluruh badan mengingatkan kejadian yang baru menimpa. Namun entah dari mana datangnya kekuatan yang tiba-tiba untuk melihat keadaan kereta, aku gagahkan diri yang masih terketar-ketar keluar dari kereta Aku dalam keadaan percaya dan tidak percaya melihatkan keadaan kereta aku. Bumper sebelah pemandu bahagian tepi-depan rabak, tayar kerete depan belah pemandu pecah. Fog lamp belah pemandu pun pecah. Nasib baik enjin, semua ok. Kira part situ sikit je yang kene. Aku jadi bersalah dengan dia. Ampunnnn... aku tak sengaja mencederakan kamuu...
Aku masuk balik ke dalam kereta. Kali ni aku hulurkan kaki keluar, pintu aku bukakan sedikit. Kereta yang lalu di kiri dan kanan lorong memperlahankan kereta bagi melihat kejadian. Aku seolah tiada perasaan melihatkan kereta yang lalu lalang. Semuanya hanya memperlahankan kereta dan melihat.. lepas sebuah demi sebuah. Sebuah demi sebuah berlalu. Perlahankan dan melihat. Lelaki melayu tu datang lagi selepas dilihat meninjau-ninjau keadaan kereta aku.
"Adik,abang nak pesan, kalau dia orang suruh sign, jangan sign ek dik. Nanti teruk diaorang pow adik, abang dah faham sangat kerja diaorang ni",
"Tau, Makcik dah bagitau. Makcik on the way,dia datang dengan towing car. Dia pun dah pesan lagu tu", aku. Dia mengangguk mengerti. Harap-harap dia berniat baik. Getus hati aku.
Tiba-tiba ada seorang Cina datang. Diarahkan aku supaya mengalihkan kereta ke tepi kiri jalan. Jem teruk kat belakang katanya. Aku dengan gigih menghidupkan engine, perlahan-lahan memusingkan stereng menghala ke kiri jalan. Dengan susah payahnya kereta bergerak disebabkan sebiji tayar pecah. Dengan bantuan Cina-cina mengawal lalu lintas, kereta aku berjaya ke tepi jalan dengan selamat. Terima kasih semua.
Seketika selepas itu, adik aku sampai dengan moto bersama seorang kawannya. Melihatkan ada orang yang dikenali di sisi begitu melegakan aku pada ketika itu, ternyata adik aku pun lega melihatkan aku tidak cedera cuma sedikit kebingungan kelihatan terserlah katanye. huhuhu. Cina-cina tadi pun sudah beransur pergi setelah adik aku memaklumkan makcik aku akan tiba dengan truck tunda. Dan melihatkan ada orang yang aku kenali di sisi, satu-satunya lelaki melayu itu pun meminta diri untuk pergi juga.
"Terima kasih ek Incik", hanya itu yang mampu aku katakan.
Makcik,pakcik aku dan kawannya yang tugasnya menunda kereta tiba selepas beberapa ketika.Setelah diceritakan bagaimana kejadian itu berlaku, kawan makcik aku tu still memikirkan bagaimana tayar kereta aku belah pemandu tu boleh pecah. Kalau ikutkan kalau dirempuh begitu cam tidak logik boleh pecah melainkan ada aksesori avanza yang tajam kat tepi tu yang menyebabkan tayar kereta aku tu pecah.
Dan tambahnya lagi, disebabkan tayar pecah, maka kereta aku terus berhenti tanpa terkeluar dari lorong tengah atau masuk ke lorong lain. Kalau tayar ok,tayar tak pecah,kereta aku mungkin dah terbabas kemana-mana,melanggar divider ke, kereta-kereta lain ke. Entah-entah cedera lagi teruk. Kata Pakcik tu. Ya Allah, aku tidak terfikir ke situ tadi. Kata-kata pakcik tu buat aku sebak seketika.
Setelah berbincang, kami putuskan untuk buat polis repot malam tu jugak. Takmo tunggu besok. Kereta aku ditunda round bandar KL ke balai polis bandar raya. Aku duduk di belakang kereta aku bersama makcik aku. Terpampang board On Tow kat belakang boot kereta, perlahan je kereta aku menyusur jalan raya sebagaimana perlahannya perasaan aku ketika itu. Huh! Sempat bermonolog!! Aku sudah tiada kata untuk diungkapkan. Dalam hati..ada la ni aku dah buat silap mana-mana dan Allah nak balas. Aku redha. Lagipun aku selamat. Tu yang penting. Makcik aku tak habis-habis pujuk aku, katanya ada hikmah semua ni. Mungkin dia nampak aku seolah tiada semangat. Selesai polis repot, tengok jam sudah hampir 2 pagi. Bagi aku, itulah malam yang panjang yang pernah aku tempuh. Balik rumah makcik, tukar kereta dari truk tunda ke kereta pakcik aku, meluru ke Putrajaya, bagi mengambil geran, insuran kereta aku untuk memudahkan kerja-kerja pembaikan atas tanggungan insurance. Sib baik ada insurance kaber. Kalau tidak... dah la nak dekat raye... huhuhu..
Aku ikut makcik aku balik ke rumahnya setelah diajak. Mungkin kelihatan aku lain macam lepas kejadian tu. Aku message teman seopis mengkhabarkan aku emergency leave pada hari Isnin tu. Dan pagi Isnin tu baru lah kejadian semalam aku maklumkan pada keluarga di kampung. Terkejut mak aku!
"Tak kisah la kereta tu Kak Nor, kereta boleh cari lain, asalkan Kak Nor selamat tak cedera sudah",mak aku dalam nada sebak.
Ok la, bab kisah keluarga di kampung malas la aku nak cerita. Kang nanti aku kat sini jadi tragis lak. Tak pasai-pasai. Ngeh ngeh ngeh. Cuma mereka sangat bersyukur aku selamat, nyaris-nyaris mereka mahu datang ke KL bagi melihat keadaan aku. Tapi setelah dimaklumkan oleh makcik aku yang aku OK, mereka membatalkan rancangan itu. Menyusahkan orang pulak aku rasa aku nih!
Apa pun, perihal eksiden ni betul-betul membuat aku belajar satu perkara. Sayang pada benda biar berpada. Semuanya adalah hak milikNya. Dia nak tarik nikmat tu sekejap jek. Begitu juga dengan nyawa. Kalau ditakdirkan malam tu aku 'pergi', bersediakah aku? dan kalau di rewind balik kejadian malam tu... aku kira hanya Dia saja yang tahu riak lengkok hati ini.
Dan diucapkan terima kasih buat semua yang telefon, SMS, yang tulis shout out pasal eksiden ni. Bukan niat untuk merahsiakan kisah eksiden itu dari semua dengan hanya mengkhabarkan pada teman rumah, tapi aku kira... arghh abaikan je la. Apa pun, doa semua amat aku hargai. Ujian di bulan Ramadhan yang mulia. Moga ditabahkan hati itu, dan dikuatkan semangat
p/s: Harap bersabar membaca entry yang panjang ini. Biasa la combine semua cerita dari 4 hari yang sudah. huhuhu...
MORAL OF THE STORY: Berhati-hati la ketika mahu menukar lorong. Kasi signal supaya orang lain tahu arah perjalanan kita. Dan pastikan betul-betul kereta tiada,barulah menukar lorong. Dan jika buat silap, jangan terus lari. At least mengaku. Bukan aku nak marahkan pemilik avanza itu kerana melarikan diri. Tapi at least..... hurm apa-apa je la.
Ok la, dah detail dan panjang lebar cerita aku kali ini. Harap kalau diberi kesihatan dan umur yang panjang dapat diteruskan lagi dengan lain-lain entry. InsyaAllah..